LAWAT GAZA TETAPI KERAJAAN HAMAS TIDAK DIIKTIRAF

Najib Razak menjadi Perdana Menteri Malaysia yang pertama menjejak kaki di bumi Palestin apabila beliau mengadakan lawatan kemanusiaan ke Gaza hari ini.

Najib tiba di kawasan sempadan Rafah di wilayah Palestin kira-kira 10.40 pagi (waktu tempatan) atau kira-kira (4.40 petang waktu Malaysia), lapor Bernama.

Ketibaan Najib disambut Perdana Menteri kerajaan Hamas di Gaza, Ismail Haniyeh, di kawasan sempadan.

Lagu kebangsaan Malaysia, Negaraku, dan Palestin berkumandang selepas itu. Najib juga memeriksa kawalan kehormat Pasukan Polis Palestin.
NONE

Namun di saat Najib menunjukkan sikap lunak kepada kerajaan Gaza, pada masa yang sama Najib tidak mengiktiraf Hamas sebagai kerajaan yang sah di Gaza. 

Pernah Menteri Luar Kerajaan Hamas hadir pada satu majlis antarabangsa di Kuala Lumpur. Pada masa yang sama Menteri Luar Fatah juga hadir. Kerajaan Malaysia tidak mengiktiraf wakil Hamas sebaliknya menyanjung dan mengiktirafkan wakil Fatah sebagai perwakilan rasmi dari Palestin.

Jadi tindakan Najib melawat Gaza tidak memberi apa-apa erti jika Hamas masih diketepikan oleh kerajaan Malaysia.

Comments

Anonymous said…
Lawat Gaza tu sebab terdesak untuk menonjolkan diri supaya nampak lebih keislamanya menjelang PRU13. Kau tengok lepas PRU13 klau menang dan jadi PM lagi, islamnya tah mana dan angkuh memdabik dada lagi...
Anonymous said…
betul.... knp tetiba je plak nak melawat ye tak...
iklan kan diri la... apalagi
nak PRU dah kan
Anonymous said…
http://mstar.com.my/cerita.asp?sec=mstar_berita&file=/2012/11/20/mstar_berita/20121120195557