.

.

26 September 2013

PANTUN MENGENANG JASAMU YANG TIADA GALANG GANTI

Ustaz Azizan Allah sayang
Rasa sedih rasa sayu
Jasamu tetap tetap dikenang
Namamu tetap diingati selalu

Ustaz Azizan ilmunya mendalam
Pandai berhujah tak suka temberang
Pergimu sebagai pejuang Islam
Rakyat sanjung rakyat sayang

Ustaz Azizan sentiasa diingati
Mudah mesra kerja tak berhenti
Sukar mencari pemimpin sejati
Patah tumbuh tidak sama pengganti

Ustaz Azizan sungguh ikhlas
Rakyat gembira rakyat suka
Jihad dan pengorbanan sukar dibalas
Didoakan roh Allahyarham aman bertemuNya

TULISAN INI PERLU DIRENUNGI DAN DIANALISIS DENGAN TELITI

Ada yang bertanya kepada saya, “siapa patut disokong untuk jawatan Timbalan Presiden?”
Saya jawab, “Lihat pada yang ada. Bagaimana prestasinya? Baik atau tidak baik? Memuaskan atau tidak memuaskan? Kalau baik kekalkan. Kalau tidak baik dan dirasakan ada yang boleh memberi prestasi yang lebih baik, maka tukarlah”.
Maka ditanya balik, “Bagaimana soal ulama atau tidak ulama?” Saya jawab lagi, “jawatan ini bukan sebagai suatu ‘penghormatan’, iaitu yang dihormati sebagai ulama maka diberi jawatan tersebut. Jawatan ini datang dengan satu amanah tertentu. Hendak diberi kepada yang boleh melaksanakan tanggungjawab dan amanah yang datang bersama dengan jawatan tersebut. Iaitu kepimpinan, kepengurusan, kebijaksanaan berpolitik, mampu membaca strategi lawan, keberanian, ketangkasan, keamanahan dan lain-lain yang perlu sebagai Timbalan Presiden”.
Bukan kemampuan membuat hukum. Untuk buat hukum dan kawal perjalanan parti dari sudut dasarnya, sudah ada Majlis Syura Ulama dan Dewan Ulama. Di situ keahliannya mesti “ulama”.
Akan tetapi untuk Timbalan Presiden perlu dipilih orang yang boleh memenuhi ciri tersebut. Ciri ini mungkin ada pada ulama, seperti Al-Marhum Ust Fadhil Mohd Noor, TGNA dan juga TGHH. Dan ia mungkin juga ada pada yang bukan ulama. Yang penting yang dipilih mesti atas dasar siapa yang lebih mempunyai ciri ini di kalangan barisan calon yang diketengahkan.
Memilih Timbalan Presiden sesebuah parti politik adalah seperti memilih panglima perang yang akan memimpin tentera dalam medan perang. Khalid Al-Walid bukan yang paling alim ketika dilantik menjadi panglima.
Bahkan semasa perang Mu’tah beliau baru sahaja memeluk Islam. Namun setelah Zaid, Jaafar dan Abdullah Ar-Rawahah gugur, Khalid yang dipilih untuk memimpin tentera Islam kerana kemahirannya memimpin walaupun ada yang lebih alim fiid-dinn darinya. Begitu juga semasa kempen di bilaadil Syams. Khalid Al-Walid menjadi panglima utama sehingga digantikan dengan Abu Ubaidah Al-Jarrah atas arahan Umar kerana terlalu berjaya sehingga dianggap menjejas I’tiqad umat Islam!
Dalam soal memilih Timbalan Presiden, kita memilih Panglima memimpin “perang” di “medan perang” politik.
Maka saya harap, jangan dipilih seseorang atas sebab semata-mata kerana beliau ulama ataupun bukan. Jangan juga menolak seseorang kerana semata-mata dia ulama. Jangan menyokong seseorang kerana semata-mata dia bukan ulama. Jangan juga menolak seseorang semata-mata kerana dia bukan ulama!
Pilih seseorang kerana dia mampu memainkan peranan sebagai Timbalan Presiden secara yang terbaik!
Memimpin parti mengharungi liku perjuangan politik melalui lembah fitnah dan tribulasinya, meredah paya penipuan dan kejahatan lawan serta menggalas cabaran ketinggian puncak kemenangan dan kejayaan.
Orang yang tidak mudah dikelirukan dengan fitnah dan tribulasi, malahan mampu membacanya dan menangkisnya sebelum ianya melanda. Orang yang tidak mudah termakan kata memuji dan janji kosong malah mampu membaca kejahatan disebalik kata manis itu. Orang yang mempunyai wawasan kemenangan yang jelas dan kaedah realistik untuk mencapainya.
Pilihlah orang seperti Sallahuddin Al-Ayubbi atau Muhammad Al-Fatih, atau Nuruddin Az-Zanggi atau Saifuddin Qutus. Mereka bukan dari golongan Juhala’ walaupun bukan juga dari golongan ulama’ namun mereka merupakan pimpinan yang mendepani cabaran zaman mereka dan mengatasinya dengan bantuan seluruh alim ulama dan cendiakawan Islam serta dokongan umat dan rakyat mereka.
Atau pilih orang seperti Ibn Taimiyyah dan anak muridnya Ibn Qayyim atau Shah Wali Allah Delhi. Mereka ulama mujtahidiin wa mujahidin, yang mampu memutuskan hukum tetapi pada masa yang sama mempunyai ketangkasan dan kepimpinan yang sukar ditandingi oleh mana-mana pihak.
Dan kepimpinan mereka berserta dengan ketajaman bacaan politik mereka menyebabkan mereka dilihat sebagai ulama mujahid yang memberi inspirasi kepada umat Islam sepanjang zaman.
Pilihlah, bukan atas dasar klasifikasi dan kelompok, tetapi atas dasar kesesuaian dan kemampuan seseorang itu untuk jawatan yang mencabar sebegini rupa, iaitu Timbalan Presiden Parti Islam SeMalaysia! – 12 September, 2013.
~ Khalid Samad - Themalaysianinsider

