LAPANGAN TERBANG BATU BERENDAM : SIASAT MENGAPA PERUNTUKAN ASAL RM131 TIDAK CUKUP ~ Ref Malaysiakini

Setiausaha Dewan Muslimat Negeri Melaka, Hajah Kintan Man(gambar) menggesa BPR menyiasat mengapa peruntukan asal sebanyak RM131 juta untuk memperbesarkan Lapangan Terbang Batu Berendam (LTBB) masih belum mencukupi.

"Kita hairan bagaimana pihak terbabit tidak sedar bahawa kapalterbang besar memerlukan landasan yang panjangnya 2,135 meter, mengapa mereka bina landasan sepanjang 1,800 meter sahaja".

"Saya sangsi dengan keadaan ini mungkin peruntukan RM131 juta itu sudah cukup untuk membina landasan sepanjang 2,135 meter tetapi disebabkan kos yang meningkat hanya landasan sepanjang 1,800 meter sahaja yang boleh dibina".

"Persoalannya mengapa ini berlaku, saya yakin semua pihak sudah tahu bahawa landasan mesti dibina sepanjang 2,135 meter dan peruntukan sebanyak RM131 mungkin sudah tentu cukup, ini yang menghairankan saya".

"Oleh itu saya mengharapkan BPR menyiasat perkara ini dan jika ada unsur-unsur penyelewengan dan rasuah silap hadapkan mereka yang terlibat ke mahkamah" tegas Kinta.

Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Ali Rustam sebelum ini menyatakan bahawa LTBB akan mula beroperasi hujung bulan ini dan boleh menampung pendaratan kapalterbang jenis Airbus A320 itu. Tetapi malangnya hasrat beliau tidak kesampaian.

Berkenaan isu ini, Kintan berharap Ketua Menteri supaya lebih cermat mengeluarkan kenyataan pada masa depan.

"Beliau mesti bercakap dengan fakta yang betul, pastikan betul-betul adakah LTBB benar-benar sesuai untuk pendaratan Airbus A320 kalau tidak jangan ikut cakap sedap mulut sahaja, nanti ditertawakan orang" jelas Kintan.

Comments

Sebab yang nak landing k/terbang pakai 3 bateri AA!


Wah, baru kenal muslimat melaka. Nape selama ni kau tak tunjuk sofi?