.

.

15 November 2008

MENGAPA TAKUT KEPADA VIDEO SAJAK KEMATIAN, TETAPI TIDAK TAKUT KEPADA VIDEO TAHYUL ~ Ref Malaysiakini

Saya tidak faham mengapa Video Sajak Kematian ditakuti oleh pemimpin kerajaan tetapi video tahyul dibiarkan terus mengelirukan rakyat dan remaja.

Inilah satu perkara yang pelik dalam fikiran saya.

Pada pandangan saya video sajak kematian ini tiada salahnya kerana ia membangkitkan kesedaran dan keinsafan. Hanya orang yang takut untuk menghadapi kenyataan bahawa kita semua mati sahaja yang takut kepada video ini.

Sementara itu penerbit video itu memberitahu bahawa video tersebut mendapat sambutan hebat di kalangan rakyat.

UMNO SAKIT TAPI TIDAK MAHU BERUBAT ~ Ref Malaysiakini

Semalam Setiuasaha Agung Umno, Tengku Adnan berkata Umno sedang sakit dan akan diberikan ubat.

Malangnya sehingga sekarang kita lihat Umno sedar ia sakit tetapi tidak mahu makan ubat mungkin ia sedar bahawa sakitnya sudah kronik dan tidak mampu diubati lagi. Mungkin hanya menunggu hari untuk dikafankan.

Pemilihan kali ini membuktikan sakit Umno kian kronik dan tenat sehingga begitu ramai pemimpin Umno sendiri mengakui akan fenomenan rasuah politik atau politik wang sehingga 900 lebih laporan salah laku diadukan kepada jawatankuasa tatatertib.

Malangnya pemimpin agung mereka Pak Lah dan AlNajib terus tidak melakukan tindakan yang drastik kerana mereka juga tahu bahawa semua kroni dan anak buah mereka terlibat malah. Jika tindakan betul-betul diambil sudah tentu tidak ada nanti yang layak memimpin Umno kerana semuanya terlibat dengan rasuah politik.

14 November 2008

Surat Buat Shahrizat ` Ref Malaysiakini

Saya bukan ahli Umno, bukan juga penyokong Umno, kalau rasanya salah untuk saya menegur Datuk Seri, mencampuri urusan dalaman parti Datuk Seri, maka terlebih dahulu saya minta maaf. Datuk Seri anggaplah surat ini di luar lingkup politik, jadinya saya adalah seorang rakyat biasa dan Datuk Seri selaku salah seorang penasihat Perdana Menteri adalah pemimpin negara, dari skop itu saya yakin ada kewajaran untuk saya memperkatakan sesuatu tentang Datuk Seri, termasuklah aktiviti Datuk Seri dalam parti yang Datuk Seri dukung, Umno!

Saya lihat senyum pahit Datuk Seri ketika Rafidah Aziz membuat pengumuman setelah bermesyuarat bersama Exco-Exco Wanita Umno, bahawa pelan peralihan kuasa Wanita Umno kekal pada Jun 2009. Lucunya ia akan berlaku selepas hanya tiga bulan Perhimpunan Agung dan Pemilihan Umno berlangsung, iaitu pada Mac 2009, soalnya perlukan Rafidah Aziz bertanding sekali lagi untuk jawatan Ketua Wanita Umno kalau hanya akan memegangnya untuk tempoh tiga bulan? Logiknya tiga bulan adalah satu tempoh yang amat singkat dan tidak cukup untuk Rafidah melakukan sesuatu yang mengesankan buat Umno. Atau apakah benar seperti tilikan sesetengah pihak bahawa ini adalah perang taktikal Rafidah?

Saya kasihan melihat mendung di wajah Datuk Seri, saya dapat membaca yang kali ini politik telah meninggalkan luka yang sangat dalam di hati Datuk Seri, lebih parah berbanding dengan luka kekalahan pilihanraya umum 8 Mac yang lalu.

Bagi mewajarkan satu-satu peralihan kuasa yang berlaku tanpa pertandingan, orang sering menggunakan alasan muafakat, bahawa peralihan kuasa ini adalah bukti betapa tingginya semangat muafakat di kalangan wanita Umno, soalnya benarkah begitu? Saya tabik jika Datuk Seri menerima pelan peralihan kuasa ini atas dasar muafakat. Datuk Seri mungkin secara naïf menerima bulat-bulat maksud muafakat itu, muafakat haruslah jujur, apakah mereka yang lain itu jujur? Apakah mereka juga bermuafakat atau sedang berpakat-pakat untuk tujuan tertentu? Mengapa Datuk Kamilia Ibrahim menolak muafakat ini dan tidak hadir mesyuarat? Saya difahamkan Datuk Kamilia ini sama bahagiannya dengan Rafidah Aziz, kalau muafakatlah anjuran Rafidah, kenapa dia tidak berupaya meyakinkan Datuk Kamilia untuk turut sama menerimanya?

Saya sebenarnya tertarik dengan ulasan seorang penganalisis politik bahawa ini adalah perang taktikal Rafidah Aziz, strateginya adalah untuk menjatuhkan dua orang dengan sekali serangan, serampang dua mata kata orang, menidakkan keupayaan Datuk Seri untuk memimpin dan menafikan peluang Azalina untuk bertapak dalam kepimpinan Wanita. Walaupun ini hanyalah spekulasi, Datuk Seri harus punya pelan B untuk menghadapinya jika ia benar-benar berlaku. Hari ini dalam sesetengah kes siasatan boleh dibuat hanya berdasarkan wujudnya surat layang! Jadi saya rasa Datuk Seri pun patut mula berstrategi sekarang.

Tidak boleh tidak, Datuk Seri perlu melakukan sesuatu demi kelangsungan dan masa depan politik Datuk Seri. Datuk Seri sudah berada dalam keadaan tersepit sekarang. Menerima pelan peralihan kuasa bermaksud Datuk Seri kekal mempertahankan kedudukan Datuk Seri sebagai Naib Ketua Wanita Umno, tetapi kali ini Datuk Seri akan terpaksa berhadapan dengan pertandingan, menentang Datuk Kamilia Ibrahim! Apakah Datuk Seri yakin yang Datuk Seri akan menang? Bolehkah kita jangkakan akan wujudnya undi protes di kalangan Wanita yang telah mencalonkan Datuk Seri sebagai Ketua Wanita Umno, kerana marahkan sifat penakut dan berbaik sangka Datuk Seri, mereka akan mengambil keputusan memenangkan Datuk Kamilia, ke mana Datuk Seri selepas itu, dan apa akan jadi dengan pelan peralihan kuasa Jun 2009? Satu lagi, jika Datuk Seri menentang Datuk Kamilia, Datuk Seri fikir Rafidah akan sokong siapa? Datuk Kamilia itukan sama bahagiannya dengan Rafidah.

Ya, jika Datuk Seri menolak pelan peralihan kuasa tersebut, Datuk Seri akan terpaksa menentang Rafidah Aziz, risikonya saya tahu sama, bila Datuk Seri kalah Datuk Seri tidak akan punya apa-apa lagi. Kalau dah ditelan mati mak, diluah mati bapak, baiklah kita lawan! Sekurang-kurangnya angin perubahan yang sedang melanda Umno boleh Datuk Seri gunakan sebagai penyemarak kempen Datuk Seri. Rafidah bukan “iron lady” yang tidak boleh dikalahkan, carilah Dr. Siti Zaharah Sulaiman dan bergurulah dengannya. Yang penting saya rasa orang akan lebih mengingat Datuk Seri sebagai pemimpin Wanita yang bermaruah jika ditakdirkan kecundang dalam pertembungan dengan Rafidah Aziz, berbanding jika Datuk Seri tewas secara memalukan di tangan Datuk Kamilia Ibrahim.

Mungkin orang akan kata saya ni mengarut, kenapa saya yang pembangkang ni sibuk-sibuk nak beri nasihat kepada Datuk Seri. Tetapi seperti orang selalu cakap, apa-apa ribut, angin sangkakala, bahkan desiran bayu sekalipun yang melanda Umno, ia akan memberi kesan signifikan kepada pemerintahan negara ini. Dan sebagai warganegara ini yang sah, saya berhak untuk berkata sesuatu.

Salam hormat.

zukriaksah.com

SELAMAT TINGGAL UMNO ~ Ref Malaysiakini

Saya mengajak ahli Umno di seluruh pelusuk negara mengucapkan Selamat Tinggal Umno untuk parti yang tua ganyut ini kerana ianya sudah tidak relevan lagi untuk didokongi dan dijadikan payung kepada orang Melayu.

Mengapa saya berkata demikian :-

1) Umno sudah tidak ada ideologi, yang tinggal hanya ideologi bertunjangkan hawa nafsu untuk kekayaan, projek dan kuasa.

2) Umno memang dari dahulu menyimpang dari Islam. Agama Islam hanya digunakan untuk berdoa, nikah kahwin dan hal-hal sampingan lain.

3) Rasuah, politik wang dan tamakkan pangkat serta kuasa sudah menjadi pakaian dan wirid harian pemimpin Umno dari peringkat bawah hingga atasan.

4) Umno sudah menggadaikan Bangsa dan Bahasa Melayu sehingga ianya terpinggir di negeri sendiri.

5) Tanah Melayu semakin hari semakin mengecil lantaran perbuatan pemimpin Umno yang menggadaikan atas nama pembangunan.

6) Kuasa raja dikecilkan oleh Umno

7) dan banyak lagi.

Jadi sudah sampai masanya ahli Umno untuk mengucapkan Selamat Tinggal Umno dan menyertai PAS atau parti-parti Pakatan Rakyat lain.

HUKUM MENTERI YANG BERBOHONG ~ Ref Malaysiakini

Akhirnya Nazri mengaku bahawa beliau 'berbohong' dalam isu pemecatan 6 orang Hakim kanan termasuk Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abas.

Semalam Nazri berkata pembayaran pencen dibuat kepada enam hakim yang dipecat sewaktu krisis kehakiman pada 1988 atas pemintaan Yang di-Pertuan Agong ketika itu

Katanya, beliau telah menemui surat dari baginda ketika itu yang menulis kepada Ketua Setiausaha Negara masa itu, meminta dibayar pencen kepada mereka walau dipecat.

Sehubungan itu, kata Nazri, beliau kesal dengan kesilapannya semasa menjawab satu soalan mengenai pembayaran ex-gratia kepada bekas Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abbas dan lima hakim kanan yang lain, di Parlimen baru-baru ini.Katanya, kenyataan beliau mengenai kemungkinan kesemua hakim tersebut telah dipecat 20 tahun lalu adalah tidak benar.

Isu tercetus apabila Dr Mahathir menempelak Nazri kerana membuat kenyataan bahawa hakim-hakim tersebut tidak dipecat kerana itulah mereka tetap menerima pencen.

Bagi saya kenyataan Nazri sebelum ini merupakan suatu kesalahan besar kerana berbohong di dalam Dewan Rakyat dan juga kepada media. Ini merupakan kesalahan yang serius. Nazri mesti dihukum kerana beliau merupakan seorang menteri. Perbuatannya berbohong ini benar-benar menjejaskan integriti dan imej beliau sebagai menteri dan secara tidak langsung mencemarkan kabinet kerajaan BN. Bagaimana seorang yang berbohong sepertinya boleh meneruskan kerjaya sebagai menteri.

Perdana Menteri mesti mengambil tindakan memberhentikan beliau dari kabinet dan digantikan dengan orang lain yang lebih jujur, telus dan berintegriti.

Pada 10 November lalu, Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor) meminta Nazri dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan kerana mendakwa kenyataan menteri bahawa bekas-bekas hakim tersebut bukannya dipecat tetapi ditamatkan perkhidmatan lebih awal, adalah satu pembohongan besar.

13 November 2008

MEDIA CUBA KELIRUKAN RAKYAT DALAM ISU PPSMI ~ Ref Malaysiakini

Media elektronik cuba mengelirukan rakyat Malaysia dalam isu PPSMI apabila menemuramah Penjaga dan pelajar Sekolah Kebangsaan Damansara. Sudah tentulah mereka itu tidak bermasalah dengan PPSMI kerana semua faham penjaga dan pelajar di bandar memang mahir menggunakan Bahasa Inggeris.

Persoalannya mengapa media tidak menemuramah penjaga dan pelajar di luar bandar seperti di Baling, Jeli, Hulu Tembeling, Keningau dan sebagainya. Ternyata media terus digunakan untuk menipu dan menghalalkan segala kesalahan kerajaan.

Jangan cuba mengelirukan rakyat dengan taktik kotor dan tidak telus sebegini.

Di bawah ini saya postingkan tulisan blogger angkasanuri tentang isu PPSMI dan keputusan UPSR yang diumumkan hari ini. Tulisan beliau ini menarik untuk direnungi.

UMUM MARKAH LULUS MATEMATIK DAN SAINS DALAM UPSR UNTUK BUKTI PPSMI BERJAYA (http://angkasanuri.blogspot.com)

Menteri Pelajaran,Datuk Seri Hishammuddin Hussein mendakwa Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang dilaksanakan sejak 2003 tidak gagal berdasarkan keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang diumumkan pada hari ini.

"Ini bukti PPSMI ini tidak gagal tetapi saya tidak katakan dasar ini sudah lengkap atau tepat dan ia boleh diperbaiki," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Jubli Emas Sekolah Kebangsaan Paloh Pintu Gang di sini, hari ini.

Hishammuddin berkata demikian mengulas desakan termasuk daripada tokoh akademik yang mahukan subjek Sains dan Matematik kembali diajar dalam Bahasa Malaysia bagi mengelakkan bahasa itu terpinggir.

Pada pengumuman keputusan UPSR hari ini, seramai 46,641 atau 9.2 peratus daripada 518,616 calon memperoleh gred A dalam semua mata pelajaran yang diambil. Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimudin Mohd Dom ketika mengumumkannya berkata keputusan itu adalah lebih baik berbanding purata 7.8 peratus yang mencapai keputusan yang sama untuk tempoh lima tahun sebelumnya.

Mengulas perkara itu, Hishammuddin berkata pada UPSR lalu, 57 peratus calon telah menjawab soalan menggunakan Bahasa Inggeris dan ia membuktikan calon juga selesa untuk menggunakan bahasa tersebut dan ia adalah satu kebanggaan kementerian.

Walau bagaimanapun untuk lebih telus dan berani , Hishamuddin harus mendedahkan berapa sebenarnya markah lulus untuk subjek matematik dan sains sebelum boleh mendabik dada dengan mengatakan bahawa PPSMI telah berjaya.

Persoalannya,adakah kerana hendak menjaga maruah dan imej kerajaan yang telah mengeluarkan belanja lebih RM 5 bilion untuk program PPSMI ini maka gred graf markah lulus telah diturunkan?

Apa guna ramai calon lulus seperti diumumkan tetapi jika markah lulus untuk subjek matematik dan sains yang diajar dalam bahasa Inggeris hanya sekitar 20%? Hanya meningkat segi kuantiti tetapi segi kualiti merudum jauh.Justeru itu, Hishamuddin perlu mendedahkan data yang sebenar tanpa berselindung untuk benar-benar membuktikan kepada umum bahawa program PPSMI ini telah berjaya.


MCA RETAK MENANTI BELAH ~ Ref Malaysiakini

MCA semakin bergolak. Isu ini memang dijangkakan kerana Presiden MCA sekarang Ong Tee Kiat memang tidak 'ngam' dengan Timbalan Presidennya, Chua Soi Lek sejak dari dahulu. Mereka datang dari kem yang berlainan iaitu Ong dari kem 'Lim Ah Lek' manakala Chua dari kem Ling Liong Sik.

Krisis MCA nampaknya memuncak kembali selepas Ong Tee Keat membentuk kabinet baru MCA baru-baru ini. Dari barisan yang dibentuk Ong, ternyata Presiden MCA itu mengenepikan Chua dari jawatan-jawatan utama. Malah Chua juga tidak diberikan sebarang jawatan penting. Malah jawatan Pengerusi MCA negeri pun tidak diserahkan kepada beliau.

Lebih teruk lagi ramai pemerhati mendakwa bahawa nama Chua Soi Lek langsung tidak dihantar kepada Perdana Menteri sebagai calon untuk menjadi Menteri seperti menjadi tradisi sebelum ini. Ini menurut pemerhati menyebabkan Soi Lek semakin marah kepada Tee Keat.

Dalam kenyataannya kepada Malaysiakini di Petaling Jaya hari ini, Timbalan Presiden MCA itu berkata beliau tidak mahu kepimpinannya (Presiden MCA) memberitahunya bahawa Perdana Menteri tidak bersetuju beliau dilantik (jadi menteri), sedangkan mereka (Presiden) sebenarnya tidak langsung menyenaraikan nama untuk dihantar kepada Abdullah.

Nampaknya marah benar Chua kepada Tee Keat dalam isu ini.

Tidak syak lagi sejarah lama iaitu perbalahan antara Presiden dan Timbalan Presiden MCA akan berulang kembali. MCA kini seolah-olah retak menanti belah.

SELAMAT TINGGAL KEMEWAHAN ~ Ref Malaysiakini

Selamat Tinggal Kemewahan. Itulah yang boleh saya katakan apabila membaca berita tindakan kerajaan negeri Pulau Pinang di bawah Pakatan Rakyat yang mengambil keputusan-keputusan berikut :-

1) Semua kakitangan kerajaan negeri termasuk Ketua Menteri tidak dibenarkan menggunakan penerbangan kelas 1 atau kelas perniagaan.

2) Penginapan semua kakitangan hanya di bajet hotel apabila menjalankan tugas di luar Pulau Pinang.

3) Semua majlis anjuran kerajaan negeri hendaklah diadakan di Dewan Serbuna atau Kompleks Sukan yang bersesuaian bukannya di Hotel.

4) Tidak perlu beri hadiah (kepada pemimpin kerajaan) dalam apa-apa juga majlis rasmi kerajaan dan jabatan-jabatan kerajaan.

Keputusan di atas dikeluarkan secara rasmi dalam mesyuarat mingguan exco semalam.

Sebelum ini pun YAB Ketua Menteri, Lim Guan Eng telah pun mengamalkan kesederhanaan sewaktu beliau mula memimpin kerajaan negeri.

Tindakan ini jelas membuktikan bahawa kerajaan Pakatan Rakyat sentiasa mementingkan kepentingan rakyat dengan tidak bermewah-mewah dalam membelanjakan wang rakyat untuk kesenangan pemimpin dan pegawai-pegawai.

Ini berlainan sekali dengan kerajaan BN samada di peringkat pusat atau negeri yang sentiasa menanti peluang untuk 'ngap' duit rakyat dalam urusan ke luar negeri dan sebagainya.

Calon Timbalan Presiden Umno punya rekod buruk, siapa? ~ Ref Malaysiakini

Saya postingkan disini sebahagian tulisan Roslan SMS tentang salah seorang calon Timbalan Presiden Umno untuk tatatpan perwakilan Umno yang akan memilih Timbalan Presiden Umno pada pemilihan Umno akan datang.

Walaupun saya yakin Tuan-tuan masih ingat cerita-cerita ini, tetapi bagi menguatkan lagi ingatan tuan-tuan, saya postingkan tulisan Roslan SMS ini untuk membantu tuan-tuan memilih calon-calon yang benar-benar berwibawa nanti.


Semalam bekas Presiden Umno Tun Dr Mahathir membuat ulasan tentang pertandingan jawatan Timbalan Presiden Umno. Beliau mempertikaikan bagaimana salah seorang calon yang menurut beliau memiliki “very bad history” (sejarah yang sangat buruk) boleh layak bertanding.

Pasti katanya terdapat kerja-kerja kotor sehingga orang berkenaan yang walaupun mempunyai rekod buruk dapat meluncur laju dari belakang mengumpul pencalonan sehingga akhirnya layak bertanding.

Siapakah calon Timbalan Presiden Umno yang memiliki sejarah yang sangat buruk itu?Muhyuddin Yassin? Saya yakin Tun tidak memkasudkan beliau kerana Tun telah mengeluarkan kenyataan bahawa Muhyuddinlah yang paling layak untuk jawatan itu.

Jadi tinggal dua iaitu antara Ali Rustam dan Mat Taib, yang mana satu?Ali Rustam saya tidak berapa tahu sejarahnya, dan beliau pun tidak pernah menonjol dari sudut skandal (walaupun ini tidak bermakna beliau bersih).

Tetapi Mat Taib memang berjela-jela sejarahnya. Kalau Selangor dahulu tiada jawatan Timbalan MB tetapi semasa Mat Taib menjadi MB Selangor, Almarhum Tuanku Sultan telah menitahkan agar diwujudkan jawatan TMB kerana Tuanku tidak mahu berurusan dengan MBnya!

Seluruh Selangor malah saya yakin seluruh Malaya tahu akan skandal Mat Taib yang terbit dan hangat ketika itu. Mat Taib juga memegang rekod tertangkap dengan berkilo-kilo wang tunai di dalam bag galasnya ketika di Australia, walaupun beliau kemudian dibebaskan mahkamah atas sebab-sebab teknikal namun hakikatnya duit dalam bag galasnya yang berta berkilo-kilo itu tetap miliknya.

Mungkin Tun tidak maksudkan Mat Taib, mungkin kawin lari dengan anak Raja dan bolos dengan berkilo-kilo wang tunai tu belum buruk lagi, kerana mungkin ada yang lebih buruk dari itu, hanya Tun yang tahu.Hakikatnya dengan terjahan Tun ini sukar untuk rakyat Malaysia tidak ambil pusing darihal rumah tangga Umno yang bergolak itu. Semoga kita diselamatkan dari semua jenis pemimpin yang bergelumang dengan sejarah buruk termasuklah Tun jika beliau juga demikian.

(Tetapi calon Timbalan Presiden MCA walaupun ada rekod buruk menang juga!?!)

PERDANA MENTERI BUKAN MELAYU : KALAU BUKAN MAHATHIR YANG KATA, SUDAH PASTI DICEMUH DAN DICACI ~ Ref Malaysiakini

Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, sesiapa saja, baik Melayu atau bukan Melayu, boleh menjadi Perdana Menteri Malaysia asalkan dia "Bangsa Malaysia".

Bekas Perdana Menteri itu berkata, undang-undang negara ini menetapkan bahawa siapa saja boleh menjadi Perdana Menteri tetapi dia mestilah pemimpin sebuah parti yang mendapat sokongan majoriti.

Saya yakin kalau kenyataan ini dibuat oleh pemimpin Pakatan Rakyat sudah pasti orang itu akan dicaci, dicemuh dan dibantai sehebat-hebatnya oleh pemimpin Umno. Namun oleh kerana Mahathir yang berkata demikian maka pemimpin Umno tidak berani untuk mengeluarkan kenyataan menghentam Dr Mahathir.

Nampaknya Dr Mahathir masih berbisa dan kuat sehingga pemimpin Umno tidak berani 'menjentik' beliau.

Mahathir berkata demikian ketika diminta mengulas sama ada Malaysia sudah bersedia mempunyai seorang Perdana Menteri daripada kalangan bukan Melayu ekoran pemilihan Barack Obama sebagai orang kulit hitam pertama menjadi Presiden Amerika Syarikat.

Dalam ucap utamanya sebelum itu, Dr Mahathir berkata parti berasaskan kaum dalam Barisan Nasional (BN) masih relevan untuk menangani isu perkauman. "BN telah membuktikan bahawa sejak 50 tahun lepas, parti itu telah mengurangkan perbahasan mengenai perkauman dan telah membangunkan negara ini ke tahap yang ada pada masa ini," katanya.

PILIHANRAYA KECIL DI KEDAH? ~ Ref Malaysiakini

Kemungkinan satu lagi pilihanraya kecil akan berlaku dalam jangkamasa terdekat. Kali ini di negeri Kedah iaitu di DUN Kuala Nerang berikutan keputusan mahkamah mengisytiharkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Nerang, Datuk Syed Sobri Syed Hashim (gambar) muflis.

Timbalan Pendaftar Najwa Che Mat telah mengisytiharkan Syed Sobri sebagai muflis 3 November lalu. Bagaimanapun Syed Sobri telah mengemukakan rayuan dan permohonannya akan didengar pada 1 Disember ini.

Speaker Dewan Undangan Negeri, Dr. Abdul Isa Ismail telah mengemukakan surat makluman mengenainya kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Jika Pilihanraya Kecil ini menjadi kenyataan saya yakin ianya menjadi kayu pengukur khususnya kepada 'performance' kerajaan Pakatan Rakyat Kedah dan kerajaan-kerajaan Pakatan Rakyat negeri lain.

Namun begitu mengikut kebiasaanya BN akan tetap cuba untuk menyelamatkan ADUN mereka dalam kes muflis seperti ini. Saya jangkakan BN dan Umno akan membantu ADUN ini untuk melangsaikan hutangnya berjumlah RM100,000 itu.

Untuk rekod, PAS dan Umno mempunyai kekuatan yang agak seimbang di dalam DUN ini.

Pada 8 Mac lalu, Syed Sobri yang memperolehi 7,856 undi menewaskan calon PAS, Bekas Ahli Parlimen Padang Terap Ustaz Zawawi Ahmad dengan kelebihan 805 undi.

ISU FATWA : 'RESPONSE' DARI SEORANG TETAMU BLOG INI ~ Ref Malaysiakini

Artikel ini dihantar melalui email (masjmps@yahoo.com.my).

Lanjutan dari pertanyaan "mana suara pemimpin PAS" . Saya ingin memberikan sedikit respons.. Bagi saya bukan mereka tidak mahu bersuara tapi mungkin malas nak layan disebabkan sepatutnya dalam 50 tahun pemerintahan BN yang mengaku beragama ISLAM , demonstrasi seperti ini tidak lagi berlaku diMalaysia.

Malangnya diatas ketidaketahuan (kejahilan) mereka diatas keindahan ISLAM yang merangkupi segenap kehidupan, dari segi akhlak,adab budaya,nilai-nilai kemanusiaan, ekonomi,harta,hiburan,kesenian serta undang-undang lalu bantahan diatas fatwa ini diadakan. Lalu siapakah yang perlu dipersalahkan?

Apabila Keindahan serta kecantikan ISLAM yang sebenar tidak dapat diterjemahkan diMalaysia lalu ia dimusuhi.. Kenapa terjadi begini? Mari kita imbas kembali bersama-sama. Kita ambil 50 tahun terutama 22tahun dibawah pemerintahan BN yang berperdana menterikan seorang yang digelar Tun Mahathir Muhammad.

Sepatutnya natijah dari 22 tahun dibawah pemerintahannya yang mengaku Malaysia sebuah negara Islam, maka Kesyumulan ,keharmoniaan serta ketenangan ISLAM dapat dirasakan mulai sekarang.

Tapi sayang , seribu kali sayang..apabia Tun Mahathir berkuasa menguasai undang-undang sehinggakan begitu berani mencaci serta memburuk-buruk imej terhadap ISLAM ..Sebenarnya tindakan ini bukan sahaja membahayakan diri sendiri malah membahayakan diri orang lain.

1. Langkah pertama Mahathir memusnahkan kehakiman dan sistem keadilan Malaysia bagi kepentingan politik beliau adalah memecat Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abas atas beberapa tuduhan palsu . Antaranya mendakwa Tun Salleh Abas cuba "mengemukakan undang-undang ISLAM dan cuba untuk mentafsirkan semula undang-undang sekular mengikut undang-undang ISLAM.

2. Antara lain, tuduhan keatas Tun Salleh adalah seperti berikut:*" ...Kamu telah membuat rujukan khas terhadap peranan pentafsiran hakim-hakim dan kamu telah menganjurkan penerimaan sistem perundangan ISLAM..."* " Kamu telah menangguhkan secara sine die (tanpa memberikan sebarang tarikh perbicaraan) kes Teo Eng Huat lawan kadhi Pasir Mas, Kelantan dan seorang lain ( Rayuan NO 220,1986) yang melibatkan isu pemilihan agama oleh seorang kanak-kanak bawah umur.

3.Menyekat ulama' memberi ilmu dimasjid dan disurau.(telah disenaraikan nama2 mereka seramai 12 orang)

4."Negara akan menjadi huru hara sekiranya undang-undang ISLAM dilaksanakan (kenyataan Najib Razak, 20 April 1983 kepada para wartawan) 5...."Jika kita mempunyai undang2 ISLAM dan kita bersikap longgar , ianya akan membuatkan ramai mencuri kerana undang2 ISLAM mengkehendakki empat saksi terdiri dari orang alim dan kuat agama. Adalah sukar mencari 4 orang saksi yang begini sekarang ini.(Dato' Seri Dr Mahathir Mohammad, 16 Julai 1982, Utusan Malaysia.

5.Menukar guru-guru sekolah dan kakitangan awam yang tidak menyokong UMNO dan Barisan Nasional.

6.Menganaktirikan negeri-negeri yang menyokong kerajaan yang mahu laksanakan syariat ISLAM

7.Menghalang kuliah,tazkirah dan halaqah ilmu dibuat dimasjid, surau dan pejabat-pejabat kerajaan.

8.Menyekat semua tazkirah Ramadhan

9.Menganggu sistem pendidikan ISLAM , sama ada sekolah pondok, sekolah agama mahupun tadika ISLAM atau Pusat Asuhan Tunas Islam(PASTI)

10.Menyulitkan pelajar-pelajar aliran agama untuk menyambung pengajian diUniversiti Terkemuka Timur Tengah

11.Memecat ahli jawatankuasa masjid dan surau yang tidak menyokong BN dan UMNO ........bersambung(Banyak lagi...)

Dengan ini jelas menunjukkan kepada kita bahawa ruangan untuk mengenali ISLAM yang indah telah disekat dari segala sudut, disegenap ruang, disetiap perincian menyebabkan rakyat tidak nampak keindahan ISLAM.

Maka tidak hairanlah demonstasi bantahan terhadap Fatwa sebegitu mudah diadakan. Contoh telah diberikan oleh mereka yang berkuasa.pada hari ini terutama perasuah.

Oleh itu apa yang saya ini cuba sarankan agar kelima-lima buah negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat sekarang merebut peluang seluas-luasnya untuk melestarikan kebajikan serta menerangkan tentang SYARIAT ISLAM selebar-lebarnya kepada rakyat hari ini agar mereka mengetahui bahawa ISLAM itu UNIVERSAL...tak mustahil apabila mereka mengetahui bahawa ISLAM itu indah..orang-orang yang berdemonstrasi membantah fatwa hari ini..mereka juga yang akan bangkit berdemonstrasi dengan menulis dibanner perkataan "KAMI MAHU HUDUD DIJALANKAN"..tak mustahil .

Apabila ilmu tentang syariat ISLAM dapat diperjelaskan sejelas-jelasnya kepada semua rakyat yang berbilang kaum bermula pada hari ini ..maka tidak mustahil tahun 2020 tertegaknya satu PENEGAKAN SYARIAH. INSYAALLAH. Oleh itu marilah kita bersama-sama mencernakan keindahan ISLAM sesama kita agar ciri-ciri UNGGUL masyarakat ISLAM yang kita idamkan terhasil..

masturah hasan

ISU FATWA : SOKONG KENYATAAN ABIM

Saya menyokong pandangan Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) yang memandang berat tindakan pihak-pihak tertentu menganjurkan protes umum atau membuat kritikan terbuka terhadap fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan mengenai pengharaman perlakuan tomboy atau pengkid serta fatwa mengenai Yoga yang sedang dipertimbangkan.

Semalam Presiden Abim, Yusri Mohamad berkata, Majlis Fatwa Kebangssaan merupakan sumber rujuk utama bagi umat Islam di negara ini untuk mencari penyelesaian tentang sebarang kemusykilan mengenai hal-hal agama.

Menurutnya fatwa yang dikeluarkan, akan melalui proses perbincangan yang teliti dan bersandarkan kepada sumber-sumber hukum sahih serta kaedah-kaedah perundangan Islam yang muktabar.

Yusri juga berkataa fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan tidak patut dipertikaikan dengan mudah. Jika pertikian tetap timbul, tambahnya, ia hendaklah disalurkan ke proses perbincangan yang tertutup.

Menurutnya lagi ia sama sekali tidak sesuai menjadi perbahasan di kalangan masyarakat awam, lebih-lebih lagi jika dijadikan bahan untuk menganjurkan protes umum atau demonstrasi. Abim juga khuatir tindakan pihak-pihak tertentu, terutama sekali pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan bukan Islam, melakukan protes terbuka terhadap fatwa Majlis Fatwa Kebangsaan, akan mencetuskan suasana ketegangan dan perselisihan di kalangan umat Islam khususnya dan masyarakat amnya di negara ini.

Abim, tambah Yusri, berpendapat bahawa pendekatan terbaik untuk menangani sebarang kemusykilan dan pertikaian mengenai fatwa Majlis Fatwa Kebangsaan adalah dengan disalurkan secara sihat melalui perbincangan ilmiah tertutup yang disertai oleh pihak ataupun individu yang mempunyai kepakaran dalam isu yang dibincangkan.

Pada yang sama, Abim mencadangkan agar Majlis Fatwa Kebangsaan atau pihak berkuasa agama yang berkenaan, mengambil inisiatif lebih agresif untuk menjelaskan kepada masyarakat umum, rasional fatwa pengharaman tomboy atau pengkid, untuk meningkatkan kefahaman masyarakat pelbagai agama di negara ini mengenai isu tersebut.

Dalam posting yang lalu saya juga menegaskan bahawa pihak-pihak bukan Islam maupun orang Islam sendiri yang jahil tentang Islam tidak layak untuk mempertikaikan keputusan Majlis Fatwa. Hanya individu yang mahir dan faham selok belok agama sahaja yang berhak untuk mempertikaikannya.

Namun ini tidak bermakna pintu perbincangan dan muzakarah antara pihak-pihak tertentu dengan majlis fatwa ditutup. Saya mencadangkan untuk masa akan datang pihak-pihak yang tidak berpuashati atau tidak bersetuju dengan fatwa ini boleh mengadakan pertemuan dalam keadaan muhibbah bagi menyelesaikan apa juga kekusutan.

TANDAS HOSPITAL MELAKA KOTOR ? ~ Ref Malaysiakini

Pagi ini semasa memandu kereta ke destinasi yang saya tuju, saya mendengar rungutan seorang pemanggil Radio IKIM.Fm yang merungut bahawa tandas Hospital Melaka kotor. Saya tidak pasti samada dakwaannya betul atau tidak.?

Namun saya mengharapkan pihak hospital dapat membuat penyiasatan rapi tentang dakwaan itu kerana jika benar, ia jelas memburukkan nama Hospital dan Kementerian Kesihatan.

Andai dakwaan itu tidak betul saya harap pihak yang membuat dakwaan supaya berhati-hati pada masa depan kerana ini melibatkan maruah, imej dan persepsi masyarakat umum kepada hospital. Lebih-lebih lagi dakwaan ini dibuat didalam radio yang didengari oleh mungkin jutaan pendengar.

Sekian, harap dapat diambil tindakan segera!!!

12 November 2008

SIAPA PEMBOHONG : HUKUM NAZRI DAN MAHATHIR ~ Ref Malaysiakini

Sehingga kini siapa yang berbohong dalam isu pemecatan 6 orang hakim boleh saya pastikan. Atau mungkin saya ketinggalan dari mendengar berita tersebut.

Tetapi saya yakin jika benar salah seorang dari mereka telah dihukum sudah tentu riuh rendah media melaporkannya.

Saya hairan mengapa parlimen dan rakyat Malaysia membenarkan seorang menteri atau bekas Perdana Menteri ini dibiarkan membohongi rakyat.

Nazri sebagai menteri menafikan 6 orang hakim itu dipecat manakala Dr Mahathir mempertahankan tindakan beliau dahulu bahawa mereka bukan diarahkan berhenti tetapi mereka dipecat.

Jadi seperti posting saya dahulu, saya mengatakan sudah tentu salah seorang dari mereka adalah pembohong yang nyata. Nazri mungkin berbohong di parlimen dan Dr Mahathir mungkin berbohong di dalam kenyataan media.

Saya yakin bukan susah untuk menyelidiki samada Dr Mahathir atau Nazri yang berbohong. Buka sahaja fail lama tentang rekod pemberhentian keenam-enam hakim tersebut. Sudah tentu kita akan berjumpa dengan jawapannya. Takkan tindakan memberhenti atau memecat mereka ini tidak direkodkan!!

Selain Tun Salleh Abbas, lima bekas hakim Mahkamah Agung yang terlibat dalam isu ialah Tan Sri Azmi Kamaruddin, Allahyarham Tan Sri Eusoffe Abdoolcadeer, Allahyarham Tan Sri Wan Suleiman Pawanteh, Tan Sri George Seah dan Tan Sri Hamzah Mohamed Salleh.

Persoalan ini timbul selepas kerajaan membayar ex-gratia kepada mereka berjumlah RM10.5.

Selain itu dakwaan Dr Mahathir bahawa mereka dipecat juga menimbulkan kesangsian kerana Tun Salleh menerima bayaran pencen bulanan sebanyak RM5,102, Seah pula menerima RM5,916, Hamzah (RM6,508), Wan Suleiman (RM4,815), Eusoffe (RM4,815) dan Azmi (RM5,916).

Sudah menjadi peraturan di dalam negara kita bahawa penjawat awam yang dipecat tidak akan menerima pencen dan imbuhan lain.

IKUT SARANAN MAHATHIR : HAMPIR SEMUA PEMIMPIN UMNO KENA BUANG ~ Ref Malaysiakini

Bekas Presiden Umno menyatakan bahawa pemimpin-pemimpin Umno yang mengamalkan politik wang sewajarnya dibuang daripada parti supaya ia menjadi pengajaran kepada yang lain.

Dr. Mahathir berkata, seluruh negara mengetahui bahawa pemimpin-pemimpin Umno, walaupun bukan semua, mengamalkan politik ketika pemilihan parti.

Justeru, kata beliau, mereka boleh menjadi pemimpin tetapi tidak mungkin dipilih oleh rakyat.

Bekas Perdana Menteri itu tidak menolak kemungkinan gejala politik wang wujud bagi jawatan Timbalan Presiden dengan mengambil kira keputusan proses pencalonan apabila persidangan perwakilan bahawan berakhir 9 November lalu.

Bagi saya jika ahli-ahli Umno mengikut dan menuruti apa yang dicadangkan oleh bekas Adi Jagat mereka sudah tentu hampir semua pemimpin Umno yang akan bertanding Mac ini akan dibuang. Ini kerana boleh dikatakan majoriti mereka suka memang pengamal rasuah berupa politik wang.

Malah Pengerusi Lembaga Disiplin Umno, Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail menyifatkan gejala politik wang sebagai paling serius.

Beliau meminta pucuk pimpinan Umno segera menyelamatkan parti itu daripada kehancuran berikutan berleluasanya politik wang pada pemilihan sekarang yang disifatkan paling serius dengan lebih 900 aduan telah diterima setakat ini.

Sebagai contoh ada salah seorang calon Ketua Bahagian di Melaka membayar RM10,000 untuk mendapat satu pencalonan dari satu cawangan dan beliau mengeluarkan belanja sebanyak RM100,000 untuk mendapatkan 10 pencalonan. Malangnya beliau terpaksa menarik diri kerana diarahkan untuk berbuat demikian untuk memberikan laluan kepada seorang lagi calon Ketua Bahagian untuk menang tanpa bertanding.

WANITA UMNO BAKAL 'BERTARIK RAMBUT' ~ Ref Malaysiakini

Nampaknya kemelut perebutan jawatan dalam Pergerakan Wanita Umno semakin hebat lantaran sikap tamakkan kuasa Ketua mereka, Rafidah Aziz yang masih mahu memegang jawatan itu sehingga Jun tahun depan.

Sikap ini membuatkan Naib Ketua Wanita dalam keadaan serba salah samada bertanding menentang Cik Dah ini atau sekadar mempertahankan jawatan sekarang. Jika Shahrizat atau nama mesranya Juhi Chawla tidak berani bertanding jawatan ketua, beliau bakal ditentang oleh Kamalia Ibrahim untuk jawatan Naib Ketua. Kamalia siang-siang lagi sudah membuat pengisytiharan tetap akan bertanding jawatan Naib Ketua.

Masalah sekarang ini sikap Cik Dah yang seolah-olah ingin terus memegang jawatan ini. Beliau tidak mahu akur dengan pelan peralihan Umno pusat di mana Presiden akan melepaskan jawatannya kepada Timbalan Presiden pada Mac 2009.

Sepatutnya Cik Dah kena sedar bahawa dirinya sudah sampai ke penghujung karier politik kerana orang sudah meluat dengan stail kepimpinan beliau yang lapuk dan basi.

Bagi saya, Shahrizat sepatutnya berani unruk bertanding menentang Cik Dah kerana terbukti Shahrizat mendapat sokongan akar umbi yang banyak.

Shahrizat mendapat 73 pencalonan manakala Cik Dah mendapat 118 pencalonan. Bagi jawatan naib ketua pula, Shahrizat mendapat 114 pencalonan manakala Kamilia yang juga exco pergerakan itu dan ketua Wanita Kuala Kangsar memperolehi 55 pencalonan.

Nampaknya kemelut dalam Wanita ini semakin meruncing dan ianya boleh disifatkan sebagai pergaduhan 'bertarik rambut' antara dua wanita. (Biasanya orang bila bergaduh mereka bertarik-tarik rambut).

11 November 2008

ISLAM ADALAH AGAMA UNIVERSAL ~ Ref Malaysiakini

Saya terpanggil untuk memberikan 'response' terhadap tulisan sahabat saya Nuraflah tentang posting di dalam blog beliau bertajuk 'MANA SUARA PEMIMPIN PAS'?.

Walaupun saya bukan pemimpin PAS, saya terpanggil untuk memberikan komen peribadi saya mewakili diri saya bukan mewakili PAS. Namun saya harap komen saya ini mendapat 'feedback' dari pemimpin, ahli dan penyokong PAS dan sesiapa sahaja di luar sana.

Saya setuju dengan pandangan Nuraflah. Tidak sepatutnya pihak tertentu yang berdemonstrasi Jumaat lalu itu menghentam Majlis Fatwa tanpa memikirkan buruk-baiknya perbuatan mereka itu.

Menurut Nuraflah kumpulan demontrasi tersebut (walaupun bilangannya sangat kecil), secara jelas memperlekehkan institusi Fatwa. Mereka mengganggap Majlis Fatwa sebagai institusi patriaki dan NGO bukan Islam (Woman Aid Organisation) mendakwa Majlis Fatwa adalah institusi yang menggalakkan penindasan ke atas golongan wanita di negara ini.

Beliau juga menulis bahawa dakwaan kumpulan tersebut sangat merbahaya serta boleh menimbulkan kebencian bukan Islam terhadap institusi Islam di negara ini. Malah, ianya juga boleh menimbulkan kesangsian ke atas umat Islam di negara ini terhadap peranan dan kredibiliti Majlis Fatwa.

"Saya bukanlah anti pada demontrasi. Akan tetapi, saya bukanlah penyokong mana-mana demontrasi yang menghentam kredibiliti Islam di negara ini. Banyak lagi isu lain yang boleh didemontrasikan, tetapi kenapa Islam yang dipilih sebagai isu yang ingin didemontrasikan oleh NGO bukan Islam. Ini jelas menunjukkan kepada umum bahawa NGO ini langsung tidak menghormati kedudukan Islam dan sanggup membuat tuduhan liar ke atas institusi fatwa di negara ini." kata Aflah lagi.


Ini response saya :

Bagi saya tindakan kumpulan tersebut sebenarnya mencampuri urusan agama Islam yang jelas sesuai untuk sebarang masa, tempat dan zaman. Tindakan mereka yang menghentam Majlis Fatwa dalam hal ini merupakan tindakan yang tidak boleh diterima lebih-lebih ianya melibatkan ajaran Islam dan golongan yang bukan Islam atau jahil tentang Islam sepatutnya perlu berbincang sebelum melakukan sebarang kritikan terbuka sebegini.

Majlis Fatwa adalah sebuah badan yang dilantik oleh pihak kerajaan dengan persetujuan Yang Dipertuan Agung sebagai Ketua Agama. Mereka yang dilantik Insya Allah mahir dengan ajaran Islam.

Bagi saya Majlis Fatwa ini boleh dikritik dan diberi nasihat tetapi bukanlah oleh orang yang jahil tentang Islam. Mereka yang mengkritik dan memberi nasihat kepada majlis tersebut mestilah orang yang berilmu dan mahir tentang Islam.

Amat tidak wajar jika ada golongan yang tidak mahir dan jahil tentang Islam mengkritik Majlis Fatwa ini.

Setahu saya Islam tidak pernah menindas wanita malah di dalam PAS sendiri wanita diberikan tempat yang amat mulia dan setanding dengan lelaki. Ramai muslimat PAS menjadi Ahli Parlimen dan ADUN, ada yang bertanding Naib Presiden dan memegang jawatan tinggi diperingkat Kawasan. Islam tidak pernah menekan dan mendiskriminasikan wanita.

Dalam sejarah Islam Nabi S.A.W sendiri mengiktiraf peranan wanita dan wanita Islam pernah bersama-sama dengan tentera Islam mempertahankan Islam. Mereka diberikan peranan yang sesuai dengan sifat mereka oleh Rasulullah.

Tindakan kumpulan terbabit menuduh Majlis Fatwa menindas dan menekan Islam merupakan tindakan yang menghina dan biadap kepada Islam itu sendiri. Jika mereka tidak faham tentang ajaran Islam saya nasihatkan supaya tidak mencampuri urusan agama Islam.

Walaupun saya sedar ada fatwa-fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa dipertikaikan oleh orang Islam sendiri tetapi ianya dibuat berdasarkan hujah dan fakta bukannya berdasarkan kejahilan seperti yang dilakukan oleh kumpulan terbabit.

Dalam isu penindasan kepada wanita, saya tidak nampak adanya Majlis Fatwa mengeluarkan fatwa yang menindas wanita.


Islam sebagai agama yang sesuai sepanjang masa, zaman dan keadaan adalah sebuah ajaran yang universal dan lengkap. Jika Islam mengharamkan sesuatu perkara ianya diharamkan kerana terdapat mudarat dan risiko kepada manusia. Allah sebagai pencipta manusia sudah tentu Allah mengetahui apa yang baik dan tidak baik kepada manusia. Sebagai arak haram, judi haram, buka aurat haram semuanya adalah bersebab dan sebab musabab itu adalah logik dan sesuai dengan pemikiran manusia serta kajian sains dan ilmu-ilmu yang lain.

Firman Allah S.W.T : 'Untuk aku, agama aku, untuk kamu agama kamu' (Al-Kaafirun)

TAHNIAH AZIZ, SEMOGA DAPAT BAIKI IMEJ BURUK SPR ~ Ref Malaysiakini

Saya ingin mengucap tahniah kepada Ketua setiausaha Kementerian Dalam Negeri Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof (gambar) yang dilantik sebagai pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkuatkuasa mulai 31 Dis ini.

Yang di-Pertuan Agong telah memperkenankan pelantikan Abdul Aziz mengikut Fasal (1) Perkara 114 Perlembagaan Persekutuan.Pelantikan Abdul Aziz, 58, berkuatkuasa mulai 31 Dis ini sehingga beliau genap berusia 66 tahun, selaras dengan Fasal (3) Perkara 114Perlembagaan Persekutuan.

Abdul Aziz dilahirkan di Sabak Bernam, Selangor pada 24 Jan 1950.

Beliau, yang sebelum bersara wajib pada 24 Jan 2006 berkhidmat sebagai ketua setiausaha KDN, dan dilantik semula memegang jawatan yang sama secara kontrak.

Pelantikan Abdul Aziz sebagai pengerusi SPR adalah bagi menggantikan Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman yang tamat tempoh perkhidmatan kerana mencapai umur 66 tahun pada 30 Dis ini.

Semoga perlantikan Aziz nanti akan dapat membersihkan imej buruk di bawah pimpinan Pengerusi SPR sekarang Abdul Rashit Abdul Rahman yang jelas gagal melaksanakan Pilihanraya dengan telus, adil dan saksama.

Antara Pilihanraya Umum yang paling teruk dikritik ialah Pilihanraya Umum 2004 di mana ianya menyaksikan BN menang besar dalam sejarah. Dalam pilihanraya itulah buat kali pertama dalam sejarah, masa pengundian dipanjangkan sehingga 7 malam di Selangor dan peratus pengundian di Terengganu meningkat sehingga ada yang berjumlah 90 % lebih.

HAPUS POLITIK WANG DENGAN PERJUDIAN ~ Ref Malaysiakini

Pagi ni saya ke bandar Pekan atas beberapa urusan. Semasa sarapan di sebuah warung saya terus mencapai Sinar Harian hari ini 11 Nov. Tergelak besar saya bila membaca berita tentang "Ahli UMNO edar nombor ekor dalam mesyuarat Bahagian Temerloh".

Ahli itu ialah Timbalan Ketua UMNO cawangan Kg Gantok, Ir Che Wan Shamsiruddin Wan Shamsudin. Beliau bertanding untuk mendapatkan tempat sebagai AJK bahagian. Beliau juga merupakan bekas EXCO Pemuda UMNO Malaysia 1995, zaman Dato Zahid Hamidi menjadi ketua dulu.

Menurutnya, apa yang dilakukan adalah untuk membenteras politik wang. Beliau telah mengedarkan 1000 keping tiket nombor ekor kepada semua perwakilan dan pemerhati, bernombor 0440. Nombor senarai pencalonan beliau adalah 44 dengan harapan perwakilan ingat nombor itu dan memberikan undi kepadanya.

"Saya bertanding jawatankuasa dan ini cara saya berkempen dengan memberi nombor ekor kepada perwakilan. Ada setengah calon bagi duit dan barangan seperti kain pelikat kepada perwakilan. Jika nombor itu bertuah perwakilan boleh dapat RM 2,500 seorang untuk hadiah utama. " kata beliau. Semua perwakilan dapat tiket ekor itu, termasuk Ketua Bahagian Dato Mohd Sarit Yusof.

Ulasan: Inilah bahananya bila Islam tak menjadi asas perjuangan. Mungkar digunakan untuk menolak mungkar. Bila nafsu digunakan untuk menyelesaikan masalah manusia, pastinya kerosakan akan terjadi.

Segala kejahatan datangnya dari nafsu. Nafsu itu pula mendapat dorongan dan pengaruh syaitan. Maka sewajarnya penyelesaian masalah nafsu mesti dibuat dengan merujuk kepada tuan yang mencipta nafsu, yakni Allah.

Hari ini kita melihat banyak masalah yang cuba diselesaikan tanpa merujuk pada tuan yang menjadikan nafsu (Allah).

Nak selesai masalah dadah, maka diperkenalkan jarum suntikan percuma dan dadah tiruan. Penyelesaian masalah Aids dengan cara mengedar kondom percuma. Masalah lepak diselesaikan dengan cara konsert untuk anak muda hingga ke pagi. Kini ahli UMNO memperkenalkan pula cara membenteras politik wang dengan perjudian. Akhirnya segala masalah itu tak selesai maka timbul pula masalah lain.

Barangkali tindakan ini mengambarkan UMNO berada zaman nyanyuk. Telah banyak tindakan dibuat oleh kepimpinan UMNO hari ini mengambarkan mereka berada di era nyanyuk. Biasanya apabila berada di fasa nyanyuk ini, maknanya, dia hanya membilang hari untuk dijemput ajal.

NAJIB BELUM SELAMAT ~ Ref Malaysiakini

Walaupun Najib sedikitpun tidak disentuh oleh Mahkamah Malaysia dalam kes perbicaraan pembunuhan Altantuya ini tidak bererti Najib sudah terselamat.

Terbaru diberitakan Najib akan diseret ke mahkamah antarabangsa oleh keluarga Altantuya yang jelas tidak berpuashati dengan keputusan perbicaraan mahkamah Malaysia. Mungkin Najib mempunyai imuniti dan kekebalan di Malaysia namun sudah pasti beliau tidak begitu jika kes ini dibicarakan di Mahkamah Keadilan Antarabangsa, ICJ di The Hague, Belanda.

Menurut laporan media surat rasmi juga telah dihantar kepada Menteri Luar, Datuk Syed Hamid Albar tentang hasrat kerajaan Monggolia untuk merujuk kes berkenaan ke ICJ. Kerajaan Monggolia bercadang mengambil tindakan tersebut kerana hilang keyakinan kepada sistem perundangan di negara ini dalam memberi keadilan kepada kes pembunuhan yang menimbulkan pelbagai misteri dan teka-teki.

Jika ICJ bersetuju untuk membicarakan kes pembunuhan ini, maka satu lagi rekod bakal dicipta oleh Malaysia kerana kemungkinan besar kes ini akan melibatkan Bakal Perdana Menteri yang sudah pasti akan dipanggil sebagai saksi kerana 3 orang tertuduh termasuk yang telah dibebaskan iaitu Razak Baginda, Sirul Azhar dan Azilah Hadri adalah orang-orang yang sangat rapat dengan Najib.

Malah perbicaraan di ICJ juga mungkin akan turut melibatkan isu bagaimana C4 diperolehi, dari mana asalnya dan siapa yang meluluskan ianya dikeluarkan dari stor senjata juga akan terbongkar.

Jika ini menjadi kenyataan maka bakal Timbalan Perdana Menteri sudah tentu tidak senang duduk.

KERAJAAN MELAKA BOROS VS KERAJAAN PERAK UTAMAKAN KEBAJIKAN RAKYAT ~ Ref Malaysiakini

Kerajaan Negeri Melaka dilihat terus boros dan menjalankan projek-projek yang membazir di saat ekonomi merudum, inflasi meningkat dan rakyat semakin tertekan dengan kos hidup semakin meningkat.

Ketua Menteri dalam pembentangan Bajet 2009 untuk negeri Melaka minggu lalu mengumumkan bahawa beberapa lagi projek untuk menarik pelancong ke negeri yang sesetengahnya disifatkan membazir dan tidak memberikan banyak faedah kepada rakyat terbanyak.

Antara projek yang disifatkan tidak memberikan banyak faedah kepada rakyat ialah :-
  • Projek Eye On Malaysia yang menelan belanja RM38.5 juta;
  • Menara Taming Sari berharga RM25 juta;
  • Kompleks Melaka International Bowling Centre (MIBC) bernilai RM23.2 juta;
  • Litar Go-Kart terpanjang di Asis bernilai RM9.9 juta;
  • Kapal Selam 'Qeusant' Malaysia di bawa dari Perancis dengan kos penghantaran sebanyak
  • RM4 juta (tidak termasuk kos tapak dan lain-lain)
  • Projek Monorail dari Taman Rempah ke Bunga Raya Pantai sepanjang 1.4 km bernilai RM16 juta.

Ramai pemerhati politik berpendapat projek-projek diatas tidak memberikan banyak manfaat kepada rakyat walaupun kerajaan negeri mendakwa ianya untuk menarik pelancong datang ke Melaka.Di saat kadar inflasi negeri Melaka meningkat dari 3.7 % tahun lepas kepada 4.2 % (dari Januari-Jun 2008) kerajaan negeri sewajarnya mencari jalan untuk mengurangkan perbelanjaan negeri. Wang tersebut sepatutnya digunakan untuk membantu rakyat yang semakin terhimpit dengan kos hidup yang semakin meningkat.

Selain itu kerajaan negeri juga sepatutnya mengambil kira kelembapan ekonomi Malaysia dan dunia dalam membuat keputusan untuk membina projek-projek di atas yang kurang memberi faedah kepada rakyat.

Adalah jelas bahawa kerajaan Negeri pimpinan BN tidak mementingkan kebajikan rakyat walaupun rakyat semakin terhimpit dan terbeban dengan masalah kenaikan harga barang dan perkhidmatan sejak-sejak ini.

Ini berbeza dengan kerajaan negeri Perak yang dalam bajet yang dibentangkan oleh Menteri Besarnya, Datuk Seri Ir Mohd Nizar Jamaluddin baru-baru menggariskan begitu banyak program untuk kebajikan rakyat.

Antaranya program kebajikan yang dihadiahkan oleh kerajaan Perak kepada rakyat ialah :-

  • bekalan air percuma sebanyak RM 10.00 sebulan kepada 4,428 rakyat berpendapatan kurang 700 ringgit diberi;
  • meluluskan 1000 hektar tanah kepada SAR dan SRJK Cina untuk diusahakan penanaman sawit ;
  • bantuan RM 6 juta diperuntukan untuk sumbangan derma siswa RM 1000 seorang kepada 6000 anak Perak yang berjaya melanjutkan pelajaran ke IPTA.
  • RM 4.9 juta diperuntukan untuk pendidikan Islam iaitu dengan menaikan elaun guru KAFA, Penyelia KAFA, guru Tadika Islam dan mengembalikan bantuan perkapita kepada 22 buah sekolah Agama Rakyat.
  • RM 1 Juta diperuntukan untuk Takaful Kifalah kepada warga emas berusia 65 tahun ke atas, setiap waris akan diberi sumbangan RM 1000 bagi meringankan beban pengebumian jenazah.
  • RM 4.88 juta pula diperuntukan untuk menaikan elaun bulanan Ketua Kampung dari RM 200 ke RM 400, dan elaun Setiausaha JKKK sebanyak RM 200 sebulan
  • Menubuhkan Tabung Khas Kebajikan Rakyat dengan memperuntukan RM 2 juta. Tabung ini ditubuhkan bagi tujuan membantu dan memelihara kebajikan rakyat yang menghadapi kesusahan seperti mengalami penyakit kronik, anak-anak yatim, ibu tunggal, kebajikan ahli keluarga mangsa ISA, warga tua dan Orang Kurang Upaya (OKU),
  • menaikkan bantuan kebajikan kepada rakyat yang benar-benar memerlukan mengikut kategori dengan kadar minimum RM 200 dan tidak melebihi RM 400.
  • Menubuhkan Tabung Pinjaman Perniagaan Kecil tanpa faedah bagi membantu ibu tunggal menceburi perniagaan kecil dan juga peniaga-peniaga kecil dengan peruntukan sebanyak RM 1 juta.
  • RM 2 Juta diperuntukan kepada Urusetia Hal Ehwal Bukan Islam bagi tujuan membantu orang-orang bukan Islam dalam menjalankan dan mengamalkan aktiviti kebudayaan, keagamaan serta pendidikan.
  • Peruntukan EXCO dinaikan dari RM 100 ribu ke RM 150 ribu setahun, manakala ADUN dari RM 150 ribu setahun ke RM 200 ribu setahun.
  • Menaikkan Tabung Pusingan Bantuan Bencana Alam kepada seluruh Pejabat Daerah dari RM 30 ribu ke RM 50 ribu.
  • Meluluskan 138 kawasan Rancangan Perkampungan Tersusun (RPT) khas untuk setinggan yang melibatkan kawasan seluas 4,299 ekar dan boleh menyediakan 34,392 lot tapak rumah. Ini bermakna 34 ribu lebih rakyat yang menempati kediaman setinggan akan memiliki tapak rumah untuk didirikan rumah kediaman.
  • RM 60 juta diperuntukan kepada JKR untuk melaksanakan pelbagai projek baru, manakala JPS pula mendapat peruntukan sebanyak RM 8.82 juta untuk rancangan tebatan banjir.

Cuba bandingkan program yang dijalankan oleh kerajaan negeri Perak dan Melaka dalam Bajet 2009 masing-masing. Kerajaan manakah yang lebih prihatin dan menjaga kebajikan rakyat.
Sebagai rakyat yang Malaysia yang rasional saya yakin kita semua dapat menilai ’performance’ Kerajaan Negeri Melaka dan kerajaan-kerajaan negeri di bawah Pakatan Rakyat.

Sudah sampai masanya rakyat negeri Melaka membuat penilaian dan pertimbangan yang seadil-adilnya dalam usaha kita memilih pemimpin dan kerajaan pada masa akan datang. Jangan kita ditipu untuk kesekian kalinya oleh kerajaan BN yang menjadikan pembangunan sebagai gula-gula untuk menipu kita semasa musim pilihanraya.

Namun hakikat sebenarnya pembangunan yang diwar-warkan oleh kerajaan BN hanya menguntungkan segelintir kroni-kroni mereka sahaja.

Adalah jelas kerajaan BN adalah mesra kroni dan pelancong manakala kerajaan Pakatan Rakyat mesra rakyat dan sentiasa mementingkan kebajikan dan kesejahteraan rakyat.

10 November 2008

PASTI TERUS BERKEMBANG WALAUPUN DIBENCI UMNO- AZRIN ~ Ref Malaysiakini

Pengarah Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Pusat, Azrin Abdul Majid berkata PASTI terus berkembang di seluruh negara walaupun kerajaan BN begitu dengki dengan pertumbuhan dan perkembangan PASTI.

PASTI kini menjadi institusi yang diterima oleh masyarakat kerana terbukti murid-murid jauh lebih maju dan hebat dari murid-murid tadika atau pra-sekolah yang lain.

'Kita mendapat maklumat dari sahabat-sahabat dari Selangor, Johor dan Perak bahawa murid-murid cemerlang disekolah-sekolah dalam negeri tersebut adalah 'produk-produk' PASTI".

'Ini membuktikan bahawa kita boleh mentadbir, membimbing dan mentarbiah anak-anak untuk menjadi insan yang bukan sahaja cemerlang dari segi Ilmu Islam dan akhlaq malah dalam subjek akademik juga mereka turut cemerlang' kata Azrin.

Menurutnya setakat ini terdapat kira-kira 61,000 pelajar PASTI seluruh negara dan jumlah ini akan bertambah dari masa ke semasa kerana sejak akhir-akhir ini sambutan terhadap PASTI semakin meningkat dan bertambah.

'Ada PASTI yang terpaksa menolak permintaan ibubapa untuk menghantar anak mereka kerana tidak cukup kelas dan guru'.

'Inilah masalah kita kerana kita tidak mendapat apa-apa bantuan dari kerajaan BN sebelum ini, bukan sahaja bantuan malah ada kerajaan negeri yang menekan dan menyaman PASTI kerana dengki dan hasad melihat perkembangan PASTI' jelas Azrin bersungguh-sungguh.

Azrin menyatakan, kerajaan Negeri Melaka sehingga kini telah menyaman 6 buah PASTI dinegeri ini sejak beberapa tahun lalu di mana beberapa kes masih belum selesai.

Beliau kesal kerana pendidikan Islam dibelakangkan oleh kerajaan BN lantaran kerana sikap mereka yang tidak professional dan kebudak-budakkan.

'Saya memuji sikap kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor dan Perak yang mulai tahun depan akan memberikan bantuan kepada semua sekolah tadika di kedua-dua negeri tersebut'

'Inilah bezanya antara kerajaan PR dengan kerajaan BN khasnya negeri Melaka yang menekan PASTI sebaliknya kerjaaan PR membantu tadika dan PASTI dinegeri tersebut.' kata beliau.

Azrin berkata demikian ketika menyempurnakan perasmian penutup Sukaneka dan Hari Penyampaian Hadiah PASTI Ar-Rahmah, Solok Gaong di sini Sabtu lalu. Turut berucap pada majlis tersebut ialah Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka, Ustaz Kamaruddin Sidek.

Sementara itu pelajar 6 tahun PASTI Ar-Rahmah, Anas Fauzan diisytiharkan sebagai pelajar cemerlang PASTI tersebut bagi tahun 2008. Beliau terpilih berdasarkan kecemerlangan beliau dalam bidang akademik dan ko-kurikulum. Anas mewakili Melaka dalam acara bolasepak di peringkat Kebangsaan serta berjaya menduduki tempat ketiga dalam acara bercerita di peringkat negeri. Beliau juga mendapat tempat pertama dalam peperiksaan akhir tahun PASTI Ar-Rahmah.

Gambar : Azrin bersama-sama Anas Fauzan pada majlis penyampaian hadiah.

SUDAH SAMPAI MASANYA ZAID KELUAR DARI UMNO SERTAI PR ~ Ref Malaysiakini

Bekas Menteri DiJabatan Perdana Menteri, Zaid Ibrahim yang menerima surat tunjuk sebab dari Umno, sudah tidak mempunyai sebab untuk terus berada di dalam Umno. Ini kerana Umno sudah tentu tidak akan dapat menunaikan kehendak dan hasrat Zaid yang tidak bersetuju dengan Akta Zalim ISA.

Inilah nasib seseorang ahli Umno, apabila mereka membantah dan tidak bersetuju dengan pemimpin Umno mereka akan dikenakan dengan pelbagai tuduhan untuk mematikan karier politik mereka di dalam Umno.

Kes ini membuktikan bahawa seorang lagi pemimpin Umno menjadi mangsa kepada sikap bongkak dan sombong pemimpin Umno yang tidak boleh ditegur dan diberi nasihat.

Cubaan Zaid untuk memberi nasihat dan pandangan tentang ISA kepada pemimpin Umno dan kerajaan menjadi penyebab karier politiknya dalam Umno terkorban.

Zaid meletakkan jawatan sebagai menteri kabient kerana membantah tindakan kerajaan menggunakan ISA terhadap ahli Parlimen Teresa Kok, penulis blog Raja Petra Kamarudin dan wartawan Sin Chew Tan Hoon Cheng, September lalu.

Minggu lalu, beliau turut melepaskan jawatan senator.

Pada 29 September lalu, Zaid menulis sepucuk surat terbuka kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, menggesa beliau supaya memansuhkan ISA.

Bagi saya, masanya sudah sampai bagi Zaid untuk keluar dari Umno dan menyertai Pakatan Rakyat. Tidak ada gunanya bersama Umno kerana Umno adalah sebuah parti yang tidak lagi mempunyai prinsip dan agenda perjuangan.

Hanya duit, nafsu, pangkat dan kuasa sahaja yang menjadi matlamat mereka.

BANDINGKAN BAJET KERAJAAN PERAK DAN MELAKA, MANA YANG UNTUNGKAN RAKYAT? ~ Ref Malaysiakini

Bajet 2009 negeri Perak yang dibentangkan oleh YAB MB Perak dalam Sidang Dewan Undangan Negeri pagi ini telah mengotai segala janji-janji manifesto pilihanraya. Bajet yang dibentang dengan tema Bajet Kebajikan Untuk Rakyat telah membuktikan bahawa Kerajaan Pakatan Rakyat adalah kerajaan yang mementingkan hal ehwal kebajikan rakyat.

Ia memaparkan kesungguhan dan komitmen kerajaan Negeri dalam hasrat membawa negeri Perak dan rakyatnya ke satu tahap pembangunan sosioekonomi dan pembanguna insan yang seimbang. Dalam merangka dan melaksanakan Bajet 2009, Kerajaan Pakatan Rakyat menjadikan adil, amanah, telus, wibawa dan berkebajikan sebagai asas dan prinsip utamanya. YAB MB Perak telah menggariskan empat strategi utama iaitu menjadi sebuah negeri berkebajikan, meneruskan dasar perbelanjaan secara berhemah dan berjimat cermat serta mempertingkatkan hasil pendapatan negeri, memastikan kesejahteraan rakyat dan peningkatan kualiti kehidupan di luar Bandar dan Bandar, dan menyediakan system penyampaian sektor awam yang efisen.

Negeri Berkebajikan menjadi strategi utama Bajet 2009.

Apa yang rakyat Perak dapat dari Bajet 2009 ini ? :-

1. 4,428 rakyat berpendapatan kurang 700 ringgit diberi bekalan air percuma sebanyak RM 10.00 sebulan.

2. Meluluskan 1000 hektar tanah kepada SAR dan SRJK Cina untuk diusahakan penanaman sawit.

3. RM 6 juta diperuntukan untuk sumbangan derma siswa RM 1000 seorang kepada 6000 anak Perak yang berjaya melanjutkan pelajaran ke IPTA.

4. RM 4.9 juta diperuntukan untuk pendidikan Islam iaitu dengan menaikan elaun guru KAFA, Penyelia KAFA, guru Tadika Islam dan mengembalikan bantuan perkapita kepada 22 buah sekolah Agama Rakyat.

5. RM 1 Juta diperuntukan untuk Takaful Kifalah kepada warga emas berusia 65 tahun ke atas, setiap waris akan diberi sumbangan RM 1000 bagi meringankan beban pengebumian jenazah.

6. RM 4.88 juta pula diperuntukan untuk menaikan elaun bulanan Ketua Kampung dari RM 200 ke RM 400, dan elaun Setiausaha JKKK sebanyak RM 200 sebulan

7. Menubuhkan Tabung Khas Kebajikan Rakyat dengan memperuntukan RM 2 juta. Tabung ini ditubuhkan bagi tujuan membantu dan memelihara kebajikan rakyat yang menghadapi kesusahan seperti mengalami penyakit kronik, anak-anak yatim, ibu tunggal, kebajikan ahli keluarga mangsa ISA, warga tua dan Orang Kurang Upaya (OKU), menaikkan bantuan kebajikan kepada rakyat yang benar-benar memerlukan mengikut kategori dengan kadar minimum RM 200 dan tidak melebihi RM 400.

8. Menubuhkan Tabung Pinjaman Perniagaan Kecil tanpa faedah bagi membantu ibu tunggal menceburi perniagaan kecil dan juga peniaga-peniaga kecil dengan peruntukan sebanyak RM 1 juta.

9. RM 2 Juta diperuntukan kepada Urusetia Hal Ehwal Bukan Islam bagi tujuan membantu orang-orang bukan Islam dalam menjalankan dan mengamalkan aktiviti kebudayaan, keagamaan serta pendidikan.11. Peruntukan EXCO dinaikan dari RM 100 ribu ke RM 150 ribu setahun, manakala ADUN dari RM 150 ribu setahun ke RM 200 ribu setahun. '

10. Menaikkan Tabung Pusingan Bantuan Bencana Alam kepada seluruh Pejabat Daerah dari RM 30 ribu ke RM 50 ribu.

11. Meluluskan 138 kawasan Rancangan Perkampungan Tersusun (RPT) khas untuk setinggan yang melibatkan kawasan seluas 4,299 ekar dan boleh menyediakan 34,392 lot tapak rumah. Ini bermakna 34 ribu lebih rakyat yang menempati kediaman setinggan akan memiliki tapak rumah untuk didirikan rumah kediaman.

12. RM 60 juta diperuntukan kepada JKR untuk melaksanakan pelbagai projek baru, manakala JPS pula mendapat peruntukan sebanyak RM 8.82 juta untuk rancangan tebatan banjir.


Cuba bandingkan dengan apa yang kerajaan Perak dan kerajaan Negeri Melaka bagi kepada rakyat?

Kerajaan Negeri Melaka bagi Eye On Malaysia, Litar Go-Kart terpanjang di Asia, Kapal Selam "qeusant", Melaka International Bowling Center, Monorail kepada rakyat Negeri Melaka. Kerajaan Perak bagi yang diatas itu kepada rakyatnya.

Mana yang menguntungkan rakyat???

Sumber : misabah.blogspot.com

SI HIDUNG BELANG & SI TANGAN KOTOR PUN LAYAK BERTANDING ~ Ref Malaysiakini

Si Hidung Belang yang hobinya meraba punggung orang dan Si Tangan Kotor yang kegemarannya memberi rasuah untuk mendapatkan undi juga layak bertanding jawatan tertinggi Umno kali ini.

Saya pun tidak tahu atas kriteria apakah kedua-dua mereka ini tetap mendapat pencalonan dari bahagian-bahagian Umno.

Apakah ahli-ahli Umno suka dan menerima tindakan meraba punggung dan menabur rasuah. Lantaran itu mereka terus mencalonkan kedua-dua mereka ini tanpa segan silu.

Di mana integriti dan imej serta maruah ahli-ahli dan pemimpin Umno. Kaki raba dan kaki rasuah pun mereka tidak tahu menilainya. Apakah raba punggung dan rasuah HALAL di sisi Islam Hadhari anutan Umno.

Sepatutnya kedua-dua mereka ini awal-awal lagi diketepikan.

Apakah di dalam Umno sudah tidak ada lagi pemimpin lain yang bersih, berwibawa, cerdik, alim dan berakhlaq. ? Susah sangatkah untuk mencari pemimpin yang hebat dan bersih di dalam Umno?

Saya tidak hairan kalau kedua-dua mereka ini menang pada pemilihan Mac 2009 kerana kita semua faham dan sedar bahawa duit sudah menjadi penentu kepada keputusan pemilihan dalam Umno.

JAWATAN TIMBALAN PRESIDEN : MUHYIDDIN VS PAK LAWAK ~ Ref Malaysiakini

Akhirnya 2 orang Pak Lawak iaitu Ali Rustam dan Mat Taib berjaya melepasi bilangan pencalonan minima untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden. Ini bermakna 2 orang Pak Lawak ini secara rasmi akan bertanding menentang seorang yang bukan Pak Lawak.

Bukan saya yang melabelkan Ali Rustam dan Mat Taib sebagai Pak Lawak tetapi insan yang menamakan mereka Pak Lawak ialah bekas pemimpin kebanggaan mereka iaitu Adi Jagat Dunia iaitu Dr Mahathir (Ibrahim pernah menggelarkan Dr Mahathir sebagai Adi Jagat). Jangan marahkan saya memanggil Ali dan Mat sebagai Pak Lawak marahkan Dr Mahathir kerana merendah-rendah kedua-dua pemimpin kebanggaan ahli Umno itu.

Siapa yang menang nanti, salah seorang Pak Lawak atau Muhyiddin. Sengit pertandingan ini kerana semua orang tahu Pak Lawak sudah tentu pandai 'berlawak' untuk menambat hati perwakilan. Pak Lawak boleh berlawak dengan apa sahaja, dengan duit, pangkat, projek dan sebagainya.

Nama pun dah Pak Lawak sudah tentu mereka akan menggunakan pelbagai cara untuk mencuit hati perwakilan sebab itu Dr Mahathir memanggil mereka Pak Lawak.

Bernama sebelum ini melaporkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan calon-calon lain untuk jawatan Timbalan Presiden Umno selain Muhyiddin sebagai "pak lawak".

Mengenai orang yang berkemungkinan menjadi timbalan Datuk Seri Najib Razak, Dr Mahathir berkata, ia sepatutnya Muhyiddin dan pesaing lain yang ada sekarang bagi mengisi jawatan Timbalan Presiden Umno hanyalah 'pak lawak' semata-mata.

MPV TERBARU SEDIA UNTUK DITEMPAH ~ Ref Malaysiakini

Ini adalah MPV terbaru yang boleh memuatkan 20 orang penumpang. Kosnya tidaklah mahal dan mampu menjadi kenderaan keluarga untuk bersiar-siar.

Boleh ditempah bila-bila masa.

CADANGAN UNTUK TABUNG HAJI ~ Ref Malaysiakini

Sabtu lalu saya berkesempatan menghantar dua insan tersayang, ayahanda dan bonda untuk menunaikan Fardhu Haji ke Mekah. Seperti biasa bakal haji dikehendaki melaporkan diri ke Kompleks Tabung Haji di Kelana Jaya.

Saya bersama adik beradik dan kedua-dua ayahanda,bonda sampai di Kompleks Tabung Haji pada jam 9.45 pagi. Ayahanda dan bonda dikehendaki melaporkan diri pada jam 11.30 pagi.

Memang tidak dinafikan berbanding dengan 5 tahun lepas banyak penambahbaikan dilaksanakan oleh pihak Kompleks Tabung Haji dalam melicinkan proses pendaftaran dan pemprosesan untuk persiapan bakal haji sebelum menaiki pesawat di KLIA.

Namun dibawah ini saya cadangkan beberapa penambahbaikan untuk melicinkan lagi proses di pendaftaran di Kompleks tersebut.

1) Mengujudkan Kaunter Pertanyaan untuk bakal haji dan keluarga mereka. (Saya tidak pasti samada pusat ini ada atau tidak, cuma saya tidak bertemu dengan pusat ini pada hari tersebut)

2) Carta aliran proses pendaftaran dan pemprosesan dokumen untuk memudahkan bakal haji dan keluarga mereka. Ini kerana kebanyakan bakal haji yang warga emas sudah tentu ramai tidak biasa dengan peraturan dan proses sebegini. Malah ahli keluarga mereka juga terpinga-pinga tidak tahu ke mana untuk pergi dahulu. Terpaksalah bertanya kepada 'kaunter pertanyaan' tidak bertauliah.

Mungkin cadangan saya ini sudah dilaksanakan oleh Kompleks Tabung Haji tetapi kerana saya tidak menemui maka saya cadangkan semula. Andai ianya sudah ada mungkin pihak Tabung Haji wajar menunjukkan peta lokasinya untuk memudahkan kami mengenalpasti lokasi tempat-tempat tersebut.

Kepada kedua-dua ayahanda dan bonda diharap mereka sihat dan dapat menunaikan fardhu haji dengan selamat dan tenang. Ini adalah kali kedua mereka ke sana. Kali pertama pada musim haji 1984 dahulu.

Moga-moga mereka dikurniakan Haji Mabrur dan tidak lupa mendoakan kesejahteraan kami di tanahair.

UMNO AGUNGKAN JUARA PERKAUMAN? ~ Ref Malaysiakini

Umno terus memainkan isu perkauman dan menyanjung tinggi para ekstremis perkauman. Buktinya Umno Bahagian Bukit Bendera semalam memberikan penghormatan dan anugerah kepada Ahmad Ismail bekas Ketua Umno Bahagian itu kerana disifatkan sebagai pejuang melayu tulen.

Ahmad mendapat gelaran sebagai "hero" dengan diisytiharkan "pahlawan tulen Melayu Bukit Bendera".

Beliau yang melabelkan masyarakat Cina sebagai pendatang ketika kempen pilihan raya kecil Permatang Pauh Ogos lalu digantung keahlian dan digugurkan kesemua jawatan parti selama tiga tahun.

Penganugerahan dan sanjungan kepada Ahmad ini membuktikan Umno sebenarnya sebuah parti yang mengamalkan perkauman sempit sehingga mengangkat seorang yang mengeluarkan kenyataan berunsur perkauman seperti ini sebagai hero dan pejuang melayu.

POLIS TERUS PERTAHANKAN SIKAP KERAS? ~ Ref Malaysiakini

Polis terus mengekalkan sikap keras mereka terhadap para peserta himpunan aman. Malam tadi 24 orang peserta himpunan aman majlis memasang lilin Pusat Sivik Petaling Jaya.

Antara yang ditahan ialah ahli Parlimen PJ Utara dari DAP, Tony Pua, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kampung Tunku, Lau Weng San serta kira-kira 22 orang lain. Turut ditahan ialah juruvideo Malaysiakini Shukri Mohamad.

Penahanan ini merupakan satu lagi pencabulan kepada hak asasi manusia yang sepatutnya diberi kebebasan untuk berhimpun secara aman tanpa sebarang gangguan dan provokasi dari pihak Polis.

Saya hairan bagaimana hak rakyat merdeka untuk menyuarakan rasa tidak puas hati secara aman dinafikan sedangkan di negara maju seperti Amerika, Britain, Jerman, Perancis dan lain-lain pihak kerajaan dan pasukan keselamatan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada rakyatnya yang berhimpun secara aman.

Rakyat Malaysia sebenarnya jauh lebih bersopan dan lembut berbanding dengan rakyat negara lain dan saya yakin mereka tidak akan membuat kacau dan bertindak ganas pada sebarang perhimpunan. Cuma pihak tertentu sahaja yang cuba melakukan provokasi sehingga ada para peserta himpunan yang kurang sabar. Itupun hanya sekadar menjerit dan memaki hamun 'provokator-provokator' itu sahaja.

sebelum ini pada beberapa himpunan aman yang dianjurkan Gerakan Mansuhkan ISA dan lain-lain, pihak Polis kelihatan rasional di mana tidak ada tangkapan dibuat. Namun malam tadi Polis seolah-olah kembali kepada sifat 'tabi'i, mereka keras dan tidak bertimbang rasa kepada rakyat.

09 November 2008

WANITA UMNO BAKAL BERPECAH? ~ Ref Malaysiakini

Wanita Umno bakal berpecah?
Shahrizat seolah-olah sudah tidak sabar dengan kerenah Rafidah yang terus perasan mendapat sokongan ramai. Hari ini Naib Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil meminta Ketuanya, Rafidah Aziz supaya mempertimbangkan untuk mempercepatkan tarikh peralihan kuasa jawatan tertinggi sayap itu.

Shahrizat yang terus menerima pencalonan untuk jawatan Ketua Wanita Umno mahu langkah itu diambil supaya selaras dengan pemilihan parti peringkat pusat Mac depan.

Beliau berkata, permohonan itu dibuat berdasarkan perkembangan Umno masa kini.

Menurutnya beliau masih menghormati pelan peralihan jawatan yang diumumkan Rafidah kepadanya untuk jawatan Ketua Wanita Umno Malaysia.

Beliau memohon kebijaksanaan serta kerjasama Rafidah untuk mempertimbangkan tarikh peralihan jawatan itu diselaraskan seiring sejalan dengan Umno induk, Pemuda, Puteri pada Mac 2009 sempena perhimpunan Agung Umno iaitu tiga bulan lebih awal daripada bulan Jun.

Shahrizat berkata, semasa Rafidah mengumumkan pelan peralihan jawatan itu Ogos lepas, Perhimpunan Agung Umno dijadualkan berlangsung pada Disember ini, manakala tarikh peralihan kuasa antara Presiden Umno, Dollah Badawi dan Timbalannya, AlNajib Tun Razak dijadualkan pada 2010.

Bagaimanapun Perhimpunan Agung Umno ditangguhkan sehingga Mac depan, manakala tarikh peralihan kuasa antara Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri juga dipercepatkan.

Sehingga hari ini Rafidah telah memperoleh 116 pencalonan untuk jawatan Ketua Wanita, manakala Shahrizat pula mendapat 73 pencalonan.

Bagi jawatan Naib Ketua pula Shahrizat menerima 113 pencalonan.

Nampak jelas yang Shahrizat sebenarnya mahukan Rafidah berundur selewat-lewatnya pada Mac 2009 iaitu ketika persidangan agung pergerakan pada tarikh tersebut.
Esok Wanita Umno akan mengadakan mesyuarat exconya di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini. Mesyuarat ini mungkin menjadi panas kerana saya yakin Rafidah tidak akan mudah tunduk kepada kemahuan Shahrizat yang tidak sabar lagi untuk menduduki kerusi empuk no 1 Wanita Umno itu.
Andai Rafidah tidak mahu berundur ada kemungkinan Shahrizat akan menentangnya nanti kerana yakin beliau berupaya untuk menumbangkan Rafidah yang penuh dengan kontroversi itu. Jika ini menjadi kenyataan maka sudah tentu akan berlaku perpecahan dalam Wanita Umno.

RASUAH DALAM UMNO : PAK LAH GEMBIIRA BANYAK ADUAN ?~ Ref Malaysiakini

Pak Lah dilaporkan gembira dengan kesedaran dan kesediaan ahli Umno untuk tampil membuat aduan berhubung perkara itu.

Sepatutnya Pak Lah bersedih dengan jumlah laporan yang melebihi 900 aduan setakat ini.

Kita pun hairan dengan Presiden Umno ini yang nampaknya semakin kusut masai kerana terpaksa melepaskan jawatan yang sangat dicintainya.

Saya yakin kebanyakan aduan yang dibuat itu hanya tinggal atas kertas sahaja demi menjaga maruah dan 'survival' Umno terutama aduan untuk pemimpin tertinggi. Inilah sikap Umno dan pemimpinnya yang sememangnya redha dengan rasuah.

UMNO PARTI SAMSENG, KERUSI DAN MEJA YANG BERMESYUARAT!~ Ref Malaysiakini

Pada setiap kali pilihanraya samada pilihanraya kecil dan umum BN seringkali menuduh PAS, DAP dan PKR sebagai parti ganas dan samseng. Maka pelbagai taktik dan strategi yang digunakan BN untuk menggambarkan Pakatan Rakyat dan penyokong-penyokong mereka ganas, samseng dan bertindak diluar batasan undang-undang. Namun satupun tidak pernah dibuktikan.

Pukul wartawan, pukul jurukamera, raba puteri Umno, ugut pengundi dan macam-macam lagi tuduhan dilemparkan kepada penyokong Pakatan Rakyat.

Tetapi apa yang sebenarnya Umno dan BN yang ganas, tidak bertamadun dan samseng.

Bayangkan pada pemilihan Umno kali ini begitu banyak kejadian pergaduhan, baling kerusi dan tumbuk menumbuk berlaku. Ini kerana sebenarnya di dalam Umno memang ada samseng dan kaki tumbuk yang 'dibela' oleh pemimpin mereka. Malah pemimpin-pemimpin Umno sendiri yang menggalakkan kejadian seperti ini. Itu sebabkan ramai penyokong PR yang menjadi mangsa mereka pada setiap kali kempen pilihanraya.

Hari ini media melaporkan satu lagi kejadian keganasan berlaku pada Persidangan perwakilan UMNO. Kali ini giliran Bahagian Seremban semula menunjukkan kejaguhan mereka sehingga mesyuarat ditangguhkan selepas tercetusnya pergaduhan di antara perwakilan dalam dewan Kelab Golf Taman Tuanku Ja'afar di Seremban.

Keputusan tersebut dibuat oleh Timbalan Pengerusi Tetap UMNO Bahagian, Othman Senara selepas perwakilan mula bertumbuk antara satu sama lain, membaling kerusi ke arah barisan jawatankuasa bahagian serta mengeluarkan kata-kata kesat dalam kejadian yang turut disaksikan pengerusi jawatankuasa pemantau UMNO Bahagian Seremban, Tan Sri Rahim Tamby Chik.

Berikutan kejadian itu, mesyuarat tertangguh selama lebih 30 minit dan difahamkan dua perwakilan mengalami kecederaan.

SIAPA PEMBOHONG, NAZRI ATAU MAHATHIR ~ Ref Malaysiakini

Menjadi seorang pembohong memang sudah menjadi lumrah pemimpin Umno. Kalau tidak pandai berbohong seseorang sudah pasti dan mampun serta tidak layak menjadi pemimpin Umno. Dalam kempen pilihanraya umpamanya seringkali pemimpin Umno berbohong berbuat janji itu dan ini tetapi jarang sekali ditunaikan.

Kini sekali lagi pemimpin Umno dan bekas pemimpin cuba berbohong. Dalam isu 6 hakim yang diberhentikan beberapa tahun lepas. Nazri Aziz menyatakan mereka diberhentikan awal, manakala Mahathir menyatakan Tun Salleh Abas dan 5 rakannya dipecat. Siapa yang berbohong dan siapa yang bercakap benar.

Sudah tentu salah seorang dari mereka berbohong dan seorang lagi bercakap benar.

Bekas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad mendakwa bahawa tiga hakim yang terlibat dalam krisis kehakiman 1988 telah dipecat, walaupun Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dato' Seri Mohamad Nazri Aziz menyatakan mereka diminta meletak jawatan.

"Setahu saya, mereka dipecat," katanya kepada wartawan ketika diminta mengulas isu itu, di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini semalam.

Bernama melaporkan, Mahathir bagaimanapun berkata, bekas-bekas hakim itu tetap menerima pencen atas dasar ihsan, termasuk bekas Ketua Hakim Negara Tun Salleh Abas.

"Sekalipun beliau dipecat, beliau telah memberikan khidmat kepada kerajaan dalam beberapa tahun beliau di situ. Untuk memisahkan beliau sepenuhnya dari pencen adalah amat zalim, jadi diputuskan beliau dan hakim-hakim lain diberikan pencen mereka," kata Mahathir.

Inilah perangai Umno kalau tidak berbohong TIDAK SAH.

POLITIK WANG MAKIN DAHSYAT SELEPAS INI ~ Ref Malaysiakini

Selepas pemilihan dalam Umno akan masuk ke fasa kedua iaitu fasa merasuah dan mengumpan para perwakilan ke Persidangan Agung Umno Mac depan. Kalau sebelum bakal-bakal calon merasuah dan memberikan habuan kepada perwakilan-perwakilan cawangan kini tiba giliran perwakilan pula mendapat habuan.

Kalau sebelum ini mungkin habuannya berjumlah ribuan ringgit, selepas mungkin ianya akan mencecah puluhan ribu atau rasuah dalam bentuk yang lain berupa pangkat, projek dan sebagainya.

Sudah menjadi lumrah dalam Umno semakin besar jawatan yang ditandingi maka semakin besarlah jumlah wang yang diperlukan untuk 'pelaburan'.

Rasuah dan politik wang ini sudah tidak dapat dibendung lagi. Sudah berkali-kali Rais Yatim dan Ku Li mendedahkannya tetapi pemimpin atasan Umno masih berdiam diri seribu bahasa. Hari ini sekali lagi Rais mendedahkan perangai jijik ini dalam media.
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter