.

.

25 January 2013

CALON BERINTEGRITI : UMNO NAK TIPU RAKYAT LAGI

Tiba-tiba Umno bercakap soal calon yang berintegriti. Kononnya Umno hendak buktikan parti itu serius menjaga integritinya dengan menyahut cabaran Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menghantar nama calon bagi tapisan pihak berkenaan.

Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, apa yang dilakukan oleh Umno adalah tuntutan biasa seperti pilihan raya umum (PRU) yang lalu.

Tetapi sedarkan Umno bahawa rakyat sudah muak dan mual dengan helah dan kenyataan pimpinan Umno. Jika Umno benar-benar serius untuk memastikan pemimpinnya berintegriti dan telus mengapa mereka masih membiarkan pemimpin yang terbukti rasuah memegang jawatan-jawatan dalam kerajaan.

Mengapa Umno masih membiarkan Ketua Menteri Melaka, Ali Rustam meneruskan tugasnya sehingga ke hari ini. Macamana pula dengan Isa Samad yang bukan sahaja dipilih semula sebagai Adun malah diamanahkan menguruskan 'lubuk duit' Felda. Bukankah kedua-duanya telah dibuktikan mengamalkan rasuah. Mereka berdua juga tidak pernah dibicarakan di mahkamah.

Bagaimana pula dengan Shahrizat dan lain-lain pemimpin Umno.............sudahlah Tengku Denan tak payahlah hendak bercakap nanti rakyat semua gelak pada kamu ..................

TAKZIAH BUAT TUAN HAJI MOHD ALI SHARIF SEKELUARGA

Blog ini mengucapkan takziah kepada Tuan Haji Mohd Ali Sharif, Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Bukit Katil di atas kepulangan anaknya ke Rahmatullah malam tadi. Semoga beliau sekeluarga tabah menghadapi ujian ini. Al Fatihah.

24 January 2013

SURVEY : UMCEDEL BAKAL DITUTUP?

Baru-baru ini UMCEDEL membentangkan hasil kajiannya di mana Pakatan Rakyat hanya ketinggalan lima peratus di belakang BN dalam persaingan untuk meraih undi popular dalam pilihan raya, menurut satu tinjauan yang dijalankan di semenanjung Malaysia.


Tinjauan ke atas 1,409 responden oleh Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL) menunjukkan BN mempunyai peluang 42 peratus untuk mengekalkan Putrajaya, manakala Pakatan mendapat 37 peratus peluang – dengan 21 peratus lagi "tidak pasti".

Ia juga menyatakan bahawa populariti Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kini pada tahap 54 peratus.

Seorang pegawai UMCEDEL Prof Mohd Redzuan Othman bagaimanapun memberi amaran, BN akan lebih terjejas sekiranya ia terus menangguhkan pilihan raya.

Menurutnya, terdapat 21 peratus yang masih belum membuat keputusan ketika kajiselidik itu dijalankan. Mereka masih tidak pasti siapa yang akan menawan Putrajaya.

Kalau sebelum ini Ketua Ekonomi Bank Islam, Azrul Azwar dihukum oleh majikannya kerana menyatakan PR berpeluang menang pada PRU 13, tidak mustahil UMCEDEL juga akan menghadapi tindakan yang sama.

Sudah menjadi sifat dan perangai pemimpin BN tidak berani menghadapi kenyataan. Jika ada pihak-pihak tertentu berani memperkecilkan mereka walaupun dengan fakta dan data mereka akan memandang sinis dan kemungkinan akan diambil tindakan.

Mereka mabuk kuasa. Menggunakan kuasa di tangan mereka untuk menekan sesiapa sahaja yang tidak sehaluan dengan mereka. Inilah perangai raja rimba di zaman moden.

Kita tunggu dan lihat ............

23 January 2013

DEBAT : ZAMBRY SAMA DENGAN ALI RUSTAM PENGECUT

Sama seperti Ketua Menteri Melaka, Ali Rustam, Menteri Besar Perak, Zambry Abd Kadir juga takut untuk berdebat dengan Datuk Seri Muhammad Nizar Jamaluddin.

Semalam Zambry mengulangi pendirian tidak akan melayan cabaran Pakatan Rakyat (PR) Perak yang mahu beliau berdebat dengan Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin.

Zambry mendakwa, PR tidak mempunyai isu lain untuk dimainkan ketika ini dan cabaran debat merupakan satu agenda PR untuk mencari publisiti murahan bagi menarik sentimen rakyat.

Ternyata Zambry hanya berani bersuara di media pencacai sahaja. Bila diajak berdebat di hadapan rakyat beliau tidak berani dan tidak berjiwa besar.

"Pada pendapat saya, hanya orang bersalah sahaja akan berbuat macam ini. Sebab itu saya tak nak layan permintaan debat ini, apatah lagi kualiti Mohammad Nizar sendiri sama ada di dalam atau di luar sidang Dun.

"Dalam sidang Dun pun dia (Mohammad Nizar) boleh berbohong, apa lagi di luar. Adakah perlu saya melayan orang seperti ini untuk berdebat dengan beliau. Kalau nak berdebat sekalipun, biarlah dengan orang yang ada kredibiliti," tegasnya.

Beliau berkata, debat berkenaan adalah berkaitan tanah di Kelantan dan beliau tidak dan PR sepatutnya tahu bukan beliau (Zambry) yang membangkitkan isu berkenaan.

“Mereka nak saya debat berkenaan tanah tersebut walhal saya tak pernah bangkitkan dalam Dewan. Malah saya tidak pernah mengeluarkan satu kenyataan pun berkenaan isu itu.

"Jadi apa perlunya panggil saya? Sebenarnya mereka amat terkesan dengan isu berkenaan serta mahu mengalihkan perhatian rakyat kepada debat ini, itu sahaja,” katanya ketika ditemui selepas sesi Hari Bertemu Pelanggan di Bangunan SUK, semalam.

Sebelum ini, PR Perak menjemput pimpinan negeri menyertai Debat Darul Ridzuan dengan tajuk ‘Nik Aziz Rasuah Ngeh Koo Ham, Dr. Zambry Abd Kadir Kayakan Kroni - Siapa Berdusta?’ anjuran mereka, hari ini.

Gambar sekadar hiasan.

LAWAT GAZA TETAPI KERAJAAN HAMAS TIDAK DIIKTIRAF

Najib Razak menjadi Perdana Menteri Malaysia yang pertama menjejak kaki di bumi Palestin apabila beliau mengadakan lawatan kemanusiaan ke Gaza hari ini.

Najib tiba di kawasan sempadan Rafah di wilayah Palestin kira-kira 10.40 pagi (waktu tempatan) atau kira-kira (4.40 petang waktu Malaysia), lapor Bernama.

Ketibaan Najib disambut Perdana Menteri kerajaan Hamas di Gaza, Ismail Haniyeh, di kawasan sempadan.

Lagu kebangsaan Malaysia, Negaraku, dan Palestin berkumandang selepas itu. Najib juga memeriksa kawalan kehormat Pasukan Polis Palestin.
NONE

Namun di saat Najib menunjukkan sikap lunak kepada kerajaan Gaza, pada masa yang sama Najib tidak mengiktiraf Hamas sebagai kerajaan yang sah di Gaza. 

Pernah Menteri Luar Kerajaan Hamas hadir pada satu majlis antarabangsa di Kuala Lumpur. Pada masa yang sama Menteri Luar Fatah juga hadir. Kerajaan Malaysia tidak mengiktiraf wakil Hamas sebaliknya menyanjung dan mengiktirafkan wakil Fatah sebagai perwakilan rasmi dari Palestin.

Jadi tindakan Najib melawat Gaza tidak memberi apa-apa erti jika Hamas masih diketepikan oleh kerajaan Malaysia.

22 January 2013

PAKATAN RAKYAT MENANG MINYAK TURUN HARGA

Hari ini Pakatan Rakyat menang PRU 13 esok minyak turun harga.

Percaya atau tidak. ....Anda cuba dahulu baru tahu.

Pimpinan PR sudah memberikan fakta dengan fakta dan angka bukan cakap-cakap kosong...AYUH BERUBAH UNTUK KESEJAHTERAAN KITA SEMUA.

PAH ZOHRA PENGECUT, TAK BERANI HADIR FORUM

Pengerusi Suara Wanita 1Malaysia (SW1M), Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin tidak akan menghadiri forum Kebebasan Akademik dan Hak Asasi yang dianjurkan Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) malam ini.

Perkara ini disahkan oleh Ahli Majlis Tertinggi SW1M, Ema Lee Abu Samah kepada Sinar Harian semalam.

Ema mendakwa, penganjur forum ini memutar belit fakta dengan mendakwa Sharifah Zohra hadir, sedangkan tiada kata putus dibuat.

Selain Sharifah Zohra, forum tersebut menampilkan KS Bawani, Prof Dr Aziz Bari dan penganalisis politik, Dr Maszlee Malik.


Memang kalau dah dasar pengecut itulah jadinya. Dia tahu dia tidak akan dapat melakukan kezaliman kepada audien pada program ini kerana beliau bukan moderator. Pah pun tahu dia akan diasak dengan soalan-soalan yang dia sendiri tidak mampu untuk menjawabnya. Seperti forum di UUM itu, Pah tidak dapat menjawab pertanyaan Bawani, terpaksa menahan Bawani dari terus bercakap sehingga mengalihkan mikrofon dan menuduh Bawani biadap dan sebagainya.

Begitulah anak didk dan pencacai BN serupa dengan bossnya yang sehingga hari ini tidak berani berdebat dengan pimpinan PR. Pah ....Pah  .....sehingga hari ini rakyat benci melihat gelagat samseng dan tidak bertamadun you .....

SENANGNYA MEREKA DAPAT TANAH

Dulu dapat RM250juta pelihara lembu, kini dapat ratusan ekar tanah. Mudah Wanita Umno dapat tanah. Dunianya macam harta 'meredak' mereka senang-senang faraidkan tanah untuk mereka masing-masing.

Ini gambar tanah kepunyaan Ketua Wanita Umno Selangor Raja Ropiaah ......... Dianggarkan harganya mencecah RM380 juta. Jika dibangunkan dengan projek perumahan ianya meningkat menjadi bilion,bilion,............

Kayanya mereka .....mudah pulak tu dapat tanah. Rakyat bawaham puluhan tahun mohon tanah sekangkang kera pun susah ......


PANAS !!! TERKINI : KASIHAN KAK PAH ZOHRAH TERPAKSA GUNA YOUTUBE PERTAHAN DIRI (VIDEO KLIP)

Listen Listen Listen. Ini orang sudah pening kepala semua orang menyalahkan beliau. Sudah berapa lama baru mahu jawab .....semua orang tak percaya sama you ....anak mami.

Ha3 ....kah3 .....siapa mahu percaya pada you. Orang Umno dan KIMMA pun tak mengaku you ahli dan pimpinan mereka. Kasihan....you seorang-seorang tiada orang mahu sokong you .....

Lain kali sebelum buat apa-apa tindakan fikir dahulu .....Sekarang you tak berani lagi bercakap secara spontan ......takut .....terpaksa baca skrip .....ha3.

You terpaksa gunakan Youtube sebab media pencacai pun tak mau bagi you slot untuk pertahankan diri.....sebab media pencacai tahu tindakan kurang cerdik you itu benar-benar merugikan tuan media pencacai tersebut .....kasihan ....Listen Listen Listen .....



KENALKAH ANDA SIAPA PEMILIK KAD PENGENALAN INI????

Seorang Insan yang bernama Mahathir Mohamad Sepatutnya Ucap Terima Kasih Kepada Tunku... Kalau kewarganegaraan itu tidak diberi kepada bapanya, mungkin hari ini Mahathir berada ditanah air bapanya iaitu di Kerala.

Mahathir Mohamad ini siapa ya? Mungkin ramai yang bernama Mahathir di Malaysia.

Dikatakan ayah Mahathir ini adalah pendatang dari Kerala, Selatan India etnik Malayalam. Iskandar Kutty berhijrah ke Tanah Melayu dan memeluk Islam serta berkahwin dengan orang melayu dan menukar namanya kepada Mohamed.

Di bawah ini pula gambar carian dalam portal SPR di mana Mahathir Mohamad ini mengundi di Titi Gajah Dun Anak Bukit Parlimen Kuala Kedah.

Sahih atau tidak tuan-tuan sila buat carian dan check ..................

GAMBAR PIERRE ANDRE, AZIZUL HASNI SOLAT SUBUH BERSAMA TOK GURU NIK AZIZ

Pierre Andre, Ustaz Zamri Mantop & Pelumba Basikal Trek Malaysia Azizulhasni bersolat subuh di Pulau Melaka bersama Tok Guru Nik Aziz Nik Mat

Sumber : FB Saiful Amri

21 January 2013

BAWANI JUMPA TOK GURU NIK ABDUL AZIZ

Wah! Tuan Guru Nik Aziz pengkhianat Melayu dan Islam kerana membuka tafsir dan terjemahan Al-Quran kepada adik KS Bawani! - ujar machai dengan bersunggug-sungguh!

Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat menunjukkan Al Quran terjemahan kepada Bawani pada pertemuan dengan Bawani.

LAWATAN KE KELANTAN : SUDAH BERAPA KALI MAU JANJI DAA ...

