PRK KUALA TERENGGANU : HIDUP MATI BN & PAS ~ Ref Malaysiakini

Kuala Terengganu benar-benar menguji PAS dan BN. Kemenangan mana-mana akan menaikkan imej masing-masing. Jelas PRK ini merupakan kayu pengukur kepada kedua-dua selepas 9 bulan PRU 2008 berlangsung.
Jika PAS menang bermakna rakyat menerima pendekatan PR secara tidak langsung walaupun ianya tidak menggambarkan 100 % pandangan rakyat Malaysia. Jika BN menang sudah pasti BN akan mendabik dada mendakwa rakyat sudah kembali menyokong BN.
PRK ini juga merupakan ujian buat Najib yang akan mengambilalih tampuk kuasa dari Pak Lah. Najib sudah akan berusaha bermati-matian untuk memenangkan BN bukan sekadar menang tetapi mestilah dengan majoriti yang jauh lebih besar dari PRU 2008. Jika BN menang dengan majoriti di bawah 1,000 undi, ini bermakna Najib tewas sebenar.
Maka tidak hairanlah Najib sudah tentu akan menggunakan seluruh stamina, fasiliti, prasarana, duit, jentera kerajaan, media dan apa sahaja bagi memenang BN di Kuala Terengganu.
Namun saya yakin Najib tidak akan mendapat laluan mudah di Kuala Terengganu. Silap haribulan BN dan Najib akan tersungkur dan imej Najib akan terjejas dan tercalar dengan teruk.

Comments