MARI SAMA-SAMA BOIKOT UTUSAN 'MELOYA'

Pakatan Rakyat hari ini melancarkan kempen BOIKOT Utusan 'Meloya' Malaysia dan Mingguan 'Meloya' Malaysia.

Pelancaran tersebut dilakukan oleh 3 pemimpin utama parti-parti Pakatan Rakyat iaitu Datin Seri Wan Azizah (PKR); Ustaz Nasaruddin Mat Isa (PAS) dan Lim Guan Eng (DAP) di lobi parlimen hari ini.

Dalam kenyataan akhbar mereka hari ini pemimpin PR berkata, akhbar Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia yang didakwanya terus menerus menyiarkan laporan yang cuba merosakkan Pakatan tersebut.

Gesaan itu terkandung dalam satu kenyataan yang ditandatangani bersama oleh Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail; Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang juga ketua menteri Pulau Pinang.

Ketika membaca kenyataan tersebut di bangunan Parlimen pagi ini, Wan Azizah berkata, kini nampaknya sudah ada 'pembukaan kecil' dalam laporan media perdana terhadap berita-berita mengenai Pakatan Rakyat.Bagaimanapun, tambah kenyataan itu lagi, media perdana masih bersikap tidak adil dan masih menyiarkan lebih banyak laporan untuk BN berbanding dengan laporan mengenai Pakatan Rakyat.

Namun begitu, tegasnya, laporan mengenai Pakatan Rakyat mempunyai unsur-unsur keterlaluan dan bersifat untuk merosakkan parti-parti dan para pemimpin Pakatan tersebut.Kenyataan itu mendakwa, yang paling teruk ialah akhbar Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia yang didakwanya masih menggunakan cara tidak adil untuk mengkritik dan merosakkan Pakatan Rakyat dan pemimpin-pemimpin utamanya, seolah-olah kempen pilihanraya masih berjalan.

Kenyataan itu juga mendakwa, Utusan cuba mengapi-apikan sentiman perkauman yang sempit, terutama membangkitkan kemarahan orang Melayu terhadap Pakatan dan pemimpin-pemimpin utamanya.

Oleh sebab sikap yang tidak adil dan tidak bertanggungjawab itu, maka Pakatan menggesa semua orang - mulai hari ini - memboikot Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia.Dalam kenyataan itu, mereka menggesa para pengiklan yang prihatin supaya segera berhenti daripada mengiklan dalam akhbar-akhbar berkenaan.

Comments