6 PELAKON VIDEO VK LINGAM TIDAK AKAN DISIASAT?

Bunga-bunga bahawa 5 individu yang ‘berlakon’ dalam Klip Video VK Lingam TIDAK AKAN DISIASAT semakin terserlah. Maka saranan Suruhanjaya Siasatan Diraja berhubung klip video V.K. Lingam supaya mereka disiasat mungkin akan diBAKULSAMPAHkan oleh kerajaan Islam Hadhari.

Hari ini Imam Dua Islam Hadhari, As Syeikh Najib Razak berkata Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja berhubung klip video V.K. Lingam yang didedahkan kepada umum tidak bermakna akan melibatkan pendakwaan kes tertentu ke atas individu-individu terbabit atau yang dinamakan dalam laporan berkenaan.

Najib berkata lagi, ini kerana prinsip penelitian kes oleh suruhanjaya dan mahkamah adalah dua perkara yang berbeza.

Makin semakin jelas sekarang bahawa kerajaan pimpinan Imam Hadhari Wal Badawi takut untuk menyatakan kebenaran. Kita semua tahu bahawa salah seorang individu terbabit adalah orang kuat Imam Hadhari iaitu Setiausahanya sendiri Tengku Adnan Mansor.

Maka sudah tentu nama Umno akan tercalar teruk kalau Setiausahanya didakwa dan mungkin bersalah. Jalan terbaik ialah tidak mendakwa semua yang terlibat dengan Klip Video tersebut.
Mungkin juga Imam Hadhari takut untuk bertindak terhadap Boss lamanya Tun Mahathir yang juga merupakan ‘Pelakon’ penting dalam ‘Filem’ tersebut. (Ada –apa ke ini sehingga sekarang tiada sebarang tindakan di ambil kepada Tun Mahathir walaupun tak habis-habis.Mahathir menyerang Imam Hadhari.)

Lepas ini apa pula helah Imam Hadhari setelah Timbalannya mula membuka gelanggang untuk menyatakan sebab-sebab tidak perlunya mendakwa ‘pelakon-pelakon’ Klip Video tersebut.
Suruhanjaya Siasatan Diraja berhubung klip video V.K. Lingam dalam laporannya minggu lalu menyarankan semua pelakon-pelakon hebat tersebut iaitu Tun Mahathir, Tun Ahmad Fairuz, Tun Eusoff Chin, Tengku Adnan Mansor, VK Lingam dan Vincent Tan di siasat dan didakwa.

Malangnya kerajaan lebih serius membuat laporan Polis terhadap 3 buah akhbar yang menyiarkan Laporan Suruhanjaya tersebut kerana didakwa melaporkannya sebelum ia dikeluarkan secara rasmi. Sepatut akhbar-alhbar tersebut dihargai kerana cepat dan produktif menyiarkan berita yang sangat penting kepada umum.

Mengapa kerajaan Islam Hadhari begitu cepat bertindak kepada akhbar tersebut, tetapi ‘terhegeh-hegeh’ dalam mengarahkan siasatan dan pendakwaan kepada ‘pelakon-pelakon’ tersebut.. SUDAH TENTU ADA UDANG DI SEBALIK ‘MEE.’

Klik pada imej untuk membacanya dengan jelas.

Comments