HUDUD : PENJELASAN PRESIDEN PAS JELAS DAN TERANG ~ Ref Malaysiakini

Saya yakin penjelasan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang tentang isu hudud hari ini cukup jelas dan terang. Penjelasan tersebut mudah difahami oleh seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira agama, bangsa dan ideologi politik.
Tuan Guru berkata " Kita (PAS) tahu berapa bilangan kita dalam parlimen".
"Tanggungjawab (melaksanakan hudud) sekarang pada Umno bukan pada PAS kerana mereka (Umno) mempunyai mejoriti dalam Parlimen.
"PAS di Kelantan sudah berusaha dan meluluskan dalam Dewan Undangan Negeri tetapi tidak dapat melaksanakan kerana halangan daripada kerajaan pusat yang dipimpin oleh Umno," ujar beliau.
Ketika ditanya bagaimana hudud boleh dilaksanakan, Abdul Hadi yang menolak anggapan bahawa hudud adalah undang-undang yang zalim berkata, ia bukanlah begitu mudah untuk terus dilaksanakan kerana pelbagai perkara perlu diambilk kira.

Menurut beliau, hudud tidak boleh dilaksanakan ketika rakyat dalam kesusahan ekoran faktor ekonomi, pengganguran yang ramai, pendidikan dan sosial masyarakat yang bermasalah.
"Kena selesaikan masalah kemiskinan, perbaiki ekonomi rakyat, peluang pekerjaan, pendidikan termasuk mengambil kira hubungan kekeluargaan dalam masyarakat terlebih dahulu," kata beliau yang memberi keyakinan aspek tersebut akan menjadi keutamaan kepada PAS.
'Kita tahu Umno tidak dapat menyelesaikan masalah ini," tambah beliau.

Kata beliau, masyarakat bukan Islam tidak seharusnya berasa bimbang jika hukum hudud dilaksanakan di negara ini kerana pelaksanaannya hanya melibatkan kalangan yang beragama Islam.

"PAS tak perlu terangkan (tentang hukum Hudud) kerana undang-undang ini tiada kena mengena dengan orang bukan Islam" kata Tuan Guru.
Jawapan dan penjelasan Tuan Guru diatas saya petik dari Siasahdaily.

Comments

Asalamualaikum,
orang bukan Islam kalau di laksanakan pun tak perlu bimbang.
hanya orang yang berniat jahat
hendak melakukan kejahatan perlu berasa bimbang.
undang civil juga ada hukuman gantung jadi apa yang hendak di risaukan.
kepada pengundi Cina di KT
pastikan kemenangan calon PAS.

UMNO MCA MIC GERAKAN SEMUA TIDAK BOLEH DI HARAP.

AMEEN.

assalamualaikum....orang bukan islam x kisah pun tentang pelaksanaan hukum hudud...tapi yang jelas...orang melayu yang bertopengkan islam terutamanya umno laknatullah dengan sekeras kerasnya menentang hudud....kerana ingin menjaga kepentingan jahatnya...kalau tiada kepentingan jahatnya...kenapa umno nak jadi pengecut...menetang hudud[hukum islam] jelas menentang islam.

kekwa66 said…
Kalau hukum hudud dilaksanakan, nescaya amanlah masyarakat kita ni, sekurang-kurangnya mereka yg nak buat jenayah tu akan fikr 3-4 kali,sebab takut dipotong!!