24 September 2013

PAS TENANG LEPAS PRU, UMNO TEGANG LEPAS PRU .........

Inilah lebih kurang tajuk satu berita dalam Harakahdaily, tetapi sedarkah kita bahawa ianya tidak memberi kelebihan kepada PAS kerana PAS beramok dan berantakan sebelum PRU sehingga rakyat meluat dan menyampah. Akhirnya ia menjadi salah satu sebab PAS tewas.

Sejak mula isu pergaduhan dan pergeseran dalam PAS Kedah terdetik dalam hati saya bahawa PAS bakal berhadapan laluan sukar kerana jentera menjadi lemah, rakyat benci dan memberi tidak akan memberi kepercayaan kepada PAS. Akhirnya ia menjad kenyataan. Siapa yang hendak dipersalahkan.....

Rakyat beri mandat kepada PAS bukan suruh bergaduh dan berselisih ................rakyat melihat seolah-olah mereka lebih suka bergaduh lebih dari memberi perkhidmatan kepada rakyat.

Bayangkan PAS hanya menang 1 kerusi Parlimen sahaja. Macamana hendak beri sumbangan kepada PR di pusat untuk merampas Putra Jaya.

Lain bergaduh lagi ya ............

23 September 2013

GENGSTER BARU DITEMUI ....AMAT MERBAHAYA SEMUA ORANG KENA

2 kumpulan gengster baru ditemui di Malaysia. Mereka sangat dahsyat kerana bermaharajalela di mana sahaja di Malaysia hatta di Ba'kelalan, Hulu Tembeling, Gua Musang dan Endau-Rompin. Gengster ini menggunakan nama RON95 dan RON97. Mereka menghisap darah setiap dari kita dengan bayaran tambahan sebanyak  20 sen yang dikenakan oleh RON95. Bukan itu sahaja kumpulan RON95 ini akan mempengaruhi pengilang-pengilang dan peraih serta peniaga menaikkan harga barang oleh kerana RON95 menaikkan harganya 'ufti'nya sebanyak 20 sen. Demikianlah dahsyatnya RON95 dan RON 97 ini.

