PRK KUALA TERENGGANU : PILIHLAH CALON YANG DITERIMA PENGUNDI ~ Ref Malaysiakini

PAS masih belum mengumumkan nama calonnya untuk PRK Kuala Terengganu. Namun desas-desus bertiup kencang bahawa antara calon-calon yang dipertimbangkan ialah Dato' Hj Mustafa Ali, Dato' Hj Wan Abdul Mutalib Embong dan Dr Khazani Mohamad.

Ada pihak yang mendakwa, nama Haji Mohamad Sabu dan Dr Syed Azman tidak termasuk dalam senarai calon-calon 'favourite' PAS Terengganu. Mengapa? Saya pun tidak tahu.

Pada pandangan peribadi saya, PAS perlu mencari calon yang diterima pengundi yang terdiri dari pegawai kerajaan, guru-guru, orang kampung, masyarakat Cina dan lain-lain.

Kita bukan mencari calon yang disenangi oleh pemimpin PAS sahaja tetapi yang lebih penting calon tersebut mesti disukai dan disenangi oleh pengundi yang merupakan ahli dan penyokong Umno, MCA, MIC, Gerakan, DAP, PKR dan PAS serta juga pengundi atas pagar.

Apa guna kita memilih calon yang diterima oleh pemimpin PAS tetapi kurang disukai oleh rakyat dan pengundi. Apa yang penting calon yang dipilih mesti berkarisma, berkelulusan, berpengalaman, lulus tapisan AJK PAS Pusat, Lajnah Politik dan yang terakhir mendapat 'endorsement' dari Majlis Syura. Sebelum itu PAS kena mengkaji dan menyelidiki samada calon itu disenangi oleh pengundi atau tidak sebelum diangkat untuk dipertimbangkan oleh pimpinan pusat.

Terdapat banyak cara untuk kita mengkaji samada seseorang calon itu disukai dan disenangi oleh akar umbi. Antaranya referendum yang dibuat dikalangan cawangan-cawangan PAS, ahli PAS, penyokong PAS, ahli dan penyokong BN serta pengundi atas pagar.

Selain itu kita boleh juga menilai dan mengkaji keputusan kajiselidik bebas oleh Firma-firma bebas yang menjalankan kajian tentang calon antaranya Centre of Election Reform (CERI) pimpinan Haji Wan Abdul Rahman Wan Abdul Latif; Merdeka Centre dan sebuah firma baru iaitu Ilham Centre serta lain-lain badan penyelidik bebas.

Pihak Umno juga sudah pasti mengkaji kajiselidik firma-firma bebas ataupun laporan 'Siput Babi' (SB) yang dibayar oleh duit rakyat tetapi seolah-olah berkhidmat untuk Umno/BN. Berdasarkan laporan itu mereka memilih calon mereka dan mengkaji strategi berkempen untuk menumpaskan PAS.

Saya tidak mahu menamakan calon yang saya rasa sesuai untuk diketengahkan. Cuma pada pandangan saya, PAS mestilah mencari ciri-ciri seperti dibawah :-

i) Calon yang tidak memberi peluang kepada BN/Umno membuat serangan dalam perkara remeh-temeh.

ii) Calon professional dan berjiwa rakyat.

iii)Calon yang disukai oleh rakyat dari semua golongan bukan hanya disukai oleh pemimpin PAS sahaja

iv)Calon yang boleh berhujah dengan baik di Parlimen

v) Calon yang boleh berkhidmat dengan baik kepada rakyat

vi)Calon yang mempunyai stamina dari segi politik dalaman dan luaran

vii)Calon yang mampu membawa perubahan sesuai dengan hasrat PAS untuk membuat perubahan dan reformasi di peringkat negeri dan pusat

ix) Paling penting calon yang bertaqwa dan istiqamah

x) Calon yang tahan uji dan bersemangat tinggi

Banyak lagi ciri-cirinya .................

Gambar : Calon BN Wan Farid.

Comments

Anonymous said…
sofiwahab memang kita mesti pilih.

Tapi tak kan nak laksana HUDUD kena dipersetjui oleh DAP & PKR kot