PAS NYATA PARTI YANG PALING TERBUKA

Kesediaan PAS melantik Menteri Besar bukan dari kalangan orang Melayu nyata membuktikan PAS sebuah parti yang terbuka dan matang.

Malah keahlian PAS yang terbuka kepada semua kaum asalkan beragama Islam yang menunjukkan PAS adalah sebuah parti yang tidak berjuang atas dasar perkauman semata-mata.

PAS membuktikan perkara ini apabila melantik Dato' Anuar Tan sebagai Exco kerajaan negeri Kelantan sejak beberapa penggal lalu.

Semalam, Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat sekali lagi membuat kenyataan bahawa jawatannya boleh disandang oleh kaum Cina asalkan individu berkenaan adalah lulusan Universiti Al-Azhar, Mesir.

Nik Aziz berkata, parti itu tidak ada masalah untuk berbuat demikian memandangkan parti itu dakwanya telah diterima baik daripada kalangan orang Cina dan India ketika ini.

“Saya sanggup beri orang Cina jadi Menteri Besar kalau dia ada kelulusan Al-Azhar.

“Ini kerana, Pas melalui pakatan pembangkang hari ini diterima oleh semua kaum dan di Kelantan sendiri kita telah memerintah selama 18 tahun walaupun ada pihak sebelum ini kata kita tak mampu,” katanya ketika berucap sempena ceramah perdana di Kompleks Sukan Pandamaran, di sini malam tadi.

Turut hadir dalam majlis itu ialah Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hassan Ali.

Comments