Tetapi tuan kepada kumpulan RON95 dan RON97 adalah jeng, jeng......siapa ? Cuba teka.

Nota : Istilah ini digunakan oleh Dato Tuan Ibrahim Tuan Man dalam ceramahnya baru-baru ini.

22 September 2013

PASTIKAN 4 PROGRAM WAJIB DIJALANKAN OLEH CAWANGAN DAN KAWASAN - DATO TUAN IBRAHIM

                                                                         














Ketua Penerangan PAS Pusat, Dato Tuan Ibrahim Tuan Man berkata PAS di peringkat cawangan
dan kawasan mesti memastikan 4 program tarbiyah wajib dijalankan iaitu Usrah, Tamrin, Muqayyam dan Rehlah.

'Semua cawangan dan Kawasan mesti memastikan program tarbiyyah yang mantap dan berkesan dilaksanakan iaitu Usrah, Tamrin, Rehlal dan Muqayyam"

'Dengan Usrah dan program-program tersebut fikrah dan amalan ahli dan pimpinan akan mantap dan tidak timbul soal tidak faham perjuangan dan pergeseran sesama sendiri" ujar beliau.

Tuan Ibrahim berkata 4 program tersebut mesti dibudayakan supaya organisasi dan gerakerja PAS di semua peringkat menjadi mantap dan sesuai sepanjang zaman.

Beliau juga mencadangkan PAS di semua peringkat menubuhkan Kelab Veteran PAS bagi mengumpulkan semua bekas-bekas kepimpinan dan ahli-ahli veteran.

'Jangan kita ketepikan pengalaman dan sumbangan yang dirintis dan diterokai oleh sahabat-sahabat yang terlebih dahulu berjuang tanpa rasa penat dan letih"

'Jadi kita boleh tubuhkan Kelab Veteran PAS dan syarat-syarat keahlian dan lain-lain boleh dibincangkan kemudian.

Dalam ucapannya Dato' Tuan Ibrahim juga mengucapkan tahniah di atas kejayaan PAS Kawasan Bukit Katil yang berjaya membina sebuah bangunan Komplek PAS Bukit Katil dan membeli 2 buah bangunan iaitu Pejabat PAS Kawasan dan Bangunan PASTI Jaya Insan Bukit Katil. Semua aset tersebut berharga lebih RM1juta.

Sementara itu PAS Kawasan Bukit Katil terus mengekalkan tradisi keharmonian pada pemilihannya apabila semua jawatan utama dimenangi tanpa bertanding. Hanya jawatan AJK sahaja yang dipertandingkan.

Senarai AJK yang dipilih :


Pengerusi Tetap : Haji Salim Tahir
Timb. Pengerusi Tetap : Haji Bakrin Sidek
YDP - Mohd Sofi Abdul Wahab
TYDP - Haji Mohd Ali Sharif
NYDP - Haji Md Yassim Musa
Ketua Urusan Ulama - Ustaz Mohd Khairi Abdul Aziz 
Ketua Pemuda - Jauhar Md Dawi
Ketua Muslimat - Hajjah Maisarah Abu Bakar
AJK : Haji Ramli Dalip
Hj Salamat Aman
YB Dr Md Khalid Kassim
Mohd Yani Ismail
Haji Hassan Mohammad
Haji Mustafa Ali
Haji Abdullah Ahmad
Haji AB Rahhim Idris
Haji Roslee Jamaluddin
Bakhtiar Bashar
Haji Hassanor Md Ali
Haji A Karim Mohamad
Mohd Yusof Abdul Wahab
Mohd Shamsir Muhammad
Haji Mohd Diah Abdul
Haji Nordin Morsed
Pemeriksa Kira-kira : Haji Abdul Malik Abdullah
Pemeriksa Kira-kira : Haji Jaya Muhammad
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter