.

.

19 July 2014

PAS MASJID TANAH ZIARAH KELUARGA GHAFAR

Masjid Tanah : PAS Kawasan Masjid Tanah menyatakan rasa sedih dan simpati di atas kejadian yang mengorbankan Ketua Pramugara, Abdul Ghafar Abu Bakar yang bertugas dalam pesawat MAS MH17 yang dtimpa kemalangan di sempadan Russia-Ukraine semalam.

Yang Dipertua PAS Kawasan Masjid Tanah, Imran Abdul Rahman berkata demikian ketika menyampaikan ucapan takziah kepada ibu Abdul Ghafar, Maimon Sarpan, 74 di rumah beliau di Kampung Seri Tanjung di sini tengahari tadi

Maimon berkata beliau terkejut menerima berita kejadian tersebut apabila diberitahu oleh anaknya pada malam kejadian itu.

"Anak saya telefon suruh buka TV tengok berita, dia kata Salim terlibat dengan kemalangan tersebut, saya baru nak tidur masa itu"

"Tidak ada apa yang dapat saya katakan, hanya airmata yang mengalir mengenangkan anak saya ini" ujar beliau.

Menurut Maimon, Salim (nama panggilan keluarga untuk Ghafar) merupakan anak yang baik dan sentiasa ingat kepada keluarga.

"Kita mendoakan roh Allahyarham dan semua penumpang muslim lain dicucuri rahmat dan di tempatkan bersama roh para anbia, syuhada dan solihin"

"Kami juga mengharapkan Mak Cik Maimon dan keluarga tabah menghadapi dugaan Allah ini" ujar Imran dengan nada sedih.

Dalam pertemuan itu Maimon menunjukkan gambar-gambar Ghafar dan sentiasa memuji kebaikan anaknya yang terkenal dengan kuat beragama dan sentiasa komited menjaga kebajika keluarga.

Difahamkan Allahyarham Ghaffar adalah seorang yang berani melawan perintah syarikat agar tidak menghidangkan arak di dalam penerbangan yang diketuainya.

Seorang rakannya Halim Hassan menyatakan Ghafar adalah seorang yang suka solat malam, mengaji dalam penerbangan dan menjadi mutawif (pemandu ibadat haji dan umrah) kawan-kawannya semasa umrah,
Halim Hassan menulis perkara itu dalam komuniti Whatsapp Masjid Bukit Indah yang kini disebarkan melalui media sosial.
Menurut rakan-rakannya dari kariah masjid Bukit Indah itu, selain membuat bantahan kepada MAS tentang penghidangan arak di dalam kapal terbang, Ghafar pernah menulis kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan para mufti agar mengeluarkan arak dari sajian dalam pesawat MAS.
Ghafar juga, kata Halim, pernah meminta pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishamuddin Hussein agar membenarkan para pramugari beragama Islam untuk memakai tudung semasa bertugas.

GHAFAR TEGAS TENTANG HIDANGAN ARAK DALAM PESAWAT MAS

Ketua Pramugara Mas, Abdul Ghafar Abu Bakar disegani dan dihormati rakan-rakannya kerana sikap tegas beliau menentang hidangan arak di dalam pesawat MAS. 
Kariah Masjid Bukit Indah, Ampang kehilangan seorang anggota mereka yang disifatkan sebagai pejuang yang menentang penyajian arak di dalam kapal terbang apabila perginya Ketua Pramugara MAS Haji Ghaffar Abu Bakar bersama pesawat MH17 kelmarin.
Menurut rakan-rakan kariah mereka, Allahyarham Ghaffar adalah seorang yang berani melawan perintah syarikat agar tidak menghidangkan arak di dalam penerbangan yang diketuainya.
"Beliau seorang yang suka solat malam, mengaji dalam penerbangan dan menjadi mutawif (pemandu ibadat haji dan umrah) kawan-kawannya semasa umrah," tulis rakannya, Halim Hassan dalam komuniti Whatsapp Masjid Bukit Indah yang kini disebarkan melalui sosial media.
Beliau meninggal bersama 298 yang berada di atas pesawat Boeing 777 tersebut.
Turut meninggal adalah kesemua 14 krew MH17 yang bersama Ghafar mengendalikan penerbangan itu.
Menurut rakan-rakan masjid Bukit Indah itu, selain membuat bantahan kepada MAS tentang penghidangan arak di dalam kapal terbang, Ghafar pernah menulis kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan para mufti agar mengeluarkan arak dari sajian dalam pesawat MAS.
Ghafar juga, kata Halim, pernah meminta pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishamuddin Hussein agar membenarkan para pramugari beragama Islam untuk memakai tudung semasa bertugas.
"Sekarang salah seorang pejuang dalam jihad kita menentang alkohol dijemput pergi dahulu... tetapi kita akan teruskan perjuangan ini," kata beliau dalam Whatsapp.
Walaupun Malaysia diisytiharkan sebagai negara Islam oleh pemimpinnya, MAS sebagai sebuah syarikat penerbangan milik negara masih menghidangkan arak dalam penerbangan.
Ia dibuat berdasarkan permintaan dan juga amalan biasa dalam mana-mana syarikat penerbangan utama dunia.
Moga Allah mencucuri rahmat ke atas Allahyarham dan ditempatkan bersama roh para anbia, syuhada dan solihin.

~ Themalaysianinsider

18 July 2014

VIDEO KLIP PESAWAT MALANG MH17. AL FATIHAH UNTUK YANG ISLAM
















Video klip lain di SINI 
Gambar-gambar di SINI 


16 July 2014

MALAYSIA AMAN? TAPI TAK SELAMAT?

Menakutkan
Membimbangkan
Menakutkan 
Menggusarkan 

15 July 2014

KRISIS DALAMAN : JANGAN ULANGI KESILAPAN KEDAH

Kedah jatuh ke tangan BN hanya setelah sepenggal diperintah PR. Apa puncanya??

Antara puncanya rakyat meluat dengan perbalahan dalaman PAS Kedah. Semuanya sikap masing-masing
yang tidak mahu berlapang dada mencari penyelesaian dengan membuar krisis berlarutan

Apakah Selangor ingin menjejaki kesilapan ini.??? Apakah PR tidak mahu belajar dari kesilapan lalu? Tidak mahu belajar dari 'Lesson Learned' . Malang sungguh.

Sedikit sebanyak rakyat Selangor terkesan dengan pertelingkahan dalaman ini. Meluat, menyampah dan bosan dengan situasi ini. Tambahan pula dengan jarum dan meriam Umno/BN yang sentiasa menunggu musuh untuk menyerang. Mereka hanya tersenyum dan riang 'gumbira' dengan keadaan yang berlaku. Tidak perlu bermandi peluh untuk merampas semula Selangor.

Ayuh dengan semangat Ramadhan kita sama-sama menyelesaikan kemelut ini !!!!!!

HENTIKAN KEANGKUHAN YAHUDI DENGAN TINDAKAN KETENTERAAN

Dunia Islam menghentikan keangkuhan dan kezaliman Yahudi dengan tindakan ketenteraan. OIC mesti segera membentuk pasukan tentera untuk mempertahankan Gaza dan rakyat Palestin dari Yahudi laknatullsh.

Hanya dengan tindakan sebegini sahaja Yahudi akan gentar takut.

Langkah diplomatik dan perbincangan tidak akan memberi pengajaran kepada Zionis.
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter