Baru-baru ini UMCEDEL membentangkan hasil kajiannya di mana Pakatan Rakyat hanya ketinggalan lima peratus di belakang BN dalam persaingan untuk meraih undi popular dalam pilihan raya, menurut satu tinjauan yang dijalankan di semenanjung Malaysia.
Tinjauan ke atas 1,409 responden oleh Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL) menunjukkan BN mempunyai peluang 42 peratus untuk mengekalkan Putrajaya, manakala Pakatan mendapat 37 peratus peluang – dengan 21 peratus lagi "tidak pasti".
Ia juga menyatakan bahawa populariti Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kini pada tahap 54 peratus.
Seorang pegawai UMCEDEL Prof Mohd Redzuan Othman bagaimanapun memberi amaran, BN akan lebih terjejas sekiranya ia terus menangguhkan pilihan raya.
Menurutnya, terdapat 21 peratus yang masih belum membuat keputusan ketika kajiselidik itu dijalankan. Mereka masih tidak pasti siapa yang akan menawan Putrajaya.

Kalau sebelum ini Ketua Ekonomi Bank Islam, Azrul Azwar dihukum oleh majikannya kerana menyatakan PR berpeluang menang pada PRU 13, tidak mustahil UMCEDEL juga akan menghadapi tindakan yang sama.
Sudah menjadi sifat dan perangai pemimpin BN tidak berani menghadapi kenyataan. Jika ada pihak-pihak tertentu berani memperkecilkan mereka walaupun dengan fakta dan data mereka akan memandang sinis dan kemungkinan akan diambil tindakan.
Mereka mabuk kuasa. Menggunakan kuasa di tangan mereka untuk menekan sesiapa sahaja yang tidak sehaluan dengan mereka. Inilah perangai raja rimba di zaman moden.

Kita tunggu dan lihat ............
Comments