SELAMAT DATANG ABU ZAHAR, ANDA MEMILIH PERJUANGAN HAKIKI ~ Ref Malaysiakini

Saya mengucapkan Ahlan Wasahlan kepada Kapten (B) Abu Zahar Hashim, bekas Ketua Umno Bahagian Petaling Jaya Selatan yang secara rasmi menyertai PAS hari ini.
Kemasukan beliau memang sepatutnya diikuti oleh semua orang Umno lain kerana Umno memang tidak boleh diharap untuk membela Islam dari dulu, kini dan mungkin selama-lamanya.
Ayuh wahai sekelian orang Umno termasuk Pak Lah dan Najib mari sama-sama berganding bahu untuk memimpin Malaysia dengan cara Islam supaya seluruh rakyat tidak kira orang Islam dan bukan Islam selamat dari kezaliman, ketidakadilan, penindasan, rasuah, kekejaman, kronisme dan seribu satu macam sifat buruk manusia.
Hanya dengan undang-undang dan sistem ciptaan Allah manusia akan selamat tidak kira apa bangsa, agama dan ideologi.
Lihat sekarang sistem ekonomi dunia runtuh, akhlaq manusia punah, kezaliman menjadi-jadi, jenayah semakin membarah, semua ini adalah gara-gara kerakusan dan kebiadapan manusia yang tidak mahu tunduk dan patuh kepada Allah dan undang-undangNya.
Orang bukan Islam tidak perlu takut dan bimbang, mereka akan selamat dan dijamin hak mereka di bawah sistem politik Islam sebagaimana yang dibuktikan oleh Nabi Muhammad yang memerintah Madinah, 3 golongan Yahudi di Madinan boleh hidup aman, berniaga dan menjalankan kehidupan seharian dengan aman dan sejahtera.

Hanya Umno sahaja yang takut kepada Islam dan undang-undang Islam sebenarnya.

Comments

Anonymous said…
InsyaALLAH, kekalahan Umno di Kuala Terengganu pada 17 Januari nanti bermula di sini, dari saat ini, dengan penyertaan Datuk Zahar. Semoga Datuk terus diberi hidayah. Dan semoga ramai lagi Umno diberi hidayah dan menyertai PAS.

ikhlas,
www.pemudakemehe1.blogspot.com