Kerajaan BN berbangga dengan pemberian bantuan BR1M (Bantuan Rakyat 1Malaysia). Namun hakikat sebenar disebalik pemberian bantuan tersebut menunjukkan bahawa masih ramai rakyat Malaysia yang susah ibarat kais pagi makan pagi kais petang makan petang.
Kerajaan sebelum ini telah mengagihkan peruntukan sebanyak RM1.92 bilion kepada 3.8 juta isi rumah menerusi Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sehingga 1 Mac 2012. Ini bermakna ada seramai 3.8 juta isi rumah yang miskin dan ia membuktikan bahawa kerajaan BN yang memerintah Malaysia selama lebih 54 tahun gagal membasmi kemiskinan ke tahap paling rendah. Jumlah 3.8 % ini mewakili kira-kira 13 % penduduk Malaysia. Maknanya ada kira-kira 13% penduduk Malaysia yang miskin dan layak menerima bantuan.
Tebukti sebenarnya kerajaan BN membuka pekung mereka sendiri apabila seringkali melaung-laungkan bahawa rakyat Malaysia hidup senang dengan pendapatan perkapita yang tinggi, tetapi itu hanyalah omong kosong. Hanya segelintir sahaja rakyat yang hidup senang sedangkan 13% hidup susah sehingga layak menerima BR1M.
Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak berkata, peratusan agihan tersebut menunjukkan Selangor menjadi negeri penerima tertinggi BR1M iaitu hampir 13 peratus daripada keseluruhan jumlah penerima.
Jangan cuba kelirukan rakyat dengan omongan kosong kerana rakyat sebenarnya sudah terdedah dengan maklumat kedua dan sudah bijak berfikir.
Comments