TAKZIAH BUAT KELUARGA ANGGOTA MALCON

Takziah diucapkan kepada anggota keluarga Kpl Jun Anak Sang dari Sri Aman, Sarawak yang terbunuh dalam kemalangan jalanraya di Srifa, 20 km di barat daya Kaokabah, Lebanon Jumaat lalu.

Diharapkan keluarga mendiang dapat bersabar dengan kejadian yang menimpa pahlawan negara ini.

Mendiang adalah seorang anggota Pengaman Kontinjen Malaysia (Malcon) II Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa Bersatu di Lebanon (UNIFIL) terbunuh manakala lima rakan setugasnya cedera.

Kerajaan Malaysia amnya dan Kementerian Pertahanan khasnya mestilah mengambil langkah-langkah segera dan berkesan dalam memastikan kejadian malang seperti ini tidak berlaku lagi demi keselematan dan kesejahteraan anggota tentera kita yang bertugas di peringkat antarabangsa.

Empat lagi anggota tentera yang berada di dalam kenderaan perisai pacuan empat roda yang terlibat dalam kemalangan itu iaitu Sarjan Syamsul Kemal Abdul Rahman, Lans Kpl Kanan Ahmad Firdaus Tajuddin, Tpr Romei Anak Minit dan Prebet Zulhilmi Mohamed hanya mengalami cedera ringan.

Kejadian berlaku 12.20 tengah malam (17 Mei) waktu Malaysia atau 7.20 malam waktu tempatan (16 Mei).

Semasa kejadian, keenam-enam anggota pengaman itu dalam tugas mengiring pengambilan anggota Malcon dari Beirut ke Marjayoun.Difahamkan kenderaan perisai Condor itu terbalik semasa menaiki bukit.

Sofi Wahab
Ketua Penerangan PAS Negeri Melaka
kpnmelaka@gmail.com

Comments