SIAPA PEMBOHONG : HUKUM NAZRI DAN MAHATHIR ~ Ref Malaysiakini

Sehingga kini siapa yang berbohong dalam isu pemecatan 6 orang hakim boleh saya pastikan. Atau mungkin saya ketinggalan dari mendengar berita tersebut.

Tetapi saya yakin jika benar salah seorang dari mereka telah dihukum sudah tentu riuh rendah media melaporkannya.

Saya hairan mengapa parlimen dan rakyat Malaysia membenarkan seorang menteri atau bekas Perdana Menteri ini dibiarkan membohongi rakyat.

Nazri sebagai menteri menafikan 6 orang hakim itu dipecat manakala Dr Mahathir mempertahankan tindakan beliau dahulu bahawa mereka bukan diarahkan berhenti tetapi mereka dipecat.

Jadi seperti posting saya dahulu, saya mengatakan sudah tentu salah seorang dari mereka adalah pembohong yang nyata. Nazri mungkin berbohong di parlimen dan Dr Mahathir mungkin berbohong di dalam kenyataan media.

Saya yakin bukan susah untuk menyelidiki samada Dr Mahathir atau Nazri yang berbohong. Buka sahaja fail lama tentang rekod pemberhentian keenam-enam hakim tersebut. Sudah tentu kita akan berjumpa dengan jawapannya. Takkan tindakan memberhenti atau memecat mereka ini tidak direkodkan!!

Selain Tun Salleh Abbas, lima bekas hakim Mahkamah Agung yang terlibat dalam isu ialah Tan Sri Azmi Kamaruddin, Allahyarham Tan Sri Eusoffe Abdoolcadeer, Allahyarham Tan Sri Wan Suleiman Pawanteh, Tan Sri George Seah dan Tan Sri Hamzah Mohamed Salleh.

Persoalan ini timbul selepas kerajaan membayar ex-gratia kepada mereka berjumlah RM10.5.

Selain itu dakwaan Dr Mahathir bahawa mereka dipecat juga menimbulkan kesangsian kerana Tun Salleh menerima bayaran pencen bulanan sebanyak RM5,102, Seah pula menerima RM5,916, Hamzah (RM6,508), Wan Suleiman (RM4,815), Eusoffe (RM4,815) dan Azmi (RM5,916).

Sudah menjadi peraturan di dalam negara kita bahawa penjawat awam yang dipecat tidak akan menerima pencen dan imbuhan lain.

Comments

Unknown said…
apabila mereka tidak dapat memberi jawapan secara rational, mereka akan menjadikan persoalan itu sebagai isu sensitive.
MENCABAR MELAYU!!!
MENCABAR ISLAM!!!
MENCABAR HAK BUMIPUTERA!!!

tidak boleh dipersoalkan lagi!!!

case closed.
Talhah said…
Tuan silap. Kaedah logik Tuan terkhilaf. Apabila terdapat 2 perkara yang kontradiktari tidak bermakna salah satu betul atau salah satu salah. Mungkin hanya satu yang salah faham. Mungkin kedua-dua nya memberikan jawapan menurut kefahaman masing masing ataupun terkhilaf. Jadi tidak bermakna secara mutlaknya salah satu atau kedua-duanya berbohong. Berbohong itu kalau dilakukan dengan niat. Selagi tidak dapat ditentukan samada niat wujud mereka berbohong bermakna Tuan tidak boleh mengatakan salah satu atau kedua-duanya berbohong atau tidak. Macamnana nak tau niat mereka? Hanya Tuhan sahaja yang tau. Maka selagi itu Tuan mesti bersangka baik dan menahan diri dari mengatakan orang itu berbohong.Terimaksih.