Presiden 'seumur hidup' MIC pantang dicabar. Sesiapa yang mencabarnya sudah tentu umur politik mereka tidak akan kekal lama. Itulah yang terjadi kepada Mendiang Pandithan dan S.Subramaniam apabila dicantas dan ditekan hingga nyawa politik mereka dalam MIC lenyap.
Kini tiba pula giliran Muthupalaniappan yang akan dicantas dan dibunuh karier politik mereka. Baru sahaja ''mamat' itu berkira untuk menentang Samy Vellu sudah ada cadangan untuk beliau diambil tindakan disiplin oleh MIC. Itulah kehebatan Samy Vellu.
Laporan Bernama menyebut bahawa Jawatankuasa Kerja Pusat MIC sedang menimbangkan tindakan disiplin terhadap Muthupalaniappan yang berhasrat bertanding jawatan Presiden parti tahun depan atas dakwaan mengeluarkan kenyataan yang bertentangan dengan kepentingan parti politik terbesar kaum India di negara ini.
Muthupalaniappan mengumumkan hasrat bertanding jawatan itu sebulan lalu dan sejak itu telah mengeluarkan beberapa kenyataan berkaitan parti.
Bekas Pengerusi MIC Negeri Sembilan dan Exco itu berkata, beliau hanya menawarkan hasrat untuk bertanding dan memberikan kepimpinan yang lebih baik kepada ahli, parti dan masyarakat India.
Comments