DEB UNTUNGKAN SEGELINTIR KRONI, FAKTA YANG LAMA DIUCAP OLEH PAS

Malaysiakini melaporkan bahawa Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin mengakui terdapat persepsi negatif terhadap pendekatan terdahulu Dasar Ekonomi Baru (DEB) di kalangan anak muda.

Khairy berkata apabila saya ceritakan soal DEB dan perjuangan bangsa, anak-anak muda menjawab'Minta maaf. Apa yang saya dapat dari DEB?' Gaji mereka di bawah paras kemiskinan, ramai di kalangan mereka berhijrah ke bandar di mana kos sara hidup meningkat dengan lebih pantas dari pendapatan. Mereka Melayu, Bumiputera tetapi nikmat DEB tidak mereka rasai.

Menurutnya tanggapan mereka – persepsi yang mereka ada – DEB hanya menguntungkan segelintir Bumiputera elit yang ada kabel besar. Bagi golongan ini, sasaran ekuiti 30peratus tidak bermakna kerana kebanyakkan mereka tidak pernah dan tidak mampu untuk membeli saham.

Sehubungan itu, Khairy berkata, realiti itu menuntut kerajaan membuat perubahan melalui MEB yang didakwa sebagai "pengemaskinian terhadap cara pelaksanaan agar segala kelemahan DEB dapat diatasi".

Terbukti apa yang diucapkan oleh PAS sejak dari mula DEB diperkenalkan adalah benar dan mula diakui oleh Umno. Dasar DEB hanya mengkayakan segelintir elit Melayu yang terdiri dari kroni Umno tetapi meminggirkan golongan Melayu terbanyak. Sebab itulah target untuk mencapai ekuiti 30 % Melayu hanyalah mimpi disiang hari.

Comments