AIRBUS TAK BOLEH TURUN DI LTBB : KASIHAN KEPADA ALI RUSTAM ~ Ref Malaysiakini

Saya simpati dengan Ketua Menteri Melaka. Datuk Seri Mohd Ali Rustam kerana hasratnya untuk melihat kapalterbang Airbus A320 milik AirAsia mendarat di Lapangan Terbang Batu Berendam (LTBB) tidak kesampaian kerana LTBB tidak memenuhi spesifikasi yang ditetapkan bagi membolehkan pesawat tersebut mendarat.

Ketika mula-mula kerja pembesaran LTBB, Mohd Ali dengan bangga dan senyum lebar memaklumkan bahawa LTBB mampu menampung pendaratan pesawat Airbus A320. Saya pun tidak tahu siapa penasihat Mohd Ali sehingga Mohd Ali berani mengeluarkan kenyataan sedemikian.

Malangnya kini Mohd Ali dan kerajaan Melaka sendiri berasa malu kerana LTBB sebenarnya tidak memenuhi spesifikasi yang ditetapkan bagi membolehkan pesawat tersebut mendarat di LTBB.

Media semalam melaporkan bahawa kerajaan Melaka kini terpaksa mengemis duit dari kerajaan pusat sekali lagi untuk membesarkan LTBB. Kalau tidak silap saya kos tambahan tersebut mencecah RM60 juta (kalau salah nanti saya betulkan).

Mohd Ali seolah-olah merayu Kementerian Pengangkutan untuk menghulurkan bantuan kepada kerajaan negeri bagi merealisasikan hasrat pembesaran LTBB ini.

Saya ingin berpesan kepada Mohd Ali supaya berhati-hati mengeluarkan kenyataan pada masa hadapan supaya nanti beliau tidak ditertawakan oleh rakyat dan perwakilan Umno yang akan mengundi dalam pemilihan Umno Mac 2009 nanti.

Comments

Fauzi said…
lambat lagi la org tmn berdekatan terasa kesan bunyi bising kapal terbang besau ni...
Anonymous said…
Dulu cakap dah OK sekarang minta tambahan peruntukan pula. Macam ada agenda nak songlap wang rakyat aje!!!
Tapi nak buat apalah AirBus tu turun kat Melaka, buat lah penelitian dan perancangan dengan betul jangan membazir. Malaysia tak sebesar Amerika, sedangkan dari Melaka ke KLIA bukan nya jauh, tak masyuk akal nak membesarkan LTBB kecuali ada udang disebalik batu.
Tambahan RM 60 juta boleh membantu rakyat yang miskin, gunakan lah otak mu wahai pemimpin yang saya tidak pernah pilih.