SESIAPA SUKA BERKARAOKE KAWANLAH DENGAN WAN FARID ~ Ref Malaysiakini

Melihat kepada gambar ini saya meneka bahawa suara bakal calon BN, Wan Farid mesti merdu. Kalau tidak semerdu suara P.Ramlee atau S.Jibeng mungkin suaranya lebih kurang sedapnya dengan suara Mat Over.

Dengar ceritanya Wan Farid suka berkaraoke. Baguslah tu, untuk mengasah bakat dan mengekalkan kemerduan suara. Anak muda kaki karaoke mungkin suka berkaraoke semacam Wan Farid. Tetapi belum tentu mereka akan mengundi Wan Farid 17 Januari ini.

Anak-anak muda Kuala Terengganu mungkin ramai yang tidak mengenali Wan Farid walaupun mereka mempunyai hobi yang sama. Orang tua dan lama pula mungkin ramai juga yang suka berkaraoke dengan lagu-lagu 60-an dan 70-an atau lagu-lagu dondang sayang. Tetapi mereka juga belum pasti akan mengundi Wan Farid.

Saya tidak pasti lagu apa yang Wan Farid suka nyanyikan ketika berkaraoke. Lagu Inggeris, lagu dangdut, pop atau rock. Atau mungkin juga lagu nasyid dendangan Hijaz, 4U2C, Brothers, Akil Hayy atau lain-lain.

Wan Farid mungkin akan menganjurkan banyak pertandingan karaoke semasa kempen nanti. Jadi bolehlah penduduk dan pengundi Kuala Terengganu berkaraoke 24 jam.

Syabas Wan Farid .....suaramu mungkin amat digemari oleh rakyat Kuala Terengganu????

Comments

Asalamualaikum,

masyarakat Cina , InsyaAllah akan memastikan kemenangan calon PAS dalam pilihanraya kecil yang akan datang.

Ameen
Anonymous said…
hey bodohnya kau ni maenkn issue karaoke pulak
hanya dengan satu gambar wan farid sedang karaoke,
dia terus dilabel kaki karaoke?dangkal nya pemikiran kau.aku yakin wan farid karaoke once in a blue moon. kau ingat ada masa ke utk pemimpin macam wan farid untuk berkaraoke hingga dilabel kaki karaoke.
Melalak nampak? Orang mcm ni ke Rakyat Kuala Terengganu nak pilih untuk jadi pemimpin? Kalau nak pilih pemimpin, biarlah pemimpin yang betul2 boleh memimpin kita.

Kalau asyik nak melalak (karaoke) je, bila masa nak lawat rakyat?

ikhlas,
www.pemudakemehe1.blogspot.com
Anonymous said…
pemuda pas,
mana kau tahu die asik nak melalak
Anonymous said…
cuba senaraikan ada tak pimpinan PAS yang melalak mcm tu kat karaoke? Dalam keadaan camtu plak... wanita kat sebelah tu mungkin bini dia la kut.. atau mungkin jugak orang lain. Biasa la, karaoke...

pemimpin PAS ada tak kaki karaoke macam ni? kalau ada, sertakan gambar sekali. jangan buat tuduhan dan fitnah liar.
Anonymous said…
just to clarified that WAF is not a 'kaki karaoke'.That was during a family dinner with karaoke as side activities apart from catching up.Only with family members,not public.It's not like everyday they gathered since most of the family members are not staying in Terengganu.

So stop your speculations.You are being shallow to judge only with one picture.

By the way,perempuan di sebelah is neither his bini nor orang lain.She is his niece.Thank You.
Anonymous said…
i also had many many dinners with my extended family. we talked and talked and we enjoyed each other's company, i don't understand why wan farid need to have a karaoke session during family dinner? dasar umno suka lagho...