Kalangan pemerhati politik di seluruh negara mengharapkan PAS dan BN memilih calon-calon yang disenangi dan disukai oleh pengundi akar umbi agar apabila menang nanti mereka senang dihubungi dan mesra rakyat.
Pemerhati politik dari Melaka, Muhaini Azman, 38 berkata faktor calon sangat penting dalam sesebuah pilihanraya. Untuk memilih calon sesebuah parti politik harus mengambil kira pandangan pengundi akar umbi bukan sahaja pandangan pemimpin parti tersebut.
"Bagi saya sesebuah parti yang memilih calon yang disukai oleh pengundi akar umbi, maka parti itu mungkin menang, lebih-lebih di Kuala Terengganu rakyatnya 'educated' dan terbuka"
"BN sebenarnya sudah tersilap pilih calon dengan memilih Wan Farid kerana beliau bukanlah calon yang disenangi oleh rakyat" ujar Muhaini.
Menurutnya, PAS sepatutnya tidak menuruti apa yang dilakukan oleh BN dengan memilih calon yang tidak popular di kalangan pengundi.
Beliau berkata, walaupun Wan Farid mendapat sokongan majoriti Ketua Umno Cawangan-cawangan tetapi sebenarnya akar umbi tidak menyukai beliau.
Oleh sebab itu katanya, PAS berpeluang untuk mengambil kesempatan ini dengan menampilkan calon yang disukai ramai bukannya calon yang tidak popular.
Ditanya siapa calon yang sesuai beliau menjawab bahawa dirinya bukan pemimpin PAS, cuma pemimpin PAS dan ahli-ahli PAS Kuala Terengganu sahaja yang tahu siapa calon yang popular di kalangan mereka.
Walaubagaimanapun beliau ada terbaca di dalam media cetak dan elektronik yang menyatakan bahawa ADUN Batu Burok, YB Dr Syed Azman adalah calon paling popular di kalangan pengundi akar umbi berdasarkan 'survey Merdeka Centre, CERI dan Ilham Centre.
Selain itu menurutnya ramai dikalangan penduduk setempat Kuala Terengganu juga amat menyenangi Syed Azman berdasarkan survey rambang sahabat-sahabat beliau disana.
Comments