.

.

05 August 2013

PANTUN RAMADHAN

Rendah diri seorang budiman
Sentiasa taat tanpa alasan
Taubat nasuha di bulan Ramadhan
Harap amalan diterima Tuhan

Doakan amalan diterima Tuhan
Lailatul Qadar cuasa redup
Tarbiyah Ramadhan mesti berkekalan
Istiqamah hendaknya sepanjang hidup

Lailatul Qadar jadi buruan
Berbahagialah sesiapa yang dipertemukan
Ampunkan dosa kami wahai Tuhan
Semoga hapus semua kesalahan


Kayuh perahu dengan pendayung
Mudik ke hulu ke Danau Toba
Ramadhan sudah di penghujung
Syawal bakal menjelang tiba

Manusia tamak sayangkan harta
Mabuk kuasa sayangkan takhta
Ramadhan bakal meninggalkan kita
Doakan amalan semua diterima

SAMAN JANGAN TAK SAMAN, MEMANG PATUT KENA SAMAN


Akhbar pencacai yang suka mencacai, menipu, memfitnah, mereka cerita dan berbagai tindakan buruk bagi memuaskan nafsu tuannya wajar disaman.

Kerja mereka tidak lain hanya untuk memastikan tuan mereka kenyang dan senang lenang.

Hari ini harakahdaily melaporkan bahawa Biro Undang-undang DAP yang diketuai oleh Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo perlu meneliti lebih 200 laporan dan rencana dalam Utusan Malaysia yang menyerang DAP sejak Januari lalu untuk mengemukakan beberapa saman terhadap akhbar Umno itu.

Demikian ditegaskan Penasihat DAP Kebangsaan, Lim Kit Siang dalam satu kenyataan.

Menurutnya, dalam laporan dan rencana yang diterbitkannya, Utusan Malaysia telah berulang-kali menyebarkan pembohongan dan kepalsuan tentang DAP dan pimpinan DAP, terutamanya berkenaan pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP semasa Kongres Kebangsaan DAP bulan Disember lalu, tanpa mempedulikan prinsip-prinsip asas kewartawanan yang berkaitan dengan etika, kejujuran dan kebenaran.

Katanya, serangan yang diarahkan oleh “war room” Umno/BN dengan tujuan memburuk-burukkan dan memusnahkan DAP ini mencapai kemuncaknya pada bulan April, sejurus sebelum Pilihanraya Umum ke-13, dan walaupun rentaknya menjadi perlahan selepas pilihanraya umum Mei lalu, momentumnya meningkat kembali pada bulan Jun dan Julai, sehinggalah Pendaftar Pertubuhan mengeluarkan arahan agar DAP mengadakan pemilihan semula CEC.

Ahli Parlimen Gelang Patah itu berkata, walaupun Pendaftar Pertubuhan tidak mengemukakan sebarang alasan kepada DAP mengapa ia mahu pemilihan semula CEC diadakan, dua tuduhan palsu telah ditonjolkan dalam Utusan sejak enam bulan lalu untuk menghalalkan tindakan RoS:

1. Bahawa 753 perwakilan DAP tidak diberikan notis tentang Kongres DAP dan dinafikan hak untuk memilih CEC baru.

2. Bahawa Kongres DAP Disember lalu telah disertai oleh 547 perwakilan hantu yang sebahagian besarnya dari Pulau Pinang dan mengundi dalam kongres berkenaan

“Arahan RoS untuk mengadakan pemilihan semula CEC itu boleh difahami jika salah satu dari dua dakwaan itu adalah benar. Tetapi kedua-duanya adalah pembohongan yang nyata,” ujarnya lagi.

Menurut Lim lagi, Ketua Pengarah RoS Datuk Abdul Rahman Othman secara terbuka telah menyebut pada awal tahun ini bahawa beliau hanya boleh mengarahkan supaya pemilihan semula CEC diadakan jika ada “bukti kukuh” tentang percanggahan dalam proses pemilihan. 

“Tuduhan liar ‘753’ dan ‘547’ itu terbukti sebagai pembohongan, maka apa ‘bukti kukuh’ yang Pendaftar Pertubuhan miliki untuk menghalalkan arahannya supaya DAP mengadakan pemilihan semula CEC?” soal Lim


~ hdaily

04 August 2013

KERAJAAN BN MENIPU LAGI?

Apakah kerajaan  BN menipu lagi. Tidak cukupkah penipuan demi penipuan sebelum ini. Menjelang hari raya ini apakah sekali lagi kerajaan BN menipu.

Keluarga tahanan ISA sedang mendebar menanti apakah kerajaan BN menipu mereka dengan janji manisnya mahu melepaskan tahanan ISA.

Harakahdaily hari ini melaporkan bahawa Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) menuntut janji Menteri Dalam Negeri sebelum ini bahawa tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan keluarga bakal menerima ‘berita baik’ sebelum Aidilfitri.

Bagaimanapun sehingga hari ini, pengumuman Menteri berkenaan pada minggu pertama Ramadhan itu langsung tiada perkembangan.

Pengerusi GMI, Syed Ibrahim Syed Noh yang dipetik KeadilanDaily menyifatkan, penguguman tersebut hanya bertujuan untuk memenangi hati rakyat menjelang musim perayaan.

“Di mana berita baiknya? Kurang seminggu lagi sebelum umat Islam menyambut hari raya, tahanan ISA masih dipisahkan dari keluarga mereka.

“Kita minta menteri jangan sesekali memainkan perasaan keluarga dan tahanan ini, jangan beri harapan jika tak mahu bebaskan mereka, itu kejam dan tak berperikemanusiaan,” tegas Syed Ibrahim.

Berdasarkan rekod, masih ada 13 tahanan ISA yang belum dibebaskan. Daripada jumlah tersebut, 7 warga tempatan, 2 Sri Lanka, 3 Filipina dan seorang warga Indonesia.

Mengulas perkembangan lain, Syed Ibrahim kesal terhadap cadangan kerajaan memperkenalkan semula ISA.

Menurutnya, kerajaan tidak sepatutnya mengembalikan akta lapuk itu bagi menyelesaikan krisis jenayah yang menjadi-jadi kebelakangan ini.

Akta yang dikuat kuasa 53 tahun lepas itu menurutnya jelas membuktikan ia bersifat zalim terutama bila disalahgunakan untuk kepentingan pihak tertentu.

“Untuk apa meneruskan undang-undang ini yang terbukti kejam dan zalim. Ia tidak akan menyelesaikan krisis jenayah, kelak akan digunakan bagi menutup mulut mereka yang lantang menentang kerajaan,” kata Syed Ibrahim.

“Dulu Datuk Seri Najib (Razak) janji hapuskan ISA, tapi kenapa masih ada yang ditahan. Semua mereka perlu dibebaskan serta merta, tak perlu tunggu musim perayaan baru nak umum kononnya ada berita baik untuk tahanan,” tegasnya.

JAKIM BEGITU AKTIF TANGANI VIDEO ANJING LONGLAI DALAM ISU LAIN

Tahniah diucapkan kepada JAKIM atas tindakan efektif menangani isu video 'anjing' tempoh hari. 

Saya berharap tindakan tegas juga diadakan untuk individu Islam yang memegang saham dalam syarikat arak, individu yang menghina Rasulullah dengan mengatakan zaman nabi tidak ada Guillette, isu memperkecilkan hudud Allah, isu mengatakan tidak akan menguat kuasakan undang-undang Islam dalam negara, isu memperkecilkan bisnes orang islam yang mengatakan bahawa disebabkan tidak boleh memperniagakan arak itu menyebabkan orang Islam tidak maju, memperkecilkan Ramadhan yang menyebabkan pasukan bola sepak kalah dan banyak lagi isu berkaitan Islam. 

Jika beginilah efektifnya JAKIM sudah tentu syiar Islam dikobarkan semangatnya dengan lebih baik. Bacalah dengan nama Tuhanmu.

~ Fauzul Naim Ishak

INILAH WAJAH MUJAHIDIN MALAYSIA YANG BERJUANG DI SYRIA


Doa kami mengiringimu Dik. Ya Allah yang Maha Mengasihani, berilah dia kekuatan, berilah dia kejayaan dalam pertempuran atau terimalah dia sebagai Syahid. 

Sukarelawan Malaysia Di Syria!

"Team kami terselamat dari serangan sniper basyar di Aleppo, tembakan hampir-hampir mengenai belakang van yang membawa kami.. dan impian yang ditunggu-tunggu tiba jua.. DIBERI PELUANG MENEMBAK TENTERA BASYAR DARI KEDUDUKAN SNIPER FSA!!!"

~ FB Alkudcy

JANGAN UJI KESABARAN RAKYAT?

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata kerajaan Malaysia sepatutnya berterima kasih kepada PAS dan PR yang terus menyertai pilihanraya walaupun pelbagai penyelewengan dan kekeliruan berlaku semasa proses pilihanraya diadakan.

'Walaupun kita bertanding di atas padang yang tidak sama rata tetapi kita tetap bertanding kerana tidak mahu peralihan kuasa berlaku dengan aman'.

'PAS tidak pernah gagal menyertai setiap pilihanraya walaupun kita tahu terlalu perkara yang tidak telus dan berat sebelah berlaku, jangan uji kesabaran kami sehingga kami sudah tidak mahu lagi menyertai pilihanraya" ujar Salahuddin.

Beliau berkata jika parti-parti politik sudah tidak mahu menyertai pilihanraya, dibimbangi rakyat akan mengambil jalan lain sebagai protes kepada tindakan kerajaan yang menyeleweng, rasuah, menindas rakyat dan sebagainya.

'Jangan uji kesabaran rakyat yang sehingga ini masih bersabar dengan segala penipuan dan penyelewengan rakyat. tetapi kesabaran ini ada tahapnya" tambah Salahuddin.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ceramah anjuran PAS Kawasan Bukit Katil di sini malam tadi.

Salahuddin juga berkata mahkamah Malaysia seolah-olah seperti Bursa Saham apabila menolak Petisyen Pilihanraya dengan kos yang mencecah ratusan ribu ringgit.

'Keputusan Hakim pada perbicaraan petisyen ini seolah-olah sudah 'scripted' di mana semuanya ditolak dengan kos puluhan ribu malah ada yang mencecah ratusan ribu, mereka sebenarnya menggertak kita supaya lain kali jangan buat petiseyn lagi'.

'Tidak pernah sebelum ini kos ini ditolak dengan jumlah yang begitu besar sehingga membebankan pempetisyen" tambah Salahuddin.

Turut sama menyampaikan ceramah pada malam itu ialah Pengerusi DAP Melaka yang juga Ketua Pembangkang Dun Melaka, Goh Leong San; Ahli Parlimen Bukit Katil, Shamsul Iskandar Mohd Akin dan Adun Bukit Baru, Dr Md Khalid Kassim.
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter