Samy Vellu terus mengganas walaupun rumah kata pergi kubur kata mari. Hari ini Bendahari Agung MIC yang juga teman rapatnya, Datuk Mahalingam dipecat tanpa kesalahan besar.
Mahalingam yang menyertai MIC sejak 1958 dipecat kerana Samy sudah tidak percaya kepada beliau. Mungkin Samy mencium bau bahawa Mahalingam menyokong Muthupalaniappan yang mengisytiharkan diri untuk mencabar Samy pada pemilihan MIC akan datang.
Memang Samy pantang dicabar, siapa cabar maka pendeklah umurnya.
Setelah Mahalingam dipecat saya percaya dalam masa terdekat Muthu pula akan dipecat. Samy boleh mencari seribu satu kesalahan dan boleh juga mencipta alasan untuk memecat Muthu dari MIC.
Inilah juga nasib yang diterima oleh Pandithan dan Subramaniam yang berani mencabar Samy sehingga karier politik kedua-dua musuh tradisi Samy ini berkubur.
Oleh kerana Samy begitu ganas dan zalim maka semua AJK MIC takut untuk menyanggah apa juga tindakan Samy. Maka akhirnya jadilah MIC sebagai parti Samy Vellu bukan parti untuk membela orang India.
Comments