RAKYAT MALAYSIA TIDAK AKAN MAAFKAN KAMU ~ Ref Malaysiakini

Utusan Meloya versi internet menyiarkan tajuk 'SAYA BUKAN TALIBARUT KERAJAAN - AB RASHID'. Itulah pengakuan dan dakwaan Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR).

Bagi saya pengakuan Rashid ini sudah pasti ditertawakan oleh sebahagian besar rakyat Malaysia. Cuma rakyat yang tidak waras dan berkepentingan sahaja yang percaya dengan kata-kata Rashid itu.

Rakyat Malaysia sudah pasti tidak akan memaafkan dosa yang dilakukan oleh Rashid terhadap mereka sehingga menyebabkan rakyat ditipu 'di atas darat'.

Siapa lagi kalau bukan Rashid dan kuncu-kuncunya yang melakukan angkara di bawah ini :-

1) Memanjang masa mengundi di Selangor pada PRU 2004

2) Membiarkan pertambahan daftar pemilih yang begitu banyak di Terengganu sehingga 15% mengatasi pertambahan pemilih di peringkat kebangsaan.

3)Menjalankan persempadanan semula yang jelas memberikan kelebihan kepada BN

4) Membiarkan nama-nama pemilih yang mati kekal dalam daftar pemilih sehingga ramai pengundi hantu datang mengundi atas nama pemilih yang mati tersebut

5) Nama pemilih yang bertindih di peti undi yang berlainan yang membolehkan mereka mengundi lebih dari sekali

6) Menipu rakyat dengan memperkenalkan peraturan baru pada PRU 2004 tetapi sebaliknya ia tidak digazet dan tidak digunakan pada PRU tersebut.

7) Membiarkan BN menggunakan jentera kerajaan, berbelanja berlebihan dari peraturan, memfitnah dengan menggunakan media

Dan banyak lagi kesalahan-kesalahan yang dilakukan Rashid .........Jika beliau tidak mengaku dan tidak memohon maaf kepada rakyat dan memohon ampun kepada Allah saya percaya rakyat Malaysia tidak akan redha dan tidak akan memaafkan beliau......
Dengan angkara Rashid ini BN menang dan menjadi kerajaan sehingga kini yang mana kerajaan inilah yang menzalimi rakyat dengan undang-undang ISA, gagal mentadbir sehingga jenayah meningkat, ekonomi merudum, barang mahal, undang-undang Islam diketepikan, pendidikan tidak percuma, hospital dengan bayar dan sebagainya.
Apakah rakyat begitu mudah menerima pengakuan Rashid sedangkan rakyat terseksa sehingga kini di bawah kerajaan BN yang dimenangkan oleh angkara Rashid.

Insaf lah wahai Rashid andapun baru balik dari Mekah !!!!!!!!!!!!!!!.........

Comments