KOLEKSI KECAMAN EZAM KEPADA UMNO

Sebuah blog baru muncul sehari selepas bekas ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Ezam Mohd Nor menyerahkan borang keahlian untuk menyertai semula Umno kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Blog tersebut menyiarkan berita-berita mengenai Ezam ketika menjadi pengerusi Gerakan Demokrasi dan Anti-Rasuah (GERAK) dan kenyataannya mengecam Abdullah ketika berada di luar Umno Sebelum ini. Antara artikel yang disiarkan dalam blog tersebut ialah yang bertajuk 'Ezam ada bukti PM dan Dr Mahathir beri projek kepada anak menantu'.

Turut disiarkan ialah gambar-gambar dan laporan polis yang dibuat oleh Ezam yang mendakwa beliau mempunyai fakta kukuh untuk mengheret mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, dan Abdullah ke mahkamah atas dakwaan penyalahgunaan kuasa semasa memerintah.

Satu lagi artikel bertajuk 'Tak Mungkin saya diterima UMNO: Ezam' memetik beliau sebagai berkata: "Tidak mungkin saya diterima masuk dalam Umno kerana saya sudah buat tiga kali laporan polis dan BPR terhadap Presiden Umno, Abdullah Ahmad Badawi dan anaknya Kamaruluddin."

Dalam satu lagi artikel yang bertajuk 'Isu Anwar, Abdullah tunjuk belang sebenar - Ezam', Anwar mengkritik Abdullah yang didakwanya berpegang prinsip yang sama seperti Dr Mahathir yang didakwanya tidak berasaskan akhlak dan prinsip keadilan.

Manakala yang lain-lainnya merupakan kenyataan Ezam di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya selepas dijatuhkan hukuman di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) dahulu.Ezam mengambil keputusan untuk menyertai semula Umno dan menyerahkan borang keahlian kepada Abdullah di bangunan Parlimen Rabu lalu.

Kini Ezam menjilat semua kata-kata dan sumpah beliau.

Comments