RTM TAKUT ATAU DIHALANG DARI SIAR FORUM HUDUD?

Apakah RTM takut atau dihalang dari menyiarkan rakaman forum hudud yang sepatutnya disiarkan pukul 11.00 malam tadi.

AJK Pas Pusat yang juga Ahli Parlimen Sepang, Hanipa Maidin kesal dengan keputusan RTM yang gagal menyiarkan rakaman tersebut seperti yang dijanjikan.

Antara ahli panel lain selain beliau dalam rancangan itu ialah Ahli Parlimen Kluang, Liew Cheng Tong,  Adun Kok Lanas Kelantan, Che Alwi Che Ahmad dan ahli akademik Siti Zubaidah Ismail dari Universiti Malaya.

Rakaman tersebut telah dibuat pada Jumaat lalu. 

RTM belum memberikan sebab kenapa rakaman itu tidak disiarkan.

Comments