Saya sangat tertarik dengan ulasan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat tentang penentangan orangramai termasuk pemimpin politik tentang pelaksanaan hukum hudud.
Menurut Tuan Guru hukum hudud bukanlah hukum yang dicipta oleh PAS tetapi ia datang dari Allah S.W.T.
Menteri Besar Kelantan itu juga berkata tiada masalah untuk PAS melaksanakan undang-undang Hudud dan Qisas kerana halangannya hanya terletak pada pemikiran mereka yang kurang memahami undang-undang itu.
Maknanya jika mereka faham dan terdedah kepada hukum ini sudah tentu mereka akan menyokongnya sepenuhnya hati kerana ianya diturunkan oleh Allah dan sudah pasti mampu menyelesaikan masalah jenayah yang semakin kronik sekarang.
Jika hukuman gantung boleh dilaksanakan kepada pengedar dadah maka tidak jadi masalah untuk rakyat menerima hudud yang antara lain menguatkuasakan hukuman bunuh kepada pembunuh dan hukuman potong tangan kepada pencuri, katanya. (Sesiapa yang bukan pencuri tidak perlu takut, malah pencuri pun akan dibicarakan seadil-adilnya sebekum dijatuhkan hukuman).
"Hudud ini bukan dibawa PAS tetapi dibawa oleh Islam sejak dari zaman Nabi Muhammad lagi, jadi bagi orang Islam yang mentadbir negara adalah wajib bagi mereka melaksanakan hudud," katanya kepada pemberita.
Tuan Guru berkata pemimpin PAS seperti beliau hanya mampu menggubal undang-undang Hudud dan Qisas itu tetapi pelaksanaannya akan diadili oleh mahkamah dan hakim berdasarkan bukti dan fakta.
"Jika tidak cukup bukti, hakim tidak akan jatuhkan hukum hudud ke atas pesalah itu. Sama seperti undang-undang yang ada sekarang," katanya.
Ditanya mengenai penerimaan parti komponen Pakatan Rakyat seperti DAP dan PKR, Nik Abdul Aziz berkata PAS sedia berbincang dengan mereka mengenai hukum hudud.
"Jika mereka tidak mahu menerima, mereka perlu ada alasan kenapa tidak boleh menerimanya...Islam memberikan peluang kepada semua untuk berbincang," katanya.
Bagi saya orang bukan Islam tidak perlu bimbang dengan hukum hudud kerana pelaksanaannya tetap sama di mana semua tertuduh akan dibicarakan di mahkamah dengan seadil-adilnya.
Ianya tidak sebagaimana ISA yang tidak memberikan peluang kepada tertuduh membela diri di mahkamah.
Selain dari itu sesiapa juga yang tidak melakukan kesalahan tidak perlu takut kepada hukum ini kerana orang jahat sahaja yang akan dihadapkan ke muka pengadilan sebagaimana juga undang-undang yang ada sekarang.
Maka sudah sampai masanya negara kita memperkenalkan undang-undang hudud bagi menggantikan undang-undang yang ada sekarang yang terbukti gagal membenteras jenayah yang meningkat dari sehari ke sehari.
Pihak orang bukan Islam juga tidak perlu sangsi dan takut kepada pelaksanaan hukum ini kerana sebelum ianya dijalankan (Insya Allah) pihak berkuasa mesti berbincang dan menerangkan semua kekeliruan kepada sesiapa sahaja supaya semua orang berpuashati dan faham apa itu hukum huduh dan qisas.
Malangnya hukum ini bukan sahaja ditolak oleh orang bukan Islam malah orang Islam sendiri yang tidak faham dan curiga kepada hukum Allah ini sedangkan mereka setiap hari mengadap Allah sebanyak 5 kali sehari semalam.
Sumber berita : Bernama
Comments