Tujuh projek besar yang diumum Perdana Menteri Najib Razak ketika lawatan ke Kelantan semalam adalah bukti jelas kerajaan pusat tidak pernah meminggirkan Kelantan.

Pengerusi Umno Kelantan Mustapa Mohamed berkata janji itu yang bakal dimasukkan dalam manifesto Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum (PRU) ke-13, menunjukkan Perdana Menteri prihatin akan nasib penduduk Kelantan yang masih ketinggalan pada pelbagai aspek pembangunan.

"Ini juga jawapan tepat kepada tohmahan dan juga tuduhan-tuduhan yang kata kita diskriminasikan Kelantan. Ini terbukti bahawa apa yang difitnahkan pembangkang itu tidak benar," katanya kepada Bernama, di Kota Bharu malam tadi.

Beliau ditemui selepas melawat jurugambar Bernama, Zahari Abdul Razak, yang dimasukkan ke Hospital Pakar Perdana, apabila mengadu sakit pada bahagian perut dan pinggang selepas selesai membuat liputan lawatan kerja sehari Najib, semalam.

Mustapa yang juga menteri perdagangan antarabangsa dan industri, berkata kesemua perkara yang dijanjikan Perdana Menteri itu adalah suatu yang sangat dinantikan masyarakat Kelantan selama ini.

Tujuh projek tersebut merangkumi pembinaan lebuh raya Kuala Krai-Kota Bharu, pembinaan stadium baharu, masjid terbesar dan perumahan rakyat dengan peringkat permulaan melibatkan 3,000 unit.

Projek lain ialah mewujudkan sistem pengangkutan Rapid Kota Baharu, pembinaan kampus bandar Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang boleh memuatkan 5,000 pelajar dan projek menyelesaikan masalah air

Sudah berapa kali janji. Sejak dari tahun 1990 selepas Kelantan jatuh ke tangan PAS, pelbagai janji telah dibuat. Malangnya kebanyakan janji tersebut hanya tinggal janji. Rakyat Kelantan bukannya bodoh dan dungu. Mereka golongan yang celik politik. Mereka sebenarnya tidak hairan dengan pembangunan kerana itu sudah menjadi kewajipan kerajaan pusat dan negeri. Masing-masing ada tanggungjawab dan peranan masing-masing.

Apa yang rakyat Kelantan tuntut sekarang ialah royalti Minyak dan hak pendaratan gas di Kelantan. Kedua-dua perkara ini amat penting kepada Kelantan kerana ianya sudah tentu akan mengubah landskap ekonomi dan politik rakyat Kelantan. Bayangkan berapa banyak manfaat akan diperolehi oleh rakyat Kelantan andai ratusan bilion wang royalti dikembalikan kepada mereka. Bayangkan berapa banyak peluang pekerjaan dan ekonomi terbuka kepada rakyat Kelantan andai kerajaan pusat tidak bertindak bodoh mendaratkan gas yang digali di Kelantan tetapi didaratkan di Siam. 


Stopa tak perlulah bodek Najib. Manakala Najib tak perlu hendak perbodohkan rakyat Kelantan> Ore kapung segehmo doh tahu ...................

UTUSAN KENA BANTAI LAGI

Bila agaknya akhbar pencacai Utusang Meloya akan serik dari tindakannya suka membuat fitnah, membohong dan mengadu domba. Sudah kesekian kalinya akhbar murahan itu disaman dan terpaksa membayar gantirugi. Kalau tidak hiraukan hukum agama pun sekurang-kurangnya malulah kepada rakyat. Sudahlah tidak malu kepada Allah, pada manusia pun tidak malu.

Hari ini Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mendapati Utusan Melayu (M) Bhd dan ketua pengarangnya Datuk Abdul Aziz Ishak memfitnah ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu laporan di akhbar milik Umno itu pada awal tahun lalu.
Hakim Datuk VT Singham dalam penghakimannya mendapati, laporan di muka hadapan dan halaman 10 Utusan Malaysia pada 17 Januari itu menjejaskan reputasi Anwar dan menyebabkan ahli politik itu dicemuh dan dipandang hina.

Mahkamah menetapkan kos sebanyak RM45,000 manakala gantirugi akan ditetapkan pada 15 Februari.

Singham turut menegur Utusan kerana gagal mengamalkan kewartawanan yang bertanggungjawab.

Dalam laporan muka depan bertajuk "Tolak Anwar - Hasan" itu, Utusan memetik kenyataan bekas pemimpin PAS Datuk Hasan Ali yang mendakwa ahli parlimen Permatang Pauh dan ketua umum PKR itu mempersoalkan undang-undang anti-homoseksual di negara ini dan dikatakan mahu menghalalkan lesbian, gay, biseksual dan aktiviti transgender (LGBT).

Ia turut menyiarkan satu lagi artikel yang bertajuk "Parasit ancam PAS, Anwar mesti tolak" di muka surat 10 pada hari yang sama.

20 January 2013

NAJIB JANJI LAGI : JANJI DICAPATI UNTUK KALI 13

Perdana Menteri Najib Tun Razak dalam kunjungannya ke Kelantan hari ini mengulangi janji kerajaan BN untuk membina lebuhraya bagi menghubungkan kawasan Kuala Krai dan Kota Bharu di negeri itu. Janji, janji, janji. 

Listen listen listen, ambo nok janji lagi neh. (Janji lamo pun dok tuna lagi, Janji di Manek Urai pun dok tuna lagi).

Listen Listen Listen Royalti puok ambo mano??

Projek berkenaan diluluskan dalam Rancangan Malaysia ke-5 (1986-1990) dan diluluskan semula dalam Rancangan Malaysia Ke-9 (2006 -2010).

Dalam kunjungannya hari ini, Najib turut mengumumkan enam lagi projek dan berjanji untuk mengumumkan beberapa lagi janji pilihan raya dalam kunjungan seterusnya ke negeri itu.

"Ambo (saya) sebut tujuh perkara ini dan hanya sebahagian sahaja dari manifesto. Tidak lengkap lagi.

"Ambo hendak simpan. Nanti ambo datang lagi, ambo umum yang lain. Ambo simpan modal," katanya seperti dipetik dalam laporanBernama hari ini.

Laporan itu menyebut beliau berucap ketika merasmikan program Jelajah Janji Ditepati di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Tunjung di Kota Bharu.

Ia juga menyebut, Najib turut mengumumkan pembinaan stadium baharu, masjid terbesar dan perumahan rakyat dengan peringkat permulaan melibatkan 3,000 unit.

Projek lain adalah mewujudkan sistem pengangkutan Rapid Kota Baharu, pembinaan kampus bandar Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang boleh memuatkan 5,000 pelajar dan projek menyelesaikan masalah air, menurut laporan itu.

Laporan berkenaan turut menegaskan bahawa 50,000 orang bertepuk tangan dengan gemuruh ketika Najib membuat pengumuman tersebut.

MUHYIDDIN PULA JADI ANAK EMAS MAHATHIR?

Akhir-akhir ini Mahathir memperlekehkan kepimpinan Najib. Pelbagai tuduhan dan dakwaan dibuat kepada Najib. Antaranya pentadbiran Najib lemah dan tak boleh menang besar pada PRU 13 nanti.

Kalau dahulu Mahathir begitu bangga dengan Najib sehingga bertindak memburuk-burukkan Pak Lah kini mungkin peranan Najib untuk Mahathir sudah selesai. Maka Mahathir mencari badut baru untuk menggantikan Najib. Badut baru ini mestilah mengikut telunjuk Mahathir dan yang pasti mesti menjaga kepentingan empayar Mahathir dari segi perniagaan dan kuasa politik.

Dari perniagaan empayar Mahathir memang hebat. Anak-anak Mirzan dan Mokhzani menjadi jutawan dan bilionair. Dari segi politik pula Mahathir mempertaruhkan anaknya Mukhriz yang dilihat akan lebih bersinar karier politiknya andai kata BN menang lagi pada PRU 13. Sebab itu Mahathir terpaksa mencari pemimpin yang lebih hebat dari Najib bagi memastikan kuasa perniagaan dan politiknya tidak tergugat. Mahathir tahu jika PR menang maka habislah 'lubang-lubang' perniagaan dan sinar politik keluarganya. Sudah tentu rekod-rekod lama akan dibongkar dan cita-cita beliau ingin menjadikan Mukhriz mewarisi kepimpinannya sebagai Perdana Menteri hancur berkecai.

Ternyata Mahathir tidak pernah cukup dan puas dengan harta dan kuasa politik yang dikecapinya selama ini. Manusia memang tidak pernah cukup dengan apa yang ada. Lantaran itulah Mahathir bekerja siang-malam untuk memastikan BN terus menang pada PRU 13 nanti. Walau dengan apa cara sekalipun, halal, haram atau harus tidak menjadi hal bagi Mahathir ............
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter