HASRAT MURNI KERAJAAN PERAK TERHALANG? ~ Ref Malaysiakini

Hasrat murni kerajaan Perak untuk memberikan hak milik tanah kekal kepada penduduk kampung baru dan kampung tersusun mungkin tidak kesampaian. Dari kata-kata bakal Perdana Menteri tergambar bahawa kerajaan pusat seolah-olah tidak merestuinya.
Jika benar kerajaan pusat menghalang usaha murni ini, maka sahlah kerajaan pusat memang terus menerus tidak berusaha untuk membantu rakyat.
Utusan Meloya hari ini menyiarkan kenyataan bakal Perdana Menteri itu.
Dalam laporan itu Najib dipetik sebagai berkata bahawa cadangan Kerajaan Perak untuk memberikan status hak milik tanah pegangan kekal kepada penduduk di kampung baru dan kampung tersusun di negeri itu tidak boleh dilaksanakan sehingga ia diputuskan oleh Majlis Tanah Negara (MTN).

Beliau berkata, kerajaan negeri tidak boleh melaksanakan cadangan tersebut secara bersendirian sebaliknya perlu melalui keputusan yang diambil oleh MTN.

Comments

Anonymous said…
Kerajaan Perak bukan nak beri hak milik kekal selama-lamanya tetapi pajakan 999 tahun.

Bukan hak milik kekal jangan silap faham..

Hak milik kekal memang perlu dapatkan persetujuan Majlis Tanah Negara tetapi pajakan 999 tahun tak perlu persetujuan MTN

MB Nizar silap cakap atau Utusan Melayau putar belit atau Penulis blog ni tak tahu apa yang dia tulis????