.

.

21 October 2010

PRK BATU SAPI : JANGAN LAWAN 3 PENJURU

Saya mengharapkan PR dan SAPP dapat mencapai satu sepakat bagi memastikan bahawa pertandingan satu lawan satu antara PR/SAPP dan BN. Jangan kita pecahkan undi antara PR dan SAPP. Apa yang penting kita tumbangkan BN pada PRK itu. Jangan kita pentingkan diri kita sendiri sehingga akhirnya BN menang disebabkan undi kita pecah.

Diharapkan Anwar dan Yong Teck Lee dapat berbincang dengan baik memastikan PR/SAPP menang. Kedua-dua pihak mesti berlapang dada dan mesti bertolak ansur bagi memastikan kepentingan rakyat diutamakan.

Suruhanjaya Pilihan Raya telah menetapkan penamaan calon pada Selasa ini manakala pengundian adalah pada 4 November ini.

Kerusi Batu Sapi kosong, berikutan kematian ahli parlimennya, Edmund Chong Ket Wah dari Parti Bersatu Sabah yang terbunuh dalam kemalangan jalan raya di Kota Kinabalu, minggu lalu.

Mendiang menduduki kerusi berkenaan sejak pilihan raya umum 2004 apabila memenanginya tanpa sebarang saingan.

Bagaimanapun pada pilihan raya 2008, beliau dicabar oleh calon Bebas, Chung Kwong Wing tetapi berjaya mengekalkan kerusinya dengan mudah dengan majoriti 3,708 undi.

Chong memperoleh 9,479 undi manakala Chung pula mendapat 5,771.

PRK GALAS : CALON PAS MAMPU TUNDUKKAN BN

Calon PAS sebenarnya sudah diketahui cuma menunggu pengumuman rasmi dari Tok Guru. Orangnya cukup disenangi dan diterima oleh rakyat di Galas. PAS memang sentiasa mencari calon terbaik dari kalangan yang baik-baik. Tidak melakukan dosa besar dan mengekalkan dosa kecil. Jauh sekali dari kaki botol, kaki betina dan tahi rokok.

Perwatakannya zuhud, merendah diri dan mudah didekati oleh semua lapisan masyarakat. Tidak syak lagi Umno/BN akan mengalami jalan amat sukar menandingi ketokohan calon PAS ini.

UMNO PARTI JUMUD DAN BEKU

Umno yang melangsungkan perhimpunan agung tahunannya sejak beberapa hari lalu di ibu negara memperlihatkan sikap tidak mesra media dengan menghalau wakil portal berita alternatif daripada menggunakan pusat media. Dalam kejadian yang amat memalukan itu Malaysiakini telah dihalau dari membuat liputan, mengapa mereka dihalau kita semua dapat mengagaknya.

Tindakan parti itu juga tidak selari dengan pendirian Presiden Umno Najib Razak yang juga Perdana Menteri berhubung peranan media massa, yang dilahirkan semalam.

Umno jelas mengambil tindakan tindakan kebelakang dalam mendukung kebebasan media dan terbukti ianya sebuah parti yang jumud dan beku. Tidak ada ketelusan dalam parti sehingga mereka takut perkara sebenar dan berfakta diketahui oleh umum. Hanya media pembodek dan pengampu sahaja dibenarkan membuat liputan pada persidangan Agung mereka.

Ini jauh berbeza dengan PAS yangs sentiasa mengamalkan kebebasan media walaupun media seperti Utusan (Meloya), Berita (Hairan) sering menikam dan memfitnah PAS.

MELAKA MAJU 2010 : RAKYAT MASIH MENUNGGGU INDIKATOR SECARA MENYELURUH

Melaka diisytiharkan negeri maju malam tadi. Mengikut Pertubuhan bagi Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD), Melaka dikira sebagai negeri maju selepas memenuhi lima aspek penting meliputi ekonomi, sosial, infrastruktur, alam sekitar dan pentadbiran.

Lima aspek penting itu meliputi 32 indikator yang tidak melebihi sasaran terendah ditetapkan oleh OECD.

Antaranya ialah berkaitan kadar inflasi, kadar pengangguran, kadar pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), jangka hayat, kadar kematian dan kadar jenayah.

Malangnya sehingga kini indikator itu tidak pernah dibentangkan secara terbuka kepada rakyat sehingga rakyat tidak dapat mengetahuinya secara jelas. Bagi saya antara indikator penting yang mesti diambilkira ialah Pendapatan Isirumah Rakyat mestilah melebihi RM1,500, Kadar rasuah yang rendah (Bagaimana keadaannya jika Ketua Menteri pun rasuah?), masalah sosial dan maksiat (modal insan) dan sebagainya. Rakyat masih menunggu sehingga ke saat ini untuk mengetahui indikator tersebut.

KASIHAN SHAFEI 'DIBUANG' ORANG KEDAH

Perwakilan Pemuda Umno Kedah Bassori Hassan dalam perbahasan ucapan dasar Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin, meminta Umno pusat mengkaji semula pelantikan Mohd Shafie sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah memandangkan beberapa kekangan yang memberi masalah terhadap usaha Umno merampas semula negeri itu.

Jelas sekali orang Umno sendiri tidak menerima Shafei Apdal, bagamaimana hendak merampas negeri Kedah kalau orang Umno sendiri benci kepadanya.

Saya cadangkan Shafei letak jawatannya serta merta, itupun kalau dia ada maruah dan harga diri.

MONOREL : HANYA BERUMUR 4 JAM

Ketua Menteri Melaka melancarkan Monorel Sungai Melaka pertama Melaka pada jam 1 petang. Monorel dengan kos RM 16.5 juta menjadi kebangaan Melaka yang hari ini diistiharkan Negeri Maju oleh Perdana Menteri sebentar tadi.

Umurnya tak sampai 4 jam, monorel tersebut sudah mula bermasaalah. Secara tiba-tiba ketika monorel tersebut sedang meluncur di landasan di tepi Sungai Melaka berhenti secara mengejut. Pastinya Ali Rustam terkejut, 20 penumpang di dalamnya juga terkejut dan rakyat Melaka juga terkejut bagaimana projek yang 'belum cukup panas enjin' dah mula menunjukkan masaalah.

Inilah rentetan 'kejayaan' kerajaan BN Melaka yang hanya suka membuat projek tetapi banyak projeknya bermasalah seperti Eye On, Lapangan Terbang Batu Berendam, Litar Go-Kart dan sebagainya. Yang rugi adalah rakyat di mana wang rakyat hangus kerana projek-projek mega ini.

Sumber : Angkasanuri

ROBOH SURAU DAN MASJID : SOLAT HAJAT DAN BACA YASSIN BERTERUSAN

Penduduk Kampung Bukit Katil istiqamah mengadakan Solat Hajat dan Bacaan Yassin sejak mereka mendapat berita Surau dan PASTI Bukit Katil akan dirobohkan untuk pembinaan jalan.

Jelas di wajah mereka keikhlasan yang kesedihan. Mereka memohon kepada Allah agar Surau dan PASTI tersebut diselamatkan oleh Allah dan orang yang menzalimi mereka di balas oleh Allah dengan balasan setimpal. Sesungguh doa orang yang kena zalim tiada hijab di sisi Allah.

Selain itu beberapa orang pimpinan Badan Bertindak Perobohan Surau dan PASTI akan berusaha memohon agar 40 orang Ulama Kelantan yang di hantar bermunajat di Mekah juga mendoakan agar Surau dan PASTI diselamatkan serta Allah memberi balasan kepada sesiapa yang menzaliminya.

MELAKA MAJU 2010 : HARAP SEMUA SOLAT MAGHRIB

Melaka diisytiharkan maju pada jam 20:10, 20/10/2010 malam tadi. Maka ramai-ramailah rakyat Melaka yang bertamu ke Stadium Hang Jebat kerana dipaksarela. Kebanyakan mereka dipunggah dengan bas, yang naik kereta sendiri khabarnya dapat habuan berpuluh ringgit.

Bagi mak cik dan pak cik yang naik bas, mereka menunggu sejak jam 6.00 petang lagi. Cuma satu yang saya harapkan ialah semua mereka yang hadir di Stadium Hang Jebat malam tadi menunaikan Solat Maghrib.

20 October 2010

FESYEN ISLAM ROSMAH : KITA TUNGGU PANDANGAN JAMIL KHIR DAN MASHITAH

Inilah ajaran Islam cara UMNO dan Barisan Nasional! Bila pemimpin jahil diserahkan tanggung jawab memerintah negara dan agama, nescaya agama akan dimanipulasi sesuka hati mengikut selera dan kepala mereka sendiri.

Sebelum kita serahkan tanggung jawab menegakkan dan memperjuangkan Islam kepada Najib, kita lihat dulu bagaimana majlis yang kononnya Islamik pada pandangan pemimpin jahil ini dianjurkan oleh mereka. Inikah pakaian atau fashion Islam?
Di bawah ini pula anda lihatlah bagaimana Rosmah Mansur menganjurkan majlis yang menghina Rasulullah! Inilah jadinya bila orang jahil diberi kepercayaan berkuasa di negara kita! Lihatlah bagaimana nama junjungan besar kita Muhammad S.A.W yang merupakan Rasulullah diterbalikkan dan diletakkan di dada wanita yang tidak menutup aurat!

Saya sebagai rakyat Malaysia sedang menunggu kenyataan Menteri Agama, Jamil Khir Baharom dan Mashitah Ibrahim. Beranikah mereka menegur penganjur program ini.

Gambar sumbangan : Milo Suam

ROBOH SURAU : ALI AKAN IKUT JEJAK KHIR TOYO

Beberapa penduduk Kampung Bukit Katil dan sekitarnya terus menyatakan kekesalan di atas sikap pihak berkuasa yang mahu meneruskan pembinaan jalan yang menyebabkan perobohohan Surau dan PASTI Bukit Katil.

Latip Deris, 40 dari Bukit Katil kesal dengan sikap keras kepala pihak berkuasa yang masih berdegil untuk merobohkan surau dan PASTI tersebut.

"PASTI dan Surau tersebut di bina atas usaha dan air mata rakyat mengumpul dana bagi mendirikannya, mengapa kerajaan sanggup merobohkan surau dan PASTI ini".

"Kami amat sedih dan kesal dengan sikap keras kepala pihak berkuasa sehingga sanggup merobohkan rumah Allah" jelas Latip.

Yani Ismail,42 dari Bukit Pulau pula menyatakan kehairanannya mengapa rumah Allah yang banyak berjasa seperti surau ini hendak dirobohkan sedangkan ada tempat lain yang lebih sesuai untuk dibuat jalan.

"Orang lain bangga mendirikan masjid dan surau tetapi ada orang bangga jika dapat roboh surau, kita harap Allah dapat membalas orang-orang yang bongkak seperti ini"

"Mereka ini tidak mahu mengambil pengajaran dari kekalahan Khir Toyo di Selangor selepas merobohkan surau di sana, kemungkinan pemimpin di Melaka juga akan ikut jejak Khir Toyo, Allah maha kuasa" kata Yani yang pernah anaknya bersekolah di PASTI Bukit Katil.

Seorang penyokong Umno yang tidak mahu namanya disiarkan berkata kekejaman dan kezaliman pemimpin Umno ini tidak boleh dimaafkan sehingga sanggup untuk merobohkan surau dan sekolah tadika Islam.

"Mana perginya agama mereka sehingga sanggup robohkan rumah Allah dan sekolah yang mengajar ilmu Islam".

"Tidak adakah sedikit nur Iman dan Islam di dalam hati dan minda mereka sehingga sanggup merobohkan rumah Allah" ujarnya yang juga pernah menghantar anaknya belajar di PASTI Bukit Katil.

PERJUANGAN BANGSA : UMNO BARU SEDAR?

Umno memang lambat jika hendak dibandingkan dengan PAS dari semua aspek. Contoh terbaru Umno baru sedar bahawa tindakan mereka mengapi-apikan semangat perkauman Melayu sempit amat tidak disenangi oleh rakyat bukan Melayu di negara ini.

Pada perhimpunan Umno yang sedang berlangsung Umno mula mengendurkan pidato berapi-api melaungkan semangat Melayu tetapi lebih lunak sekarang.

Ada cadangan supaya slogan Ketuanan Melayu ditukar kepada Kemuliaan Melayu dan sebagainya. Nampaknya Umno jauh terkebelakang jika hendak dibandingkan dengan PAS. Sebagaimana yang kita sedia maklum PAS dari awal penubuhan berjuang untuk semua kaum di mana ahli PAS ada yang berbangsa Melayu, Cina dan India asalkan mereka beragama Islam. Malah kini PAS memperlihatkan keterbukaan Islam apabila menerima rakyat yang bukan Islam menjadi ahli di bawah Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP).

Oleh kerana Umno mula sedar akan kepentingan mengambil hati orang bukan Melayu maka hari ini ucapan mereka lebih lunak. Timbalan Presiden Umno ketika merasmikan persidangan sayap-sayap Umno semalam menegaskan bahawa Umno bukan parti rasis. Khairy pula dalam ucapannya semalam berkata bahawa Umno harus sedar jika orang Bukan Melayu tidak menyokong Umno kemungkinan 50 kerusi BN akan jatuh ke tangan PR.
Bagi saya semua kenyataan pemimpin Umno ini hanyalah retorik semata-mata kerana dasar perjuangan Umno itu sendiri diasaskan kepada politik perkauman sempit. Sudah tentu apabila dasarnya sempit maka pelaksanaannya juga akan berbentuk perkauman sempit.
Disinilah kehebatan dan keterbukaan PAS yang telah lama mengamalkan dasar PAS FOR ALL dan PAS ADIL UNTUK SEMUA. Dasar ini diterjemahkan oleh PAS di negeri-negeri yang diterajui oleh PAS seperti Kedah dan Kelantan. Sebab itulah rakyat bukan Melayu di kedua-dua negeri tersebut juga di Selangor dan Pulau Pinang terus memberikan sokongan padu kepada kerajaan negeri
Umno sebenarnya sudah terlambat. Rakyat berketurunan bukan Melayu terus pedih dan sakit dengan tindakan Umno yang saban hari melukakan hati mereka. Sokongan Umno kepada Perkasa dan kenyataan-kenyataan berunsur perkauman serta tindakan-tindakan pemimpin Umno yang jijik terhadap kaum lain akan terus diingati oleh mereka dan sukar dimaafkan.

ROBOH SURAU DAN PASTI KEMUNCAK KEZALIMAN

Penyelia DUN Bukit Baru, Cikgu Yusof Wahab berkata tindakan pihak berkuasa mahu merobohkan Rumah Allah (Surau) dan PASTI Bukit Katil merupakan kemuncak kepada kezaliman dan kerakusan manusia di atas dunia.

"Bila manusia berani merobohkan rumah Allah atas apa juga alasan makan tunggulah saat kehancuran kekuasaan manusia tersebut kerana tindakan itu adalah tindakan paling zalim di atas dunia sehingga berani merobohkan Rumah Allah".

"Selain itu tindakan merobohkan PASTI bermakna mereka cuba merobohkan tunas Islam yang ditanamkan dalam jiwa anak-anak PASTI"

Yusof sekali lagi menggesa pihak terbabit supaya menarik balik tindakan mereka mahu merobohkan Surau dan PASTI sebelum bala Allah menimpa.

"Kita harus ingat ketika kerajaan BN Selangor di bawah pimpinan Khir Toyo dulu mereka robohkan surau akhirnya kerajaan BN yang roboh di Selangor".

"Di Melaka ini juga Insya Allah jika mereka tiru Selangor mereka akan roboh".

PRU 13 MAKIN HAMPIR : SATU LAGI 'DALIL' DITIMBULKAN OLEH NAJIB SEMALAM

Satu lagi 'dalil' bahawa Pilihanraya Umum akan diadakan pada masa terdekat ditimbulkan oleh Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak.

Dalam ucapannya Najib mahukan pemimpin Umno di semua peringkat supaya membuat persiapan rapi menghadapi pilihan raya umum akan datang bagi memastikan Umno terus menjadi peneraju utama kerajaan Barisan Nasional (BN).

Mesej jelas itu disampaikan Najib kepada perwakilan dan anggota Majlis Tertinggi Umno pada sesi taklimat tertutup presiden sempena Perhimpunan Agung Umno ke-61, di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur semalam.

Najib juga mahukan Umno memperkukuhkan kawasan yang telah dimenangi BN pada pilihan raya umum lepas dan bekerja kuat untuk memenangi semula kawasan yang tewas.

Jadi kepada seluruh jentera PAS dan PR kita mesti pergiatkan kegiatan mendekati rakyat dan menerangkan kepada rakyat mengapa mesti kita menumbangkan BN pada Pilihanraya akan datang. Kalau sebelum ini darjah gerakerja kita di sekitar 50 % kini kita mesti memacunya dengan lebih laju sehingga 80-90%. Sesungguh masa tidak menunggu kita. Ayuh mari kita pungut janji Allah dengan kita menginfakkan masa, tenaga, wang ringgit dan apa juga demi menegakkan Islam dan membebaskan rakyat dari belenggu kezaliman dan penindasan.

BONUS KAKITANGAN AWAM : CUEPACS MESTI BERANI!

Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) sekali lagi memohon supaya kerajaan mempertimbangkan pemberian dua bulan bonus kepada kira-kira 1.2 juta penjawat awam di negara ini.

Presidennya, Omar Osman berkata berdasarkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang menunjukkan peningkatan sebanyak 10.5 peratus tahun ini, beliau yakin kerajaan mampu berbuat demikian.

Omar berkata pertumbuhan KDNK negara kita telah melonjak kepada 10.5 peratus dan keadaan ekonomi negara sedang mantap, jadi tidak mustahil perkara itu (bonus) dapat dilaksanakan

Menurutnya Cuepacs telah menghantar satu telegram kepada Perdana Menteri petang ini bagi menyatakan hasrat kita (supaya) dapat berjumpa beliau dengan harapan kerajaan
dapat mempertimbangkan semula pemberian bonus itu.

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan Mesyuarat Khas Majlis Kongres Cuepacs semalam.

Seramai 135 perwakilan kongres, termasuk dari Sabah dan Sarawak, menghadiri mesyuarat yang berlangsung selama dua jam itu.

Bagi saya cara terbaik untuk menuntut hak dari kerajaan mudah sahaja. Cuepacs mesti membuat satu sidang akhbar dengan menyatakan bahawa semua ahli Cuepacs akan MENGUNDI PR pada Pilihanraya Umum akan datang jika kerajaan tidak membayar bonus pada tahun 2010. Saya yakin Kerajaan BN akan membayar bonus tersebut jika Cuepacs berani MEMBUAT PENGISYTIHARAN BAHAWA MEREKA AKAN UNDI PR.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semasa pembentangan Bajet 2011 di Dewan Rakyat Jumaat lepas, tidak mengumumkan bonus kepada kakitangan awam, sebaliknya memberi bantuan kewangan khas sebanyak RM500 bagi Gred 54 dan ke bawah, termasuk pegawai kontrak dan pesara kerajaan, bagi menampung perbelanjaan persiapan sekolah.

WAKIL RAKYAT BN DIISYTIHAR BANGKRAP?. SATU LAGI PRK?

ADUN Kuala Nerang, Datuk Syed Sobri Syed Hashim diisytiharkan bangkrap minggu lepas kerana gagal membayar caruman KWSP.

Portal Malaysian Insider melaporkan bahawa Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengisytiharkan Syed Sobri bangkrap Jumaat lepas selepas syarikatnya, Kulim Enterprise,tidak membuat caruman kepada pekerjanya sebanyak RM700,000 di mana kes ini bermula sejak 2003.

Jika beliau gagal membayarnya dalam masa yang ditetapkan sudah tentu pengisytiharan ini akan digazetkan dan beliau akan hilang kelayakan untuk menjadi Wakil Rakyat.

Namun saya yakin BN akan sedaya upaya membantu Syed Sobri dan sudah pasti beliau akan 'diselamatkan'.

DEB UNTUNGKAN SEGELINTIR KRONI, FAKTA YANG LAMA DIUCAP OLEH PAS

Malaysiakini melaporkan bahawa Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin mengakui terdapat persepsi negatif terhadap pendekatan terdahulu Dasar Ekonomi Baru (DEB) di kalangan anak muda.

Khairy berkata apabila saya ceritakan soal DEB dan perjuangan bangsa, anak-anak muda menjawab'Minta maaf. Apa yang saya dapat dari DEB?' Gaji mereka di bawah paras kemiskinan, ramai di kalangan mereka berhijrah ke bandar di mana kos sara hidup meningkat dengan lebih pantas dari pendapatan. Mereka Melayu, Bumiputera tetapi nikmat DEB tidak mereka rasai.

Menurutnya tanggapan mereka – persepsi yang mereka ada – DEB hanya menguntungkan segelintir Bumiputera elit yang ada kabel besar. Bagi golongan ini, sasaran ekuiti 30peratus tidak bermakna kerana kebanyakkan mereka tidak pernah dan tidak mampu untuk membeli saham.

Sehubungan itu, Khairy berkata, realiti itu menuntut kerajaan membuat perubahan melalui MEB yang didakwa sebagai "pengemaskinian terhadap cara pelaksanaan agar segala kelemahan DEB dapat diatasi".

Terbukti apa yang diucapkan oleh PAS sejak dari mula DEB diperkenalkan adalah benar dan mula diakui oleh Umno. Dasar DEB hanya mengkayakan segelintir elit Melayu yang terdiri dari kroni Umno tetapi meminggirkan golongan Melayu terbanyak. Sebab itulah target untuk mencapai ekuiti 30 % Melayu hanyalah mimpi disiang hari.

MENARA 100 TINGKAT TIDAK MEMBAZIR?

Najib berkata bahawa Menara 100 tingkat yang akan dibina seperti yang diumumkan dalam Bajet 2011 tidak membazir sebaliknya boleh menjana ekonomi negara.

Saya ingin bertanya Perdana Menteri, bagaimana dengan banyaknya pejabat kosong yang tidak disewa atau digunakan di beberapa bangunan tinggi di Kuala Lumpur. Apakah ianya tidak membazir sedangkan duit terpaksa dikeluarkan setiap masa untuk penyelenggaraan bangunan dan sebagainya?

Apakah ini akan menjana ekonomi negara?

JEREBU MASIH TERUK

Tidak perubahan yang saya lihat tentang jerebu. Hari ini lebih kurang sama dengan semalam. Dari mata kasar saya melihat ianya mungkin melepasi tahap tidak berapa sihat. Namun kesedaran tentang bahaya udara tidak bersih di negara kita masih kurang. Tidak ramai yang memakai pelindung muka untuk mengurangkan kesan jerebu ini.

Saya menasihatkan kepada seluruh rakyat supaya memakai topeng muka bagi mengurangkan risiko penyakit berasaskan pernafasan seperti asma, batuk dan sebagainya.

UMNO BERJUANG UNTUK APA?

Muhyiddin kata Umno tidak berjuang untuk kaum sebaliknya berjuang untuk semua kaum. Baguslah kalau Umno berjuang untuk semua kaum. Tetapi paling penting Umno mesti mengubah dasar perjuangannya kepada dasar Islam kerana jika Islam selamat semua bangsa akan selamat.

Jika Islam diambil sebagai dasar perjuangan maka tiada rasuah, tidak menindas dan menzalimi orang, tiada kronisme, tiada diskriminasi dan yang paling penting syariat Islam ditegakkan samada hukum hudud, takzir, qisasi, ekonomi Islam dan sebagainya.

19 October 2010

BANGUNAN UMNO KENA JUAL, PAS BELI!

Di saat Umno bersiap untuk menentang PAS di Galas, maruah Umno Kelantan tergadai kerana bangunan yang pernah dimiliki Umno Kota Bharu kini menjadi milik Dewan Pemuda PAS Kelantan.

Kalau Bangunan mereka sendiri pun tak boleh mereka jaga bagaimana untuk mereka menjaga rakyat di Kelantan dan Galas.

Harakahdaily hari ini melaporkan bahawa hari ini berlangsung sejarah yang mengejutkan Umno Kelantan dan pusat apabila bangunan pejabat yang pernah menjadi pejabat Umno bertukar tangan menjadi milik PAS.

Dewan Pemuda PAS Kelantan membeli bangunan berkenaan dengan harga RM4.5 juta.

Majlis penyerahan geran hak milik oleh tuan punya bangunan Dato Zaid Ibrahim (Bekas Ketua Umno Bahagian Kota Baharu) telah dilakukan tengah hari tadi di Gua Musang sempena kempen pilihan raya kecil Dun Galas.

Ia dibeli dengan harga RM4.5 juta yang bakal menjadi pejabat Pemuda PAS negeri dan pusat komersial.

Perjanjian jual beli ditandatangani antara Zaid dengan Setiausaha Perhubungan PAS Kelantan, Mohd Zaki Ibrahim dan juga kepimpinan Pemuda PAS negeri yang diketuai, Abdul Latif Abdul Rahman yang disaksikan Pesuruhjaya PAS negeri yang juga Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Saya juga mengesyorkan PAS Pahang atau PAS Temerloh supaya membeli Bangunan Umno Bahagian Temerloh yang sudah usang tidak berpenghuni sejak bertahun lama. Adalah lebih baik PAS membeli bangunan itu untuk dijadikan Pejabat kerana ia terletak di kawasan yang amat strategik di dalam Bandar Temerloh. Lokasinya juga tidak jauh dari Pejabat Perhubungan PAS sekarang.

JEREBU TERUK DI MELAKA, BERAPA INDEKS IPU?

Jerebu melanda Melaka agak teruk hari ini. Berapa agaknya bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) hari ini. Saya mengharapkan Jabatan Alam Sekitar dan Jabatan Kesihatan Negeri dapat mengeluarkan kenyataan tentang jerebu ini supaya rakyat negeri ini sentiasa peka kepada masalah ini.

Jerebu ini sudah tentu membahayakan kesihatan rakyat terutama yang mempunyai sakit yang melibatkan pernafasan seperti asma, batuk dan sebagainya.

Saya sendiri berasa kurang selesa untuk bernafas disebabkan masalah kualiti udara ini.

Saya nasihatkan seluruh rakyat negeri Melaka agar mengurangkan aktiviti luaran yang mendedahkan kita kepada udara yang tercemar ini. Kerajaan negeri Melaka mesti mengeluarkan kenyataan tentang perkara ini dan pada masa yang sama mengeluarkan kenyataan tentang punca-punca berlakunya jerebu ini. Selain itu rakyat mesti diberikan nasihat tentang langkah-langkah yang perlu diambil oleh setiap rakyat dalam menghadapi situasi sebegini.

Malaysia kerapkali dilanda masalah jerebu ini.

GALAS : KU LI KURANG YAKIN BN MENANG

Ketua UMNO Bahagian Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah seolah-olah kurang yakin dengan kemampuan Umno/BN di Galas. Sebab itu Ku Liberkata, beliau sama sekali tidak akan berundur untuk terus menerajui UMNO bahagian itu sekiranya tanggungjawab yang amanahkan kepadanya pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas gagal membuatkan Barisan Nasional (BN) mencapai kemenangan.

Tengku Razaleigh yang juga Pengarah Jentera Pilihan Raya BN bagi pilihan raya DUN itu berkata, adat pertandingan dalam pilihan raya memang ada yang menang dan kalah kerana ia bergantung kepada sokongan pengundi bagi memilih pemimpin kawasan mereka. Kenyataan beliau ini disiarkan oleh Utusan (Malaysia) hari ini.

Dari nada yang diucapkan itu, menggambarkan beliau tidak yakin 100% yang BN akan menang. Ini kerana Ku Li faham bahawa lebih dari 60% pengundi Cina akan mengundi PAS, manakala sekurang-kurangnya 35 % pengundi Orang Asli mengundi PAS manakala lebih dari 55 % pengundi Melayu menolak BN. Ini bermakna di atas kertas PAS akan menang selesa.

BAJET 2011 : UMNO/BN 'SLOW'

Umno/BN memang 'slow' dan lembap dalam melaksanakan sesuatu. Bayangkan Kelantan telah memperkenalkan dasar cuti bersalin 90 hari untuk ibu yang melahirkan anak sejak tahun 1990, BN/Umno baru sekarang hendak melaksanakannya. 20 tahun terlewat berbanding Kelantan.

Begitu juga dalam hal kerja 5 hari Kelantan sudah lama mengamalkan sedangkan BN baru setahun dua ini mengazetkannya.

Dalam isu elaun Imam yang diberikan elaun RM800 sebulan. Negeri PR, Pulau Pinang sudah memulakannya tidak lama selepas berjaya memerintah negeri tersebut.

'Slow' dan lembap betul BN/Umno. Sebab itu negara kita mengalami pelbagai masalah sebab pimpinannya lembap dan 'slow' dalam berfikir!.

MELAKA MAJU 2010 : RASUAH INDIKATOR PENTING

Sesebuah negara atau negeri maju lumrahnya mempunyai tahap dan indeks rasuah yang sangat rendah. Cuba kita selidiki indeks rasuah 10 negara termaju di dunia....berapa indeks rasuahnya.

Di Asia Singapura merupakan antara negara maju di rantau ini. Indeks rasuahnya sangat rendah.

Malangnya di Melaka ini, Ketua Menterinya sendiri rasuah sehingga dihalang dari bertanding pada pemilihan Umno. Macamana sebuah negeri yang diterajui oleh perasuah boleh mengisytiharkan negerinya maju. Sama-sama fikirkan.........!!!!!!!!

18 October 2010

DR MAHATHIR TERUS HENTAM PAK LAH DAN ANWAR

Tak habis-habis Mahathir menghentam Dollah Badawi dan Anwar. Dalam kenyataannya di buat semasa ditemui di sebuah forum antarabangsa di Kuala Lumpur, Mahathir berkata
bila kamu mendapat dua pertiga majoriti, ia patut digunakan untuk perkara yang betul, dalam empat tahun, daripada 2004 hingga 2008 Abdulllah lakukan banyak perkara salah yang menyebabkan beliau kalah pada 2008.

Beliau turut menyelar bekas timbalan Anwar Ibrahim yang kini menjadi ketua pembangkang.

Katanya Anwar melalui masa sukar sekarang kerana Najib ada beberapa idea yang bagus dan yang tidak berapa bagus.

Menurutnya beliau berharap Najib mendapat sokongan kerana parti alternatif yang lebih buruk akan mengambil alih tampuk kekuasaan (jika Najib kalah).

Nampaknya dendam Mahathir kepada 2 orang anak jati Tanjung (Pulau Pinang) ini masih belum berakhir, sepatutnya dah tua-tua kita maaf bermaafanlah.

DAP KAFIR HARBI?

Umno melalui penceramah-penceramah upahan mereka tidak habis-habis menghentam DAP dengan tuduhan kafir harbi iaitu kafir yang tidak layak dan tidak boleh dibuat kawan. Umno pula mengiyakan bahawa MCA, MIC dan lain-lain adalah kafir zimmi yang baik dan wajib dibuat sahabat.

Saya bukannya membela dan menghentam DAP secara membuta tuli tetapi saya ingin mengajukan beberapa soalan kepada penceramah dan pemimpin Umno tentang DAP. Soalan saya :-

1) Berapa ramai orang Islam yang telah dibunuh oleh DAP setakat ini.?? Sedangkan setahu saya 14 orang telah syahid di Memali kerana dibunuh oleh orang atau badan tertentu.

2) Berapa luas tanah orang Melayu yang telah dirampas oleh DAP?? Sedangkan tanah rezab Melayu semakin hari semakin kurang jika dibandingkan dengan 50 tahun dahulu ketika negara mula-mula merdeka. Siapa yang menggadaikan tanah rezab melayu ini???

3) Berapa banyak masjid dan surau yang telah dirobohkan oleh DAP??? Sedangkan semua orang tahu telah begitu banyak masjid dan surau dirobohkan oleh pihak berkuasa BN di Terengganu, Selangor dan lain-lain.

4) Berapa saham dan projek untuk orang Melayu dirampas oleh DAP??? Sedangkan projek dan saham ini dibolot oleh kroni-kroni orang tertentu!!

5) Berapa banyak hak dan kedaulatan Melayu di ragut di rampas oleh DAP??? Sedangkan semua orang tahu Hak Keistimewaan Raja-Raja Melayu telah dihadkan melalui pindaan perlembagaan pada era 90-an.

6) Berapa banyak hukum agama yang telah dihapuskan oleh DAP??? Sedangkan kerajaan sekarang yang diterajui oleh pemimpin Islam terus meminggirkan Hukum Islam, mengamalkan riba, meluluskan lesen judi, rumah urut, tempat maksiat dan sebagainya.......

Banyak lagi tak larat nak tulis............

POLITIK BARU VS POLITIK LAMA

PAS dan PR mengamalkan politik baru tanpa batas sempadan perkauman, agama dan ideologi manakala BN dan Umno/MCA/MIC terus dengan politik lama mereka menggunakan isu perkauman dan agama untuk meraih sokongan rakyat.

BN sebenarnya tidak sedar bahawa rakyat hari ini adalah rakyat cerdik, celik maklumat dan tinggal di dunia tanpa sempadan.

Walaupun setiap saat mereka dimomok-momokkan dengan berita menyeleweng, fitnah, penipuan dan tidak telus mereka masih mempunyai sumber alternatif untuk mendapat fakta sebenar.

Saya setuju dengan pandangan Dr Asri bahawa BN tidak pernah berubah dari dulu, kini dan mungkin selamanya. Sementara PAS jelas lebih dinamik, terkini dan maju.

Bagi saya, tidak kisah kalau Umno tidak mahu berubah kerana Insya Allah rakyat akan menyedarkan mereka pada PRU ke 13 nanti betapa pentingnya politik baru!!!

PAS LEBIH RELEVAN DARI UMNO!

Bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin muncul pada forum anjuran Umno malam tadi sambil berkata, PAS seolah-olah memperlihatkan ia banyak berubah berbanding dengan parti dominan Barisan Nasional (BN) itu sepanjang dua dekad yang lalu.
Kata beliau (gambar) perubahan mengikut peredaran masa itu dapat dilihat dengan ketara khususnya sejak selepas pilihan raya umum ke-12.

Sehubungan itu menurut beliau, Umno yang ada sekarang dilihat tidak lagi menjaga dan mengangkat hal-hal berkaitan agama Islam.

Malah kata beliau, Umno tidak boleh jadi parti yang membawa sentimen perkauman, sebaliknya perlu menjadi lebih matang dalam membuat keputusan.

Sebagai contoh kata beliau, dalam isu bukan Islam masuk masjid, doa untuk bukan Islam dalam khutbah dan juga isu wang ihsan, ia tidak menunjukkan identiti Umno yang sebenarnya.

“Saya dukacita dengan apa yang berlaku dalam isu-isu tersebut, apabila pemimpin-pemimpin Umno (kata) tidak boleh sedangkan banyak bukti mengatakan sebaliknya,” katanya.

Beliau berkata demikian pada forum Kursus Kepimpinan Kelab Umno Luar Negara di bawah tajuk “Menjana Modal Insan Ulul-Albab di Peringkat Global” di sini malam malam tadi.

Sedutan dari Malaysiainsider

KISAH SEORANG PROFESSOR YANG BERANI?

Saya mempunyai seorang sahabat yang bertaraf Professor tetapi beliau bukannya seorang Professor kangkung yang pengecut dan 'Yes Man'. Beliau seorang Professor yang berani berkata benar.

Beliau bukan Professor pembodek dan tukang kipas yang kadang-kadang mendapat jawatan Professor kerana kuat bodek dan kaki ampu. Beliau bukan Professor ampu sana ampu sini. Susah untuk kita mencari Professor seperti ini, yang ada kebanyakannya Professor kangkung yang lembik dan pengecut.

Kalaulah kita mempunyai Professor yang berani dan tegas seperti beliau saya yakin kerajaan BN tidak akan berani memperlakukan rakyat seperti yang dilakukan sekarang.

Dalam mengulas bajet 2011 baru-baru ini Professor yang berani menulis dalam blognya bahawa TIADA BONUS TIADA UNDI.....beranikah Professor lain berkata macam itu?????? Sila jawab wahai Professor lain !!!!!!

ADAKAH UMNO 'GENTLEMAN'?

Pagi ini saya melalui jalan di hadapan PASTI dan Surau Bukit Katil yang bakal dirobohkan oleh Kerajaan BN. Sabtu lalu Umno mengadakan ceramah di sebelah PASTI dan Surau tersebut. Banyak isu yang diketengahkan menghentam PAS dan PR. Namun PAS tetap 'gentleman' tidak menganggu ceramah Umno tersebut kerana kita professional dan matang bukan macam budak-budak.

Tetapi yang peliknya selepas ceramah itu selesai sehingga pagi ini pentas sementara dan 'rostrum' ceramah Umno itu belum dipindahkan. Malam ini PAS akan mengadakan ceramah yang telah kita aturkan sebulan lalu.

Apakah dengan adanya pentas dan rostrum di tapak ceramah Umno itu menandakan bahawa Umno akan sekali lagi menganggu ceramah PAS.?

Apakah Umno sekali lagi bertindak bagaikan budak hingusan yang tidak matang??

Apakah Umno terus berperangai seperti orang TIDAK CERDIK sehingga masih mahu menganggu ceramah PAS dengan mengadakan ceramah adhoc di sebelah ceramah PAS.??

Kita telah menyahut cabaran Ketua Menteri untuk berdebat mengapa masih mahu 'berdebat' jauh-jauh. Mari kita duduk sepentas JIKA UMNO 'GENTLEMAN'.

Banyak isu yang boleh kita debatkan seperti perobohan surau dan PASTI, Sekolah Harapan, maksiat, Melaka Maju 2010 dan sebagainya ...........

ZINA DAN SEKOLAH MENGANDUNG : PAS SUDAH LAMA CADANG

Umno sering menuduh PAS hanya mengkritik setiap program dan projek yang dilaksanakan tanpa memberikan cadangan balas yang membina.

Dalam isu sekolah mengandung yang dikatakan sebagai penyelesain masalah buang bayi dan zina, PAS sudah sejak dari dahulu, kini dan selamanya menasihatkan Umno supaya kembali kepada Islam dalam menangani isu zina dan maksiat ini.

Malangnya Umno tidak pernah menerima. Contohnya dalam isu sekolah mengandung, Ketua Menteri berulang kali menyatakan penubuhan sekolah mengandung dapat menyelesaikan masalah buang bayi dan perzinaan sedangkan punca sebenarnya berlakunya buang bayi adalah disebab perzinaan. Punca perzinaan pula adalah disebabkan ajaran agama yang longgar, banyaknya pusat-pusat maksiat, pergaulan bebas dan tiadanya undang-undang yang mampu mencegah kemungkaran sertanya pemantauan yang amat minima oleh pihak berkuatkuasa.

Jadi jika kita ingin mencegah gejala buang bayi disebabkan zina ini maka kita mesti menghapuskan punca-punca yang menyebabkan zina. Maka perkara yang sangat penting ialah kita mengamalkan undang-undang Islam, menutup pusat-pusat maksiat, mencegah pergaulan bebas, memberikan ajaran agama secukupnya serta menambahkan program pemantauan.

Jika sekolah harapan ini ditubuhkan ia tidak akan mengurang dan membasmi perzinaan malah kemungkinan remaja tidak takut untuk berzina kerana bila mengandung di sana ada tempat untuk mengadu dan membela mereka.

Malangnya Ketua Menteri Melaka hari ini dalam media menghentam PAS kerana dikatakan hanya pandai mengkritik. Namun beliau langsung tidak mempedulikan saranan PAS sejak dahulu iaitu amar makhruf nahi mungkar dalam menangani masalah zina dan pembuangan bayi ini.

17 October 2010

TENGKU ADNAN TAKUT PORTAL ALTERNATIF

Oleh kerana takut akan pengaruh portal berita alternatif seperti Harakahdaily, Malaysiakini, Malaysiainsider dan lain-lain, Setiausaha Agung Umno, Tengku Adnan Tengku Mansor meminta pelajar luar negeri supaya sentiasa merujuk kepada portal Umno Online bagi mendapatkan maklumat.

Beliau berkata ia adalah penting bagi memastikan jati diri di kalangan mahasiswa di luar negara akan terus dapat diperkukuhkan.

"Setiap daripada kita ini mempunyai sejarah dan sebelum ke luar negara ini, siapa kita (dan) di mana (kedudukan) kita. Tanya diri masing-masing dan barulah kita sedar.

"Kebanyakan kita ini lupa diri dan dah lupa kepada sejarah negara kerana sejarah itulah akan memperbaiki keadaan masa depan diri dan negara," katanya menutup kursus kepimpinan Kelab Umno Luar Negara yang berlangsung selama tiga hari, di Kuala Lumpur hari ini.

Terbukti Tengku Adnan dan Umno amat cuba memperbodohkan pelajar-pelajar yang cerdik dan celik maklumat. Mana mungkin pelajar-pelajar ini akan hanya membaca dan merujuk portal Umno Online yang sentiasa bersifat 'Yes Man' dan mengiyakan setiap langkah dan program kerajaan seolah-olah pemimpin dan kerajaan adalah maksum tidak melakukan sebarang kesalahan.

BN MULA UMUMKAN PROJEK MEE SEGERA

Walaupun BN menafikan bahawa BN mula menaburkan projek mee segera, semua rakyat sudah pasti tahu bahawa memang tradisi BN menjanjikan projek segera pada setiap kali Pilihanraya Umum dan Kecil.

Hari ini Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan, Stopa Mamat meminta PAS menyelidik terlebih dahulu sebelum menuduh Umno sudah mula memancing undi untuk pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan tersebut.

PAS sebenarnya tidak menuduh tetapi ini memang menjadi tradisi dan wirid BN pada setiap kali Pilihanraya berjanji dan membuat projek mee segera.

Tengku Razaleigh yang kita lihat sebelum ini agak cerdik dari pemimpin Umno lain juga kembali terikut dengan perangai dan 'kecerdikan' pemimpin Umno lain apabila menjaja ke hulu ke hilir bahawa BN akan menjalankan beberapa projek segera.

Pengarah Jentera Pilihan Raya Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil DUN Galas itu berkata kerajaan BN meluluskan Projek Perumahan Rakyat bernilai RM300 juta di DUN Galas.

Tengku Razaleigh ketika memaklumkan mengenai projek berkata ia sebenarnya sudah lama diluluskan kerajaan pusat dan secara kebetulan berlaku kematian anggota DUN Galas, Che Hashim Sulaima, 46, akibat barah usus pada 27 Sept lepas.

Siapa yang hendak percaya dengan dakwaan Stopa dan Ku Li khasnya orang Kelantan yang begitu masak dengan perangai pemimpin BN.
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter