.

.

30 May 2008

RAKYAT BANDAR MAHKOTA CHERAS 'MENANG'

Semenjak kalah teruk dalam PRU 12 8 Mac lalu kerajaan BN Islam Hadhari nampaknya semakin prihatin dengan nasib rakyat. Kalau sebelum jangan haraplah kerajaan BN ingin menyebelahi rakyat dalam kes rumah setinggan, perbalahan dengan pemaju dan sebagainya. Tetapi sekarang Dollah Badawi dan kuncu-kuncunya semakin takut kepada rakyat.

Hari ini satu lagi contoh kerajaan BN semakin takut kepada rakyat (takut hilang kuasa). Kabinet mengarahkan supaya jalan akses yang digunakan oleh penduduk Bandar Mahkota Cheras (BMC) bagi mengelak membayar tol di Lebuhraya Cheras-Kajang dibuka kepada laluliintas.Keputusan itu dibuat dalam mesyuarat mingguan kabinet hari ini dan berkuatkuasa serta merta.

Pengerusi Jawatankuasa Buka Jalan BMC, Tan Boon Hwa berkata, beliau telah dimaklumkan oleh Menteri Pengangkutan, Datuk Ong Tee Keat mengenainya tengahari tadi.Menteri Kerja Raya, Datuk Mohd Zin Mohamed kemudiannya membuat pengumuman rasmi mengenainya apabila mengadakan pertemuan dengan penduduk BMC hari ini.

Zin juga berkata, syarikat konsesi tol Grand Saga juga diarahkan supaya memperbaiki jalan tersebut.

Pertikaian berhubung tindakan syarikat konsesi lebuhraya, Grand Saga, membina benteng menutup jalan tersebuttelah berterusan sejak tiga tahun lalu tetapi ia sampai ke kemuncaknya pada 21 April lalu apabila penduduk di situ, dengan sokongan beberapa ahli exco kerajaan negeri Pakatan Rakyat, bertindak memusnahkan benteng yang dibina pada 2005.Grand Saga kemudiannya membina semula benteng di situ, tetapi penduduknya bertindak

memusnahkannya semula.Bagaimanapun, percubaan Grand Saga untuk membina benteng konkrit setinggi tiga kaki - bagi kali ketiga - pada malam 8 Mei lalu terganggu, apabila pihak polis melepaskan tembakan gas pemedih mata untuk menyuraikan penduduk yang berhimpun di situ.Empat hari kemudiannya, penduduk gagal mendapatkan perintah dari Mahkamah Tinggi untuk menghalang syarikat konsesi lebuhraya itu mendirikan semula benteng konkrit di jalan tersebut.

Selepas mahkamah membuat keputusan yang memihak kepada Grand Saga, Zainal Abidin mengeluarkan notis tiga hari lalu bahawa benteng konkrit akan dibina semula di situ dan berharap orang ramai tidakmengengkari penghakiman mahkamah tersebut.Bagaimanapun, kelmarin, penduduk Bandar Mahkota Cheras (BMC) sekali lagi bertindak membuang semula benteng tersebut yang menutup jalan akses tersebut.

BAGUSLAH KALAU MACAM TU DOLLAH, JANGAN INGAT KAMU BERKUASA DAN LANGSUNG TIDAK MAHU AMBIL TAHU MASALAH RAKYAT.

MOGA-MOGA SELEPAS INI DOLLAH & GENGNYA AKAN SEMAKIN BERTIMBANG RASA KEPADA RAKYAT.

MELAKA TAK ADA KERJA LAIN ASYIK BERPESTA SAJE

Kapal Dagang Dari Seberang
Sarat Muatan Kayu Meranti
Dari jauh Tuan Datang
Pesta Melaka Sedia Menanti
Itulah Pantun Pak Ali Rustam untuk mempromosikan Pesta Melaka yang bakal berlangsung pada 31 Mei hingga 6 Jun 2008. Nampaknya Negeri Melaka dibawah pentadbiran batu jemala Ali Rustam ni tak ada kerja lain asyik berpesta sahaja. Lepas satu, satu pesta dan acara maksiat dijalankan oleh kerajaan negeri dan agensi-agensinya.
Memang Pak Ali ini kaki pesta dan beliau suka benar dengan program-program maksiat. Program-program seumpama ini 'menghiasi' negeri Melaka. Rakyat Melaka dihidangkan dengan program-program maksiat dan budaya hedonisme ini sudah menjadi zikir kerajaan Islam Hadhari Ali Rustam.
Apa agaknya yang bermain di dalam fikirannya sehingga tidak dapat membezakan yang mana hak dan batil.
Sebab itulah pelacuran yang berleluasa di Bandar Melaka dibiarkan membiak tanpa kawalan. Mungkin itu sebagai satu cara untuk kerajaan Islam Hadhari pimpinan Ali Rustam untuk menarik pelancong.
Saya mengharapkan Ali Rustam agar insaf dan sedar. Didiklah rakyat dengan program-program yang baik dan berguna agar kita semua selamat dunia dan akhirat.
Saya nak jawab pantun Pak Ali. Harap-harap Pak Ali baca :-
Kapal Dagang dari Seberang
Sarat Muatan Kayu Menanti
Pak Ali jangan SESATKAN ORANG
Takut MENYESAL KEMUDIAN HARI

