PRK KUALA TERENGGANU : HANTU MASIH BERKELIARAN DI SANA ~ Ref Malaysiakini

Setiap kali Pilihanraya SPR akan menafikan ujudnya pengundi hantu. Namun setiap kali PAS mengemukakan bukti SPR berdiam diri.

Kali ini sekali lagi isu ini dibangkitkan dan PAS boleh membuktikan butir-butir lengkap tentang dakwaan ujudnya pengundi hantu ini.

Saya pasti isu ini akan terus berlanjutan sampai bila-bila selagi SPR dianggotai oleh hamba Allah yang tidak takut kepada Allah. Mereka mungkin merasakan bahawa tuntutan untuk memastikan daftar pemilih bersih tidak ada kena mengena dengan Islam sebab itulah mereka membiarkan perkara tersebut berlaku.

Dakwaan PAS tidak diambil kira oleh SPR atau SPR buat 'dek' sahaja.

Hari ini Pengarah Pilihanraya PAS Terengganu bagi PRK Kuala Terengganu, Datuk Wan Mutalib Embong memberitahu bahawa mereka sangsi dengan daftar pemilih yang akan digunakan pada PRK Kuala Terengganu.

"Ini (pengundi) dalam daftar ada tetapi 'on the ground' realitinya tidak ada. Kita (PAS) cari alamat dia (pengundi) pun tidak ada melainkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membekalkan setiap pengundi itu dengan alamat penuh. "

"Lot tanah itu ada tetapi tidak ada rumah dan tidak ada orang yang tinggal di atas lot tanah itu dan ini berlaku di kampung Durian Burung, dalam Dewan Undangan Negeri (Dun) Wakaf Mempelam. ?Keduanya, rumah-rumah orang yang didaftarkan dengan pengundi-pengundi 'mendatang' sehingga dalam sebuah rumah itu ada 15 hingga 20 orang gunakan satu alamat," tegasnya.

Kenyataan beliau itu saya petik dari Harakahdaily.

Perkara seperti ini dan lain-lain bentuk penyelewengan dalam daftar terus dibiarkan oleh SPR sehingga kredibiliti dan imej SPR terjejas teruk.

Apa yang menarik walaupun Daftar Pemilih nyata tidak bersih dan telus, PR masih mampu menang. Saya pasti jika Daftar Pemilih yang tulus, adil, bersih dan telus digunakan pada PRU 12 lalu sudah tentu BN tewas teruk.

Comments