PAS LEBIH RELEVAN DARI UMNO!

Bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin muncul pada forum anjuran Umno malam tadi sambil berkata, PAS seolah-olah memperlihatkan ia banyak berubah berbanding dengan parti dominan Barisan Nasional (BN) itu sepanjang dua dekad yang lalu.
Kata beliau (gambar) perubahan mengikut peredaran masa itu dapat dilihat dengan ketara khususnya sejak selepas pilihan raya umum ke-12.

Sehubungan itu menurut beliau, Umno yang ada sekarang dilihat tidak lagi menjaga dan mengangkat hal-hal berkaitan agama Islam.

Malah kata beliau, Umno tidak boleh jadi parti yang membawa sentimen perkauman, sebaliknya perlu menjadi lebih matang dalam membuat keputusan.

Sebagai contoh kata beliau, dalam isu bukan Islam masuk masjid, doa untuk bukan Islam dalam khutbah dan juga isu wang ihsan, ia tidak menunjukkan identiti Umno yang sebenarnya.

“Saya dukacita dengan apa yang berlaku dalam isu-isu tersebut, apabila pemimpin-pemimpin Umno (kata) tidak boleh sedangkan banyak bukti mengatakan sebaliknya,” katanya.

Beliau berkata demikian pada forum Kursus Kepimpinan Kelab Umno Luar Negara di bawah tajuk “Menjana Modal Insan Ulul-Albab di Peringkat Global” di sini malam malam tadi.

Sedutan dari Malaysiainsider

Comments

Mat jeng said…
masalahnya PAS ni dalam hal ajaran songsang ke, kes rempit ke, ke penyeludupan ke, buang bayi ke, pergaulan bebas ke!, mereka tak nak campur. Semua nak serah kepada kerajaan sahaja.. Polis sahaja. Mana ada ceramah, tazkirah, demonstrasi, poster tentang hal ini dengan serious.. yang ada dalam semua hal salahkan UMNO/BN/Kerajaan semata-mata. Peranan PAS mana? Sebabnya dalam kes ni penyokong PAS ada di situ. Apabila kerajaan halang mereka, timbullah mereka ni anti kerajaan! kredit politik untuk PAS!
Dalam kes Asri nih, patutlah dia hentam kerajaan, sebab pihak kerajaanlah yang nenyiasat dah menghentam ajaran WAHBInya!!! sebab tu marahkan UMNO walaupun tak berapa suka PAS! PAS berpolitik untuk selamat! sebab penyokongnya ramai dalam kumpulan negatif tu.. mereka tak nak puak tu jadi anti PAS! tak sembahyang tak apa tapi sokong PAS!Syurga!!