ROBOH SURAU : ALI AKAN IKUT JEJAK KHIR TOYO

Beberapa penduduk Kampung Bukit Katil dan sekitarnya terus menyatakan kekesalan di atas sikap pihak berkuasa yang mahu meneruskan pembinaan jalan yang menyebabkan perobohohan Surau dan PASTI Bukit Katil.

Latip Deris, 40 dari Bukit Katil kesal dengan sikap keras kepala pihak berkuasa yang masih berdegil untuk merobohkan surau dan PASTI tersebut.

"PASTI dan Surau tersebut di bina atas usaha dan air mata rakyat mengumpul dana bagi mendirikannya, mengapa kerajaan sanggup merobohkan surau dan PASTI ini".

"Kami amat sedih dan kesal dengan sikap keras kepala pihak berkuasa sehingga sanggup merobohkan rumah Allah" jelas Latip.

Yani Ismail,42 dari Bukit Pulau pula menyatakan kehairanannya mengapa rumah Allah yang banyak berjasa seperti surau ini hendak dirobohkan sedangkan ada tempat lain yang lebih sesuai untuk dibuat jalan.

"Orang lain bangga mendirikan masjid dan surau tetapi ada orang bangga jika dapat roboh surau, kita harap Allah dapat membalas orang-orang yang bongkak seperti ini"

"Mereka ini tidak mahu mengambil pengajaran dari kekalahan Khir Toyo di Selangor selepas merobohkan surau di sana, kemungkinan pemimpin di Melaka juga akan ikut jejak Khir Toyo, Allah maha kuasa" kata Yani yang pernah anaknya bersekolah di PASTI Bukit Katil.

Seorang penyokong Umno yang tidak mahu namanya disiarkan berkata kekejaman dan kezaliman pemimpin Umno ini tidak boleh dimaafkan sehingga sanggup untuk merobohkan surau dan sekolah tadika Islam.

"Mana perginya agama mereka sehingga sanggup robohkan rumah Allah dan sekolah yang mengajar ilmu Islam".

"Tidak adakah sedikit nur Iman dan Islam di dalam hati dan minda mereka sehingga sanggup merobohkan rumah Allah" ujarnya yang juga pernah menghantar anaknya belajar di PASTI Bukit Katil.

Comments