DEBAT : ZAMBRY SAMA DENGAN ALI RUSTAM PENGECUT

Sama seperti Ketua Menteri Melaka, Ali Rustam, Menteri Besar Perak, Zambry Abd Kadir juga takut untuk berdebat dengan Datuk Seri Muhammad Nizar Jamaluddin.

Semalam Zambry mengulangi pendirian tidak akan melayan cabaran Pakatan Rakyat (PR) Perak yang mahu beliau berdebat dengan Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin.

Zambry mendakwa, PR tidak mempunyai isu lain untuk dimainkan ketika ini dan cabaran debat merupakan satu agenda PR untuk mencari publisiti murahan bagi menarik sentimen rakyat.

Ternyata Zambry hanya berani bersuara di media pencacai sahaja. Bila diajak berdebat di hadapan rakyat beliau tidak berani dan tidak berjiwa besar.

"Pada pendapat saya, hanya orang bersalah sahaja akan berbuat macam ini. Sebab itu saya tak nak layan permintaan debat ini, apatah lagi kualiti Mohammad Nizar sendiri sama ada di dalam atau di luar sidang Dun.

"Dalam sidang Dun pun dia (Mohammad Nizar) boleh berbohong, apa lagi di luar. Adakah perlu saya melayan orang seperti ini untuk berdebat dengan beliau. Kalau nak berdebat sekalipun, biarlah dengan orang yang ada kredibiliti," tegasnya.

Beliau berkata, debat berkenaan adalah berkaitan tanah di Kelantan dan beliau tidak dan PR sepatutnya tahu bukan beliau (Zambry) yang membangkitkan isu berkenaan.

“Mereka nak saya debat berkenaan tanah tersebut walhal saya tak pernah bangkitkan dalam Dewan. Malah saya tidak pernah mengeluarkan satu kenyataan pun berkenaan isu itu.

"Jadi apa perlunya panggil saya? Sebenarnya mereka amat terkesan dengan isu berkenaan serta mahu mengalihkan perhatian rakyat kepada debat ini, itu sahaja,” katanya ketika ditemui selepas sesi Hari Bertemu Pelanggan di Bangunan SUK, semalam.

Sebelum ini, PR Perak menjemput pimpinan negeri menyertai Debat Darul Ridzuan dengan tajuk ‘Nik Aziz Rasuah Ngeh Koo Ham, Dr. Zambry Abd Kadir Kayakan Kroni - Siapa Berdusta?’ anjuran mereka, hari ini.

Gambar sekadar hiasan.

Comments

lijitra said…
memang jenis umporno@umenongok yg berani tembak dari jauh.bila orang yg depa tembak sahut,depa sembunyi.tak dak telor betoi.