.

.

27 December 2008

HUDUD : PENJELASAN PRESIDEN PAS JELAS DAN TERANG ~ Ref Malaysiakini

Saya yakin penjelasan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang tentang isu hudud hari ini cukup jelas dan terang. Penjelasan tersebut mudah difahami oleh seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira agama, bangsa dan ideologi politik.
Tuan Guru berkata " Kita (PAS) tahu berapa bilangan kita dalam parlimen".
"Tanggungjawab (melaksanakan hudud) sekarang pada Umno bukan pada PAS kerana mereka (Umno) mempunyai mejoriti dalam Parlimen.
"PAS di Kelantan sudah berusaha dan meluluskan dalam Dewan Undangan Negeri tetapi tidak dapat melaksanakan kerana halangan daripada kerajaan pusat yang dipimpin oleh Umno," ujar beliau.
Ketika ditanya bagaimana hudud boleh dilaksanakan, Abdul Hadi yang menolak anggapan bahawa hudud adalah undang-undang yang zalim berkata, ia bukanlah begitu mudah untuk terus dilaksanakan kerana pelbagai perkara perlu diambilk kira.

Menurut beliau, hudud tidak boleh dilaksanakan ketika rakyat dalam kesusahan ekoran faktor ekonomi, pengganguran yang ramai, pendidikan dan sosial masyarakat yang bermasalah.
"Kena selesaikan masalah kemiskinan, perbaiki ekonomi rakyat, peluang pekerjaan, pendidikan termasuk mengambil kira hubungan kekeluargaan dalam masyarakat terlebih dahulu," kata beliau yang memberi keyakinan aspek tersebut akan menjadi keutamaan kepada PAS.
'Kita tahu Umno tidak dapat menyelesaikan masalah ini," tambah beliau.

Kata beliau, masyarakat bukan Islam tidak seharusnya berasa bimbang jika hukum hudud dilaksanakan di negara ini kerana pelaksanaannya hanya melibatkan kalangan yang beragama Islam.

"PAS tak perlu terangkan (tentang hukum Hudud) kerana undang-undang ini tiada kena mengena dengan orang bukan Islam" kata Tuan Guru.
Jawapan dan penjelasan Tuan Guru diatas saya petik dari Siasahdaily.

NISA MELAKA ISTIQAMAH SELAMATKAN REMAJA ~ Ref Malaysiakini

Walaupun serba kekurangan dari segi dana, tenaga penggerak, peralatan namun ianya tidak melemahkan Nisa' Melaka untuk meneruskan gerakerja mendidik dan mentarbiyah remaja perempuan supaya menjadi insan solehah dan berguna kepada agama, bangsa dan negara pada masa depan.

Saban tahun Nisa' Melaka menjalankan program-program kebajikan dan tarbiyyah bagi membentuk remaja yang cemerlang dari segi akhlaq dan kerjaya.

Bertempat di Taman Seribu Bunga, Ayer Keroh, Melaka Khamis lalu, Nisa' Melaka berjaya menjalankan suatu program yang dinamakan 'JOM ENJOY BERSAMA NISA' . Program ini berjaya menarik minat 70 orang peserta yang datang dari seluruh pelusuk negeri Melaka.
Pengarah Program, Nazeeroh Zainal berkata pihaknya bersyukur kepada Allah atas kehadiran peserta yang ramai dan program berjalan dengan baik seperti yang dirancangkan.

"Program ini berjaya mencapai objektif seperti yang kita sasarkan dan Insya Allah kita akan meneruskan program seperti dari masa ke semasa".
"Objektif kita untuk mengeratkan silaturrahim dan juga menanamkan akhlaq dan kesedaran Islam di kalangan peserta Insya Allah tercapai" kata beliau yang juga merupakan AJK Nisa' Negeri Melaka.

Sementara itu Pengarah Nisaa' Melaka, Mahani Othman pula berkata Nisa' Melaka akan menyusun program yang lebih sistematik dan terancang bagi tahun 2009 bagi menarik minat lebih ramai remaja untuk menyertai program Nisa'.

Nisa' katanya, berasa bertanggungjawab untuk membebaskan remaja dari kongkongan persekitaran yang penuh dengan budaya hedonisme yang akhirnya menyebabkan remaja perempuan hanyut bersama-sama dengan program maksiat dan sia-sia.

"Walaupun Nisa' sedar kita mempunyai keterbatasan dari segi dana, prasarana, penggerak dan lain-lain, namun ianya tidak menjadi penghalang kepada kita untuk bertanggungjawab mendidik remaja sekadar kemampuan kita".

"Nisa' mesti bergerak semaksima mungkin demi untuk menyelamatkan remaja sekarang" kata beliau dengan bersemangat.

PPSMI : SEMUA PIHAK MESTI BANGKIT NYATAKAN BANTAHAN - KINTAN ~ Ref Malaysiakini

Setiausaha Dewan Muslimat PAS Negeri Melaka (DMPNM), Hajah Kintan Man menyarankan seluruh parti politik, NGOs dan orang perseorangan bangkit secara kolektif bagi menyatakan bantahan kepada kerajaan BN yang sehingga kini masih belum membuat keputusan untuk menghapuskan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).
Sejak kerajaan BN mula-mula memperkenalkan PPSMI, PAS secara konsisten dan istiqamah menyatakan bantahan tanpa henti kerana PAS yakin ianya menhancurkan kedaulatan Bahasa Melayu selain ianya menjadi penghalang kepada kemajuan pelajar-pelajar luar bandar.
Kintan juga melahirkan rasa syukur kerana sejak akhir-akhir ini pelbagai pihak seperti Gapena, DBP dan NGO lain sudah mula sedar akan keburukan PPSMI dan badan-badan ini mula bangkit secara terbuka menyatakan pendirian jelas bahawa PPSMI merupakan pengkhianatan besar oleh kerajaan.
"PPSMI merupakan pengkhianatan kepada fasal 152 perlembagaan persekutuan berhubung status Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan"
"Negara-negara maju berdiri teguh menjiwai bahasa masing-masing memacu kejayaan dan kini berdiri megah dan maju di persada dunia seperti Jepun dan Jerman" tegas Kintan.
Menurutnya lagi bahasa menjadi nadi komunikasi rupa paras bangsa, ia menjadi kewajipan kerajaan yang memerintah sekarang memastikan fasal 152 perlembagaan persekutuan tidak dikhianati.
Kintan mencadangkan suatu suruhanjaya dibentuk terdiri dari badan-badan dan cendikiawan bahasa, ditubuhkan khas untuk mendesak kerajaan menghentikan serta merta PPSMI demi maruah Bahasa Melayu.

ROAD SHOW LAJNAH PENERANGAN BERMULA 25 JAN ~ Ref Malaysiakini

Lajnah Penerangan PAS Negeri Melaka akan menjalankan program Road Show ke seluruh negeri Melaka bermula 25 Januari ini di Kawasan Jasin.

Antara program yang akan dijalankan ialah melawat kesemua DUN bagi mengenalpasti isu-isu setempat. Selain itu program ini juga diharapkan dapat memantapkan lagi gerakerja penerangan di seluruh negeri Melaka di mana Lajnah Penerangan akan menerangkan serba sedikit strategi dan gerakerja yang akan akan dijalankan di peringkat kawasan dan negeri bagi tahun 2009.

Setiausaha Lajnah Penerangan PAS Negeri, Khairul Che Salleh berkata program ini akan diteruskan dari masa ke semasa bagi merapatkan silaturrahim dengan masyarakat.

Di samping itu pihak Lajnah Penerangan juga akan sedaya upaya cuba menyelami isu setempat dan akan membongkar segala masalah dan penyelewengan pihak tertentu demi kesejahteraan rakyat.

PRK K. TERENGGANU : PENGUNDI CINA AKAN PERDAYA BN SEKALI LAGI ~ Ref Malaysiakini

Pada setiap kali kempen pilihanraya, BN akan mendabik dada bahawa pengundi Cina akan tetap menyokong mereka. Begitulah dakwaan BN pada PRU 2008 dan PRK Permatang Pauh lalu. BN seolah-olah yakin 100 % bahawa pengundi Cina akan tetap mengundi mereka berdasarkan sokongan terbuka pada kempen-kempen BN.
Namun semua itu hanyalah ilusi BN semata-mata. Hakikatnya pengundi Cina adalah pengundi yang bijak dan tinggi kesedaran politik mereka. Lihat sahaja bagaimana layanan istimewa yang diberikan pengundi Cina kepada calon BN PRK Permatang Pauh, Arif Shah tempohari. Mereka seolah-olah akan menolak Anwar Ibrahim 100 %, tetapi bila peti undi dibuka semasa pengiraan undi, BN dimalukan dengan semalu-malunya.

Saya yakin fenomena yang sama akan berlaku di Kuala Terengganu. Sejak beberapa minggu lalu, BN sudah mula mengumpan pengundi Cina dengan duit dan habuan lain. Sejumlah puluhan ribu diperuntukkan oleh Kerajaan negeri untuk sebuah sekolah Cina di Kuala Terengganu. Begitu juga orang Cina di sana diberikan 'ang pow' sebanyak RM300 oleh BN.
BN nampaknya tidak belajar dari pengalaman dan kesalahan lalu. Mereka terus memancing undi dengan duit dan peruntukan sedangkan pengundi terutama pengundi Cina sudah cerdik dan sedar akan permainan politik BN. Rakyat sebenarnya bukan mahukan duit segera sebagaimana yang BN lakukan. Mereka mahukan lebih dari itu, jaminan pendidikan, kesejahteraan hidup, keselamatan, kedaulatan bangsa, kedaulatan agama, budaya dan sebagainya.
Malangnya BN masih lagi kolot dan ketinggalan zaman. Mereka cuba memperlekeh-lekeh dan memperbodohkan rakyat dengan umpan wang ringgit dan habuan yang tidak bernilai.
Saya yakin sekali lagi BN akan diperdayakan oleh rakyat terutama rakyat keturunan Cina. Tidak syak lagi jika BN tidak berubah mereka akan tewas dengan majoriti yang besar kali ini.

PRK KUALA TERENGGANU : RAKYAT AKAN AJAR BN SEKALI LAGI ~ Ref Malaysiakini

Setelah BN dimalukan pada PRK Permatang Pauh Ogos lalu, BN dijangka akan dimalukan oleh rakyat sekali lagi. Melihat kepada riak-riak yang mula kelihatan sekarang, rakyat terus meluat dan tidak puas hati kepada kerajaan BN yang memerintah sekarang.

BN sebenarnya akan sekali lagi diperdayakan oleh rakyat setelah rakyat kecewa ditipu oleh kerajaan BN sejak lebih 51 tahun lalu.

Walaupun BN kelihatan agak yakin akan menang di Kuala Terengganu, tetapi sebenarnya mereka agak bimbang.

Pelbagai masalah dalaman dan luaran sedang menghantui BN. Antaranya :-
1) Masalah dalaman dalam pemilihan calon masih terus terbuku di hati pemimpin Umno Bahagian dan penyokong Umno

2) Masalah pemilihan Bahagian Umno Kuala Terengganu masih belum pulih sepenuhnya, di mana di pihak yang kalah kemungkinan besar tidak akan membantu kempen BN sepenuh hati malah mungkin akan ujud sabotaj.

3) Calon BN yang dipilih iaitu Wan Farid tidak disenangi oleh rakyat bawahan

4) Kekuatan PAS di Kuala Terengganu yang sememangnya hebat dan mantap, buktinya PAS menang 3 dari 4 DUN dalam Kuala Terengganu pada PRU 2008.

5) Rakyat masih tertekan dengan harga barangan yang mahal walaupun harga minyak diturunkan

6) Masalah kemelesetan ekonomi menyebabkan rakyat terutama peniaga tidak berpuashati terhadap kerajaan.

7) Inflasi yang semakin meningkat dan pengangguran semakin meruncing juga menghantui BN

Sebenarnya banyak lagi faktor lain yang benar-benar merimaskan BN. PAS dilihat mempunyai peluang lebih cerah kali ini untuk menambahkan lagi koleksi kekalahan BN pada Pilihanraya Kecil.

Kekalahan ini juga memberikan impak dan signifikan yang hebat kepada imej dan kredibilti Najib yang akan mengambilalih tampuk kuasa dari Pak Lah Mac 2009 nanti.

TAKZIAH BUAT KELUARGA DIRAJA DAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN

Saya mengucapkan takziah kepada keluarga Diraja dan rakyat Negeri Sembilan atas kemangkatan Yam Tuan Besar Negeri Sembilan hari ini.

Baginda mangkat pukul 11.45 pagi tadi di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban.

Saya mengharapkan keluarga Almarhum dan rakyat jelata bersabar dengan ketentuan Allah S.W.T ini.

PRK KUALA TERENGGANU : SIAP SEDIA HADAPI TAUFAN BN ~ Ref Malaysiakini

PR seharusnya bersedia dari segi fizikal dan mental untuk berhadapan dengan bala 'tentera' BN yang sudah pasti menggunaka segala jentera kerajaan, duit, samseng dan seribu satu macam taktik dan 'serangan'.

Kita semua sudah biasa dan faham dengan cara dan taktik BN yang tidak menghiraukan undang-undang, peraturan dan Islam. Bagi BN matlamat menghalalkan cara. Dosa dan pahala tolak tepi.

Sebab itu jentera PR mesti bersedia untuk menghadapi semua itu. Lebih-lebih lagi dalam keadaan terdesak BN akan menggunakan segala yang terfikir dalam fikiran mereka.

Jentera kerajaan, media, duit dan sebagainya sudah tentu menjadi senjata utama mereka bagi mengalahkan PR.Namun saya yakin petugas PR sudah pasti cukup terlatih dan komited untuk menghadapi semua cabaran itu.

26 December 2008

PRK KUALA TERENGGANU : HATI-HATI DENGAN SESUMPAH BN YANG BERKELIARAN MENCARI MANGSA ~ Ref Malaysiakini

Adakah anda kenal dengan binatang yang dinamakan sesumpah. Kalau anda belum tahu sila baca posting saya ini yang kongsikan dengan tuan-puan takut-takut nanti 'digigit' sesumpah yang begitu banyak berkeliaran di Kuala Terengganu sekarang ini sehingga 17 Januari 2009 nanti.

Untuk pengetahuan semua sesumpah ialah sejenis binatang seperti biawak dan cicak yang hidup di atas pokok atau sesekali turun ke tanah. Namun saiznya lebih besar dari cicak tetapi lebih kecil dari biawak. Bentuk badan, kaki dan lain-lain tidak jauh bezanya dengan biawak. Pendek kata Sesumpah sepupu, dua pupu atau ada bau-bau bacang dengan cicak dan biawak ini.

Keistimewaan sesumpah ini ialah kulit binatang ini boleh bertukar warna sama seperti keadaan sekelilingnya. Kalau keadaan disekelilingnya berwarna coklat kulitnya bertukar menjadi coklat. Kalau warna disekelilingnya berwarna hijau dia pun bertukar menjadi hijau. Inilah keajaiban dan kekuasaan Allah S.W.T yang berkuasa mencipta apa juga yang Allah S.W.T kehendaki yang kadang-kadang tidak terjangkau oleh akal fikiran kita.

Namun sifat sesumpah ini kadang-kadang ditiru oleh manusia. Kadang-kadang dengan meniru inipun baik juga bukan semua tidak baik. Saya berpengalaman di dalam banyak pilihanraya samada pilihanraya umum atau kecil. Semasa kempen inilah ada orang yang tidak pernah atau jarang pakai tudung akan berlakon pakai tudung, ada yang jarang pakai ketayap putih akan pakai ketayap putih, ada yang jarang ke surau atau ke masjid berjemaah akan rajin ke masjid, ada yang jarang pakai kain pelikat tiap-tiap hari pakai kain pelikat keluar masuk kampung, ada yang jarang ziarah orang sakit akan ziarah sampai 3 atau 4 kali terhadap orang yang sama.

Apa guna mereka berlakon atau bertukar warna kulit macam sesumpah?

Jawapannya ialah mereka ingin menunjukkan bahawa mereka juga pakai tudung, pakai kopiah dan sebagainya supaya mak cik-mak cik dan pak cik-pak cik percaya yang mereka ini sama-sama tutup aurat, alim dan suka kepada surau dan masjid. Maksudnya mereka juga mahu dilihat serupa dengan pak cik-pak cik dan mak cik-mak cik, tiada bezanya. Jadi mudah untuk mereka memancing undi. Bukankah ini sama sifatnya dengan sesumpah......suka mengikut persekitaran untuk menyelamat diri, cuma 'Sesumpah' Kuala Terengganu bukan untuk selamat diri tetapi untuk dapat upah dan duit serta dapat projek dan sebagainya.

Sesumpahnya ini berkempen untuk memastikan BN menang dan mereka akan mendapat habuan dunia.

Jadi sudah pasti rakyat Kuala Terengganu dan sesiapa juga yang pergi ke sana akan bertemu dengan sesumpah ini. Kadang-kadang jika silap pandang Sesumpah ini lebih alim dari Tok Guru Nik Aziz dan Tok Guru Haji Hadi. Begitulah hebatnya Sesumpah ini berlakon. Boleh mengalahkan Dato' Shah Rukh Khan kebanggaan Ali Rustam dan kerajaan Melaka.

Nota : Artikel ini saya posting semula dengan sedikit penambahan untuk disesuaikan dengan keadaan semasa dan PRK Kuala Terengganu. Artikel pernah diposting di Blog ini menjelang PRK Permatang Pauh.

PRK KUALA TERENGGANU : WAN FARID KALAH SEBELUM MASUK GELANGGANG ~ Ref Malaysiakini

Ramai pemerhati politik mengakui bahawa calon BN, Wan Farid Wan Salleh (WFWS) awal-awal lagi sudah tewas iaitu sebelum masuk gelanggang. Sebab itulah ramai antara mereka menyatakan WFWS telah membuat kesilapan dengan menerima pencalonan BN untuk meletakkan beliau bertanding pada PRK Kuala Terengganu ini.
WFWS bakal kehilangan jawatannya sebagai Timbalan Menteri Dalam Negeri dan sekaligus jawatan senatornya.
Sebenarnya sebelum WFWS masuk gelanggang beliau sudah tewas kerana bukti mudah iaitu PAS telahpun memenangi 3 kerusi DUN dalam parlimen Kuala Terengganu ini berbanding BN hanya menang 1 DUN sahaja.
Atas fakta inilah pemerhati politik meramalkan WFWS bakal menyesal kerana menerima pencalonan BN ini dan beliau kemungkinan akan tewas. Maka imej, kredibiliti dan rekod beliau akan tercalar teruk dengan kekalahan tersebut selain kehilangan senioriti dalam kabinet kerana kehilangan jawatan Timbalan Menteri tersebut.
Bagi saya WFWS bekum terlambat untuk memberikan laluan kepada calon lain demi survival politik peribadinya. Jika belum menolak pencalonan ini sudah pasti beliau akan terus memegang jawatan Timbalan Menteri dan senator untuk 2 tahun lagi. Beliau boleh bertanding Pilihanraya Umum akan datang mungkin selepas 1 tahun beliau menamatkan perkhidmatannya sebagai Senator. Jadi WFWS tidak perlu terburu-buru untuk mengejar cita-cita untuk menjadi Ahli Dewan Rakyat.
Biar lambat asal selamat.

KUALA TRENGGANU BERGEGAR LAGI!!! ~ Ref Malaysiakini

Saban hari kita dibebani
Dengan berita-berita sensasi
Tambah berita-berita terkini
Yang lebih banyak menyakitkan hati.

Penyelewengan -penyelewengan terus menjadi-jadi
Kemaksiatan-kemaksiatan terus menari-nari
Diatas pentas dunia yang sementara ini
Pada hal semuanya akan mati.

Ada adun belanja Rm500 ribu dalam 2 hari
Politik wang apatah lagi
Rasuah terus berleluasa disana-sini
Tak kira semuanya.. nak dikebas sekali.

Tapi.. yang amat geram sekali
Sampai hal kesihatan pun nak dimanipulasi
Bila IJN pun nak dijilat kroni
Bertopeng atas nama Sime darby
Nampaknya..dah melampau..nak tunjuk berani.

Terus bermegah-megah tanpa peduli
Walaupun bantahan rakyat disana-sini
Dah meluat dan dah benci
Dengan sikap dan perangai pemimpin yang berdinasti.

Sebelum Dinasti Razak menjadi,
Dinasti Badawi terus menguasai
Dari kroni anak-beranak.. kekroni suami isteri
Belum apa-apa lagi,dah nak menguasai ekonomi.
Walau apa pun gelaran diberi
Mereka tetap satu parti
Parti keris telanjang yang tak bersarung lagi
Tak sedar, tumpul tak makan laki.

Begitulah manusia , bila ALLAH tak ditakuti
Macam-macam boleh terjadi
Bukan setakat ulama yang dibenci
Kasihan! Dr Asri bekas mufti
tak pasal-pasal.. puisinya pun kena gam sekali.

Kini
PARLIMEN KUALA TRENGGANU BERGEGAR LAGI
Setelah kematian Alahyarham YB Razali
Baru tersedar nak beri duit royalti
Setelah sekian lama hak negeri Trengganu dinafi
Nak tunggu Adun mati baru nak kasi
Begitulah zalimnya mereka ini.

Ayuh ! Pengundi-pengundi
Yang duduk jauh-jauh ..jangan lupa kembali
Rebut.. peluang datang hanya sekali
Pemerintahan sekarang mesti diganti
Sudah tidak relevan lagi
Akhlaknya buruk tidak terperi
Seperti labu yang sudah tidak boleh dibaiki
Pecah tak boleh ditampal lagi
jatuh tak mengkin menjadi tanah kembali.

Ayuh! para-para pengundi
Tekadkan dihati yang murni
bahawa PAS pilihan dihati
Kertas ditangan..pensil dijari
buktikan ia di 17 Januari nanti.

Nukilan : Masturah Hassan

KERAJAAN NEGERI SARAWAK TAKUT BAYANG-BAYANG SENDIRI, HALANG PR MASUK SARAWAK ~ Ref Malaysiakini

Undang-undang mana dan peraturan mana yang mereka pakai sehingga orang hendak melawat negeri mereka sendiri dihalang. Inilah yang berlaku di Sarawak apabila kerajaan negerinya menghalang Ahli Parlimen Padang Serai, Gobalakrishnan dari memasuki negeri tersebut.
Apa yang mendukacitakan tiada alasan kukuh dan konkrit yang diberikan Jabatan Imigresen mengapa YB tersebut dihalang dari masuk ke Sarawak. Alasan yang diberi ialah kerajaan negeri tidak membenarkan beliau masuk ke Sarawak, itu sahaja alasannya.
Bagi saya kerajaan Sarawak, milik Taib Mahmud seolah-olah takut kepada bayang-bayangnya sendiri apabila menggunakan kuasanya untuk menghalang seorang Ahli Parlimen masuk melawat negerinya.

Saya yakin alasan sebenar YB Gobi tidak dibenarkan masuk ke Sarawak ialah Taib Mahmud takut rakyat Sarawak akan celik politik dan menolak beliau dan partinya, PBB/BN pada pilihanraya negeri. Jika rakyat Sarawak mula membuka mata dan sedar akan kuasa undi yang ada pada mereka, sudah kedudukan Taib Mahmud akan goyah dan susah untuk beliau menipu dan memperdayakan rakyat Sarawak.
Sejak sekian lama Taib Mahmud membina empayar politik dan perniagaannya di Sarawak tanpa gangguan akibat kecerdikannya memperdaya dan mengelirukan rakyat. Beliau bimbang kalau rakyat akan terpengaruh dengan PR dan kedudukan beliau akan terjejas.

BN KECUT PERUT : TERPAKSA KEMPEN AWAL ~ Ref Malaysiakini

Nampak jelas BN tidak yakin untuk menang dengan mudah pada PRK Kuala Terengganu 17 Januari ini. Jika tidak masakan bakal calon mereka Wan Farid telah memulakan kempennya sejak beberapa selepas Allahyarham Dato' Razali Ismail meninggal.
Wan Farid dilihat masuk kampung keluar kampung menjengah mukanya untuk bertemu orang kampung bagi menunjukkan dirinya adalah seorang yang berjiwa rakyat, mudah didekati dan peramah tidak elit sebagaimana tuduhan sesetengah pihak.
Saya yakin Wan Farid tidak akan beriya-iya masuk keluar kampung jika beliau yakin 100% akan menang mudah.
Kesungguhan Wan Farid ini tidak boleh dipandang enteng dan mudah oleh PAS. Kita semua sudah sedia maklum bahawa pengundi atas pagar mudah termakan pujukan dan tipu daya BN seumpama ini.
Jentera PAS mesti digerakkan 200 % dari sekarang jangan hanya menunggu calon diumumkan.

UMNO BAKAL TERJERAT UNGKIT ISU HUDUD ~ Ref Malaysiakini

Menjelang PRK Kuala Terengganu, BN menggunakan isu hudud untuk memerangkap PAS. BN mungkin merasakan dengan isu hudud ini pengundi Melayu akan hilang keyakinan kepada PAS lantaran PAS masih gagal mengamalkan undang-undang Islam itu di Kelantan dan 4 buah negeri PR yang lain.
Pada masa yang sama BN juga cuba menakut-nakutkan pengundi Cina dengan hukum hudud ini.
Namun saya yakin rakyat dan pengundi Kuala Terengganu sudah masak dengan taktik BN yang menggunakan media untuk mempengaruhi pengundi. Isu ini mula disensasikan oleh media dengan memetik jawapan Naib Presiden PAS, Husam Musa yang menyatakan PAS tetap konsisten ini mengamalkan Hukum Hudud jika PAS memerintah Malaysia.
Husam dilaporkan berkata demikian pada wacana anjuran Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kelantan, ketika beliau menjawab pertanyaan seorang lagi ahli panel pada program tersebut iaitu Khairy Jamaluddin.
Media sengaja membesar-besarkan isu ini sedangkan banyak isu lain yang diperdebatkan pada program tersebut.
Saya sangat gembira dengan keputusan BN menggunakan isu hudud ini kerana ternyata ianya memakan diri. BN mengharapkan DAP melenting dengan pendirian PAS. Namun ternyata DAP matang dan rasional. Pemimpin-pemimpinnya memberikan 'feedback' yang baik dengan menyatakan mereka menghormati pendirian PAS dan semua langkah kearah pelaksanaan itu boleh dibincangkan di kalangan komponen PR.
Malah Naib Pengerusi DAP, M. Kulasegaran secara jelas yakin bahawa orang Cina tidak akan terjejas dengan pelaksanaan hukum hudud. Pemimpin DAP juga yakin pengundi Cina di Kuala Terengganu akan mengundi PR bagi membantu kemenangan PAS.
Bagi pengundi Melayu pula sebahagian besar mereka faham bahawa kegagalan PAS mengamalkan hukum hudud di Kelantan adalah disebabkan halangan kerajaan pusat dan perlembagaan negara Malaysia sendiri. Mereka faham bahawa sebarang enakmen negeri yang bertentangan dengan perlembagaan negara sudah pasti terbatal dengan sendirinya.
Malah orang Melayu dan Islam masih ingat bagaimana biadapnya bekas Presiden Umno, Dr Mahathir yang menghantar surat amaran dan ugutan kepada Kerajaan Kelantan yang berhasrat untuk mengamalkan undang-undang hudud setelah ianya diluluskan oleh DUN Kelantan.
Maka tidak syak lagi kegagalan Kelantan menggunapakai undang-undang hudud bukannya disebabkan PAS tetapi adalah kerana halangan dari kerajaan BN.

PRK KUALA TERENGGANU : WAN MUTALIB ATAU SYED AZMAN ~ Ref Malaysiakini

PAS sudahpun menyatakan calonnya ialah seorang yang Professional dan berjiwa rakyat. Tetapi PAS hanya akan mengumumkan nama calonnya pada 1 Januari depan.

Pada pandangan dan firasat saya hanya dua orang calon sahaja yang mungkin menjadi pilihan terakhir PAS iaitu samada Dato' Haji Wan Muttalib Embong atau YB Dr Syed Azman Syed Ahmad An-Nawawi.

Keduanya adalah AJK PAS Pusat, seorang Professional dan berjiwa rakyat.

Saya nyatakan di sini serba sedikit latarbelakang kedua-dua pemimpin hebat dari Terengganu ini.

Dato' Haji Wan Abdul Mutalib Embong
Seorang Peguam yang sangat berpengalaman, mempunyai firma guaman yang sangat terkenal di Kuala Terengganu. Beliau seorang yang sangat berjasa kepada perjuangan Islam bukan sahaja di negeri Terengganu malah di seluruh negara.

Seangkatan dengan Tuan Guru Presiden, Hj Mustafa Ali dan Ustaz Haron Taib, Ustaz Abu Bakar Chik dan lain-lain. Di amanahkan sebagai AJK PAS pusat lebih dari 20 tahun lalu. Bekas ADUN dan Bekas Exco Kerajaan Negeri Terengganu 1999-2004. Beliau menjadi ADUN Batu Burok sejak beberapa penggal sehingga memberi laluan kepada Dr Syed Azman pada PRU 2008 yang lalu. Merupakan salah seorang ADUN PAS yang menang pada PRU 2004 di kerusi Batu Burok.

Menjadi pakar rujuk PAS dalam hal ehwal perundangan. Di amanah beberapa kali mengetuai Lajnah Guaman dan Undang-undang PAS Pusat. Kini di amanahkan sebagai Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu dan Pengarah Pilihanraya Kecil Kuala Terengganu di peringkat Negeri Terengganu.
Beliau seorang yang berjiwa rakyat. Maka tidak hairanlah beliau disukai rakyat dan menang di kerusi DUN Batu Burok pada PRU 2004 walaupun DUN-DUN lain banyak yang tersungkur.


Dr Syed Azman Syed Ahmad
Berkelulusan PhD dalam bidang Sains Politik dari Universiti di Amerika Syarikat. Bekas seorang pensyarah di dua buah IPTA di Kuala Lumpur.

Sekarang ini diamanahkan sebagai Ketua Lajnah Antarabangsa dan AJK PAS Pusat. Menang di DUN Batu Burok pada PRU 2008 Mac lalu. Sebelum itu menjadi Ahli Parlimen Kuala Terengganu pada 1999-2004 sebelum tewas kepada Allahyarham Dato' Razali Ismail di kerusi yang sama pada PRU 2004. Pernah dilantik sebagai Setiausaha Politik Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang. Beliau merupakan pemimpin muda yang berpotensi dan disukai rakyat dari pelbagai lapisan.

Tidak syak kedua-dua bakal calon PAS ini mampu membawa panji-panji PAS pada Pilihanraya Kecil Parlimen Kuala Terengganu. Namun begitu tidak mustahil PAS akan mengemukakan calon lain berdasarkan perkembangan semasa dan strategi tertentu.

Bakal-bakal calon lain seperti Cikgu Mustafa Ali (gambar), Prof Dr Khazani dan Ariffin Deraman juga berpotensi untuk diketengahkan bagi membawa cabaran PAS.

25 December 2008

MIC : MAHA DIPECAT MUTHU SEDANG MENUNGGU GILIRAN ~ Ref Malaysiakini

Samy Vellu terus mengganas walaupun rumah kata pergi kubur kata mari. Hari ini Bendahari Agung MIC yang juga teman rapatnya, Datuk Mahalingam dipecat tanpa kesalahan besar.
Mahalingam yang menyertai MIC sejak 1958 dipecat kerana Samy sudah tidak percaya kepada beliau. Mungkin Samy mencium bau bahawa Mahalingam menyokong Muthupalaniappan yang mengisytiharkan diri untuk mencabar Samy pada pemilihan MIC akan datang.
Memang Samy pantang dicabar, siapa cabar maka pendeklah umurnya.
Setelah Mahalingam dipecat saya percaya dalam masa terdekat Muthu pula akan dipecat. Samy boleh mencari seribu satu kesalahan dan boleh juga mencipta alasan untuk memecat Muthu dari MIC.
Inilah juga nasib yang diterima oleh Pandithan dan Subramaniam yang berani mencabar Samy sehingga karier politik kedua-dua musuh tradisi Samy ini berkubur.
Oleh kerana Samy begitu ganas dan zalim maka semua AJK MIC takut untuk menyanggah apa juga tindakan Samy. Maka akhirnya jadilah MIC sebagai parti Samy Vellu bukan parti untuk membela orang India.

PRK KUALA TERENGGANU : HANTU MASIH BERKELIARAN DI SANA ~ Ref Malaysiakini

Setiap kali Pilihanraya SPR akan menafikan ujudnya pengundi hantu. Namun setiap kali PAS mengemukakan bukti SPR berdiam diri.

Kali ini sekali lagi isu ini dibangkitkan dan PAS boleh membuktikan butir-butir lengkap tentang dakwaan ujudnya pengundi hantu ini.

Saya pasti isu ini akan terus berlanjutan sampai bila-bila selagi SPR dianggotai oleh hamba Allah yang tidak takut kepada Allah. Mereka mungkin merasakan bahawa tuntutan untuk memastikan daftar pemilih bersih tidak ada kena mengena dengan Islam sebab itulah mereka membiarkan perkara tersebut berlaku.

Dakwaan PAS tidak diambil kira oleh SPR atau SPR buat 'dek' sahaja.

Hari ini Pengarah Pilihanraya PAS Terengganu bagi PRK Kuala Terengganu, Datuk Wan Mutalib Embong memberitahu bahawa mereka sangsi dengan daftar pemilih yang akan digunakan pada PRK Kuala Terengganu.

"Ini (pengundi) dalam daftar ada tetapi 'on the ground' realitinya tidak ada. Kita (PAS) cari alamat dia (pengundi) pun tidak ada melainkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membekalkan setiap pengundi itu dengan alamat penuh. "

"Lot tanah itu ada tetapi tidak ada rumah dan tidak ada orang yang tinggal di atas lot tanah itu dan ini berlaku di kampung Durian Burung, dalam Dewan Undangan Negeri (Dun) Wakaf Mempelam. ?Keduanya, rumah-rumah orang yang didaftarkan dengan pengundi-pengundi 'mendatang' sehingga dalam sebuah rumah itu ada 15 hingga 20 orang gunakan satu alamat," tegasnya.

Kenyataan beliau itu saya petik dari Harakahdaily.

Perkara seperti ini dan lain-lain bentuk penyelewengan dalam daftar terus dibiarkan oleh SPR sehingga kredibiliti dan imej SPR terjejas teruk.

Apa yang menarik walaupun Daftar Pemilih nyata tidak bersih dan telus, PR masih mampu menang. Saya pasti jika Daftar Pemilih yang tulus, adil, bersih dan telus digunakan pada PRU 12 lalu sudah tentu BN tewas teruk.

PRK KUALA TERENGGANU : HIDUP MATI BN & PAS ~ Ref Malaysiakini

Kuala Terengganu benar-benar menguji PAS dan BN. Kemenangan mana-mana akan menaikkan imej masing-masing. Jelas PRK ini merupakan kayu pengukur kepada kedua-dua selepas 9 bulan PRU 2008 berlangsung.
Jika PAS menang bermakna rakyat menerima pendekatan PR secara tidak langsung walaupun ianya tidak menggambarkan 100 % pandangan rakyat Malaysia. Jika BN menang sudah pasti BN akan mendabik dada mendakwa rakyat sudah kembali menyokong BN.
PRK ini juga merupakan ujian buat Najib yang akan mengambilalih tampuk kuasa dari Pak Lah. Najib sudah akan berusaha bermati-matian untuk memenangkan BN bukan sekadar menang tetapi mestilah dengan majoriti yang jauh lebih besar dari PRU 2008. Jika BN menang dengan majoriti di bawah 1,000 undi, ini bermakna Najib tewas sebenar.
Maka tidak hairanlah Najib sudah tentu akan menggunakan seluruh stamina, fasiliti, prasarana, duit, jentera kerajaan, media dan apa sahaja bagi memenang BN di Kuala Terengganu.
Namun saya yakin Najib tidak akan mendapat laluan mudah di Kuala Terengganu. Silap haribulan BN dan Najib akan tersungkur dan imej Najib akan terjejas dan tercalar dengan teruk.

PEMIMPIN ZALIM WAJAR DIHINA ~ Ref Malaysiakini

Pemimpin zalim wajar dihina dan dihukum. Tidak kira sebesar mana dan sehebat mana kuasanya, kezaliman mesti dibalas dengan pelbagai cara yang termampu oleh sesiapa juga. Hatta benci dalam hati merupakan antara tindakan selemah-lemah iman, sebagai sebuah hadis Nabi Muhammad S.A.W.
Pemimpin zalim seperti Bush yang tangan berlumuran darah 'membunuh' umat Islam di Afghanistan, Iraq dan lain-lain wajar dihina lantaran kezalimannya. Bush durjana bukan sahaja menghina manusia malah membunuh kanak-kanak, bayi, orang tua dan lain-lain tanpa belas kasihan. Wajarkah pemimpin seperti ini dihormati dan tidak dihina sebagai saranan Imam Hadhari Dollah Badawi yang tidak bersetuju dengan perbuatan membalin kasut ke arah Bush di oleh seorang wartawan Mesir di Iraq baru-baru ini.
Saya hairan bagaimana pemimpin sebuah negara umat Islam membela dan begitu menyanjung Bush. Imam Badawi seolah-olah bertindak sebagai sekutu dan tali barut Bush. Inilah rupa sebenar pemimpin Umno yang sebenarnya sealiran dan menyokong Amerika.

Begitu juga dengan pemimpin zalim di dalam negara kita ini yang begitu kejam mengenakan undang-undang zalim ISA, tidak berhukum dengan hukum Allah, membolot kekayaan rakyat untuk diri sendiri dan kroni dan lain-lain lagi. Selain itu mereka menganaktirikan mana-mana negeri yang dimenangi oleh PR sehingga banyak peruntukan dan dana serta program yang sepatutnya dijalankan di sana dihentikan atas sebab politik sempit mereka.

Oleh itu rakyat wajar menghukum pemimpin negara ini pada PRU akan datang. Paling hampir BN/Umno mesti diajar pada PRK Kuala Terengganu 17 Januari nanti.

HUKUM HUDUD : SEMUA PEMIMPIN UMNO BENGONG ~ Ref Malaysiakini

Semua pemimpin Umno yang mengulas isu hudud dalam media hari ini bengong dan cuba membengongkan rakyat.
Dalam kenyataan media, mereka menyalahkan PAS dan kerajaan PR kerana tidak melaksanakan hukum hudud di negeri-negeri yang diperintah PR khasnya Kelantan.
Kalau Najib dua hari bercakap dalam nada yang sama kini 2 orang Naib Presiden Umno juga sama-sama bengong seperti Najib, tidak lebih dan tidak kurang.
Muhyiddin yang kelihatan agak cerdik berbanding Ali Rustam dan Najib, rupa-rupanya sama sahaja 'standard'nya dengan Timbalan Presiden dan Naib Presiden Umno tersebut.
Bukankah sudah dijelaskan (mungkin lebih dari seribu kali) bahawa kerajaan negeri tidak mempunyai kuasa untuk menjalankan enakmen yang diluluskan oleh DUN, jika enakmen itu bertentangan dengan perlembagaan persekutuan. Dalam kes ini enakmen hudud jelas bertentangan dengan perlembagaan persekutuan. Maka dengan sendirinya ia tidak boleh digunapakai dan terbatal.
Jika Muhyiddin, Ali dan Najib (3 Abdul atau Samdol) mahu negeri-negeri menjalankan hukum hudud sila pinda perlembagaan persekutuan dengan segera. Jangan hanya bercakap ikut sedap mulut atau sengaja ingin mengelirukan rakyat.
Untuk pengetahuan 3 Samdol sekelian, rakyat Malaysia hari ini sudah bijak dan lebih cerdik dari kamu. Mereka tidak akan menerima bulat-bulat apa yang dikatakan oleh Samdol semua.
Dalam media hari ini Muhyiddin Yassin berkata, tindakan Pas itu adalah strategi mereka untuk memancing pengundi di Kuala Terengganu yang majoritinya terdiri daripada orang Melayu dan Islam.

''Setelah lima penggal memerintah Kelantan, namun tiada satu hukuman hudud dilaksanakan di negeri tersebut menunjukkan Pas telah menipu rakyat sejak sekian lama," katanya.
Sementara Ali Rustam pula berkata slogan Pas 'Bangun Bersama Islam' adalah tidak relevan dengan tindakan mereka terutama selepas menang dalam pilihan raya lepas.

''Jika benar Pas ingin bangun bersama Islam, kenapa tidak mempraktikkan hukum hudud terutama di lima buah negeri yang dikuasai pakatan pembangkang," kata beliau.

24 December 2008

RAKYAT MALAYSIA TIDAK AKAN MAAFKAN KAMU ~ Ref Malaysiakini

Utusan Meloya versi internet menyiarkan tajuk 'SAYA BUKAN TALIBARUT KERAJAAN - AB RASHID'. Itulah pengakuan dan dakwaan Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR).

Bagi saya pengakuan Rashid ini sudah pasti ditertawakan oleh sebahagian besar rakyat Malaysia. Cuma rakyat yang tidak waras dan berkepentingan sahaja yang percaya dengan kata-kata Rashid itu.

Rakyat Malaysia sudah pasti tidak akan memaafkan dosa yang dilakukan oleh Rashid terhadap mereka sehingga menyebabkan rakyat ditipu 'di atas darat'.

Siapa lagi kalau bukan Rashid dan kuncu-kuncunya yang melakukan angkara di bawah ini :-

1) Memanjang masa mengundi di Selangor pada PRU 2004

2) Membiarkan pertambahan daftar pemilih yang begitu banyak di Terengganu sehingga 15% mengatasi pertambahan pemilih di peringkat kebangsaan.

3)Menjalankan persempadanan semula yang jelas memberikan kelebihan kepada BN

4) Membiarkan nama-nama pemilih yang mati kekal dalam daftar pemilih sehingga ramai pengundi hantu datang mengundi atas nama pemilih yang mati tersebut

5) Nama pemilih yang bertindih di peti undi yang berlainan yang membolehkan mereka mengundi lebih dari sekali

6) Menipu rakyat dengan memperkenalkan peraturan baru pada PRU 2004 tetapi sebaliknya ia tidak digazet dan tidak digunakan pada PRU tersebut.

7) Membiarkan BN menggunakan jentera kerajaan, berbelanja berlebihan dari peraturan, memfitnah dengan menggunakan media

Dan banyak lagi kesalahan-kesalahan yang dilakukan Rashid .........Jika beliau tidak mengaku dan tidak memohon maaf kepada rakyat dan memohon ampun kepada Allah saya percaya rakyat Malaysia tidak akan redha dan tidak akan memaafkan beliau......
Dengan angkara Rashid ini BN menang dan menjadi kerajaan sehingga kini yang mana kerajaan inilah yang menzalimi rakyat dengan undang-undang ISA, gagal mentadbir sehingga jenayah meningkat, ekonomi merudum, barang mahal, undang-undang Islam diketepikan, pendidikan tidak percuma, hospital dengan bayar dan sebagainya.
Apakah rakyat begitu mudah menerima pengakuan Rashid sedangkan rakyat terseksa sehingga kini di bawah kerajaan BN yang dimenangkan oleh angkara Rashid.

Insaf lah wahai Rashid andapun baru balik dari Mekah !!!!!!!!!!!!!!!.........

KERAJAAN MELAKA GADAIKAN ASET NEGERI ~ Ref Malaysiakini

Tindakan kerajaan negeri Melaka menyerahkan pengurusan air negeri kepada PAAB merupakan suatu pengkhianatan kepada rakyat Melaka. Ini kerana Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) yang menguruskan air sebelum ini adalah syarikat yang berdaya maju dan menguntungkan.
Kita sebagai rakyat Melaka hairan dengan tindakan kerajaan negeri yang begitu pantas menyerahkan SAMB kepada PAAB sedangkan negeri lain belum berbuat demikian. Tindakan ini ternyata merugikan kerana salah satu sumber kewangan kerajaan digadaikan oleh kerajaan BN.
Adakah wang pampasan sebanyak RM119 juta yang diperolehi dari PAAB menyebabkan kerajaan negeri dan Ketua Menteri kelabu mata dan menyerahkan aset negeri kepada pusat. Rakyat Melaka mesti celik dan sedar akan tindakan tidak cerdik kerajaan BN Melaka ini.
Sudah masanya kerajaan BN ini ditumbangkan pada PRU ke 13 nanti.
Saya bimbang selepas ini lebih banyak lagi aset negeri digadaikan oleh Ali Rustam semata-mata untuk mendapat duit segera bagi digunakan untuk projek-projek tertentu.

PR AKAN PERINTAH MELAKA ~ Ref Malaysiakini

Siapa sangka PR akan dapat memerintah Selangor, Perak, Kedah Pulau Pinang selepas PRU 2008. Tidak seorang pemerhati politik dan rakyat yang membuat jangkaan itu.
Pakar-pakar politik Malaysia dan dunia sedikitpun tidak meramalkan ianya akan berlaku. Namun itulah yang akhirnya menjadi kenyataan, apabila PR berjaya membentuk kerajaan secara campuran.
Atas fenomena itu siapa berani meramalkan PR akan juga berjaya menjadi kerajaan selepas PRU ke 13 nanti. Siapa sangka? PR sekarang sudahpun memenangi 5 kerusi DUN melalui DAP. PR hanya memerlukan 10 kerusi sahaja lagi untuk membentuk kerajaan. Apakah itu mustahil. Bagi saya tidak ada yang mustahil semuanya dibawah kekuasaan Allah S.W.T.
PAS dan PKR serta DAP hanya perlu bekerja lebih kuat untuk mendapat 10 kerusi lagi. DUN yang berpotensi antaranya Machap, Klebang, Merlimau, Durian Tunggal, Serkam, Bukit Baru, Sg Rambai, Pantai Kundor, Kuala Linggi, Rembia dan Teluk Mas mesti dimenangi bagi merealisasikan hasrat murni ini.
Walaupun majoriti kemenangan BN di DUN-DUN di atas agak besar namun itu bererti rakyat tidak boleh berubah fikiran lantaran kebobrokan dan kebongkakan BN. Pemimpin BN meratah projek dan peluang perniagaan dan membahagi-bahagikan di kalangan kroni dan sanak saudara mereka. Ini menyebabkan rakyat semakin muak dengan BN.
Inilah yang berlaku di negeri-negeri yang dimenangi BN pada PRU 12 lalu. Akhirnya rakyat membuka mata mereka dan sedar serta insaf. Akhirnya mereka memberi undi kepada PR. Tidak mustahil ini juga akan diteladani oleh rakyat negeri Melaka.
Dengan kerja kuat, istiqamah, sistematik, komited dan tidak mengenal penat lelah, Insya Allah PR Melaka mencipta sejarah pada PRU akan datang. Syaratnya semua perlu bekerja kuat melipatgandakan usaha sebanyak 300% lagi.
Insya Allah Seri Negeri akan kita tawan. Berusaha, bertawakal dan berdoalah kita semua ............
Takbir.

WARKAH UNTUK DATIN SRI JEANNE ~ Ref Malaysiakini

Dengan Nama ALLAH yang maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala puji-pujian bagi ALLAH,tuhan semesta alam. Selawat dan Salam keatas junjungan besar kita, Nabi Muhammad S.A.W yang telah menunjukkan jalan kebenaran lagi direhaiNYa. Kebahagiaan bagi orang -orang yang mengikuti petunjuk Al-Quran dan As Sunnah. Datin Sri,Izinkan kami sebagai rakyat marhein untuk menulis sepatah dua kata buat Datin Sri, demi menegakkan sebuah kebenaran berlandaskan lunas-lunas Islam.

Kami sekadar menjalankan tanggungjawab seperti yang disarankan oleh ALLAH S.W.T dalam surah Als Asr...."Demi masa , sesungguhnya manusia itu dalam kerugian kecuali mereka yang berpesan dengan kebenaran dan mereka yang berpesan dengan kesabaran". InsyaALLAH. Datin Sri,Sebaik saja kami membaca satu atikel dari akhbar alternatif yang bertarikh 21-27 disember,lantas kami terbaca satu atikel yang kami kira agak menarik untuk kami memberikan sedikit maklum balas diatas kenyataan yang dibuat. Atikel yang bertajuk "Jadilah muslim yang baik, pesan isteri PM".

Satu pesanan yang cukup indah susunan kata-katanya, yang telah Datin Sri sampaikan ketika diperasmian "Konvensyen Saudara Kita Ketiga", Peringkat Negeri di Pusat Penerangan Islam di Kucing, Sarawak , baru-baru ini. Kami petik sedikit diantara ucapan yang datin telah ucapkan diperasmian tersebut, "Jadilah muslim yang baik , ambil Al-Quran dan baca kerana ia akan memandu kita. Kita perlu memahami isi kandungannya dan bukan setakat membaca sahaja. Sekarang Al-Quran diterjemahkan dalam pelbagai bahasa . Bacalah dalam bahasa yang anda rasa selesa agar anda memahaminya."

DatinSri,Selaku saudara baru, sayugia suka kami ingatkan terutama buat diri kami sendiri serta sesama insan untuk pesan memesan diantara satu sama lain kerana itulah tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada setiap individu muslim , tidak mengira samada kepada seorang rakyat biasa seterusnya kepada seorang perdana menteri hatta kepada seorang raja sekalipun. Lebih-lebih lagi untuk menyampaikan risalah tentang kebenaran Islam kepada saudara baru terutama kepada Datin Sri.

Seanterio dunia telah pun mengetahui bahawa Datin Sri Jeanne Abdullah merupakan isteri baru kepada PM Malaysia setelah kematian Datin Sri Hendon. Dan sudah semestinya Datin Sri juga memainkan peranan yang besar dalam menjalani kehidupan sebagai isteri seorang PM. Tidak dinafikan seorang Isteri merupakan tunggak kepada kejayaan seorang suami seperti yang sering dinyatakan bahawa 'Kejayaan seorang lelaki, pasti ada wanita dibelakangnya.'.
Meskipun adakalanya bila dilihat seorang lelaki itu terlalu GAH lagaknya, namun sebenarnya terdapat juga kelemahan pada diri mereka walaupun seorang lelaki selalu berbangga diatas kelebihan diri mereka..namun didalam Al-Quran sering menyebut bahawa tidak adanya beza lelaki dan perempuan melainkan TAQWA.
Begitulah sayangnya ALLAH kepada setiap hamba ciptaannya, tidak mengira lelaki atau perempuan..Oleh itu kami mengharapkan Datin Sri juga bijak untuk merebut peluang dan ruang untuk menyatakan kebenaran dihadapan suami Datin Sri selaku Perdana Menteri Malaysia sebelum Datin sri akan kerugian selama-lamaya. Peluang dan ruang apabila dihalang ,ditakuti akan terus hilang kerana peluang dalam kehidupan tidak akan berulang.

Lahir...hidup...mati .Seperti yang diceritakan didalam Al-Quran bagaimana isteri Firaun , Asiah yang dapat mempengaruhi Firaun untuk memelihara Nabi Musa yang dijumpai sedang dihanyutkan ,sedangkan ketika itu , Firaun telah memerintahkan untuk membunuh semua anak lelaki yang baru dilahirkan. Natijah dari peristiwa itu Nabi Musa terus dapat menyebarkan agama ALLAH dan Asiah isteri Firaun merupakan salah seorang dari ahli syurga meskipun suaminya , Firaun adalah seorang zalim dan pastinya ahli neraka..
Begitu juga Saidatina Khadijah telah menenangkan serta mententeramkan Rasulullah S.A.W ketika Rasulullah balik dalam keadaan berdebaran setelah menerima wahyu pertama diGua Hirak, Sehingga akhirnya syiar Islam terus berkembang keseluruh dunia sehingga kehari ini dan tidak terkecuali buat diri Datin Sri sendiri, Alhamdulillah.
Datin Sri,Islam bererti tunduk dan patuh kepada ALLAH tanpa sebarang kompromi .Menolak semua sistem, dan perintah -perintah yang bertentangan dengan petunjuk ALLAH.Tiada pilihan lain lagi selain hanya memilih untuk hidup berlandaskan syariat ALLAH. Mengucapkan dua kalimah syahadah , bermakna membenarkan diri hanya untuk benar-benar mentaati ALLAH dan mengikut sunnah Rasulullah. Allah berfirman " ..Barangsiapa yang memutuskan tidak menurut apa yang diturunkan ALLAH, maka mereka itulah orang-orang kafir" (Al-Maidah-44).
Manakala sifat-sifat yang dikatakan MUSLIM adalah , dia mesti kebal dari 3 penyakit ni: 1- Penyakit yang mengesampingkan hukum-hukum ALLAH dan memperturutkan dorongan hawa nafsu.2- Melebihkan kebiasaan keluarga dan cara-cara nenek moyang daripada hukum ALLAH3.mengikut cara-cara yang ditempuh manusia, baik oleh orang-orang besar bangsanya sendiri mahupun bangsa lain.Dari itu , pastikan kita dapat membebaskan diri dari segala perhambaan sesama manusia kepada perhambaan kepada ALLAH semata-mata.

Datin Sri, Berbalik dari ucapan yang Datin Sri sebut diatas maka suka kami ingatkan bahawa Datin Sri sendiri mesti membuka dan membaca lantas mengamalkan surah An Nur ayat 31 dan Surah Al-Ahzab ayat 59.. yang menyatakan tentang kewajiban menutup aurat bagi setiap wanita mukmin. Masakan Datin Sri meminta orang lain membuka dan mengamalkan Al-Quran sedangkan Datin Sri sendiri tidak mengamalkannya.
Datin Sri tidak boleh jadi seperti 'ketam yang mengajar anaknya berjalan betul sedangkan ibunya berjalan senget'..Itu merupakan satu kesalahan disisi Islam. Amatlah besar murka ALLAH kepada orang yang menyeru orang lain untuk membuat kebaikkan sedangkan diri hawa tenggelam mengikut hawa nafsu dorongan syaitan.Bukan kah itu juga merupakan satu kezaliman terhadap Al-Quran itu sendiri apabila kandungan didalam Al- Quran tidak diamalkan. Bukankah apabila kita tidak meletakkan satu benda ditempatnya yang betul, kita adalah zalim.
Ya! Kita sedang menzalimi diri kita sendiri kerana tidak mencernakan isi kandungan Al-Quran didalam kehidupan kita sendiri, kerana itu satu- satunya mukjizat yang tidak berubah walau satu huruf pun. Al Quran tetap terpelihara buat selama-lamanya. Mana mungkin berbuih mulut kita untuk menasihati orang lain untuk mengamalkan Al-Quran sedangkan kita sendiri abaikan.. Bukankah itu menipu namanya.Apakah Datin Sri juga ingin menjadi seorang penipu seperti yang sering dilakukan oleh PM? FIKIR2KANLAH!!!FIKIR2KANLAH!!!

Datin Sri,
Akta Keselamatan Dalam Negeri atau ISA masih lagi dikekalkan sehingga hari ini. Tahukah Datin Sri ,setiap hari jutaan rakyat sedang menyumpah Dinasti Badawi( pemerintahan keluarga ayahanda dan anakanda2nya). Maaf , itulah gelaran yang diberikan oleh rakyat kepada keluarga Datin Sri. ISA membenarkan sesiapa saja tiba-tiba secara mengejut ditangkap dari tepi jalan atau dari rumah mereka dan kemudian diumumkan sebagai seorang yang "mengancam keselamatan negara .
Mereka tidak tahu apakah kesalahan mereka kerana tiada tuduhan yang khusus dibuat oleh kerajaan. Mereka tidak dibenarkan atau hanya diberikan sedikit peluang mendapat khidmat peguam dan tidak dibicarakan didalam mahkamah terbuka. Apabila mereka dihantar ke Kem Tahanan kamunting, tiada hakim yang mengadili kes mereka. Mereka tidak dihukum untuk jangkamasa yang tertentu, oleh itu mereka tidak tahu bila- jika berlaku masa mereka dibebaskan.

Apabia peguam, ahli keluarga dan juga suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) tidak mudah dibenarkan berjumpa dengan tahanan, maka tahanan menanggung risiko dengan buruk atau diseksa. Mereka bukan saja diseksa secara fizikal malah mental atau kedua-duanya sekali.Penyeksaan dilakukan untuk memaksa tahanan membuat pengakuan. Pengakuan ini tidak sah kerana seseorang yang ditahan dan diseksa akan mengaku apa sahaja kepada pegawai penyiasat kerana mereka berada dalam keadaan trauma dan tertekan. Malangnya kebenaran "pengakuan" ini tidak akan dibawa kemahkamah, tetapi hanyadiumumkan oleh Ketua Polis Negara atau Menteri Dalam Negeri.

Datin sri, lihatlah betapa kezaliman ini terus bermaharajalela dibawah kuasa suami kepada Datin Sri yang menyeru rakyat membaca dan amalkan Al-Quran sebab sudah terbit dalam banyak bahasa. Apakah Datin Sri ingin terus bersubahat dengan segala kezaliman ini, yang terus menyiksa rakyat. Isteri-isteri serta anak-anak mereka terus merana kerana kehilangan sebuah kasih sayang yang terlalu amat besar makna bagi mereka. Wang tidak dapat membeli kasih sayang. Kasih sayang tidak ada milik gantinya.

Datin Sri tinggal dirumah diPutraJaya yang sewa bulanannya ribuan ringgit sehari dan menjadi jutaan ringgit setahun sedangkan keluarga dan anak-anak tahanan ISA terus menderita. Mampukah Datin Sri tidur diatas deraian tangisan air mata mereka. Kami tahu betapa deritanya Datin Sri ketika ini walaupun ditimbuni dengan harta yang melimpah ruah .Datin Sri boleh menipu kami dengan senyuman yang dipaksa tapi Datin Sri tidak boleh menipu diri Datin Sri sendiri. ALLAH berfirman: ".....Ingatlah hanya (bahawa) dengan mengingat ALLAH itu, tenteramlah segala hati" (Ar Rad:28). Oleh itu tidak ada jalan bagi manusia untuk menenangkan hati dengan hanya kembali kepada ajaran ALLAH iaitu melaksanakan tugas hakiki Al Amru bil ma'ruf wan nahyu anil mungkar.

Datin Sri,Akhir sekali, Boleh kah kita lupakan dengan agihan dana RM600 juta yang dibuat oleh suami Datin Sri kepada semua ketua bahagian Umno kononnya bertujuan untuk pembangunan. Bolehkah kita melupakan tiap tindakan kotor Khairy dan Kamaludin yang bergelumang dengan rasuah serta menyalahgunakan hubungan kekeluargaan untuk keuntungan peribadi? Rasuah yang diwarisi dari zaman CheDek walaupun CheDek cuba menafikan dengan mengatakan bahwa rasuah dizamannya sedikit dan dizaman suami Datin Sri banyak, lebih teruk.Betullah apa yang dikata orang..2x5=10...5x2=10. Tuduh menuduh, membuka pekung didada namun rakyat juga yang menderita....

Ada hadith yang menyatakan "Penerima dan pemberi rasuah akan ditempatkan dalam neraka" Riwayat At Tirmizi. Bukalah surah Al-Baqarah:188)..Rasuah tetap haram disepanjang zaman, tetap haram disetiap pemerintahan, tetap haram diseanterio dunia. Tidak adalah ISTILAH sikit atau banyak. RASUAH TETAP HARAM walaupun sesen cuma..Kalau hendak dicatitkan disini terlalu banyak penyelewengan yang melibatkan rasuah... Penguasaan terhadap Avenue Capital Bhd..Kontrovesi tentang pengabungan ECM Libra Capital Bhd dan macam2 lagi..Rasuah sudah terlalu berleluasa , sudah dianggap perkara biasa. Oleh itu, kami tak mahu balanya ..lalu apa yang penting kami mahu pemerintahan Malaysia ditukar segera.

Datin Sri, Kami tahu, Datin Sri telah menerima ribuan dan mungkin jutaan warkah dari rakyat yang marhein seperti kami, namun itu tidak penting bagi kami kerana kami tetap akan berusaha untuk mencegah kemungkaran kerana Islam kami Islam yang syumul(menyeluruh) bukannya Islam Hadhari, yang hanya sekadar menyeru yang ma'ruf tanpa mencegah kemungkaran. Inilah warkah yang akan buktikan dihadapan ALLAH nanti, bahawa ini adalah usaha yang terlalu kecil untuk kami dalam lakukan dalam sama-sama menegakkan kebenaran serta keadilan yang telah sekian lama diperkosa oleh pemerintahan BN.

Diharapkan Datin Sri dapat menasihati suami Datin Sri. Jangankah Datin Sri sanggup bersekongkol dengan mereka yang melakukan kezaliman. Janganlah kerana harta dan pangkat menyebabkan Datin Sri turut tergoda dengan dunia ini yang hanya diibaratkan seperti Jari yang dicelup didalam lautan, maka air melekat dijari itu nikmat dunia sedangkan lautan yang luas itu nikmat akhirat.Semuga Datin Sri dapat fikir-fkikrkan sebelum segalanya terlambat. Penyesalan diakhirat sudah tiada membawa apa-apa erti.


Sekian

Yang ikhlas
Dewan Muslimat PAS Kaw Buk Katil

PARTI POLITIK HARUS PILIH CALON YANG DISENANGI AKAR UMBI ~ Ref Malaysiakini

Kalangan pemerhati politik di seluruh negara mengharapkan PAS dan BN memilih calon-calon yang disenangi dan disukai oleh pengundi akar umbi agar apabila menang nanti mereka senang dihubungi dan mesra rakyat.
Pemerhati politik dari Melaka, Muhaini Azman, 38 berkata faktor calon sangat penting dalam sesebuah pilihanraya. Untuk memilih calon sesebuah parti politik harus mengambil kira pandangan pengundi akar umbi bukan sahaja pandangan pemimpin parti tersebut.
"Bagi saya sesebuah parti yang memilih calon yang disukai oleh pengundi akar umbi, maka parti itu mungkin menang, lebih-lebih di Kuala Terengganu rakyatnya 'educated' dan terbuka"
"BN sebenarnya sudah tersilap pilih calon dengan memilih Wan Farid kerana beliau bukanlah calon yang disenangi oleh rakyat" ujar Muhaini.
Menurutnya, PAS sepatutnya tidak menuruti apa yang dilakukan oleh BN dengan memilih calon yang tidak popular di kalangan pengundi.
Beliau berkata, walaupun Wan Farid mendapat sokongan majoriti Ketua Umno Cawangan-cawangan tetapi sebenarnya akar umbi tidak menyukai beliau.
Oleh sebab itu katanya, PAS berpeluang untuk mengambil kesempatan ini dengan menampilkan calon yang disukai ramai bukannya calon yang tidak popular.
Ditanya siapa calon yang sesuai beliau menjawab bahawa dirinya bukan pemimpin PAS, cuma pemimpin PAS dan ahli-ahli PAS Kuala Terengganu sahaja yang tahu siapa calon yang popular di kalangan mereka.
Walaubagaimanapun beliau ada terbaca di dalam media cetak dan elektronik yang menyatakan bahawa ADUN Batu Burok, YB Dr Syed Azman adalah calon paling popular di kalangan pengundi akar umbi berdasarkan 'survey Merdeka Centre, CERI dan Ilham Centre.
Selain itu menurutnya ramai dikalangan penduduk setempat Kuala Terengganu juga amat menyenangi Syed Azman berdasarkan survey rambang sahabat-sahabat beliau disana.

SELAMAT DATANG ABU ZAHAR, ANDA MEMILIH PERJUANGAN HAKIKI ~ Ref Malaysiakini

Saya mengucapkan Ahlan Wasahlan kepada Kapten (B) Abu Zahar Hashim, bekas Ketua Umno Bahagian Petaling Jaya Selatan yang secara rasmi menyertai PAS hari ini.
Kemasukan beliau memang sepatutnya diikuti oleh semua orang Umno lain kerana Umno memang tidak boleh diharap untuk membela Islam dari dulu, kini dan mungkin selama-lamanya.
Ayuh wahai sekelian orang Umno termasuk Pak Lah dan Najib mari sama-sama berganding bahu untuk memimpin Malaysia dengan cara Islam supaya seluruh rakyat tidak kira orang Islam dan bukan Islam selamat dari kezaliman, ketidakadilan, penindasan, rasuah, kekejaman, kronisme dan seribu satu macam sifat buruk manusia.
Hanya dengan undang-undang dan sistem ciptaan Allah manusia akan selamat tidak kira apa bangsa, agama dan ideologi.
Lihat sekarang sistem ekonomi dunia runtuh, akhlaq manusia punah, kezaliman menjadi-jadi, jenayah semakin membarah, semua ini adalah gara-gara kerakusan dan kebiadapan manusia yang tidak mahu tunduk dan patuh kepada Allah dan undang-undangNya.
Orang bukan Islam tidak perlu takut dan bimbang, mereka akan selamat dan dijamin hak mereka di bawah sistem politik Islam sebagaimana yang dibuktikan oleh Nabi Muhammad yang memerintah Madinah, 3 golongan Yahudi di Madinan boleh hidup aman, berniaga dan menjalankan kehidupan seharian dengan aman dan sejahtera.

Hanya Umno sahaja yang takut kepada Islam dan undang-undang Islam sebenarnya.

PANTANG LAWAN SAMY VELLU, SIAPA LAWAN 'PENDEK UMUR' ~ Ref Malaysiakini

Presiden 'seumur hidup' MIC pantang dicabar. Sesiapa yang mencabarnya sudah tentu umur politik mereka tidak akan kekal lama. Itulah yang terjadi kepada Mendiang Pandithan dan S.Subramaniam apabila dicantas dan ditekan hingga nyawa politik mereka dalam MIC lenyap.
Kini tiba pula giliran Muthupalaniappan yang akan dicantas dan dibunuh karier politik mereka. Baru sahaja ''mamat' itu berkira untuk menentang Samy Vellu sudah ada cadangan untuk beliau diambil tindakan disiplin oleh MIC. Itulah kehebatan Samy Vellu.
Laporan Bernama menyebut bahawa Jawatankuasa Kerja Pusat MIC sedang menimbangkan tindakan disiplin terhadap Muthupalaniappan yang berhasrat bertanding jawatan Presiden parti tahun depan atas dakwaan mengeluarkan kenyataan yang bertentangan dengan kepentingan parti politik terbesar kaum India di negara ini.

Muthupalaniappan mengumumkan hasrat bertanding jawatan itu sebulan lalu dan sejak itu telah mengeluarkan beberapa kenyataan berkaitan parti.

Bekas Pengerusi MIC Negeri Sembilan dan Exco itu berkata, beliau hanya menawarkan hasrat untuk bertanding dan memberikan kepimpinan yang lebih baik kepada ahli, parti dan masyarakat India.

HASRAT MURNI KERAJAAN PERAK TERHALANG? ~ Ref Malaysiakini

Hasrat murni kerajaan Perak untuk memberikan hak milik tanah kekal kepada penduduk kampung baru dan kampung tersusun mungkin tidak kesampaian. Dari kata-kata bakal Perdana Menteri tergambar bahawa kerajaan pusat seolah-olah tidak merestuinya.
Jika benar kerajaan pusat menghalang usaha murni ini, maka sahlah kerajaan pusat memang terus menerus tidak berusaha untuk membantu rakyat.
Utusan Meloya hari ini menyiarkan kenyataan bakal Perdana Menteri itu.
Dalam laporan itu Najib dipetik sebagai berkata bahawa cadangan Kerajaan Perak untuk memberikan status hak milik tanah pegangan kekal kepada penduduk di kampung baru dan kampung tersusun di negeri itu tidak boleh dilaksanakan sehingga ia diputuskan oleh Majlis Tanah Negara (MTN).

Beliau berkata, kerajaan negeri tidak boleh melaksanakan cadangan tersebut secara bersendirian sebaliknya perlu melalui keputusan yang diambil oleh MTN.

23 December 2008

PRK KUALA TERENGGANU : PILIHLAH CALON YANG DITERIMA PENGUNDI ~ Ref Malaysiakini

PAS masih belum mengumumkan nama calonnya untuk PRK Kuala Terengganu. Namun desas-desus bertiup kencang bahawa antara calon-calon yang dipertimbangkan ialah Dato' Hj Mustafa Ali, Dato' Hj Wan Abdul Mutalib Embong dan Dr Khazani Mohamad.

Ada pihak yang mendakwa, nama Haji Mohamad Sabu dan Dr Syed Azman tidak termasuk dalam senarai calon-calon 'favourite' PAS Terengganu. Mengapa? Saya pun tidak tahu.

Pada pandangan peribadi saya, PAS perlu mencari calon yang diterima pengundi yang terdiri dari pegawai kerajaan, guru-guru, orang kampung, masyarakat Cina dan lain-lain.

Kita bukan mencari calon yang disenangi oleh pemimpin PAS sahaja tetapi yang lebih penting calon tersebut mesti disukai dan disenangi oleh pengundi yang merupakan ahli dan penyokong Umno, MCA, MIC, Gerakan, DAP, PKR dan PAS serta juga pengundi atas pagar.

Apa guna kita memilih calon yang diterima oleh pemimpin PAS tetapi kurang disukai oleh rakyat dan pengundi. Apa yang penting calon yang dipilih mesti berkarisma, berkelulusan, berpengalaman, lulus tapisan AJK PAS Pusat, Lajnah Politik dan yang terakhir mendapat 'endorsement' dari Majlis Syura. Sebelum itu PAS kena mengkaji dan menyelidiki samada calon itu disenangi oleh pengundi atau tidak sebelum diangkat untuk dipertimbangkan oleh pimpinan pusat.

Terdapat banyak cara untuk kita mengkaji samada seseorang calon itu disukai dan disenangi oleh akar umbi. Antaranya referendum yang dibuat dikalangan cawangan-cawangan PAS, ahli PAS, penyokong PAS, ahli dan penyokong BN serta pengundi atas pagar.

Selain itu kita boleh juga menilai dan mengkaji keputusan kajiselidik bebas oleh Firma-firma bebas yang menjalankan kajian tentang calon antaranya Centre of Election Reform (CERI) pimpinan Haji Wan Abdul Rahman Wan Abdul Latif; Merdeka Centre dan sebuah firma baru iaitu Ilham Centre serta lain-lain badan penyelidik bebas.

Pihak Umno juga sudah pasti mengkaji kajiselidik firma-firma bebas ataupun laporan 'Siput Babi' (SB) yang dibayar oleh duit rakyat tetapi seolah-olah berkhidmat untuk Umno/BN. Berdasarkan laporan itu mereka memilih calon mereka dan mengkaji strategi berkempen untuk menumpaskan PAS.

Saya tidak mahu menamakan calon yang saya rasa sesuai untuk diketengahkan. Cuma pada pandangan saya, PAS mestilah mencari ciri-ciri seperti dibawah :-

i) Calon yang tidak memberi peluang kepada BN/Umno membuat serangan dalam perkara remeh-temeh.

ii) Calon professional dan berjiwa rakyat.

iii)Calon yang disukai oleh rakyat dari semua golongan bukan hanya disukai oleh pemimpin PAS sahaja

iv)Calon yang boleh berhujah dengan baik di Parlimen

v) Calon yang boleh berkhidmat dengan baik kepada rakyat

vi)Calon yang mempunyai stamina dari segi politik dalaman dan luaran

vii)Calon yang mampu membawa perubahan sesuai dengan hasrat PAS untuk membuat perubahan dan reformasi di peringkat negeri dan pusat

ix) Paling penting calon yang bertaqwa dan istiqamah

x) Calon yang tahan uji dan bersemangat tinggi

Banyak lagi ciri-cirinya .................

Gambar : Calon BN Wan Farid.

SESIAPA SUKA BERKARAOKE KAWANLAH DENGAN WAN FARID ~ Ref Malaysiakini

Melihat kepada gambar ini saya meneka bahawa suara bakal calon BN, Wan Farid mesti merdu. Kalau tidak semerdu suara P.Ramlee atau S.Jibeng mungkin suaranya lebih kurang sedapnya dengan suara Mat Over.

Dengar ceritanya Wan Farid suka berkaraoke. Baguslah tu, untuk mengasah bakat dan mengekalkan kemerduan suara. Anak muda kaki karaoke mungkin suka berkaraoke semacam Wan Farid. Tetapi belum tentu mereka akan mengundi Wan Farid 17 Januari ini.

Anak-anak muda Kuala Terengganu mungkin ramai yang tidak mengenali Wan Farid walaupun mereka mempunyai hobi yang sama. Orang tua dan lama pula mungkin ramai juga yang suka berkaraoke dengan lagu-lagu 60-an dan 70-an atau lagu-lagu dondang sayang. Tetapi mereka juga belum pasti akan mengundi Wan Farid.

Saya tidak pasti lagu apa yang Wan Farid suka nyanyikan ketika berkaraoke. Lagu Inggeris, lagu dangdut, pop atau rock. Atau mungkin juga lagu nasyid dendangan Hijaz, 4U2C, Brothers, Akil Hayy atau lain-lain.

Wan Farid mungkin akan menganjurkan banyak pertandingan karaoke semasa kempen nanti. Jadi bolehlah penduduk dan pengundi Kuala Terengganu berkaraoke 24 jam.

Syabas Wan Farid .....suaramu mungkin amat digemari oleh rakyat Kuala Terengganu????

PAS BAKAL NAMAKAN CALON DILUAR DUGAAN ?~ Ref Malaysiakini

PAS akan hanya menamakan calonnya pada 1 Januari ini. Tidak sebagaimana biasa PAS selalu menamakan calonnya lebih awal. Sebaliknya kali ini BN yang mempromosikan calonnya lebih awal dari PAS.

Walaubagaimanapun Presiden PAS telah menyatakan 'clue' siapa calon PAS iaitu seorang yang Professional dan berjiwa rakyat.

Kriteria itu memang tepat kerana pengundi Kuala Terengganu yang educated dan terbuka sudah tentu menantikan calon yang bersifat sedemikian yang mampu membawa suara mereka di parlimen.

Maka saya menyokong penuh keputusan pihak AJK PAS Pusat yang meletakkan syarat bahawa calon PAS sebaik-baiknya seorang yang professional dan berjiwa rakyat.

Cuma sekarang siapa orang itu?

Survey yang dijalankan oleh beberapa pihak menunjukkan bahawa ADUN Batu Burok YB Dr Syed Azman menduduki ranking tertinggi. Survey Merdeka Centre sebuah Firma Kajiselidik bebas menunjukkan bahawa 82 % responden memilih Dr Syed Azman sebagai calon terbaik PAS. Begitu juga dengan survey yang dibuat oleh Ilham Centre di mana Dr Syed Azman juga menduduki ranking teratas di kalangan bakal-bakal calon lain.

Maka tidak syak lagi bahawa akar umbi mahukan Dr Syed AZman dicalonkan kali ini bagi memberikan saingan sengit kepada BN/Umno.

ISU HUDUD : NAJIB DICABAR PINDA PERLEMBAGAAN ~ Ref Malaysiakini

Bukit Katil : Timbalan Pesuruhjaya 2 PAS Negeri Melaka, Haji Bakrin Sidek mencabar kerajaan pusat supaya meminda perlembangaan negara bagi membolehkan kerajaan negeri Kelantan mengamalkan undang-undang tersebut di Kelantan.

"Najib tidak perlu mencabar kerajaan negeri Kelantan untuk melaksanakan hudud sedangkan dia sendiri faham bahawa sebarang enakmen negeri yang bercanggah dengan perlembagaan negara akan terbatal dengan sendirinya."

"Kerajaan negeri Kelantan sudah lama menunggu 'green light' dari kerajaan pusat malah enakmen hudud Kelantan sudah lama diluluskan oleh DUN Kelantan, malangnya kerajaan pusat tetap berdegil tidak mahu meminda perlembagaan negara" kata Bakrin.
Beliau berkata demikian ketika diminta untuk mengulas cabaran Najib supaya kerajaan Kelantan melaksanakan hukum Hudud di Kelantan seperti yang disiarkan oleh media cetak hari ini.

Bakrin seterusnya mencabar Najib supaya meminda perlembagaan negara bagi membolehkan kerajaan negeri Kelantan dan negeri lain melaksanakan hukum hudud.

"Tidak perlulah Najib berdolak dalik dan mengungkit isu lama sedangkan rakyat sudah faham dan masak dengan kerenah BN dan Umno yang sememangnya tidak yakin dan tidak percaya dengan hukum Allah"

"Sebab itulah setelah lebih 50 tahun BN memerintah mereka terus meminggirkan hukum Allah seperti hudud, qisas dan takzir. Sebaliknya mereka mengagungkan hukum ciptaan manusia yang diceduk dari undang-undang British yang tidak ada kena mengena dengan Islam."

"Namun setiap kali PAS membangkitkan isu hukum hudud, pemimpin Umno mencabar PAS supaya menjalankan hukum tersebut di Kelantan, sedangkan rakyat faham kerajaan negeri amat terbatas kuasanya, semua enakmen dan undang-undang yang bercanggah dengan perlembagaan negara akan terbatal dengan secara automatik" tegas Bakrin yang juga Yang Dipertua PAS Kawasan Bukit Katil.

ITU POLITIK PUNYA HAL, KITA TAK MASUK CAMPUR - PENTERNAK BABI ~ Ref Malaysiakini

Bila ditanya tentang isu kepala babi sangkut, seorang penternak, Lim Oh Pah secara tegas menyatakan isu ini dilakukan oleh puak atau kumpulan yang sengaja ingin memburuk-burukkan imej penternak.
Di samping itu beliau juga mendakwa bahawa puak-puak tertentu cuba melaga-lagakan mereka dengan orang Melayu.
Beliau mengharapkan pihak Polis dapat menyiasat dan menyelesaikan isu ini dengan segera dan telus.
Sementara itu Persatuan Penternak Babi Paya Mengkuang juga menafikan persatuan tersebut terbabit dengan insiden menggantung kepala babi hutan berdekatan kain rentang Pewaris minggu lalu.
Sebuah media hari ini menyiarkan kenyataan Pengerusi Persatuan Penternak Babi Paya Mengkuang, Na Tian Lam, 55, yang menafikan penggantungan kepala babi hutan minggu lepas ada kaitan dengan pengusaha- pengusaha babi di Paya Mengkuang, Masjid Tanah yang memelihara babi ternak.

Na seperti Lim Oh Pah percaya bahawa insiden penggantungan kepala babi hutan itu dirancang dan bermotifkan politik oleh pihak-pihak tertentu.

"Itu politik punya hal, kita tak mahu masuk campur. Kita pelihara dan keluarkan babi, bukan untuk kacau orang. "Kita cari makan, tak mahu kacau orang," kata Na ketika hubungi media tersebut hari ini.
Sehingga ke hari ini isu babi sangkut ini masih menjadi tandatanya walaupun Polis telah menangkap beberapa suspek sebelum ini namun ianya masih belum selesai.
Pihak-pihak tertentu sedang menangguh di air keruh dengan mengapi-apikan semangat perkauman Melayu untuk mengaut keuntungan politik.

LAPANGAN TERBANG BATU BERENDAM : SIASAT MENGAPA PERUNTUKAN ASAL RM131 TIDAK CUKUP ~ Ref Malaysiakini

Setiausaha Dewan Muslimat Negeri Melaka, Hajah Kintan Man(gambar) menggesa BPR menyiasat mengapa peruntukan asal sebanyak RM131 juta untuk memperbesarkan Lapangan Terbang Batu Berendam (LTBB) masih belum mencukupi.

"Kita hairan bagaimana pihak terbabit tidak sedar bahawa kapalterbang besar memerlukan landasan yang panjangnya 2,135 meter, mengapa mereka bina landasan sepanjang 1,800 meter sahaja".

"Saya sangsi dengan keadaan ini mungkin peruntukan RM131 juta itu sudah cukup untuk membina landasan sepanjang 2,135 meter tetapi disebabkan kos yang meningkat hanya landasan sepanjang 1,800 meter sahaja yang boleh dibina".

"Persoalannya mengapa ini berlaku, saya yakin semua pihak sudah tahu bahawa landasan mesti dibina sepanjang 2,135 meter dan peruntukan sebanyak RM131 mungkin sudah tentu cukup, ini yang menghairankan saya".

"Oleh itu saya mengharapkan BPR menyiasat perkara ini dan jika ada unsur-unsur penyelewengan dan rasuah silap hadapkan mereka yang terlibat ke mahkamah" tegas Kinta.

Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Ali Rustam sebelum ini menyatakan bahawa LTBB akan mula beroperasi hujung bulan ini dan boleh menampung pendaratan kapalterbang jenis Airbus A320 itu. Tetapi malangnya hasrat beliau tidak kesampaian.

Berkenaan isu ini, Kintan berharap Ketua Menteri supaya lebih cermat mengeluarkan kenyataan pada masa depan.

"Beliau mesti bercakap dengan fakta yang betul, pastikan betul-betul adakah LTBB benar-benar sesuai untuk pendaratan Airbus A320 kalau tidak jangan ikut cakap sedap mulut sahaja, nanti ditertawakan orang" jelas Kintan.

KAMI DIANAK TIRIKAN : BEKAS PEKERJA JABATAN TELEKOM ~ Ref Malaysiakini

Bekas pekerja Jabatan Telekom Malaysia mendakwa dianaktirikan akibat dari dasar pengswastaan kerajaan BN yang tidak mengambil berat terhadap kebajikan mereka.

Jabatan Telekom Malaysia telah diswastakan menjadi Syarikat Telekom Malaysia Berhad (STMB) tahun 1987.

Timbalan Presiden Persatuan Bekas Pekerja Jabatan Telekom Malaysia Cawangan Melaka, Hj Yassim Musa (gambar), 57 berkata ahli-ahli persatuannya tidak mendapat nikmat sebagaimana pesara kerajaan yang lain, sedangkan mereka juga pernah berkhidmat kepada kerajaan sebagai kakitangan awam.

"Apa salah kami sehingga kami tidak mendapat insentif dan pencen sebagaimana pesara kerajaan yang lain, sedangkan kami juga pernah berkhidmat sebagai kakitangan awam, kami menjadi mangsa dasar pengswastaan kerajaan "

"Cuma mungkin perkhidmatan kami tidak lama kerana kami diserapkan menjadi kakitangan Telekom Malaysia selepas Jabatan Telekom diswastakan". katanya.

Menurut Haji Yassim, rata-rata bekas pekerja Jabatan Telekom Malaysia hanya mendapat pencen di antara RM50-RM650 sebulan berbeza dengan pesara kerajaan lain yang menikmati pencen minima iaitu berjumlah RM720.

Beliau mencadangkan kepada pihak berkenaan supaya meneliti dan mengkaji masalah mereka kerana terbukti mereka juga adalah bekas kakitangan kerajaan yang sepatutnya mendapat hak yang sama sebagaimana pesara kerajaan yang lain.

"Pencen RM60-RM700 yang kami dapat ini adalah dibawah paras garis kemiskinan, macamana kami nak makan dan meneruskan kehidupan dengan pencen sebanyak itu".

"Saya merayu agar pihak berkenaan mempertimbangkan permintaan kami supaya kami juga diberi kadar pencen minima dan kemudahan sebagaimana pesara kerajaan yang lain" tambah Haji Yassim.

Isu hudud kukuhkan PAS hadapi 17 Januari ~ Ref Malaysiakini

Isu hudud tercetus lagi. Media perkakas Barisan Nasional dengan segera cuba mengambil kesempatan dari kenyataan Dato' Husam Musa di majlis forum di Kota Bharu 21 Disember lalu.
Banyak pihak temasuk dari kalangan penyokong PAS kelihatan panik. Ramai beranggapan isu ini akan memalapkan PAS dalam menghadapi pilihanraya kecil Kuala Terengganu bulan depan.

Saya berpendapat kemunculan isu ini merupakan bonus besar kepada PAS. Kini PAS menjadi fokus. Sekali lagi semua mata tertumpu untuk mengenali parti ini dari dekat. Ada yang datang dengan wajah garang dan mata yang berapi untuk marahkan parti itu. Tidak kurang berduyun-duyun akan menampilkan pembelaan.

Benarkah PAS tiba-tiba jadi parti jahat, tidak toleran dan harus dijauhi oleh orang lain semata-mata janji untuk laksanakan hudud jika ditakdirkan berkuasa mentadbir negara ini.
PAS diasaskan oleh mereka yang mahukan kebaikan dan sentiasa berusaha menolak segala bentuk kejahatan dan penyelewengan. Realiti semasa menunjukkan para pendokong PAS dari ahli biasa hingga pimpinan tertingginya adalah daripada orang yang baik-baik. Mereka taati perintah Allah sekadar termampu dan sentiasa berjuang menolak kejahatan dan kemungkaran.
Dengan tercetus isu seperti ini sekali lagi sesiapa saja boleh menghampiri orang-orang PAS. Dengan perkenalan rapat mereka tentu akan bertemu untuk memahami perbezaan PAS dengan penentangnya. Sesiapa pun yang tidak keliru tentu akan lebih yakin dengan PAS yang berjuang untuk kebaikan sejagat berbanding para penentangnya yang bergelumang segala macam durjana dan penyelewengan.

Hudud merupakan salah satu arahan tetap agama Islam seperti sembahyang, puasa, zakat, haji dan lain-lain. Ia bukan ideologi atau manifesto PAS tetapi kewajipan setiap muslim bila mereka berkuasa untuk melaksankannya. Malangnya ada pihak yang cuba mengelirukan keadaan dengan sangkaan mereka dapat beroleh keuntungan politik dengan melabel hudud adalah agenda PAS. Sebagai muslim yang taat PAS tidak akan ragu untuk terus berbuat segala yang telah diperintah.

Yakinlah bahawa mereka yang cuba mempermainkan-mainkan perintah Allah akan menghadapi akibat yang buruk. PAS harus bersyukur dengan kemunculan isu ini menjelang pilihanraya di Terengganu kerana dengan perbicangan meluas akan jelaslah kepada pengundi siapa yang berusaha membela mereka dengan kebaikan dan siapa pula yang sebenarnya mempermain-mainkan agama untuk kepentingan politik sempit.

BENARKAH KERAJAAN BN HORMATI ULAMA'? ~ Ref Malaysiakini

Semalam dalam Majlis Perjumpaan antara Ulama (Pengampu??) dan Umara, Timbalan Perdana Menteri Najib Razak berkata, asas kepada perbincangan antara ulama dan umara harus bermula dari perasaan saling hormat menghormati terhadap peranan masing-masing.

Katanya, sementara sebarang ketetapan atau keputusan hasil daripada dialog berkenaan harus mampu dibawa ke tengah dan menjadi pedoman serta rujukan dalam menyelesaikan masalah semasa.

Beliau juga menambah bahawa Ulama dan umara perlu sentiasa bekerjasama demi kepentingan umat, sebab itu kita cadangkan agar diwujudkan sekretariat khas ini untuk mendekatkan kedua-dua golongan ini.

Saya ingin bertanya kepada umat Islam di Malaysia, benarkan kerajaan BN menghormati pandangan dan fatwa ulama'.

