PRU 13 MAKIN HAMPIR : SATU LAGI 'DALIL' DITIMBULKAN OLEH NAJIB SEMALAM

Satu lagi 'dalil' bahawa Pilihanraya Umum akan diadakan pada masa terdekat ditimbulkan oleh Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak.

Dalam ucapannya Najib mahukan pemimpin Umno di semua peringkat supaya membuat persiapan rapi menghadapi pilihan raya umum akan datang bagi memastikan Umno terus menjadi peneraju utama kerajaan Barisan Nasional (BN).

Mesej jelas itu disampaikan Najib kepada perwakilan dan anggota Majlis Tertinggi Umno pada sesi taklimat tertutup presiden sempena Perhimpunan Agung Umno ke-61, di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur semalam.

Najib juga mahukan Umno memperkukuhkan kawasan yang telah dimenangi BN pada pilihan raya umum lepas dan bekerja kuat untuk memenangi semula kawasan yang tewas.

Jadi kepada seluruh jentera PAS dan PR kita mesti pergiatkan kegiatan mendekati rakyat dan menerangkan kepada rakyat mengapa mesti kita menumbangkan BN pada Pilihanraya akan datang. Kalau sebelum ini darjah gerakerja kita di sekitar 50 % kini kita mesti memacunya dengan lebih laju sehingga 80-90%. Sesungguh masa tidak menunggu kita. Ayuh mari kita pungut janji Allah dengan kita menginfakkan masa, tenaga, wang ringgit dan apa juga demi menegakkan Islam dan membebaskan rakyat dari belenggu kezaliman dan penindasan.

Comments