.

.

17 May 2014

PRK TELUK INTAN : 'PENGKHIANAT MELAYU' JADI CALON DAP

Setiausaha  Politik Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Dyana Sofea Mohd Daud dipilih sebagai calon DAP untuk PRK Teluk Intan.

Pemilihan Dyana sangat tepat kerana ketokohan, latarbelakang dan kesungguhan beliau. Selain itu ianya juga membuktikan bahawa DAPadalah  sebuah parti yang matang dan tidak mengamalkan politik sempit perkauman.

Dari tinjauan pemerhati politik dan kajian ringkas di Teluk Intan rakyat khususnya golongan muda menyokong DAP dan PR.

16 May 2014

TAHUKAH ANDA SEBAB MAD SAID MASUK UMNO SEMULA?


Bekas Menteri Besar Terengganu Ahmad Said mendakwa PAS cuba memujuknya supaya menyertai PAS dan ditawarkan dengan jawatan Menteri Besar.

Bagi ahli dan pimpinan PAS kenyataan Ahmad Said cukup menggelikan kerana PAS bukannya sebuah parti bakul sampah yang menerima apa juga jenis sampah. Tetapi PAS adalah sebuah parti Islam yang begitu cermat dalam sepak terajang politiknya. Sesuai dengan kematangan dan disiplin yang ada pada pimpinan dan ahli-ahi PAS.

"Kita PAS tidak ada apa nak tawar kepada dia. Kita tak ada duit RM14 juta nak tawar kepada dia. Kita tidak ada fail untuk angkat ke SPRM ke apa. Kita tak ada samseng nak pukul ugut dia.


Itu kenyataan Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu, Ustaz Satiful Bahri Mamat ketika mengadakan sidang akhbar berkaitan tindakan Mad Said kembali masuk Umno setelah mengumumkan keputusan untuk keluar Umno sebelum itu.

Kenyataan Ustaz Satiful di atas macam menyindir seseorang atau kumpulan. Anda tafsirlah sendiri.!!!!!!!!!!!!!!!!

HEBATNYA BN : PRESIDEN PARTI PUN LETAK JAWATAN

Bayangkan Presiden parti pun boleh keluar parti. Itulah hebatnya parti-parti komponen BN. Kalau ianya terjadi kepada PR 50 hari 50 malam pun tidak habis ceritanya di media pencacaj.

Semslam Presiden Parti Demokratik Progresif Sarawak SPDP Tan Sri William Mawan Ikom mengumumkan keluar parti hari ini.

Turut mengumumkan tindakan sama ialah pemimpin kanan SUPP Datuk Seri Wong Soon Koh.

Dua orang menteri kanan negeri itu akan menyertai parti mesra BN, Parti Tenaga Rakyat Sarawak (TERAS).

BN retak menanti belah. 

13 May 2014

POLITIK TERENGGANU : PAS SEDANG BERTINDAK DENGAN CERMAT

KENYATAAN MEDIA PAS TERENGGANU

Badan Perhubungan PAS Terengganu sedang mengadakan mesyuarat khas berhubung krisi politik yang sedang berlaku sekarang. Bagi pihak pemimpin PAS, saya berharap semua pihak bertenang dan bersabar.

InsyaAllah, atas kepentingan seluruh rakyat, kita akan memutuskan perkara yang terbaik bagi menyelesaikan kemelut ini.

Dari semasa ke semasa, PAS Terengganu akan membuat pemberitahuan kepada media, melalui media rasmi bagi mengelakkan sebarang khabar angin dan kenyataan-kenyataan diluar dari keputusan pemimpin.

Pemimpin PAS Terengganu mengikuti dengan teliti perkembangn yang berlaku ini dari awal dan tindakan yang perlu sedang di ambil.

Sekian dimaklumkan

YB Hj Satiful Bahri Mamat
Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu
Jam 11.35 pagi
13 Rejab,1435/ 13 Mei 2014

KERAJAAN BN TERENGGANU BAGAI TELUR HUJUNG TANDUK

Hanya beberapa jam selepas majlis mengangkat sumpah Menteri Besar baru Terengganu, bekas Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said telah mengumumkan keluar Umno.
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kijal mengisytiharkan diri sebagai Adun Bebas.

"Dimaklumkan bahawa saya dengan ini meletakkan jawatan saya dalam parti berkuatkuasa serta-merta.

Saya juga mengisytihar keluar daripada UMNO dan menjadi wakil rakyat bebas bagi DUN Kijal," katanya dalam surat yang diemelkan kepada AstroAWANI lewat malam tadi.
Langkah Ahmad Said dituruti seorang lagi Adun Umno, Ghazali Taib. Surat perletakan jawatan Adun Ajil itu dari semua jawatan parti dan seterusnya keluar Umno dialamatkan kepada Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor dan turut diemelkan kepada AstroAWANI.
Salinan surat Ahmad dan Ghazali turut ditujukan kepada Speaker Dewan Undangan Negeri (Dun) Terengganu.
Ahmad Said telah meletakkan jawatannya berkuatkuasa Isnin bagi membuka ruang kepada Adun Seberang Takir, Datuk Ahmad Razif Abd Rahman dilantik sebagai Menteri Besar baru.
Ahmad Razif mengangkat sumpah jawatan di hadapan Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin di Istana Syarqiyyah, Kuala Terengganu malam tadi.

Dengan perkembangan terbaru ini, BN dan Pakatan Rakyat masing-masing menguasai 15 kerusi daripada 32 kerusi DUN Terengganu dengan PAS menguasai 14 kerusi dan PKR (1).
Baki dua lagi kerusi disandang Ahmad dan Ghazali yang mengisytiharkan diri sebagai Adun Bebas.
Dalam perkembangan berkaitan, sumber memaklumkan Adun Kemasik dan Adun Bukit Besi juga gagal dihubungi mengakibatkan desas desus bertiup kencang bahawa mereka juga mungkin mengikuti jejak Ahmad dan Ghazali.
Perkembangan terbaru ini meletakkan kerajaan BN negeri seperti di hujung tanduk.
Jika dua Adun Bebas Terengganu ini menjadi ‘mesra Pakatan Rakyat’, besar kemungkinan episod yang  berlaku di Perak pada Februari 2009 berulang di Terengganu.
Dengan kes duluan yang berlaku di Perak yang mengakibatkan kejatuhan Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri apabila dua Adun PKR dan satu Adun DAP  menjadi ‘mesra BN’, apakah kita akan melihat perubahan kerajaan negeri dalam masa terdekat? 

GEMPAR : AHMAD SAID KELUAR UMNO, KERAJAAN BN TERENGGANU BAKAL TUMBANG?

Beberapa jam selepas meletak jawatan sebagai Menteri Besar Terengganu pada Isnin, Datuk Seri Ahmad Said telah mengumumkan keluar dari parti UMNO.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal kini berdiri sebagai ADUN bebas.

Seorang lagi ADUN dari UMNO, iaitu Ghazali Taib yang merupakan ADUN Ajil juga telah mengisytiharkan keluar dari parti tersebut.

Perkembangan itu dimaklumkan oleh Ahmad Said dalam satu email kepada Astro AWANI.


12 May 2014

GEMPAR : BAYI KEMBAR BERPEGANG TANGAN

OHIO – AMERIKA SYARIKAT. Kelahiran sepasang bayi kembar perempuan yang berpegang tangan semalam menyentuh hati doktor dan jururawat yang menyambut kelahiran mereka.

Lebih ajaib, bayi tersebut mampu bernafas dengan sendirinya tanpa memerlukan bantuan alat pernafasan.

Ibu pasangan kembar itu, Sarah Thistlethwaite berkata, kelahiran ini lebih istimewa kerana mereka lahir pada Hari Ibu, lapor AFP.

"Sukar untuk digambarkan dengan kata-kata perasaan ini apabila mendapat tahu bahawa bayi saya berada dalam keadaan baik, " katanya.  

Bayi kembar tersebut  berkongsi kantung amnion dan plasenta.  Kelahiran sedemikian itu dipanggil monoamniotik  atau " mono mono " dan doktor mengatakan ia berlaku dalam kira-kira satu daripada setiap 10,000 kehamilan.

Mereka dilahirkan  pada Jumaat di Pusat Perubatan Besar Akron, dekat sini.

~ sinarharian.

BYE BYE MAT SAID ......AKHIRNYA SAMSENG TUMBANG


RTM TAKUT ATAU DIHALANG DARI SIAR FORUM HUDUD?

Apakah RTM takut atau dihalang dari menyiarkan rakaman forum hudud yang sepatutnya disiarkan pukul 11.00 malam tadi.

AJK Pas Pusat yang juga Ahli Parlimen Sepang, Hanipa Maidin kesal dengan keputusan RTM yang gagal menyiarkan rakaman tersebut seperti yang dijanjikan.

Antara ahli panel lain selain beliau dalam rancangan itu ialah Ahli Parlimen Kluang, Liew Cheng Tong,  Adun Kok Lanas Kelantan, Che Alwi Che Ahmad dan ahli akademik Siti Zubaidah Ismail dari Universiti Malaya.

Rakaman tersebut telah dibuat pada Jumaat lalu. 

RTM belum memberikan sebab kenapa rakaman itu tidak disiarkan.

MESTI TENGOK!!!!! : VIDEO KLIP BUKAN ISLAM SOKONG HUDUD .............TAHNIAH!!!!

Lihat bagaimana seorang rakan kita
berbangsa Cina ini mempertahankan hukum Islam ...........
Bagaimana dengan orang-orang Islam sendiri. Apakah kita yakin kepada hukum Islam?

PRK BUKIT GELUGOR : PERTANDINGAN 4 PENJURU, SIAPA BONEKA BN?

PRK Bukit Gelugor menyaksikan pertandingan 4 penjuru antara calon DAP, PCM dan 2 calon bebas. Persoalan yang timbul sekarang siapa sebenarnya calon boneka BN kerana BN tidak meletakkan calon kali ini. 

Calon DAP, Ramkarpal Singh Deo Karpal Singh sah merebut kerusi Parlimen Bukit Gelugor dengan mempertahankan kerusi yang dimenangi oleh bekas Pengerusi DAP, Karpal Singh pada PRU 2013 yang lalu.

3 calon yang menentang beliau

Pengurus Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Bukit Gelugor, Kapten (B) Anuar Yahya mengumumkan demikian, sejurus tempoh menghantar borang pencalonan ditutup pada jam 10.00 pagi tadi.
ialah Naib Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM), Datuk Huan Cheng Guan, Wan Abu Bucker Sidiq (Bebas) dan Muhamed Nabi Bux Mohamed Sathar (Bebas).
PRK Parlimen Bukit Gelugor diadakan berikutan kematian Karpal Singh dalam kemalangan jalan raya berhampiran Gua Tempurung, Ipoh pada 17 April lepas.  

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan hari mengundi pada 21 Mei ini.  

Pada PRU13 lalu, mendiang Karpal Singh yang mendapat 55,839 undi memenangi kerusi itu dengan majoriti 42,706 undi menewaskan calon BN Teh Beng Yeam, yang memungut 13,597 undi.

TERKINI DARI BUKIT GELUGOR ; 2000 PENYOKONG PR SUDAH BERKUMPUL

Kira-kira 2000 orang penyokong PR telah berkumpul di kawasan kira-kira 300 meter dari Dewan Sri Pinang yang menjadi Pusat Penamaan calon PRK Bukit Gelugor pagi ini.

Ramkarpal calon DAP tiba kira-kira jam 8.35 pagi bersama-sama dengan abangnya Jagdeep dan Gobind Sing serta Ketua Menteri Lim Guan Eng.

Antara pemimpin PR yang kelihatan ialah AJK PAS Pusat, Mujahid Yusof, Ketua Dewan Muslimat PAS, Siti Zailah Yusof, Presiden, Timbalan Presiden PKR dan lain-lain.

Bakal calon dari PCM, Huan Cheng Guan juga kelihatan bersedia untuk menyerahkan borang penamaan calon.

11 May 2014

PRK BKT GELUGOR : NAJIB KECUT PERUT, BN TAK LETAK CALON

BN tidak berani meletakkan calon pada PRK Bukit Gelugor pada penamaan calon esok. Ternyata BN kecut perut kerana mereka tahu mereka akan kalah.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkata beliau menerima keputusan MCA untuk tidak bertanding pada pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Bukit Gelugor namun ia tidak bermakna akan memberi laluan mudah kepada DAP.

Najib yang juga pengerusi BN berkata akan ada calon lain yang akan bertanding dan keputusan akan dibuat bila tiba masanya.

Ditanya adakah BN akan menurunkan calon daripada parti-parti komponen, Najib menjawab: "Bukan daripada komponen tapi pihak-pihak lain akan bertanding mungkin sebagai calon Bebas. Kami akan putuskan kemudian".

Bercakap dalam sidang akhbar kepada wartawan Malaysia selepas menghadiri Sidang Kemuncak Asean ke-24 di Nay Pyi Taw, Myanmar, Najib berkata MCA sebagai sebuah parti sedang dalam proses penyatuan.
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter