ALI RUSTAM PERBODOHKAN DIRI SENDIRI, PADINYA 4 TAHUN BERBUAH 2 KALI

Ali Rustam dalam blognya memberitahu sekelian rakyat Melaka bahawa kerajaan negeri berusahan untuk menambahkan pengeluaran beras.Kerajaan negeri Melaka telah mengambil langkah-langkah awal sejak 4 tahun yang lepas iaitu langkah pertama dengan menubuhkan Syarikat Padi Melaka Sdn Bhd.

Syarikat ini diberi tugas untuk menyewa tanah penduduk yang tidak diusahakan dengan kadar bermula pada RM500 setahun. Sehingga kini syarikat telah 2 kali melakukan pengeluaran yang melibatkan 73.6 hektar di mukim Bukit Lintang, Semabuk dan Padang Temu.Begitulah bangganya Ali Rustam menunjuk-nunjuk kepada kita kononnya Melaka telah lama mengorak langkah untuk menghadapi krisis kekurangan beras ini.

Malangnya Ali Rustam hanya memperbodohkan dirinya sendiri kerana padi yang 'ditanam'nya mengeluarkan hasil 2 kali dalam masa 4 tahun. Padi apa agaknya yang ditanam oleh Syarikat Padi Ali Rustam ini. Kalau nak diharapkan kepada syarikat ini untuk membekalkan beras kepada rakyat Melaka alamat kebulurlah kita semua.

Di Thailand padi mereka boleh mengeluarkan hasil 3 kali setahun tetapi padi Ali Rustam 'lagi hebat' iaitu 2 kali dalam masa 4 tahun.

Comments