.

.

24 May 2008

ALI RUSTAM PERBODOHKAN DIRI SENDIRI, PADINYA 4 TAHUN BERBUAH 2 KALI

Ali Rustam dalam blognya memberitahu sekelian rakyat Melaka bahawa kerajaan negeri berusahan untuk menambahkan pengeluaran beras.Kerajaan negeri Melaka telah mengambil langkah-langkah awal sejak 4 tahun yang lepas iaitu langkah pertama dengan menubuhkan Syarikat Padi Melaka Sdn Bhd.

Syarikat ini diberi tugas untuk menyewa tanah penduduk yang tidak diusahakan dengan kadar bermula pada RM500 setahun. Sehingga kini syarikat telah 2 kali melakukan pengeluaran yang melibatkan 73.6 hektar di mukim Bukit Lintang, Semabuk dan Padang Temu.Begitulah bangganya Ali Rustam menunjuk-nunjuk kepada kita kononnya Melaka telah lama mengorak langkah untuk menghadapi krisis kekurangan beras ini.

Malangnya Ali Rustam hanya memperbodohkan dirinya sendiri kerana padi yang 'ditanam'nya mengeluarkan hasil 2 kali dalam masa 4 tahun. Padi apa agaknya yang ditanam oleh Syarikat Padi Ali Rustam ini. Kalau nak diharapkan kepada syarikat ini untuk membekalkan beras kepada rakyat Melaka alamat kebulurlah kita semua.

Di Thailand padi mereka boleh mengeluarkan hasil 3 kali setahun tetapi padi Ali Rustam 'lagi hebat' iaitu 2 kali dalam masa 4 tahun.

MELAKA NAK LAKSANA MANIFESTO PAS, TAPI TAK SAMA

Ali Rustam mengaku secara tidak langsung bahawa Manifesto PAS dan parti-parti Pakatan Rakyat adalah baik apabila mencadangkan skim gaji minimum RM740 sebulan kepada semua pekerja industri dan agensi-agensi kerajaan Negeri Melaka.

Namun Ali Rustam bongkak tidak mahu mengakui bahawa beliau mencedok idea ini dari manifesto PAS untuk PRU 12 lalu.

Tetapi Ali Rustam tidak mencedoknya semua. Mengapa cadangan gaji minimum RM1,500 yang dicadangkan Pakatan Rakyat tidak diikut. Melaka tak ada duit kot.???

GANI PATAIL JAGUH KAMPUNG

Keputusan ICJ yang memberikan hak kedaulatan Pulau Batu Putih kepada Singapura membuktikan kegagalan Gani Patail, Peguam Negara yang mewakili Malaysia dalam perbicaraan tersebut.

Menurut pemerhati, hujah Malaysia amat lemah berbanding dengan Singapura. Malah 'team' Malaysia kelihatan tidak melaksana 'homework' yang secukupnya bagi menghadapi hujah dan fakta yang dikemukakan oleh Singapura.

Kegagalan Malaysia dalam isu yang sangat penting ini mencerminkan kelemahan Peguam Negara ini.

Maka kami rakyat Malaysia mendesak Perdana Menteri melantik individu-individu lain yang lebih berwibawa dan cerdik bagi menggantikan Gani Patail yang layak di panggil Jaguh Kampung.

Peguam negara hanya layak berhadapan dengan Halim-hakim tempatan sahaja kerana hakim-hakim itu sendiri ramai yang takut kepada Gani.

Jika Perdana Menteri gagal memecat Gani, rakyat Malaysia mahukan Gani sendiri meletakkan jawatan kerana maruah kamu telah tercalar dan imej kamu begitu buruk di mata rakyat.

23 May 2008

BOROS SUDAH JADI PAKAIAN PEMIMPIN UMNO

Bayangkan betapa borosnya ADUN-ADUN BN Selangor apabila membelanjakan duit rakyat sebanyak RM27 juta dalam masa 2 bulan sahaja. Apa yang mereka buat dengan wang RM27 juta dalam sekelip mata.

Apa yang mereka buat dengan wang sebanyak ratusan ribu yang dibelanjakan oleh setiap dari mereka. Cuba lihat jumlah perbelanjaan mereka dalam rajah di sebelah.

Kemana perginya duit rakyat yang berjumlah jutaan ringgit ini. Tidak adakah sekelumit rasa bersalah di dalam hati mereka. Sanggup mereka membelanjakan wang rakyat sesuka hati.

MBMB DAN KERAJAAN MELAKA BERSEKONGKOL BENARKAN KEGIATAN PELACURAN

Laporan sebuah akhbar pada 23 Mei lalu (semalam) sekali lagi membuktikan bahawa Melaka adalah negeri yang layak diberi nama jolokan sebagai Melaka Darul Maksiat.

Bayangkan dalam sebuah negeri yang kecil begini sekurang-kurang nya lapan hotel murah di di dapati menjalankan kegiatan pelacuran.

Hotel-hotel tersebut terletak di Jalan Bunga Raya, Jalan Jalan Kee Ann, Jalan Munshi Abdullah dan Kampung Jawa. Ianya dikesan menjadi perhentian lelaki miang untuk melempiaskan nafsu sejak 1970-an berikutan semua hotel itu menyediakan khidmat pelacur antarabangsa dan tempatan.

Malah, perniagaan utama hotel murah itu bukan lagi sewaan bilik untuk bermalam sebagai rumah tumpangan sebaliknya bilik itu dikhaskan untuk melanggan pelacur pada kadar RM30 dan RM60 untuk sekali perkhidmatan.Walaupun ada di kalangan hotel terbabit pernah diserbu berulang kali jabatan imigresen, polis dan Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) tetapi masih beroperasi berikutan ada permintaan yang tinggi untuk khidmat seks terutama di kalangan warga asing dari Bangladesh dan Nepal.

Daripada lapan hotel murah itu, dua hotel sudah ditamatkan lesen perniagaannya oleh Majlis Bandaraya Melaya Bersejarah (MBMB) atas kesalahan menyalahgunakan premis untuk tujuan maksiat sejak setahun lalu tetapi masih beroperasi seperti biasa dengan membenarkan pelanggan memasukinya melalui pintu belakang.

Sudah berpuluh kali pendedahan sedemikian di buat oleh media samada media cetak atau media elektronik namun kegiatan maksiat ini terus menerus berlaku tanpa henti malah jumlah premis pelacuran kian bertambah.

Persoalannya apakah Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) dan Kerajaan Negeri Melaka tidak berkuasa untuk mencegahnya dari berterusan?.

Ini yang menghairankan.

MBMB sebagai sebuah kerajaan tempatan semestinya berkuasa untuk menamatkan lesen sesebuah premis yang melanggar peraturan.

Atau apakah MBMB memberi lesen untuk hotel menjalankan kegiatan pelacuran???

Begitu juga dengan Kerajaan Negeri, adakah Ketua Menteri dan Exco-exco takut untuk bertindak. Bukankah kerajaan negeri boleh meminta jasabaik TNB dan anak syarikatnya Perbadanan Air Melaka (PAM) memotong bekalan elektrik dan air ke premis-premis 'celaka' tersebut.

KERAJAAN NEGERI, MBMB, TNB DAN PAM MESTILAH MENGAMBIL TINDAKAN SERTA MERTA KE ATAS SEMUA HOTEL YANG MENJALANKAN KEGIATAN PELACURAN TERSEBUT.

HANYA TINDAKAN DRASTIK SEPERTI MEMBATALKAN LESEN PREMIS PERNIAGAAN, MEMOTONG BEKALAN AIR DAN ELEKTRIK SERTA MENYAMAN PIHAK-PIHAK YANG MELANGGAR UNDANG-UNDANG MUNGKIN DAPAT MENYEDARKAN MEREKA.

JANGAN KITA MENGUNDANG BALA ALLAH DI ATAS MAKSIAT YANG DILAKUKAN DI DALAM NEGERI KITA.

Sofi Wahab
Ketua Penerangan PAS Negeri Melaka
sofiwahab@gmail.com

MUKHRIZ LEBIH BAIK KELUAR UMNO

Mukhriz, You sudah nampak keburukan Umno dan pemimpin Umno. Sudah menjadi resam mereka tidak akan mahu berundur. Seperti juga bapa kamu dahulu yang begitu liat untuk meletakkan jawatan.

Walaupun sudah 22 tahun 'bertakhta' di kerusi PM bapa kamu masih bernasfu untuk meneruskan tugas yang penuh dengan kuasa dunia tersebut.

Begitu jugalah dengan Pak Lah. Sudah tentu beliau sayangkan kuasa. Malah beliau juga perasan semua orang Umno sayangkannya. Mungkin kerana pengampu dan pembodek masih mencium tangannya walaupun tangan itulah yang menzalimi tahanan ISA, tangan itulah yang memisahkan isteri dengan suami, anak dengan ayah dan ibu.

Tuntutan kamu supaya Pak Lah bukan lah isu yang besar. Isu yang paling besar ialah Pak Lah Umno jelas sudah menyimpang jauh. Kedaulatan orang melayu dan agama Islam sudah semakin hari semakin terhakis dan tidak lama lagi akan berkubur kalau kita tidak selamatkan.

Orang macam you sepatutnya berjuang untuk menyelamatkan agama dan bangsa.

Jangan hanya menyempitkan perjuangan dengan hanya menggesa Pak Lah berundur selepas itu Umno di pimpin pula orang yang sama atau lebih 'jahat' dan 'teruk' dari Pak Lah.

Pak Lah tidak akan berundur. Kalau beliau berundur sudah pasti kerajaan 3 beranak tidak akan dapat lagi melindungi Kamaludin, Patrick Badawi dan Raja 'Beruk'.

Pak Lah tidak akan berundur dengan mudah. Percayalah.

Biarkan rakyat atau wakil rakyat mengajar beliau supaya berundur secara terhormat. Mungkin paling lewat 16 September depan. Jadi you kena buat keputusan cepat. Masuk Pakatan Rakyat atau 'stay' dalam Umno yang korup, busuk dan bakal 'mampus'.

Oleh kerana You sudah nampak segala kudis, pekong dan 'ta#i' pemimpin Umno, apa lagi ditunggu keluarlah dari Umno dan 'join' lah parti Pakatan Rakyat. Jangan jadi bapa You berteori meminta semua Ahli Parlimen Umno (BN) keluar dari Umno (BN) dan masuk balik bila Pak Lah sudah jatuh dan selepas Pakatan Rakyat membentuk kerajaan. Bila masuk balik Umno/BN maka kerajaan Pakatan Rakyat pula jatuh.

Jangan percaya teori bapa You, kerana mungkin ahli-ahli Parlimen yang keluar Umno (BN) mungkin juga akan sertai PR dan terus bersama-sama PR menerajui kerajaan Malaysia.

Ayuh Mukhriz jangan tunggu lama-lama. Isi borang PAS atau PKR atau mungkin juga DAP. Mana tahu You minat nak kawan dengan YB Karpal Singh.

ORANG UMNO BERBONDONG-BONDONG MASUK PARTI PAKATAN RAKYAT, EZAM NAK MASUK UMNO????

Kalau betul Ezam ingin berpatah balik ke dalam Umno, ini merupakan suatu yang pelik dan ajaib kerana sekarang ini orang Umno sendiri berbondong-bondong masuk parti-parti Pakatan Rakyat.

Ezam yang berjuang separuh mati bersama reformasi sehingga meringkuk dalam ISA dan ditahan dibawah OSA takkan begitu mudah patah semangat dan mengubah fikiran.

Hasil titik peluhnya berjuang menyedarkan rakyat tentang betapa zalimnya kerajaan BN telah diterima oleh majoriti rakyat dibeberapa buah negeri. Mengapa Ezam tidak mahu bersama-sama menggerakkan gerakan ini agar seluruh rakyat Malaysia bersama-sama dengan Pakatan Rakyat. Takkan kerana marahkan seseorang prinsip perjuangan dilupakan.

Ezam sangat dikenali ketika era reformasi kerana kegarangannya menentang dan mendedahkan pelbagai salah laku pemimpin Umno dari kes Mahathir hingga kepada Tan Sri Rahim Tamby Chik dan Dato' Seri Rafidah Aziz hingga beliau terpenjara dalam Akta Rahsia Rasmi (OSA).

Ezam sendiri pernah bergelut dengan satu lagi akta yang cukup menjadi seteru kepadanya iaitu Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang membuatkan beliau dan enam sahabatnya, Tian Chua (ahli Parlimen Batu), Hishamuddin Rais, Lokman Noor Adam, Ghani Haroon, N.Gobalakrishnan (kini ahli Parlimen Padang Serai) dan Saari Sungip (Adun Hulu Kelang) terpenjara lebih dua tahun tanpa perbicaraan.

Paling mengimbau kenangan, Ezam sendiri selepas keluar dari penjara bingkas membuat beberapa laporan ke atas Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi dan ahli keluarganya melalui NGO yang ditubuhkannya, Gerakan Demokrasi dan Anti Korupsi (Gerak).
Kemudian, Gerak juga adalah pertubuhan yang mendedahkan kes membabitkan bekas Ketua Pengarah Badan Pencegah Rasuah (BPR), Dato' Seri Zulkifli Mohd Noor yang menggemparkan negara.

Selain itu Zukifli juga dikaitkan dengan kes salah laku dan penyelewengan selain mendiamkan beberapa laporkan penyelewengan dan salah guna kuasa yang dikaitkan dengan anak menantu Perdana Menteri.

Kehadiran Gerak sekitar tahun 2006 hingga 2007 memberi impak besar kepada gelombang gerakan membanteras rasuah di kalangan pemimpin kerajaan dalam motif badan itu untuk menolak rasuah secara total.

Kini Ezam dikatakan akan meninggalkan Gerak kepada seorang anak muda bekas Graduan Universiti Malaya, Mohd Nazree Yunos untuk terus memimpin NGO itu.

Mungkinkah Ezam sudah tidak tahan diuji? Harapan kita agar Ezam sabar dan mengubah fikirannya. Kalaupun tidak mahu bersama PKR, Ezam masih boleh bersama PAS atau lain-lain parti pembangkang. Fikirklah wahai Ezam ...........

21 May 2008

MENIAGA LAPORAN LINGAM LARIS

Laris betul laporan Lingam apabila semuanya 'SOLD OUT' dalam jangkamasa singkat ianya dijual.

Media melaporkan bahawa beberapa pertubuhan media dan individu kecewa hari ini apabila laporan suruhanjaya diraja yang menyiasat skandal klip video Lingam habis dijual hari ini.Lima puluh nashkah yang dijual di jabatan halehwal perundangan, Jabatan Perdana Menteri, mulai jam 3 petang tadi, habis dibeli dalam masa kira-kira 30 minit sahaja.

Laporan tersebut - yang mengandungi empat jilid - dijual dengan harga RM541. Mereka yang gagal membelinya hari ini terpaksa menunggu cetakan semula.Yang menariknya, difahamkan firma guaman Datuk VK Lingam memberi 10 nashkah laporan tersebut.

Ekoran laporan tersebut telah habis dijual hari ini, maka menyiarkan jilid pertama setebal 191 muka surat - yang merupakan bahagian utama laporan tersebut - dalam versi PDF.Jilid kedua (1,187 muka surat) mengandungi nota-nota mengenai bukti, manakala jilid ketiga pula mengandungi semua pengisytiharan berkanun (513 muka surat) yang dikemukakan kepada suruhanjaya diraja dan jilid terakhir mengandungi bahan bukti (998 muka surat).

POLITIK PENGECUT

Beberapa hari lalu Pejabat DAP Perak di Bandaraya Ipoh dibaling dengan bom petrol menyebabkan beberapa tingkapnya pecah.

Semalam Pengerusi DAP Kebangsaan, YB Karpal Singh pula menerima ancaman bunuh apabila sebutir peluru hidup dikirim di dalam sepucuk surat.

Apa ke he ni Yob (kata Orang Perak). Ini politik pengecut. Kalau berani orang yang melakukan perkara ini sepatutnya bersemuka dengan Karpal dan pemimpin DAP yang lain dalam dailog-dailog terbuka. Barulah anak jantan.

Nyatakan sahaja di mana tempat untuk berdebat, jam berapa dan lebih elok buat siaran langsung biar rakyat tengok siapa yang betul dan siapa salah. Selepas rakyat boleh menilai siapa yang menghina dan mencaci Raja-Raja Melayu.

Rakyat sekarang sudah matang dan cerdik.

PAS NYATA PARTI YANG PALING TERBUKA

Kesediaan PAS melantik Menteri Besar bukan dari kalangan orang Melayu nyata membuktikan PAS sebuah parti yang terbuka dan matang.

Malah keahlian PAS yang terbuka kepada semua kaum asalkan beragama Islam yang menunjukkan PAS adalah sebuah parti yang tidak berjuang atas dasar perkauman semata-mata.

PAS membuktikan perkara ini apabila melantik Dato' Anuar Tan sebagai Exco kerajaan negeri Kelantan sejak beberapa penggal lalu.

Semalam, Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat sekali lagi membuat kenyataan bahawa jawatannya boleh disandang oleh kaum Cina asalkan individu berkenaan adalah lulusan Universiti Al-Azhar, Mesir.

Nik Aziz berkata, parti itu tidak ada masalah untuk berbuat demikian memandangkan parti itu dakwanya telah diterima baik daripada kalangan orang Cina dan India ketika ini.

“Saya sanggup beri orang Cina jadi Menteri Besar kalau dia ada kelulusan Al-Azhar.

“Ini kerana, Pas melalui pakatan pembangkang hari ini diterima oleh semua kaum dan di Kelantan sendiri kita telah memerintah selama 18 tahun walaupun ada pihak sebelum ini kata kita tak mampu,” katanya ketika berucap sempena ceramah perdana di Kompleks Sukan Pandamaran, di sini malam tadi.

Turut hadir dalam majlis itu ialah Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hassan Ali.

20 May 2008

APA DITUNGGU LAGI WAHAI SAHABAT KU AHLI UMNO. MARI SAMA-SAMA MASUK PAS

Kepada sahabat-sahabatku yang masih bersama Umno, mari sama-sama kita berjuang di dalam PAS demi kedaulatan Islam dan Bangsa Melayu.

Jangan sahabat-sahabat gundah gulana, takut dan gusar kerana bahtera PAS tersedia untuk meneruskan agenda menyelamatkan Islam dan Melayu yang dikikis oleh Umno sedikit demi sedikit.

Bukan sedikit bukti menunjukkan Umno adalah petualang dan bajingan yang menyebabkan Islam di hina, Bangsa Melayu merempat di tanahair sendiri serta juga Bahasa Melayu kian melukut di tepi gantang.

Sudah sampai masanya sahabat-sahabat insaf dengan dalil dan alamat yang ditunjukkan oleh Allah samada dengan ayat-ayat Maqruah maupun Manzurah. Di tambah lagi dengan bala perpecahan dalam Umno dek kerana berebut kuasa, harta dan pangkat.

Sedarlah wahai sahabat-sahabatku ahli Umno bahawa pemimpin dan ahli Umno bergaduh bukan disebabkan prinsip dan ideologi tetapi disebabkan oleh 'perut' dan 'bawah perut'.

Perjuangan Umno sekarang ini bukan untuk kesinambungan Orang Melayu dan Bangsa Melayu lagi semuanya berkisar kepada macamana hendak mengumpulkan harta dan bagaimana hendak mendapatkan pangkat dan gelaran.

Umno tidak layak dipercayai

Tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan keluar dari Umno merupakan satu tindakan yang radikal sekaligus membuktikan betapa Umno kini berada dalam keadaan yang sangat parah, dengan penyakit rasuah, amalan tidak demokratik dan penipuan yang bukan hanya diamalkan dalam pilihan raya malah sesama mereka sendiri di dalam parti.

PAS merasakan tindakan Tun ini turut membuktikan yang Umno sudah tidak layak lagi diberikan kepercayaan untuk menjadi penyelamat negara, bangsa Melayu dan agama Islam.
PAS sentiasa tegas dan konsisten dengan Islam sebagai penyelamat kepada bangsa Melayu dan negara seluruhnya.

PAS sentiasa terbuka kepada semua pihak yang bersedia melakukan "islah" atau perubahan sama ada ianya Pakatan Rakyat yang sedia ada atau pihak Umno sendiri yang bersedia melakukan perubahan dengan syarat-syarat berikut:

1. Pihak berkenaan hendaklah mengekalkan kepimpinan Melayu Islam yang baik.
2. Berlaku adil kepada semua rakyat pelbagai kaum dan agama sebagai penyelesaian kepada masalah masyarakat majmuk.

3. Perpaduan Melayu mestilah dipelihara berasaskan Islam manakala perpaduan rakyat pelbagai kaum,dan agama dibentuk berasaskan keadilan dan hak yang adil buat semua.

4. Proses perubahan hendaklah berlaku secara berakhlak, luhur dan berlandaskan etika yang baik.

PAS sangat berpengalaman dalam arus politik negara dalam apa sahaja situasi dan keadaan sejak Merdeka sehinggalah ke hari ini.

PAS pernah memimpin kerajaan negeri, menyertai kerajaan campuran diperingkat pusat, bekerjasama dengan pakatan pembangkang dan malah pernah bersendirian sebagai pembangkang.

PAS akan mengkaji pengalaman ini dari masa ke semasa, bersama Pakatan Rakyat dan jika perlu menegur Pakatan Rakyat disamping memberi perhatian dan mengkaji perubahan yangs edang berlaku dalam Umno pasca pilihan raya, demi menyusun langkah dan strategi yang sebaik-baiknya demi masa depan negara.

MUKHRIZ ADA HAJAT TANDING KETUA PEMUDA, TAK JADI KELUAR UMNO

Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir hari ini tidak berani keluar dari Umno. Mungkin beliau memikirkan bahawa kalau beliau keluar dari Umno maka terjejaslah peluang untuk merebut jawatan Ketua Pemuda pada pemilihan Umno Disember depan.

Sebaliknya beliau hanya mendesak Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi supaya meletakkan semua jawatan - presiden, perdana menteri dan pengerusi Barisan Nasional (BN) dalam sidang akhbarnya di Kuala Lumpur lewat petang tadi.

Mukhriz yang juga exco Pemuda Umno berkata beliau akan menjelajah ke seluruh negara untuk mendesak Abdullah supaya meletakkan semua jawatan tersebut.

Beliau juga mendakwa, mendapat sokongan, bukan sahaja dari Umno tetapi juga dari kalangan Pemuda, Wanita dan Puteri Umno.

Hadir sama di sidang akhbar tersebut ialah kira-kira 20 ketua Pemuda bahagian dari seluruh negara dan tiga exco Pemuda - Kamarul Zaman Kamdias, Azizul Nizam Bidin dan Harison Hassan - untuk menyatakan sokongan terhadap tindakan Mukhriz itu.Mukhriz berkata, beliau tidak akan meletakkan jawatan dalam Umno sebagai ahli Parlimen Jerlun mahupun sebagai ahli Umno.

"Inilah pendirian saya pada waktu ini, saya tidak akan teragak-agak untuk mengubah pendirian saya ini sekiranya keadaan tidak beransur pulih," katanya.

Beliau berkata, keputusannya untuk tidak meninggalkan Umno mungkin mengecewakan bapanya.

Bagaimanapun, Mukhriz berkata, beliau akan menjelaskan pendiriannya kepada bapanya itu.

PEMUDA UMNO HANYA TAHU ANGGUK TIDAK BERANI TEGUR PEMIMPIN

Pemuda Umno hanyalah sebuah pergerakan yang hanya tahu mengangguk dengan apa juga keputusan dan arahan pemimpin Umno. Sebab itu bila Tun Mahathir mengkritik Imam Hadhari mereka membidas Tun Mahathir tanpa memikirkan kebenaran apa yang diperkatakan oleh Tun Mahathir. Pemuda Umno hanya satu pergerakan Yes Man yang tidak mahu menegakkan kebenaran.

Semalam Hishammuddin menyifatkan kenyataan bekas Perdana Menteri itu yang hanya mahu kembali ke dalam UMNO selepas Presiden parti, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meletak jawatan sebagai tidak bertanggungjawab.

Selepas Tun Mahathir tidak sudah berkuasa (bukan Presiden Umno lagi), Hishamuddin berani mengkritiknya, tetapi semasa Tun Mahathir berkuasa dulu tidak pernah Dr Mahathir dikritik atau ditegur.

Menurutnya, kenyataan seperti itu sebenarnya tidak menguntungkan parti, sebaliknya ia membuka ruang kepada parti lawan yang sering mengintai peluang untuk memecahbelahkan UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Dalam pada itu, Hishammuddin sekali lagi mengingatkan semua pihak bahawa cadangan supaya Abdullah meletak jawatan akan hanya menguntungkan pihak lawan dan sama sekali tidak akan membawa manfaat kepada UMNO.

“Lebih-lebih lagi dalam keadaan kita semua sedang berusaha bersungguh-sungguh membina semula parti dan menyuntik semangat di kalangan ahli-ahli serta mengembalikan keyakinan serta sokongan rakyat kepada UMNO,’’ katanya.

Beliau juga berkata, parti-parti komponen BN memerlukan kepimpinan UMNO.

Itulah Pemuda Umno yang terkenal dengan sifat Yes Man mereka.

19 May 2008

PENGAMPU NO 1 UMNO MINTA DR M TARIK BALIK KEPUTUSAN KELUAR UMNO

Pengampu No 1 Umno, Ali Rustam meminta Dr M menarik balik keputusan keluar dari Umno. Kenyataan Ali Rustam itu dipetik dari Utusan Meloya Online petang ini.

Menurutnya, sumbangan Dr. Mahathir masih diperlukan untuk memperkukuhkan perjuangan parti pada masa depan.

``Saya terperanjat dengan tindakan beliau (Tun Mahathir) itu, sesungguhnya parti masih memerlukan sumbangan Tun untuk terus memperkukuhkan kedudukan UMNO sebagai parti yang memerintah negara.

``Saya berharap Tun Mahathir menarik balik kenyataan beliau itu,'' katanya.

Mungkin Pengampu No.1 Umno ini yang terkenal dengan tindakan mencium tangan Presiden Umno (Tak kira Mahathir atau Bedolah) masih ingat budi Mahthir terhadapnya dengan memilih beliau sebagai Ketua Menteri Melaka menggantikan Abu Zahar dulu.

DENDAM MUSA HITAM MASIH MEMBARA?

“Saya berasa sedih dan dukacita mendengar berita Dr. Mahathir keluar daripada UMNO, lebih lagi dalam waktu UMNO menghadapi keadaan yang sangat-sangat mencabar sekarang.

“Bagaimanapun, ahli-ahli UMNO harus menerimanya dengan hati terbuka dan tenang,
tentu ada hikmahnya di sini, duri dalam daging sudah terkeluar,” kata Musa dipetik dari Utusan Meloya Online.

Itulah komen yang agak keras dari Bekas regu 2M, Dr Mahathir iaitu Musa Hitam ketika diminta memberikan komen terhadap tindakan Mahathir keluar dari Umno.

Mungkin pedih hati Musa belum padam terhadap tindakan Dr Mahathir me'nyepak'nya keluar dari kabinet semasa pemerintahan 'regim' Mahathir dahulu.

,MAHATHIR KELUAR UMNO : IMAM HADHARI BINGUNG DAN KECUT PERUT

Pak Lah semakin kecut perut.

Imam Hadhari terperanjat dengan keputusan Dr Mahathir Mohamad yang keluar dari Umno pagi tadi.

Kegusaran beliau jelas terpancar dari kata-katanya. Menjawab soalan pemberita, perdana menteri berkata, adalah tidak lojik untuk mereka meninggalkan Umno dalam keadaan sekarang.

Beliau mengakui mungkin ada ahli Umno yang mengikut jejak Tun Mahathir (Datuk Seri Sanusi Junid juga umum ikut jejak Mahathir). Malah Imam Hadhari membayangkan akan memasukkan agenda Mahathir keluar Umno dalam mesyuarat Majlis Tertinggi Umno yang akan datang.

Mukhriz tengah fikir

Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir berkata buat masa ini beliau tidak mahu memberi sebarang ulasan mengenai tindakan bapanya, Tun Dr Mahathir Mohamad, mengumumkan keluar Umno pagi tadi.

Katanya, beliau memerlukan masa untuk berfikir mengenainya."Sekarang ini saya sedang berfikir," kata Mukhriz yang juga exco Pemuda Umno dalam lamanweb Agendadaily.Menurutnya, beliau juga dihujani oleh panggilan telefon dan SMS dari rakan-rakannya seluruh negara sejak Dr Mahathir umum tindakan itu di Alor Star.


Parlimen mungkin dibubarkan

Ekoran pengumuman mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad keluar daripada Umno, seorang menteri kabinet Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, negara mungkin akan berdepan dengan satu lagi pilihanraya umum.

Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, Datuk Shahrir Samad, yang juga menteri perdagangan dalam negeri dan hal ehwal pengguna berkata, keputusan Dr Mahathir amat mengejutkan dan mungkin mendorong ramai lagi turut meletakkan jawatan dan sekaligus memaksa Abdullah mengadakan pilihanraya umum baru.

Keputusan Dr Mahathir itu, tambahnya, boleh mengakibatkan situasi di mana ramai ahli Parlimen Umno mungkin turut meletakkan jawatan.Jika itu berlaku, kata Shahrir yang juga ahli Parlimen Johor Bahru, kerajaan tidak mempunyai pilihan, kecuali menubuhkan sebuah kerajaan baru atau mengadakan pilihanraya umum baru.

Beliau memberitahu AFP bahawa perkembangan tersebut pastinya tidak membantu keadaan dalam Umno sekarang, lebih-lebih lagi ketika pemimpin pembangkang, Datuk Seri Anwar mengatakan beliau boleh menarik ahli parlimen Barisan Nasional (BN) melompat parti.Perkembangan tersebut, katanya, boleh mengurangkan jumlah ahli parlimen Umno yang menjadi parti memerintah sekarang.

MARI RAMAI-RAMAI KELUAR DARI UMNO SERTAI PARTI-PARTI PAKATAN RAKYAT

Saya menyeru seluruh kepimpinan dan ahli-ahli Umno supaya keluar serta merta dari Umno untuk menyertai parti-parti Pakatan Rakyat iaitu PAS, PKR atau DAP.

Sudah tidak ada gunanya anda bersama-sama dengan pemimpin yang lemah, tidak cerdik dan pentingkan diri seperti Imam Hadhari Wal Badawi yang memimpin anda sekarang.

Umno sudah jauh dari objektif asalnya. Pemimpin yang ada sekarang hanya mementingkan diri, anak beranak dan kroni-kroni mereka sahaja. Sebab itu bila mereka gagal untuk memimpin Umno dan orang Melayu mereka tidak mahu meletakkan jawatan kerana sayang dan tamakkan kuasa kerana dengan kuasa mereka akan dapat harta kekayaan.

bersambung ..........

MAHATHIR UMUM KELUAR DARI UMNO:TINDAKAN YANG TEPAT DAN BERTANGGUNGJAWAB

Dr Mahathir hari ini mengumumkan keluar dari Umno berkuatkuasa serta merta. Tindakan ini merupakan tindakan yang diluar dugaan kerana sebelum ini walaupun beliau saban hari menghentam kepimpinan Imam Hadhari namun jarang sekali keluar dari mulutnya untuk keluar meninggalkan Umno.
Namun tindakan beliau ini merupakan tindakan tepat dan bertanggungjawab bagi seorang ahli politik. Beliau sanggup mempertahankan pendapat dan pandangan beliau yang berbeza dengan Imam Hadhari dan sanggup keluar parti untuk menunjukkan bahawa beliau benar-benar tidak sebulu dengan Presiden Umno.

Keputusan beliau ini juga mencerminkan bahawa beliau seorang ahli politik yang bermaruah dan matang tidak sebagaimana Imam Hadhari yang takut untuk bertanggungjawab atas kesalahan dan kelemahan beliau yang mengakibatkan Umno dan BN kalah teruk pada PRU 12 lalu. Walaupun diasak dan dikritik hebat namun Imam Hadhari terus menebalkan muka menerajui Umno yang seakan-akan perahu bocor sekarang.

Mahathir berkata, beliau bertindak keluar parti - yang diterajuinya selama 22 tahun sehingga 2003 - kerana tidak yakin dengan kepimpinan penggantinya, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Dr Mahathir berkata, beliau akan hanya kembali semula ke parti tersebut apabila pucuk pimpinan ditukar.

Berucap dalam satu forum di Alor Sta pagi ini, Dr Mahathir juga menggesa kesemua menteri Umno, timbalan menteri dan semua peringkat pemimpin, supaya bersama dengannya keluar dari parti.

Bagaimanapun, beliau meminta mereka supaya jangan menyertai parti-parti yang lain.
"Tunggulah hingga Abdullah letak jawatan sebagai perdana menteri dan presidenparti, dan kita boleh kembali semula kepada Umno," katanya.

Dr Mahathir adalah perdana menteri Malaysia keempat dan memegang jawatan tersebut selama 22 dari tahun 1981 hingga 2003.

KEPADA SELURUH PEMIMPIN UMNO DAN AHLI UMNO (KECUALI IMAM HADHARI)KALAU PRESIDEN ANDA SELAMA 22 TAHUN (MAHATHIR) SUDAH KELUAR UMNO, APA YANG ANDA TUNGGU LAGI KELUARLAH SEGERA DARI UMNO YANG JELAS SUDAH TIDAK RELEVAN, PENUH DENGAN PEMIMPIN TIDAK BERMARUAH, RASUAH, MENGAMALKAN KRONISME, NEPOTISME DAN SEBAGAINYA.

MARI SAMA-SAMA DENGAR CERAMAH YB TIMBALAN PRESIDEN PAS 21 MEI INI

PAS Kawasan Bukit Katil akan menganjurkan ceramah perdana pada 21 Mei 2008 bermula jam 9.00 malam di Perkarangan Pejabat PAS Kawasan Bukit Katil (berhadapan dengan Masjid Bukit Katil).

Penceramah-penceramah hebat yang akan menyampaikan ceramah pada malam tersebut ialah Timbalan Presiden PAS, YB Ustaz Nasaruddin Mat Isa (Ahli Parlimen Bachok); YB N Gobalakrishnan (Ahli Parlimen Padang Serai); YB Lim Jak Wong (ADUN Bachang) dan Pesuruhjaya PAS Negeri, Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman.

Ceramah ini dijangka mendapat sambutan yang hebat daripada masyarakat setempat kerana isu-isu hangat yang sedang melanda negara lebih-lebih selepas kemenangan gemilang Pakatan Rakyat pada PRU 12 lalu.

MEMANG UMNO TAK ADA MARUAH...KEKALKAN TENGKU ADNAN

Sejak dari mula perlantikan Tengku Adnan sebagai Setiausaha Agong Umno, rakyat merasakan bahawa Umno semakin membuka pekongnya bahawa ia sebuah parti yang tidak bermaruah. Sebabnya Imam Hadhari, Presiden Umno sanggup melantik Tengku Adnan seorang yang penuh dengan kontroversi sebagai Setiausaha.

Bukankah semua orang tahu Tengku Adnan adalah antara pelakon utama Klip Video Lingam. Kini Klip video tersebut diSAHkan ASLI dan jelas nama Tengku Adnan disebutkan beberapa kali dalam dialog Lingam dengan orang tertentu dalam klip tersebut.

Persoalaannya Imam Hadhari masih mampu tersenyum dan 'sayang' kepada Tengku Adnan dan terus mengekalkan beliau sebagai orang kanannya. Kalaulah Umno ada maruah sudah tentu Tengku Adnan ini diberhentikan atau sekurang-kurangnya di'cuti'kan.

Memang Umno tidak ada maruah sebab itu macam-macam skandal dan kontroversi yang melanda pemimpinnya tetapi mereka itu masih diberikan kepercayaan oleh Umno untuk memimpin.

Siapa yang tidak kenal dengan nama-nama berikut tetapi masih didewa-dewakan oleh pemimpin dan ahli Umno antaranya - Dollah Badawi (Presiden Umno); Rahim Thamby Chik (Ahli MT Umno); Annuar Musa (Pengerusi Umno Kelantan);Rafidah Aziz (Queen AP - Ketua Wanita); Tengku Adnan (Pelakon Video Lingam - Setiausaha); Mat Taib @ Mike Tyson (Ketua Penerangan) dan lain-lain tak mampu nak sebutkan nama - ramai sangat).

TAKZIAH BUAT KELUARGA ANGGOTA MALCON

Takziah diucapkan kepada anggota keluarga Kpl Jun Anak Sang dari Sri Aman, Sarawak yang terbunuh dalam kemalangan jalanraya di Srifa, 20 km di barat daya Kaokabah, Lebanon Jumaat lalu.

Diharapkan keluarga mendiang dapat bersabar dengan kejadian yang menimpa pahlawan negara ini.

Mendiang adalah seorang anggota Pengaman Kontinjen Malaysia (Malcon) II Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa Bersatu di Lebanon (UNIFIL) terbunuh manakala lima rakan setugasnya cedera.

Kerajaan Malaysia amnya dan Kementerian Pertahanan khasnya mestilah mengambil langkah-langkah segera dan berkesan dalam memastikan kejadian malang seperti ini tidak berlaku lagi demi keselematan dan kesejahteraan anggota tentera kita yang bertugas di peringkat antarabangsa.

Empat lagi anggota tentera yang berada di dalam kenderaan perisai pacuan empat roda yang terlibat dalam kemalangan itu iaitu Sarjan Syamsul Kemal Abdul Rahman, Lans Kpl Kanan Ahmad Firdaus Tajuddin, Tpr Romei Anak Minit dan Prebet Zulhilmi Mohamed hanya mengalami cedera ringan.

Kejadian berlaku 12.20 tengah malam (17 Mei) waktu Malaysia atau 7.20 malam waktu tempatan (16 Mei).

Semasa kejadian, keenam-enam anggota pengaman itu dalam tugas mengiring pengambilan anggota Malcon dari Beirut ke Marjayoun.Difahamkan kenderaan perisai Condor itu terbalik semasa menaiki bukit.

Sofi Wahab
Ketua Penerangan PAS Negeri Melaka
kpnmelaka@gmail.com

MENTERI BERBOHONG?

Siapa sebenarnya yang bercakap benar, siapa yang menipu (pelawok kata orang Kelantan). Pemimpin Hindraf P Waythamoorthy yang mendakwa pasportnya telah dibatalkan oleh kerajaan Islam Hadhari atau Menteri dalam Negeri yang menyatakan pasport P Waythar moorthy masih 'hidup'.

SIAPA YANG BENAR, SIAPA YANG PEMBOHONG.???

Kalau P Waythamoorthy menipu, itu dikira salah juga, tetapi kalau SYED HAMID YANG BERBOHONG ini satu perkara besar kerana seorang menteri berbohong. Sudah tentu kreadibilitinya boleh dipersoalkan.

Wahai SYED HAMID, Sila nyatakan perkara sebenar, kamu yang berbohong atau P Waythamoorthy. Kalau kamu yang berbohong sila minta maaf kepada P Warthamoothy dan rakyat Malaysia dan kembalikan pasportnya. Jangan kamu nafikan Hak Asasi Manusia yang sepatutnya diterima oleh P Waythamoorthy.

Namun di negara kita menteri berbohong sudah menjadi perkara biasa kerana Imam Besar Islam Hadhari pun memang suka berbohong. Ingat lagikah kita bagaimana beliau secara bersahaja menipu rakyat Malaysia sehari sebelum pembubaran Parlimen dulu. Mana ada parlimen bubar katanya tetapi keesokannya beliau mengumumkan Parlimen dibubarkan.

Memang menjadi resam Umno, kalau tidak pandai berbohong tidak boleh jadi pemimpin Umno dan BN.

6 PELAKON VIDEO VK LINGAM TIDAK AKAN DISIASAT?

Bunga-bunga bahawa 5 individu yang ‘berlakon’ dalam Klip Video VK Lingam TIDAK AKAN DISIASAT semakin terserlah. Maka saranan Suruhanjaya Siasatan Diraja berhubung klip video V.K. Lingam supaya mereka disiasat mungkin akan diBAKULSAMPAHkan oleh kerajaan Islam Hadhari.

Hari ini Imam Dua Islam Hadhari, As Syeikh Najib Razak berkata Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja berhubung klip video V.K. Lingam yang didedahkan kepada umum tidak bermakna akan melibatkan pendakwaan kes tertentu ke atas individu-individu terbabit atau yang dinamakan dalam laporan berkenaan.

Najib berkata lagi, ini kerana prinsip penelitian kes oleh suruhanjaya dan mahkamah adalah dua perkara yang berbeza.

Makin semakin jelas sekarang bahawa kerajaan pimpinan Imam Hadhari Wal Badawi takut untuk menyatakan kebenaran. Kita semua tahu bahawa salah seorang individu terbabit adalah orang kuat Imam Hadhari iaitu Setiausahanya sendiri Tengku Adnan Mansor.

Maka sudah tentu nama Umno akan tercalar teruk kalau Setiausahanya didakwa dan mungkin bersalah. Jalan terbaik ialah tidak mendakwa semua yang terlibat dengan Klip Video tersebut.
Mungkin juga Imam Hadhari takut untuk bertindak terhadap Boss lamanya Tun Mahathir yang juga merupakan ‘Pelakon’ penting dalam ‘Filem’ tersebut. (Ada –apa ke ini sehingga sekarang tiada sebarang tindakan di ambil kepada Tun Mahathir walaupun tak habis-habis.Mahathir menyerang Imam Hadhari.)

Lepas ini apa pula helah Imam Hadhari setelah Timbalannya mula membuka gelanggang untuk menyatakan sebab-sebab tidak perlunya mendakwa ‘pelakon-pelakon’ Klip Video tersebut.
Suruhanjaya Siasatan Diraja berhubung klip video V.K. Lingam dalam laporannya minggu lalu menyarankan semua pelakon-pelakon hebat tersebut iaitu Tun Mahathir, Tun Ahmad Fairuz, Tun Eusoff Chin, Tengku Adnan Mansor, VK Lingam dan Vincent Tan di siasat dan didakwa.

Malangnya kerajaan lebih serius membuat laporan Polis terhadap 3 buah akhbar yang menyiarkan Laporan Suruhanjaya tersebut kerana didakwa melaporkannya sebelum ia dikeluarkan secara rasmi. Sepatut akhbar-alhbar tersebut dihargai kerana cepat dan produktif menyiarkan berita yang sangat penting kepada umum.

Mengapa kerajaan Islam Hadhari begitu cepat bertindak kepada akhbar tersebut, tetapi ‘terhegeh-hegeh’ dalam mengarahkan siasatan dan pendakwaan kepada ‘pelakon-pelakon’ tersebut.. SUDAH TENTU ADA UDANG DI SEBALIK ‘MEE.’

Klik pada imej untuk membacanya dengan jelas.

18 May 2008

RAJA POLITIK WANG ALI RUSTAM TUNJUK ALIM

Hari ini Ali Rustam cuba menunjukkan dirinya seorang bersih, telus dan bertanggungjawab. Beliau menyampaikan kata-kata nasihatnya melalui blognya.

Ali Rustam menasihatkan Pakatan Pembangkang supaya perlu menghentikan politiking mereka untuk membeli ahli-ahli parlimen BN.

Kata beliau, usaha ini bukan sahaja tidak demokratik, tidak akauntibiliti, tidak telus bahkan korupted.

Seterusnya Ali Rustam mengomel lagi katanya usaha pembangkang yang berterusan ini akan menyebabkan pelabur-pelabur beranggapan politik Negara tidak stabil dan akan membantutkan pelaburan dan pertumbuhan ekonomi kerana mereka akan tunggu dan lihat.

Kerana itu pembangkang patut hentikan taktik kotor ini. Mereka perlu hormati rakyat yang telah memilih BARISAN NASIONAL (BN)

Kenyataan kepada pemberita selepas Majlis Gotong-royong Rumah Sejahtera Orang Tua-tua di Paya Ikan pagi ini jam 10.00, 18 Mei 2008

Barangkali Ali Rustam lupa bahawa semua orang termasuk orang Umno tahu bahawa beliaulah sebenarnya pengamal politik wang di mana banyak aduan dibuat oleh ‘kumpulan’ penentangnya dalam Umno tentang pengelibatan Ali Rustam merasuah perwakilan Umno dalam pemilihan Umno untuk jawatan Naib Presiden sehingga beliau berjaya memenanginya di belakang Isa Samad.

Nasib baik Pak Lah dan pemimpin Umno lain menyelamatkan beliau demi sehingga tidak dibuktikan bersalah untuk menyelamatkan maruah Umno kerana jika beliua dihukum bermakna dua orang Naib Presiden Umno terlibat dengan rasuah politik wang setelah Isa Samad dihukum.

Semua orang kampong juga tahu siapa di belakang kontraktor-kontraktor melayu di Melaka sehingga projek-projek kecil pun disebat oleh orang-orang tertentu ini. Jadi tidak perlulah Ali Rustam menasihatkan pembangkang supaya tidak terlibat dengan rasuah kerana kamu sendiri adalah Raja Politik Wang.

Malah pembangkang sendiri melalui Anwar Ibrahim berkali-kali menjelaskan bahawa Pakatan Rakyat tidak berminat untuk merasuah ahli-ahli Parlimen supaya melompat parti kerana pembangkang sendiri tidak mempunyai wang sebagaimana BN.

Ali Rustam nampaknya cuba berlagak umpama Ketam mengajar anak berjalan betul. Sedangkan ‘anak’nya sendiri telah berjalan betul.
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter