BAJET 2011 : UMNO/BN 'SLOW'

Umno/BN memang 'slow' dan lembap dalam melaksanakan sesuatu. Bayangkan Kelantan telah memperkenalkan dasar cuti bersalin 90 hari untuk ibu yang melahirkan anak sejak tahun 1990, BN/Umno baru sekarang hendak melaksanakannya. 20 tahun terlewat berbanding Kelantan.

Begitu juga dalam hal kerja 5 hari Kelantan sudah lama mengamalkan sedangkan BN baru setahun dua ini mengazetkannya.

Dalam isu elaun Imam yang diberikan elaun RM800 sebulan. Negeri PR, Pulau Pinang sudah memulakannya tidak lama selepas berjaya memerintah negeri tersebut.

'Slow' dan lembap betul BN/Umno. Sebab itu negara kita mengalami pelbagai masalah sebab pimpinannya lembap dan 'slow' dalam berfikir!.

Comments

Mat jeng said…
Better late than never! Takkan salah kot kalau ambil perkara yang baik! Masalahnya pembangkang tak nak ambil kira langsung perkara yang BN/UMNO buat!