.

.

31 May 2012

TAHUKAH ANDA SIAPA ISYTIHAR MASUK PAS ESOK?

Esok akan berlangsung Himpunan Hijau menuju Putrajaya di Alor Setar Kedah. Program sehari suntuk itu amat besar maknanya kepada seluruh pendokong PAS kerana ia mungkin ijtimak terakhir seluruh pimpinan dan ahli PAS sebelum PRU 13.

Sebagaimana biasa dijangkakan lebih 300,000 pendokong PAS akan berkampung di sana. Ahli dan pendokong PAS Kedah sendiri sudah cukup untuk menggenapkan angka 100,000 orang.

Pimpinan PAS menjanjikan bahawa akan berlaku 'kezutan' esok. Memang sejak akhir-akhir ini banyak 'kezutan' berlaku di dalam PAS. Malam esok akan ada orang penting masuk PAS.

Tahukah anda siapa orang itu. Sudah tentu bukan seorang ..............nak tahu tunggu dan lihat ..........lebih penting mari sama-sama kita ke Alor Setar!!!!!!!!!!!!!!

AISYAH CALON PAS PARLIMEN JEMPOL?


Apakah PAS bakal menurunkan bekas penyanyi popular lewat 80an dan awal 90an Wan Aishah Wan Ariffin sebagai calon parlimen pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 di Jempol, Negeri Sembilan?
Desas desus ini bertiup kencang di kalangan ahli dan penyokong PAS di Negeri Sembilan sejak Aishah muncul di sebuah ceramah di Seremban minggu lepas.
Dalam ceramah tersebut yang dihadiri lebih 1,000 penyokong dengan separuh daripada hadirin merupakan golongan wanita; selain berkongsi pengalaman menuntut dan tinggal di New Zealand selama 10 tahun, Aishah juga menyatakan bahawa beliau tidak mempunyai sebarang cita-cita politik.
Sebaliknya Aishah menyatakan beliau menyertai PAS sejak dua bulan lalu atas kesedaran ingin membantu parti tersebut dengan menyampaikan mesej tentang perjuangan parti itu dan membantu mendapatkan sokongan orang ramai terhadap parti PAS.
“Saya tidak pernah bercita-cita menjadi pemimpin parti politik atau menjadi wakil rakyat.
“Walaubagaimanapun sekiranya saya ditawarkan menjadi calon PRU, saya memerlukan masa untuk mengkaji secara mendalam tentang tawaran tersebut.
“Saya tidak boleh ambil ringan tentang cadangan atau tawaran tersebut kerana menjadi calon dan menjadi wakil rakyat (sekiranya menang) memerlukan pengorbanan, tanggungjawab dan komitmen yang tinggi terhadap rakyat yang memilih saya.
“Justeru itu cadangan sedemikian saya perlu kaji sedalam-dalamnya.
“Setakat ini tidak ada mana-mana pemimpin PAS tertinggi yang menawarkan saya menjadi calon walaupun beberapa pemimpin PAS tertinggi ada ‘hint’ pada saya tentang cadangan tersebut.
“Buat masa ini saya lebih suka dan selesa bergerak sebagai ahli biasa di pentas PAS dengan berkongsi pengalaman hidup saya dengan orang ramai”, kata Aishah apabila ditanya wartawan apakah beliau bersedia menjadi calon PAS pada PRU13 jika ditawarkan oleh kepimpinan PAS.

Reaksi PAS Negeri Sembilan
 

FMT menghubungi Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Mohd Taufek Abdul Ghani untuk mendapatkan kenyataan beliau berhubung cadangan meletakkan Aishah sebagai calon parlimen Jempol pada PRU akan datang.
Mohd Taufek berkata beliau tidak menolak faktor Aishah mempunyai peminat yang ramai jika beliau dicalonkan sebagai calon parlimen Jempol memandangkan sememangnya Aishah amat popular atas statusnya sebagai seorang penyanyi pada satu ketika dahulu.
“Malah saya faham kenapa nama Aishah dicadangkan oleh beberapa ahli PAS untuk parlimen Jempol kerana Aishah berasal dari Batu Kikir. Batu Kikir sememangnya terletak di bawah parlimen Jempol.
“Secara peribadi saya bersikap terbuka dan mengakui kekuatan Aishah sebagai calon parlimen Jempol memandangkan beliau mempunyai
latar belakang pendidikan yang tinggi, membawa imej artis yang telah berubah menjadi seorang muslimah mengikut ajaran Islam dan Aishah merupakan calon tempatan.
“Walaubagaimanapun cadangan sedemikian perlu mendapat persetujuan daripada peringkat cawangan dan PAS kawasan dari parlimen Jempol. Biasanya keputusan untuk meletakkan calon popular ditentukan oleh PAS Pusat,” jelas Mohd Taufek.
Mohd Taufek yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Paroi, tidak menafikan bahawa sejak seminggu ini beliau dihujani panggilan telefon daripada ahli dan penyokong PAS yang meminta beliau mencalonkan Aishah untuk kerusi parlimen Jempol.
Aishah “winnable candidate”
Seorang pemimpin Muslimat PAS Negeri Sembilan yang tidak mahu nama beliau dinyatakan di dalam laporan ini meminta PAS Pusat mengkaji secara serius cadangan meletakkan Aishah sebagai calon parlimen Jempol untuk memecah kubu kuat Umno di Jempol.
“Kita mempunyai peluang terbaik untuk mencipta kejutan di Jempol jika mencalonkan Aishah kerana Aishah menepati criteria “winnable candidate”.
“Saya ingin bertanya berapa peratuskah kehadiran golongan wanita di mana-mana ceramah anjuran PAS sebelum ini? Selalunya hanya dalam 10 ke 20 peratus sahaja. Jika ada penceramah wanita pun kehadiran wanita hanya sekitar 25 peratus sahaja. Itu paling tinggi.
“Tetapi ceramah Aishah di Seremban tempoh hari dihadiri oleh 50 peratus golongan wanita termasuk gadis remaja. Golongan gadis dan wanita yang hadir pada malam itu dalam lingkungan umur 21 tahun ke 50 tahun.
“Daripada jumlah hadirin lebih 1,000 orang itu, jika separuh daripadanya adalah gadis remaja dan wanita, ini bermakna Aishah mempunyai kekuatan menarik sokongan kaum hawa.
“Kita sedia maklum sejak sekian lama PAS dan Pakatan Rakyat masih tidak mendapat sokongan majoriti golongan wanita jika dirujuk kepada keputusan PRU ke-12 dan sebelum itu.
“Golongan wanita Melayu merupakan golongan paling liat untuk mengundi calon Pakatan Rakyat. Saya kira jika kita letak Aishah sebagai calon PRU di Jempol, kita mampu mendapat penambahan undi yang drastik daripada pengundi wanita dan anak muda,” kata pemimpin tersebut.
Pemimpin itu turut merasakan status ibu tunggal Aishah juga “carry weight” dan pengundi yang berstatus ibu tunggal di Jempol tidak akan teragak-agak akan memberikan undi kepada Aishah.
Artis popular
Aishah pernah mencipta nama sebagai artis popular di New Zealand, Australia dan Asia pada tahun 1985 dengan kumpulan “The Fan Club”.
Pada masa yang sama beliau juga melanjutkan pendidikan di University of Auckland dan memiliki Ijazah Sains Politik.
Pada tahun 1990 Aishah menjadi antara artis yang paling popular di tanah air apabila lagu ‘Janji Manismu” menjadi hit dan seterusnya merangkul anugerah “Juara Lagu”.
Setelah memenangi gelaran “Juara Lagu,” Aishah menjadi salah seorang nama besar di dalam industri muzik tempatan dan beliau merakamkan beberapa album lagi dalam berbahasa Melayu.
Nota : Sesiapa sahaja boleh menjadi calon PAS andai ianya memenuhi kriteria ketat yang digariskan oleh Majlis Syura Ulama' dan AJK PAS Pusat.
Sumber : FMT

RAKYAT MALAYSIA MALU : PERDANA MENTERI DIKAITKAN DENGAN ISU SCORPENE

Melaka : Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Hatta Ramli berkata rakyat Malaysia berasa malu kerana mempunyai seorang Perdana Menteri yang dikaitkan dengan isu kapal selam Scorpene.

"Kalau di negara lain bekas-bekas pemimpin sahaja yang dikaitkan dengan mahkamah, Hosni Mubarak di Mesir, Zaen-Abidin Ben Ali di Tunisia tetapi di Malaysia Perdana Menteri kita sendiri yang dikaitkan dengan isu kapal selam Scorpene dan beliau dipanggil menjadi saksi perbicaraan tersebut".

"Malah kes ini juga dikaitkan dengan Altantuya yang mati dibunuh dengan kejam oleh pengawal peribadi Najib sendiri" ujar Dr Hatta pada ceramahnya di Majlis Perasmian Jentera Pakatan Rakyat Parlimen Bukit Katil malam di Bukit Beruang di sini malam tadi.

Beliau berkata lebih malang lagi Perdana Menteri langsung tidak memberikan komen kepada isu ini apabila beliau ditanya/

"Perdana Menteri jawab 'no comment', Timbalan Perdana pun jawab 'No Comment', ini isu besar bukannya isu kecil, mengapa mereka tidak mahu komen"

"Ayah Altantuya baru-baru ini semasa berkunjung ke Malaysia untuk mengetahui perkembangan kes anaknya di sini berkata beliau melihat Altantuya, Razak Baginda dan Najib Razak dalam satu gambar tetapi gambar itu tiada dalam simpanannya". tambah Dr Hata.

Ceramah yang julung kali dianjurkan atas nama Pakatan Rakyat Parlimen Bukit Katil malam tadi dihadiri ribuan rakyat yang majoritinya orang Tionghua. Turut berceramah pada program tersebut ialah Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming, Exco Kerajaan Negeri Selangor, Dr Yaakob Sapari dan Pengerusi PKR Melaka, Shamsul Iskandar Md Akin.

30 May 2012

BAJET 2013 : JADI BAHAN KEMPEN BN?

Bajet 2012 dahulu tidak diyakini oleh Najib untuk dijadikan kempen PRU 13. Sebab itu Najib tidak berani untuk bubarkan Parlimen sehingga sekarang. Akhirnya semalam Najib umumkan bahawa Bajet 2013 akan dibentangkan pada hujung September tidak silap pada 29 September 2012.

Kalau begitu keadaannya mungkin Pilihanraya Umum akan diadakan selepas pembentangan Bajet 2013. Maknanya Pilihanraya besar kemungkinan akan diadakan selepas September.

28 May 2012

LAGI BUKTI DAFTAR PEMILIH KOTOR

Ini satu lagi bukti daftar pemilih yang KOTOR. Malangnya SPR terus membuta dan memekakkan telinga mereka.

Bangkit tolak SPR dan BN pada PRU 13 nanti.

PENDEDAHAN : SG BULOH SELANGOR : WARGA ASING JADI PENGUNDI

Sg. Buluh Selangor: Warga asing jadi pengundi

Saya ingin berkongsi maklumat tentang isu ini. Sememangnya di kawasan kampung saya iaitu di Sungai Buloh Selangor, keadaan ini sudah menjadi amat parah. Saya anggarkan tidak kurang daripada 200-400 orang diberi taraf warganegara Malaysia dengan begitu mudah.

Saya mengetahui cerita ini daripada ayah saya sendiri. Dia berjaya mendapat taraf warganegara setelah 20 tahun memohon dan hampir 30 tahun berhijrah ke Malaysia daripada Kemboja akibat perang saudara di sana.

Apa yang mendukacitakan, ada yang baru sahaja beberapa tahun tiba juga turut diberikan taraf warganegara.

Mereka dihimpunkan secara teratur dan ‘misteri’ di beberapa tempat untuk menguruskan hal ini. Antaranya ialah di sebuah dewan orang ramai di Kuala Selangor dan juga sebuah kem motivasi juga di sana.

Memang terbukti bahawa pihak JPN, Polis dan beberapa agensi kerajaan lain terlibat dalam projek ini. Di dalam dewan, mereka diberikan ceramah seperti birotatanegara, angkat sumpah, mengambil gambar dan diuruskan proses pendaftaran SPR secara ‘amat sistematik’.

Inilah yang berlaku di satu tempat.

Bayangkan pula berapa banyak di seluruh Selangor dan juga di tempat2 lain. Saya minta bantuan tuan untuk mendedahkan perkara ini. Minta tolong jgn dedahkan nama saya kerana saya anggota perkhidmatan awam. Walaupun ayah saya seorang pendatang, saya menyayangi Malaysia, kerana disinilah tanah tumpah darah saya.

Kepada pengirim dan pemberi maklumat ini diucapkan berbanyak terima kasih dengan doa Allah melindungi kita semua didunia dan akhirat Up: Email itu diposkan dalam bentuk asal tanpa sebarang perubahan.



Sumber : FB AS

BANTUAN BR1M BUKTIKAN 13% RAKYAT MALAYSIA MASIH DHAIF

Kerajaan BN berbangga dengan pemberian bantuan BR1M (Bantuan Rakyat 1Malaysia). Namun hakikat sebenar disebalik pemberian bantuan tersebut menunjukkan bahawa masih ramai rakyat Malaysia yang susah ibarat kais pagi makan pagi kais petang makan petang.


Kerajaan sebelum ini telah mengagihkan peruntukan sebanyak RM1.92 bilion kepada 3.8 juta isi rumah menerusi Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sehingga 1 Mac 2012. Ini bermakna ada seramai 3.8 juta isi rumah yang miskin dan ia membuktikan bahawa kerajaan BN yang memerintah Malaysia selama lebih 54 tahun gagal membasmi kemiskinan  ke tahap paling rendah. Jumlah 3.8 % ini mewakili kira-kira  13 % penduduk Malaysia.  Maknanya ada kira-kira 13% penduduk Malaysia yang miskin dan layak menerima bantuan. 
Tebukti sebenarnya kerajaan BN membuka pekung mereka sendiri apabila seringkali melaung-laungkan bahawa rakyat Malaysia hidup senang dengan pendapatan perkapita yang tinggi, tetapi itu hanyalah omong kosong. Hanya segelintir sahaja rakyat yang hidup senang sedangkan 13% hidup susah sehingga layak menerima BR1M.
Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak berkata, peratusan agihan tersebut menunjukkan Selangor menjadi negeri penerima tertinggi BR1M iaitu hampir 13 peratus daripada keseluruhan jumlah penerima.
Jangan cuba kelirukan rakyat dengan omongan kosong kerana rakyat sebenarnya sudah terdedah dengan maklumat kedua dan sudah bijak berfikir.

27 May 2012

MASYARAKAT KEMBALI BERSAMA PAKATAN

Masyarakat India terus memberikan sokongan kepada PR apabila mezahirkan sokongan mereka pada perhimpunan anjuran MIV (Malaysian Indian Voice) hari ini.

Kira-kira 1,000 hadir berhimpun di Brickfields hari ini.

Pengerusi MIV, V. Raidu dengan jelas menyatakan MIV menyokong rancangan PR merampas Putra Jaya.

Bersambung....

UMNO PUNAHKAN ANAK MUDA....INI BUKTINYA

Inilah cara Umno/BN mendidik anak-anak muda kita. Gambar-gambar ini adalah sebahagian dari gambar program Himpunan Sejuta Anak Muda anjuran Kerajaan BN.

Jelas sekali program ini bukannya hendak mendidik anak muda malah merosakkan lagi anak-anak muda kita. Ditambah lagi dengan konsert-konsert artis yang langsung tidak dapat mendidik anak-anak muda. Mereka hanya dihidangkan dengan keseronokan dan budaya hedonisme.

Di saat gejala sosial, maksiat, zina dan sebagainya begitu membarah sekarang kerajaan menambahkan lagi perisa bagi merancakkan lagi program maksiat dan lagho. Apa yang penting bagi mereka biar anak-anak muda seronok dan lupa kepada agama. Yang jahil sudah tentu akan menyokong mereka .............

Lebih malang ada Blogger pencacai Umno mengeluarkan kenyataan di bawah :

"Apa yang pasti persembahan sebegini (artis Korea dan Jepun) akan menjadi bahan propaganda negatif oleh pembangkang. Persetankan kerana memang begitu jalan fikir mereka...Mereka tidak pernah mahu berfikir secara positif bagaimana negara maju seperti Korea dapat menyuntik motivasi kepada belia2 di Malaysia yang meminati muzik & seni." - Blogger tegar Umno


Sumber : FB ABU



1 JUTA BELIA HADIR HIMPUNAN BELIA BN

Ramai betul yang hadir program 1juta belia anjuran Kerajaan BN sehingga tidak muat tapak program. Nampak jelas beliau begitu fanatik kepada BN.

Kalau tak percaya lihat gambar-gambar yang di siarkan blog dan media alternatif. Antaranya gambar yang disiarkan oleh Blogger addin77.blogspot.com

Najib sudah tentu 'gumbira'.
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter