MAHATHIR UMUM KELUAR DARI UMNO:TINDAKAN YANG TEPAT DAN BERTANGGUNGJAWAB

Dr Mahathir hari ini mengumumkan keluar dari Umno berkuatkuasa serta merta. Tindakan ini merupakan tindakan yang diluar dugaan kerana sebelum ini walaupun beliau saban hari menghentam kepimpinan Imam Hadhari namun jarang sekali keluar dari mulutnya untuk keluar meninggalkan Umno.
Namun tindakan beliau ini merupakan tindakan tepat dan bertanggungjawab bagi seorang ahli politik. Beliau sanggup mempertahankan pendapat dan pandangan beliau yang berbeza dengan Imam Hadhari dan sanggup keluar parti untuk menunjukkan bahawa beliau benar-benar tidak sebulu dengan Presiden Umno.

Keputusan beliau ini juga mencerminkan bahawa beliau seorang ahli politik yang bermaruah dan matang tidak sebagaimana Imam Hadhari yang takut untuk bertanggungjawab atas kesalahan dan kelemahan beliau yang mengakibatkan Umno dan BN kalah teruk pada PRU 12 lalu. Walaupun diasak dan dikritik hebat namun Imam Hadhari terus menebalkan muka menerajui Umno yang seakan-akan perahu bocor sekarang.

Mahathir berkata, beliau bertindak keluar parti - yang diterajuinya selama 22 tahun sehingga 2003 - kerana tidak yakin dengan kepimpinan penggantinya, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Dr Mahathir berkata, beliau akan hanya kembali semula ke parti tersebut apabila pucuk pimpinan ditukar.

Berucap dalam satu forum di Alor Sta pagi ini, Dr Mahathir juga menggesa kesemua menteri Umno, timbalan menteri dan semua peringkat pemimpin, supaya bersama dengannya keluar dari parti.

Bagaimanapun, beliau meminta mereka supaya jangan menyertai parti-parti yang lain.
"Tunggulah hingga Abdullah letak jawatan sebagai perdana menteri dan presidenparti, dan kita boleh kembali semula kepada Umno," katanya.

Dr Mahathir adalah perdana menteri Malaysia keempat dan memegang jawatan tersebut selama 22 dari tahun 1981 hingga 2003.

KEPADA SELURUH PEMIMPIN UMNO DAN AHLI UMNO (KECUALI IMAM HADHARI)KALAU PRESIDEN ANDA SELAMA 22 TAHUN (MAHATHIR) SUDAH KELUAR UMNO, APA YANG ANDA TUNGGU LAGI KELUARLAH SEGERA DARI UMNO YANG JELAS SUDAH TIDAK RELEVAN, PENUH DENGAN PEMIMPIN TIDAK BERMARUAH, RASUAH, MENGAMALKAN KRONISME, NEPOTISME DAN SEBAGAINYA.

Comments