PRK BATU SAPI : JANGAN LAWAN 3 PENJURU

Saya mengharapkan PR dan SAPP dapat mencapai satu sepakat bagi memastikan bahawa pertandingan satu lawan satu antara PR/SAPP dan BN. Jangan kita pecahkan undi antara PR dan SAPP. Apa yang penting kita tumbangkan BN pada PRK itu. Jangan kita pentingkan diri kita sendiri sehingga akhirnya BN menang disebabkan undi kita pecah.

Diharapkan Anwar dan Yong Teck Lee dapat berbincang dengan baik memastikan PR/SAPP menang. Kedua-dua pihak mesti berlapang dada dan mesti bertolak ansur bagi memastikan kepentingan rakyat diutamakan.

Suruhanjaya Pilihan Raya telah menetapkan penamaan calon pada Selasa ini manakala pengundian adalah pada 4 November ini.

Kerusi Batu Sapi kosong, berikutan kematian ahli parlimennya, Edmund Chong Ket Wah dari Parti Bersatu Sabah yang terbunuh dalam kemalangan jalan raya di Kota Kinabalu, minggu lalu.

Mendiang menduduki kerusi berkenaan sejak pilihan raya umum 2004 apabila memenanginya tanpa sebarang saingan.

Bagaimanapun pada pilihan raya 2008, beliau dicabar oleh calon Bebas, Chung Kwong Wing tetapi berjaya mengekalkan kerusinya dengan mudah dengan majoriti 3,708 undi.

Chong memperoleh 9,479 undi manakala Chung pula mendapat 5,771.

Comments