TAHUKAH ANDA SEBAB MAD SAID MASUK UMNO SEMULA?


Bekas Menteri Besar Terengganu Ahmad Said mendakwa PAS cuba memujuknya supaya menyertai PAS dan ditawarkan dengan jawatan Menteri Besar.

Bagi ahli dan pimpinan PAS kenyataan Ahmad Said cukup menggelikan kerana PAS bukannya sebuah parti bakul sampah yang menerima apa juga jenis sampah. Tetapi PAS adalah sebuah parti Islam yang begitu cermat dalam sepak terajang politiknya. Sesuai dengan kematangan dan disiplin yang ada pada pimpinan dan ahli-ahi PAS.

"Kita PAS tidak ada apa nak tawar kepada dia. Kita tak ada duit RM14 juta nak tawar kepada dia. Kita tidak ada fail untuk angkat ke SPRM ke apa. Kita tak ada samseng nak pukul ugut dia.


Itu kenyataan Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu, Ustaz Satiful Bahri Mamat ketika mengadakan sidang akhbar berkaitan tindakan Mad Said kembali masuk Umno setelah mengumumkan keputusan untuk keluar Umno sebelum itu.

Kenyataan Ustaz Satiful di atas macam menyindir seseorang atau kumpulan. Anda tafsirlah sendiri.!!!!!!!!!!!!!!!!

Comments

Anonymous said…
klau btl ada kes ke SPRM kenapa SPRM diam saja . tak takut Tuhan ka ??