ISLAM ADALAH AGAMA UNIVERSAL ~ Ref Malaysiakini

Saya terpanggil untuk memberikan 'response' terhadap tulisan sahabat saya Nuraflah tentang posting di dalam blog beliau bertajuk 'MANA SUARA PEMIMPIN PAS'?.

Walaupun saya bukan pemimpin PAS, saya terpanggil untuk memberikan komen peribadi saya mewakili diri saya bukan mewakili PAS. Namun saya harap komen saya ini mendapat 'feedback' dari pemimpin, ahli dan penyokong PAS dan sesiapa sahaja di luar sana.

Saya setuju dengan pandangan Nuraflah. Tidak sepatutnya pihak tertentu yang berdemonstrasi Jumaat lalu itu menghentam Majlis Fatwa tanpa memikirkan buruk-baiknya perbuatan mereka itu.

Menurut Nuraflah kumpulan demontrasi tersebut (walaupun bilangannya sangat kecil), secara jelas memperlekehkan institusi Fatwa. Mereka mengganggap Majlis Fatwa sebagai institusi patriaki dan NGO bukan Islam (Woman Aid Organisation) mendakwa Majlis Fatwa adalah institusi yang menggalakkan penindasan ke atas golongan wanita di negara ini.

Beliau juga menulis bahawa dakwaan kumpulan tersebut sangat merbahaya serta boleh menimbulkan kebencian bukan Islam terhadap institusi Islam di negara ini. Malah, ianya juga boleh menimbulkan kesangsian ke atas umat Islam di negara ini terhadap peranan dan kredibiliti Majlis Fatwa.

"Saya bukanlah anti pada demontrasi. Akan tetapi, saya bukanlah penyokong mana-mana demontrasi yang menghentam kredibiliti Islam di negara ini. Banyak lagi isu lain yang boleh didemontrasikan, tetapi kenapa Islam yang dipilih sebagai isu yang ingin didemontrasikan oleh NGO bukan Islam. Ini jelas menunjukkan kepada umum bahawa NGO ini langsung tidak menghormati kedudukan Islam dan sanggup membuat tuduhan liar ke atas institusi fatwa di negara ini." kata Aflah lagi.


Ini response saya :

Bagi saya tindakan kumpulan tersebut sebenarnya mencampuri urusan agama Islam yang jelas sesuai untuk sebarang masa, tempat dan zaman. Tindakan mereka yang menghentam Majlis Fatwa dalam hal ini merupakan tindakan yang tidak boleh diterima lebih-lebih ianya melibatkan ajaran Islam dan golongan yang bukan Islam atau jahil tentang Islam sepatutnya perlu berbincang sebelum melakukan sebarang kritikan terbuka sebegini.

Majlis Fatwa adalah sebuah badan yang dilantik oleh pihak kerajaan dengan persetujuan Yang Dipertuan Agung sebagai Ketua Agama. Mereka yang dilantik Insya Allah mahir dengan ajaran Islam.

Bagi saya Majlis Fatwa ini boleh dikritik dan diberi nasihat tetapi bukanlah oleh orang yang jahil tentang Islam. Mereka yang mengkritik dan memberi nasihat kepada majlis tersebut mestilah orang yang berilmu dan mahir tentang Islam.

Amat tidak wajar jika ada golongan yang tidak mahir dan jahil tentang Islam mengkritik Majlis Fatwa ini.

Setahu saya Islam tidak pernah menindas wanita malah di dalam PAS sendiri wanita diberikan tempat yang amat mulia dan setanding dengan lelaki. Ramai muslimat PAS menjadi Ahli Parlimen dan ADUN, ada yang bertanding Naib Presiden dan memegang jawatan tinggi diperingkat Kawasan. Islam tidak pernah menekan dan mendiskriminasikan wanita.

Dalam sejarah Islam Nabi S.A.W sendiri mengiktiraf peranan wanita dan wanita Islam pernah bersama-sama dengan tentera Islam mempertahankan Islam. Mereka diberikan peranan yang sesuai dengan sifat mereka oleh Rasulullah.

Tindakan kumpulan terbabit menuduh Majlis Fatwa menindas dan menekan Islam merupakan tindakan yang menghina dan biadap kepada Islam itu sendiri. Jika mereka tidak faham tentang ajaran Islam saya nasihatkan supaya tidak mencampuri urusan agama Islam.

Walaupun saya sedar ada fatwa-fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa dipertikaikan oleh orang Islam sendiri tetapi ianya dibuat berdasarkan hujah dan fakta bukannya berdasarkan kejahilan seperti yang dilakukan oleh kumpulan terbabit.

Dalam isu penindasan kepada wanita, saya tidak nampak adanya Majlis Fatwa mengeluarkan fatwa yang menindas wanita.


Islam sebagai agama yang sesuai sepanjang masa, zaman dan keadaan adalah sebuah ajaran yang universal dan lengkap. Jika Islam mengharamkan sesuatu perkara ianya diharamkan kerana terdapat mudarat dan risiko kepada manusia. Allah sebagai pencipta manusia sudah tentu Allah mengetahui apa yang baik dan tidak baik kepada manusia. Sebagai arak haram, judi haram, buka aurat haram semuanya adalah bersebab dan sebab musabab itu adalah logik dan sesuai dengan pemikiran manusia serta kajian sains dan ilmu-ilmu yang lain.

Firman Allah S.W.T : 'Untuk aku, agama aku, untuk kamu agama kamu' (Al-Kaafirun)

Comments

Orang Melaka said…
Salam..

Terima kasih kerana prihatin isu ini.
non-conformis said…
Saudara,
Sekali lagi response kepada perkara ini memperlihatkan mentaliti muslim2 di Malaysia.
Tujuan saya bukan untuk menyinggung mana2 pihak.
Pendapat saya begini:

- Majlis fatwa itu tidak boleh disamakan dgn Islam. Mereka memang adalah muslim tapi tidak boleh disamakan dgn Islam sebagai suatu agama yang dianuti berjuta2 orang di luar Malaysia.
Maka, mengritik majlis yg terdiri daipada manusia tidaklah juga boleh secara blanket disamakan dengan menghina Islam.
Cuba lihat panel mereka "LAWAN FATWA YG MENINDAS WANITA" bukannya "LAWAN ISLAM.."
Adakah saudara berpendapat seseorang tidak boleh dikritik semata2 dia muslim?

- Kalau apa yang mereka kata itu tidak berfakta, yg harus dibuat adalah menjawab dengan fakta yang berisi.
"Ini hina Islam". "jangan campur hal Islam", "ini membangkitkan kebencian umat Islam" dan sebagainya, pada pendapat saya bukan cara menjawab kritikan tetapi cara untuk mendiamkan kritikan. Mungkin di Malaysia, ini boleh dilakukan kerana Muslim kuasa politic adalah majority.
tetapi jikalau sesuatu hanya boleh dilakukan kerana kuasa, bukankah ini kes "MIGHT OVER RIGHT"?

Kalau Islam sebagai Agama Universal sebagaimana saudara tulis, harus merangkumi kebesaran yang boleh membalas kritikan dengan fakta yang munasaba.

Sebagai contoh, Majlis Fatwa boleh membalas dgn fakta sepeti:
- tedapat sekian % wanita muslim yg berpakaian seperti lelaki
- terdapat sekian laporan kejadian homosexual di kalangan wanita muslim
- tedapat sekian % mereka yg terlibat di atas didapati bepakaian tomboy
- wanita berpakaian tomboy adalah bertentangan dgn Islam menurut ayat/surat XYZ di dalam Quran/Hadis
- dan sebagainya...

Kalau sekadar "shut-up because you ae not muslim", anak saya yg berumur 3 tahun pun tidak mau menurut.