DAP KAFIR HARBI?

Umno melalui penceramah-penceramah upahan mereka tidak habis-habis menghentam DAP dengan tuduhan kafir harbi iaitu kafir yang tidak layak dan tidak boleh dibuat kawan. Umno pula mengiyakan bahawa MCA, MIC dan lain-lain adalah kafir zimmi yang baik dan wajib dibuat sahabat.

Saya bukannya membela dan menghentam DAP secara membuta tuli tetapi saya ingin mengajukan beberapa soalan kepada penceramah dan pemimpin Umno tentang DAP. Soalan saya :-

1) Berapa ramai orang Islam yang telah dibunuh oleh DAP setakat ini.?? Sedangkan setahu saya 14 orang telah syahid di Memali kerana dibunuh oleh orang atau badan tertentu.

2) Berapa luas tanah orang Melayu yang telah dirampas oleh DAP?? Sedangkan tanah rezab Melayu semakin hari semakin kurang jika dibandingkan dengan 50 tahun dahulu ketika negara mula-mula merdeka. Siapa yang menggadaikan tanah rezab melayu ini???

3) Berapa banyak masjid dan surau yang telah dirobohkan oleh DAP??? Sedangkan semua orang tahu telah begitu banyak masjid dan surau dirobohkan oleh pihak berkuasa BN di Terengganu, Selangor dan lain-lain.

4) Berapa saham dan projek untuk orang Melayu dirampas oleh DAP??? Sedangkan projek dan saham ini dibolot oleh kroni-kroni orang tertentu!!

5) Berapa banyak hak dan kedaulatan Melayu di ragut di rampas oleh DAP??? Sedangkan semua orang tahu Hak Keistimewaan Raja-Raja Melayu telah dihadkan melalui pindaan perlembagaan pada era 90-an.

6) Berapa banyak hukum agama yang telah dihapuskan oleh DAP??? Sedangkan kerajaan sekarang yang diterajui oleh pemimpin Islam terus meminggirkan Hukum Islam, mengamalkan riba, meluluskan lesen judi, rumah urut, tempat maksiat dan sebagainya.......

Banyak lagi tak larat nak tulis............

Comments

komando said…
Melayu Mudah Lupa

Ingat kepada UMNO melayu sekarang tidak akan lupa apa khainat mereka buat selama 53 tahun lama nya!

KITA TIDAK AKAN LUPA
Anonymous said…
tunggu ja PRU13 nanti...tungging buyung abis UMNO/BN..
Mat Jeng said…
kena ingat jugak ajaran PAS..Tuhan mencarut, boleh berkawan dengan syaitan, maki hamun sumpah seranah, bohong, kroni, keluarga berpecah belah, sembahyang 2 imam, kutip derma buat masjid di Terengganu, (lepas PAS jatuh, kemana duit tu!)..mengelirukan ajaran agama lagi teruk.. hak dia buat betul belaka! buat salah menyalahkan orang lain! masalah sosial di Kleantan yang PAS perintah bertahun2 pun tak habis2..generasi PAS mula perintah dulu dah mula tua!
Karpal Singh cabar Hudud, kenapa tak jawab.. pemimpin PAS raikan pengebumian kafir mati pun kata betul.. tengok majlislah! Roboh masjid di Terengganu tengoklah masjid guana! isu guana! masjid tu kat mana! berapa orang khairiah masjid tuh!Tok sahlah putar belit isu tu.. pemimpin tertinggi PAS tahu! banyak diorang sorok dari orang bawahan!Dengarlah jugak hak UMNO khabor! Banyak Masjid hak kerajaan buat dok kira pulak!
Kejayaan UMNO meletakkan Melayu n Islam ke tahap sekarang tak nak kira. berapa orang dah PAS islamkan DAP/Hindraf/PKR.. PAS dak macam dulu..sekarang ni jadi dayus dah.. dulu aku sokong jugak.. la ning haru biru.penyokong pun keliru. prinsip tergadai dek niat hanya nak tumbangkan UMNO n BN!Islam tolak ke tepi!