PRK KUALA TERENGGANU : HATI-HATI DENGAN SESUMPAH BN YANG BERKELIARAN MENCARI MANGSA ~ Ref Malaysiakini

Adakah anda kenal dengan binatang yang dinamakan sesumpah. Kalau anda belum tahu sila baca posting saya ini yang kongsikan dengan tuan-puan takut-takut nanti 'digigit' sesumpah yang begitu banyak berkeliaran di Kuala Terengganu sekarang ini sehingga 17 Januari 2009 nanti.

Untuk pengetahuan semua sesumpah ialah sejenis binatang seperti biawak dan cicak yang hidup di atas pokok atau sesekali turun ke tanah. Namun saiznya lebih besar dari cicak tetapi lebih kecil dari biawak. Bentuk badan, kaki dan lain-lain tidak jauh bezanya dengan biawak. Pendek kata Sesumpah sepupu, dua pupu atau ada bau-bau bacang dengan cicak dan biawak ini.

Keistimewaan sesumpah ini ialah kulit binatang ini boleh bertukar warna sama seperti keadaan sekelilingnya. Kalau keadaan disekelilingnya berwarna coklat kulitnya bertukar menjadi coklat. Kalau warna disekelilingnya berwarna hijau dia pun bertukar menjadi hijau. Inilah keajaiban dan kekuasaan Allah S.W.T yang berkuasa mencipta apa juga yang Allah S.W.T kehendaki yang kadang-kadang tidak terjangkau oleh akal fikiran kita.

Namun sifat sesumpah ini kadang-kadang ditiru oleh manusia. Kadang-kadang dengan meniru inipun baik juga bukan semua tidak baik. Saya berpengalaman di dalam banyak pilihanraya samada pilihanraya umum atau kecil. Semasa kempen inilah ada orang yang tidak pernah atau jarang pakai tudung akan berlakon pakai tudung, ada yang jarang pakai ketayap putih akan pakai ketayap putih, ada yang jarang ke surau atau ke masjid berjemaah akan rajin ke masjid, ada yang jarang pakai kain pelikat tiap-tiap hari pakai kain pelikat keluar masuk kampung, ada yang jarang ziarah orang sakit akan ziarah sampai 3 atau 4 kali terhadap orang yang sama.

Apa guna mereka berlakon atau bertukar warna kulit macam sesumpah?

Jawapannya ialah mereka ingin menunjukkan bahawa mereka juga pakai tudung, pakai kopiah dan sebagainya supaya mak cik-mak cik dan pak cik-pak cik percaya yang mereka ini sama-sama tutup aurat, alim dan suka kepada surau dan masjid. Maksudnya mereka juga mahu dilihat serupa dengan pak cik-pak cik dan mak cik-mak cik, tiada bezanya. Jadi mudah untuk mereka memancing undi. Bukankah ini sama sifatnya dengan sesumpah......suka mengikut persekitaran untuk menyelamat diri, cuma 'Sesumpah' Kuala Terengganu bukan untuk selamat diri tetapi untuk dapat upah dan duit serta dapat projek dan sebagainya.

Sesumpahnya ini berkempen untuk memastikan BN menang dan mereka akan mendapat habuan dunia.

Jadi sudah pasti rakyat Kuala Terengganu dan sesiapa juga yang pergi ke sana akan bertemu dengan sesumpah ini. Kadang-kadang jika silap pandang Sesumpah ini lebih alim dari Tok Guru Nik Aziz dan Tok Guru Haji Hadi. Begitulah hebatnya Sesumpah ini berlakon. Boleh mengalahkan Dato' Shah Rukh Khan kebanggaan Ali Rustam dan kerajaan Melaka.

Nota : Artikel ini saya posting semula dengan sedikit penambahan untuk disesuaikan dengan keadaan semasa dan PRK Kuala Terengganu. Artikel pernah diposting di Blog ini menjelang PRK Permatang Pauh.

Comments

salam hormat.

ada masa sila lawat website saya.

http://pkrpasdap.blogspot.com
http://pena-picisan.blogspot.com
Tuan,
Assalamualaikum.

Puak munafik atau berperangai seperti sesumpah (orang P36 panggil natang ni, pok ko angguk)tidak memikirkan selain daripada makan-minum, beranak-berbini, tidur-bangun dan pelihara kehendak nafsu semata-mata. Halal haram tak ada dalam kamus mereka.

Orang P36 tak ramai terdiri daripada jenis sesumpah. Pas bersama Pakatan Rakyat akan memastikan P36 bukan hak suku sakat Wan Ahmad Farid mulai 17 Januari nanti.