Cuba tuan-puan jawab soalan saya dibawah dengan ikhlas dan bertanggungjawab :-

1) Majlis Fatwa menghukumkan bahawa haram mengalungkan bunga dan bertafakur di Tugu Negara. Apa hukum Pak Lah mengalungkan bunga dan bertafakur di Tugu Negara?

2) Mufti Perak mengharamkan Jom Heboh kerajaan membiarkan sahaja program itu berterusan malah digalakkan pula?

3) Mufti Perak mendakwa ratusan ribu umat Islam murtad namun kerajaan BN memandang sinis dakwaan beliau tanpa apa-apa tindakan.

4) Mufti Selangor menfatwakan ASB haram, namun kerajaan tidak menghiraukan fatwa tersebut

....dan banyak lagi contoh di mana Kerajaan BN langsung tidak menghormati ulama dan fatwa.

NAJIB PULA BERLAGAK ALIM ~ Ref Malaysiakini

Setiap kali tiba musim pilihanraya maka sudah pasti ramai para pelakon hebat akan muncul.

Ada yang jarang ke masjid sudah pandai berjemaah ke masjid.

Ada yang jarang masuk kampung sudah berani bermain selut dan debu.

Ada yang jarang ziarah kubur sudah mula insaf dan rajin berdoa di kubur.

Ada yang jarang ziarah orang sakit rajin melawat orang sakit.

Ada yang kedekut sudah jadi pemurah.

Ada yang sombong sudah mula jadi baik dan lemah lembut.

Ada yang jarang jenguk dan balik kampung terus bermastautin di kampung

Ada yang tidak pernah pakai tudung sudah pandai sangkut tudung di bahu.

Ada yang jarang baca Al Quran sudah rajin baca Al Quran

Ada yang tidak pernah mengecat rumah sudah pandai memegang berus cat

Ada yang jahil sudah pandai tunjuk ALIM dan WARAK.

Kita akan melihat ramai pelakon-pelakon hebat dari 'Hollywood' dan 'Bollywood' akan berkampung di Kuala Terengganu. Ada yang berulang-alik dari Kuala Lumpur ke Kuala Terengganu dengan kapal terbang sehari dua tiga kali (duit siapa bayar tambang saya tidak pasti), kadang-kadang mungkin menggunakan kapalterbang kerajaan dengan dibiayai oleh duit rakyat (saya tidak redha satu sen pun duit saya digunakan).

Semalam Timbalan Perdana Menteri, Najib Razak bukan main hebat lagi bercakap soal agama dalam Majlis Perjumpaan dan Dialog Bersama Ulama dan Umara di Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.

Turut hadir pada majlis yang dihadiri kira-kira 1,000 tetamu termasuk mufti dan tokoh agama itu ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi dan Penasihat Agama Kepada Perdana Menteri, Abdul Hamid Othman.

UTUSAN MELOYA CARI SIMPATI : WAN FARID YATIM PIATU? ~ Ref Malaysiakini

Utusan Meloya, akhbar pengampu no 1 Umno/BN mula memainkan peranannya sebagai parti komponen BN. Hari ini Utusan Meloya cuba menarik simpati pembacanya me'highlight'kan bahawa calon BN Wan Ahmad Farid Wan Salleh adalah YATIM PIATU.

Setahu saya seseorang yang digelar YATIM PIATU adalah kanak-kanak atau remaja yang berumur 18 tahun ke bawah. Tapi kalau yang sudah tua bangka kita tidak menggelarkan beliau YATIM PIATU.

Saya mengharapkan Utusan Meloya supaya kalau ingin membodek pun janganlah sampai ditertawakan oleh rakyat dan kanak-kanak.

Dalam laporan Utusan Meloya hari ini Wan Farid dijulang dan dipromosi dengan begitu hebat. Arwah ayahnya seorang yang hebat, bekas Pegawai Daerah dan Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Negeri Terengganu, Arwah ibunya seorang Ustazah di banyak daerah di Terengganu.

Saya yakin bila calon PAS diumumkan nanti, beliau tidak akan mendapat layanan istimewa sebagaimana yang Wan Farid dapat dari Utusan Meloya. Malah acapkali dari pengalaman lepas segala kebaikan dan keistimewaan calon PAS disembunyikan. Perkara-perkara negatif (jika ada) pula digembar-gemburkan.

Inilah kedurjanaan Utusan Meloya, Ketua Pengarang, Editor dan lain-lain yang saya yakin jika mereka tidak memohon maaf mereka akan mendapat pembalasan setimpal dari Allah samada di dunia atau di Akhirat nanti.

KERAJAAN PR PERLU BERSEDIA HADAPI PEMBUANGAN PEKERJA ~ Ref Malaysiakini

Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat (PR) perlu mempersiapkan diri untuk menghadapi masalah pemberhentian pekerja tahun depan. Saya menjangkakan negeri-negeri seperti Pulau Pinang, Selangor dan Perak akan menghadapi masalah itu dengan ketara kerana di sana terdapat begitu banyak kilang industri perkilangan.
Fenomena ini juga pernah saya lalui pada tahun 1997 di mana ketika itu ramai kawan-kawan dipaksa rela mengambil Skim Pemberhentian Secara Sukarela (VSS) oleh majikan mereka.
Trend pemberhentian pekerja diramal serius tahun depan dengan seramai 4,749 pekerja akan diberhentikan oleh 102 majikan dalam tempoh tiga bulan pertama setelah mengambil kira kelembapan ekonomi dunia.

Jumlah pemberhentian pekerja itu adalah angka rasmi yang dilaporkan oleh majikan, kebanyakannya dalam industri elektronik kepada Jabatan Tenaga Kerja (JTK) setakat ini.

Sementara Persekutuan Majikan-majikan Malaysia (MEF) pula menganggarkan 200,000 hingga 400,000 pekerja akan hilang pekerjaan tahun depan ekoran keadaan ekonomi yang diramal pada suku tahun pertama dan kedua 2009.
Oleh itu kerajaan PR mesti menyediakan perancangan rapi bagi mengatasi masalah pengangguran pekerja yang dibuang kerja dan kerja para siswazah dan lepasan sekolah yang juga tidak mendapat pekerjaaan.
Saya mencadangkan beberapa langkah dijalankan oleh kerajaan PR, antaranya :-
1) Menyediakan skim bantuan atau pinjaman untuk mereka yang terlibat bagi memulakan perniagaan samada besar atau kecil
2) Skim Khidmat Latihan kemahiran untuk bidang-bidang yang membolehkan mereka membuka perniagaan seperti workshop, kedai dobi, firma latihan dan perunding, kelas tuisyen dan sebagainya.
3) Skim kemahiran yang membolehkan mereka mempunyai kemahiran dalam pelbagai bidang untuk memungkinkan mereka diterima bekerja di bidang lain seperti pelancongan, perhotelan dan sebagainya.
Selain itu kerajaan PR mesti memastikan semua pekerja ini tidak ditindas dan dianaktirikan dengan dibuang kerja tanpa apa-apa pampasan atau insentif.
Isu ini amat penting untuk ditangani bagi memastikan rakyat yang susah dan mungkin teraniaya akibat dibuang kerja dibela oleh kerajaan PR.

22 December 2008

AIRBUS TAK BOLEH TURUN DI LTBB : KASIHAN KEPADA ALI RUSTAM ~ Ref Malaysiakini

Saya simpati dengan Ketua Menteri Melaka. Datuk Seri Mohd Ali Rustam kerana hasratnya untuk melihat kapalterbang Airbus A320 milik AirAsia mendarat di Lapangan Terbang Batu Berendam (LTBB) tidak kesampaian kerana LTBB tidak memenuhi spesifikasi yang ditetapkan bagi membolehkan pesawat tersebut mendarat.

Ketika mula-mula kerja pembesaran LTBB, Mohd Ali dengan bangga dan senyum lebar memaklumkan bahawa LTBB mampu menampung pendaratan pesawat Airbus A320. Saya pun tidak tahu siapa penasihat Mohd Ali sehingga Mohd Ali berani mengeluarkan kenyataan sedemikian.

Malangnya kini Mohd Ali dan kerajaan Melaka sendiri berasa malu kerana LTBB sebenarnya tidak memenuhi spesifikasi yang ditetapkan bagi membolehkan pesawat tersebut mendarat di LTBB.

Media semalam melaporkan bahawa kerajaan Melaka kini terpaksa mengemis duit dari kerajaan pusat sekali lagi untuk membesarkan LTBB. Kalau tidak silap saya kos tambahan tersebut mencecah RM60 juta (kalau salah nanti saya betulkan).

Mohd Ali seolah-olah merayu Kementerian Pengangkutan untuk menghulurkan bantuan kepada kerajaan negeri bagi merealisasikan hasrat pembesaran LTBB ini.

Saya ingin berpesan kepada Mohd Ali supaya berhati-hati mengeluarkan kenyataan pada masa hadapan supaya nanti beliau tidak ditertawakan oleh rakyat dan perwakilan Umno yang akan mengundi dalam pemilihan Umno Mac 2009 nanti.

HUKUM HUDUD DITOLAK KERANA TIDAK FAHAM ~ Ref Malaysiakini

Saya sangat tertarik dengan ulasan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat tentang penentangan orangramai termasuk pemimpin politik tentang pelaksanaan hukum hudud.

Menurut Tuan Guru hukum hudud bukanlah hukum yang dicipta oleh PAS tetapi ia datang dari Allah S.W.T.

Menteri Besar Kelantan itu juga berkata tiada masalah untuk PAS melaksanakan undang-undang Hudud dan Qisas kerana halangannya hanya terletak pada pemikiran mereka yang kurang memahami undang-undang itu.

Maknanya jika mereka faham dan terdedah kepada hukum ini sudah tentu mereka akan menyokongnya sepenuhnya hati kerana ianya diturunkan oleh Allah dan sudah pasti mampu menyelesaikan masalah jenayah yang semakin kronik sekarang.

Jika hukuman gantung boleh dilaksanakan kepada pengedar dadah maka tidak jadi masalah untuk rakyat menerima hudud yang antara lain menguatkuasakan hukuman bunuh kepada pembunuh dan hukuman potong tangan kepada pencuri, katanya. (Sesiapa yang bukan pencuri tidak perlu takut, malah pencuri pun akan dibicarakan seadil-adilnya sebekum dijatuhkan hukuman).

"Hudud ini bukan dibawa PAS tetapi dibawa oleh Islam sejak dari zaman Nabi Muhammad lagi, jadi bagi orang Islam yang mentadbir negara adalah wajib bagi mereka melaksanakan hudud," katanya kepada pemberita.

Tuan Guru berkata pemimpin PAS seperti beliau hanya mampu menggubal undang-undang Hudud dan Qisas itu tetapi pelaksanaannya akan diadili oleh mahkamah dan hakim berdasarkan bukti dan fakta.

"Jika tidak cukup bukti, hakim tidak akan jatuhkan hukum hudud ke atas pesalah itu. Sama seperti undang-undang yang ada sekarang," katanya.

Ditanya mengenai penerimaan parti komponen Pakatan Rakyat seperti DAP dan PKR, Nik Abdul Aziz berkata PAS sedia berbincang dengan mereka mengenai hukum hudud.

"Jika mereka tidak mahu menerima, mereka perlu ada alasan kenapa tidak boleh menerimanya...Islam memberikan peluang kepada semua untuk berbincang," katanya.

Bagi saya orang bukan Islam tidak perlu bimbang dengan hukum hudud kerana pelaksanaannya tetap sama di mana semua tertuduh akan dibicarakan di mahkamah dengan seadil-adilnya.

Ianya tidak sebagaimana ISA yang tidak memberikan peluang kepada tertuduh membela diri di mahkamah.

Selain dari itu sesiapa juga yang tidak melakukan kesalahan tidak perlu takut kepada hukum ini kerana orang jahat sahaja yang akan dihadapkan ke muka pengadilan sebagaimana juga undang-undang yang ada sekarang.

Maka sudah sampai masanya negara kita memperkenalkan undang-undang hudud bagi menggantikan undang-undang yang ada sekarang yang terbukti gagal membenteras jenayah yang meningkat dari sehari ke sehari.

Pihak orang bukan Islam juga tidak perlu sangsi dan takut kepada pelaksanaan hukum ini kerana sebelum ianya dijalankan (Insya Allah) pihak berkuasa mesti berbincang dan menerangkan semua kekeliruan kepada sesiapa sahaja supaya semua orang berpuashati dan faham apa itu hukum huduh dan qisas.

Malangnya hukum ini bukan sahaja ditolak oleh orang bukan Islam malah orang Islam sendiri yang tidak faham dan curiga kepada hukum Allah ini sedangkan mereka setiap hari mengadap Allah sebanyak 5 kali sehari semalam.

Sumber berita : Bernama
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter