KASIHAN DOLLAH 'DAGANG'

Tersengih-sengih Dollah Badawi apabila semakin ramai NGO dan individu tertentu mengambil kesempatan untuk membodek beliau dengan menyatakan sokongan padu kepada kepimpinan kerajaan tiga beranaknya.

Oleh kerana beliau terdesak sekarang ini, maka beliau sangat seronok bila ada pasukan pengampu seperti ini. Tetapi Dollah kena sedar bahawa sebenarnya beliau berada dalam keadaan terumbang-ambing akibat serangan dari Pakatan Rakyat, Dr Mahathir dan golongan penentangnya di dalam Umno.

Semalam diberitakan 32 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Negeri Sembilan menyerahkan memorandum kepada Dollah sebagai tanda sokongan mereka terhadap beliau.

Memorandum itu diserahkan oleh wakilnya, Wan Shaharuddin Wan Dahalan kepada Dollah di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur semalam, sebaik majlis pelancaran Hari Seniman Kebangsaan 2008 yang dihadiri oleh Perdana Menteri tamat.

Semasa majlis penyerahan memorandum itu, Dollah dengan tersengih dan senyum lebar mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada kumpulan tersebut kerana sanggup menemuinya untuk menyatakan sokongan mereka.

Entah dari mana datangnya NGO itu kita pun tak tahu. Kesihan Dollah terpaksa menagih simpati rakyat dan NGO yang belum tentu ujudnya mungkin hanya sekadar untuk membodek dan menangguk di air keroh.

Comments