KOLEKSI KECAMAN EZAM KEPADA UMNO

Sebuah blog baru muncul sehari selepas bekas ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Ezam Mohd Nor menyerahkan borang keahlian untuk menyertai semula Umno kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Blog tersebut menyiarkan berita-berita mengenai Ezam ketika menjadi pengerusi Gerakan Demokrasi dan Anti-Rasuah (GERAK) dan kenyataannya mengecam Abdullah ketika berada di luar Umno Sebelum ini. Antara artikel yang disiarkan dalam blog tersebut ialah yang bertajuk 'Ezam ada bukti PM dan Dr Mahathir beri projek kepada anak menantu'.

Turut disiarkan ialah gambar-gambar dan laporan polis yang dibuat oleh Ezam yang mendakwa beliau mempunyai fakta kukuh untuk mengheret mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, dan Abdullah ke mahkamah atas dakwaan penyalahgunaan kuasa semasa memerintah.

Satu lagi artikel bertajuk 'Tak Mungkin saya diterima UMNO: Ezam' memetik beliau sebagai berkata: "Tidak mungkin saya diterima masuk dalam Umno kerana saya sudah buat tiga kali laporan polis dan BPR terhadap Presiden Umno, Abdullah Ahmad Badawi dan anaknya Kamaruluddin."

Dalam satu lagi artikel yang bertajuk 'Isu Anwar, Abdullah tunjuk belang sebenar - Ezam', Anwar mengkritik Abdullah yang didakwanya berpegang prinsip yang sama seperti Dr Mahathir yang didakwanya tidak berasaskan akhlak dan prinsip keadilan.

Manakala yang lain-lainnya merupakan kenyataan Ezam di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya selepas dijatuhkan hukuman di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) dahulu.Ezam mengambil keputusan untuk menyertai semula Umno dan menyerahkan borang keahlian kepada Abdullah di bangunan Parlimen Rabu lalu.

Kini Ezam menjilat semua kata-kata dan sumpah beliau.

KASIHAN DOLLAH 'DAGANG'

Tersengih-sengih Dollah Badawi apabila semakin ramai NGO dan individu tertentu mengambil kesempatan untuk membodek beliau dengan menyatakan sokongan padu kepada kepimpinan kerajaan tiga beranaknya.

Oleh kerana beliau terdesak sekarang ini, maka beliau sangat seronok bila ada pasukan pengampu seperti ini. Tetapi Dollah kena sedar bahawa sebenarnya beliau berada dalam keadaan terumbang-ambing akibat serangan dari Pakatan Rakyat, Dr Mahathir dan golongan penentangnya di dalam Umno.

Semalam diberitakan 32 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Negeri Sembilan menyerahkan memorandum kepada Dollah sebagai tanda sokongan mereka terhadap beliau.

Memorandum itu diserahkan oleh wakilnya, Wan Shaharuddin Wan Dahalan kepada Dollah di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur semalam, sebaik majlis pelancaran Hari Seniman Kebangsaan 2008 yang dihadiri oleh Perdana Menteri tamat.

Semasa majlis penyerahan memorandum itu, Dollah dengan tersengih dan senyum lebar mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada kumpulan tersebut kerana sanggup menemuinya untuk menyatakan sokongan mereka.

Entah dari mana datangnya NGO itu kita pun tak tahu. Kesihan Dollah terpaksa menagih simpati rakyat dan NGO yang belum tentu ujudnya mungkin hanya sekadar untuk membodek dan menangguk di air keroh.

SIAPA YANG TIDAK DEMOKRATIK

Sejak mempunyai blog ini beberapa bulan lalu, Datuk Seri Mohd Ali Rustam begitu hebat mengkritik pembangkang. Terbaru beliau mengkritik DAP kerana tidak elaun wakil rakyatnya perlu dimasukkan dalam akaun parti itu. Sedangkan katanya elaun itu adalah hak wakil rakyat dan ia sewajarnynya dibayar terus kepada individu dan bukannya kepada parti.

Katanya lagi, inilah yang berlaku kepada wakil rakyatnya di Melaka apabila Kerajaan Barisan Nasional (BN) sudah membuat pembayaran, tetapi wakil rakyatnya tanpa usul periksa mengaku belum menerima elaun itu.

Saya tidak pasti apakah tuduhan Datuk Seri itu benar atau tidak. Cuma saya ingin bertanya kepada Datuk Seri apakah Umno dan BN benar-benar demokratik.

Di bawah ini beberapa soalan saya untuk dijawab oleh Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

1) Apakah Wakil Rakyat Pakatan Rakyat Melaka mendapat jumlah peruntukan yang sama dengan Wakil Rakyat BN?

2) Apakah Wakil-Wakil Rakyat Pakatan Rakyat Melaka dijemput sama dalam mesyuarat Majlis Kerajaan Tempatan?

3) Apakah Wakil-Wakil Rakyat Pakatan Rakyat Melaka mendapat kemudahan menggunakan tempat-tempat awam sebagaimana Wakil-wakil Rakyat BN?

4) Apakah Wakil-wakil Rakyat Pakatan Rakyat Melaka dilayan sepertimana Wakil-wakil Rakyat BN di Jabatan-jabatan Kerajaan?

5) Apakah Wakil-wakil Rakyat Pakatan Rakyat Melaka diberikan hak yang sama untuk berucap, merasmikan majlis dan sebagainya dalam mana-mana program melibatkan rakyat dan badan-badan bukan kerajaan?

Itu sahaja pertanyaan untuk kali ini. Harap Datuk Seri dapat menjawab dengan adil dan jujur.

29 May 2008

EZAM JILAT LUDAH SENDIRI

Lebih sepuluh tahun sejak era reformasi Ezam membuktikan dengan hujah-hujah dan fakta-fakta bahawa Umno dan BN adalah parti korup, rasuah, penipu dan sebagainya. Pelbagai istilah digunakan Ezam untuk menceritakan kepada rakyat betapa Umno dan pemimpinnya mesti dijauhi. Namun akhirnya beliau sanggup menjilat ludahnya sendiri.

Apa yang mendorongnya berbuat demikian? Hanya Ezam yang boleh menjawabnya.

Yang pasti beliau terpaksa berdepan dengan bekas rakan-rakannya dan juga rakyat dalam perjuangan politik baru beliau.

Ezam menyerahkan borang keahlian tersebut selepas mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di bangunan Parlimen petang semalam.

Ezam menyerahkan borang itu ketika Abdullah mengadakan sidang media untuk mengumumkan kemasukan semula Ezam ke dalam Umno. Ezam menemui presiden Umno itu selama kira-kira 30 minit, mulai jam 3.30 petang tadi.

Ezam hadir sama dalam sidang akhbar tersebut tetapi tidak membuat sebarang kenyataan. Beliau akan mengadakan sidang akhbar pagi esok.

Turut hadir dalam sidang media tersebut ialah bekas setiausaha AMK, SD Johari Md Yassin; bekas exco AMK, Abdul Ghani Haron dan bekas setiausaha AMK Selangor,

27 May 2008

MALAYSIA SEMAKIN TIDAK SELAMAT, DI PARLIMEN PUN ADA PENCURI

Manifesto Selamat, Aman dan Makmur terus menjadi slogan kosong kerajaan BN apabila di mana-mana sahaja di dalam negara kita sekarang ini kurang selamat.
Bukan sahaja di jalanraya, pasar malam, lorong gelap, kampung, hutan dan sebagainya semuanya tidak selamat.

Hatta di Bangunan Parlimen iaitu tempat menggubal undang-undang negara pun tidak selamat.

Semalam, Pusat Media Parlimen, digemparkan dengan kes kecurian komputer riba milik seorang wartawan Malaysiakini, S Pathamawaty. Difahamkan wartawan itu hanya menyedari kehilangan komputer riba miliknya kira-kira jam 1 tengah hari selepas selesai membuat liputan di lobi Parlimen.

Dia juga dikhabarkan kehilangan dompet sebelum ditemui beberapa jam kemudian. Kes kecurian itu sekali gus menimbulkan keraguan media berhubung tahap keselamatan di Parlimen.

Jadi Slogan Selamat, Aman, Makmur hanyalah omongan kosong BN yang gagal menarik minat rakyat kerana ianya hanyalah retorik kosong kerajaan Islam Hadhari.

ISU PULAU BATU PUTIH : BN SANGGUP GADAIKAN MARUAH NEGARA

Penolakan usul tergempar PAS tentang isu Pulau Batu Putih ditolak oleh Speaker Dewan Rakyat. Malah tidak ada seorang pun Ahli Parlimen BN yang menyokong usul ini supaya dibahaskan.

Itulah rupa sebenar Ahli Parlimen BN yang langsung merasa apa-apa dengan 'kehilangan' Pulau Batu Putih yang jatuh ke tangan Singapura. Mereka tindak hairan jika negara tergadai sekalipun asalkan mereka dapat memuaskan perut dan 'bawah perut' mereka. Sebab itulah bila Imam Hadhari 'menggadaikan' Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) kepada Singapura tidak seorang pun pemimpin Umno dan BN yang menentang hasrat 'kurang siuman' Imam Hadhari tersebut.

Rakyat yang mempunyai semangat patriotisme boleh menilai dan menghakimi sendiri sikap dan gelagat Ahli-Ahli Parlimen Barisan Nasional ketika usul mengenai kehilangan Pulau Batu Puteh dibentangkan di Dewan Rakyat pagi ini.

"Ketika saya menggunakan peraturan yang memerlukan sekurang-kurangnya 15 Ahli Parlimen bangun untuk menyokong supaya usul itu dibahaskan, ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat (PR) bangun beramai-ramai sebagai tanda sokongan.

"Malangnya, ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN), khususnya yang mewakili Umno Johor, enggan bangun untuk menyokong supaya usul itu dibahaskan. Hebat Umno Johor.

"Saya sangat kagum dengan semangat patriotisme mereka sehingga enggan menyokong supaya isu kehilangan Pulau Batu Puteh dibincangkan!" kata Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub yang membentangkan usul tersebut.

Dipetik dari Harakahdaily

MARI SAMA-SAMA BOIKOT UTUSAN 'MELOYA'

Pakatan Rakyat hari ini melancarkan kempen BOIKOT Utusan 'Meloya' Malaysia dan Mingguan 'Meloya' Malaysia.

Pelancaran tersebut dilakukan oleh 3 pemimpin utama parti-parti Pakatan Rakyat iaitu Datin Seri Wan Azizah (PKR); Ustaz Nasaruddin Mat Isa (PAS) dan Lim Guan Eng (DAP) di lobi parlimen hari ini.

Dalam kenyataan akhbar mereka hari ini pemimpin PR berkata, akhbar Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia yang didakwanya terus menerus menyiarkan laporan yang cuba merosakkan Pakatan tersebut.

Gesaan itu terkandung dalam satu kenyataan yang ditandatangani bersama oleh Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail; Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang juga ketua menteri Pulau Pinang.

Ketika membaca kenyataan tersebut di bangunan Parlimen pagi ini, Wan Azizah berkata, kini nampaknya sudah ada 'pembukaan kecil' dalam laporan media perdana terhadap berita-berita mengenai Pakatan Rakyat.Bagaimanapun, tambah kenyataan itu lagi, media perdana masih bersikap tidak adil dan masih menyiarkan lebih banyak laporan untuk BN berbanding dengan laporan mengenai Pakatan Rakyat.

Namun begitu, tegasnya, laporan mengenai Pakatan Rakyat mempunyai unsur-unsur keterlaluan dan bersifat untuk merosakkan parti-parti dan para pemimpin Pakatan tersebut.Kenyataan itu mendakwa, yang paling teruk ialah akhbar Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia yang didakwanya masih menggunakan cara tidak adil untuk mengkritik dan merosakkan Pakatan Rakyat dan pemimpin-pemimpin utamanya, seolah-olah kempen pilihanraya masih berjalan.

Kenyataan itu juga mendakwa, Utusan cuba mengapi-apikan sentiman perkauman yang sempit, terutama membangkitkan kemarahan orang Melayu terhadap Pakatan dan pemimpin-pemimpin utamanya.

Oleh sebab sikap yang tidak adil dan tidak bertanggungjawab itu, maka Pakatan menggesa semua orang - mulai hari ini - memboikot Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia.Dalam kenyataan itu, mereka menggesa para pengiklan yang prihatin supaya segera berhenti daripada mengiklan dalam akhbar-akhbar berkenaan.
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter