SELAMAT TINGGAL KEMEWAHAN ~ Ref Malaysiakini

Selamat Tinggal Kemewahan. Itulah yang boleh saya katakan apabila membaca berita tindakan kerajaan negeri Pulau Pinang di bawah Pakatan Rakyat yang mengambil keputusan-keputusan berikut :-

1) Semua kakitangan kerajaan negeri termasuk Ketua Menteri tidak dibenarkan menggunakan penerbangan kelas 1 atau kelas perniagaan.

2) Penginapan semua kakitangan hanya di bajet hotel apabila menjalankan tugas di luar Pulau Pinang.

3) Semua majlis anjuran kerajaan negeri hendaklah diadakan di Dewan Serbuna atau Kompleks Sukan yang bersesuaian bukannya di Hotel.

4) Tidak perlu beri hadiah (kepada pemimpin kerajaan) dalam apa-apa juga majlis rasmi kerajaan dan jabatan-jabatan kerajaan.

Keputusan di atas dikeluarkan secara rasmi dalam mesyuarat mingguan exco semalam.

Sebelum ini pun YAB Ketua Menteri, Lim Guan Eng telah pun mengamalkan kesederhanaan sewaktu beliau mula memimpin kerajaan negeri.

Tindakan ini jelas membuktikan bahawa kerajaan Pakatan Rakyat sentiasa mementingkan kepentingan rakyat dengan tidak bermewah-mewah dalam membelanjakan wang rakyat untuk kesenangan pemimpin dan pegawai-pegawai.

Ini berlainan sekali dengan kerajaan BN samada di peringkat pusat atau negeri yang sentiasa menanti peluang untuk 'ngap' duit rakyat dalam urusan ke luar negeri dan sebagainya.

Comments

kekwa66 said…
Ya, syabas kerajaan PR Pulau Pinang!! Diharap kerajaan PR di empat negeri yang lain pun buat begitu. Nescaya, pilihan raya umum akan datang mesti menang habis!!!